CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aYuGiLeR

Kami Peminat Hafiz!!

[Copy link]
Post time 14-4-2009 12:00 PM | Show all posts

Balas #619 putri_amra\ catat

kannnnn.... die kan budak lagi... i think as he grows older he will become more handsome.... :kiss:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 12:01 PM | Show all posts
ayu, jangan lupa paste link lagu hafiz yang aku dah convert ke mp3 kat page depan tau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by ladydolph at 14-4-2009 11:56 AM
teringin gak nak tgk hafiz ngan rambut lurus..... walaupun rambut kembangnya tu la identiti dier... but nak gak tgk sekali sekala berubah fesyen.... heheheh....


:victory: HERO TAK PUTUS ASA. ...


samalah ....teringin nk nengok imej hafiz ngan rambut lurus lak ...rambut palsu pun takper ....eehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:16 PM | Show all posts

Reply #623 putri_amra's post

tu la pasal.. ramai yang sayang kalau rambut kerinting dia tu dimodified.. isma pun macam larang si hafiz potong rambut hari tu.. sayang katanya.. heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:20 PM | Show all posts
iols terjumper artikel ni....



Monday, April 6, 2009

Adlin: “Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham..."

ADLIN memberi teguran kepada pelajar-pelajar AF 7 agar mereka tidak ulangi kesilapan yang sama.
SUDAH beberapa minggu pelakon, pengarah dan pengkritik tetap Akademi Fantasia 7, Adlin Aman Ramli menegur perkara yang sama kepada para peserta agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada minggu seterusnya.
Namun, kritikan membina itu seakan-akan kurang mendapat perhatian peserta dan tenaga pengajar apabila masih terdapat peserta yang mengulangi kesilapan tersebut.

“Saya beri kritikan agar ‘lecturer’ faham lagipun saya hanya mempunyai masa kurang dari seminit,” kata Adlin selepas program tersebut berakhir.

Secara keseluruhannya Adlin menginginkan peserta menunjukkan ‘evolution’ dan perlukan usaha lebih kerana mereka terlalu selesa dengan apa yang ada.

Adlin berkali-kali menyebut tentang ‘first round’ dan ‘second round’ lagu seperti yang dikritik kepada Claudia dan Rubisa.
“Aspek dramatik dan elemen dalam persembahan menjadi konsistensi dan fokus saya.
“Mereka tak boleh menunjukkan pengulangan tetapi harus memberikan persembahan yang meninggalkan kesan kepada audiens.

“Saya rasa tenaga pelajar perlu menekankan tentang hal itu dan menerangkan kepada pelajar agar mereka menunjukkan peningkatan pada minggu hadapan,” ulas Adlin.
Adlin juga memberikan komen kepada Isma agar menterjemahkan lagu nyanyiannya dengan cara berbeza berbanding penyanyi asal.

“Komen tentang terjemahan lagu itu bukan sahaja ditujukan kepada Isma tetai juga kepada pelajar lain.
“Ketika menyanyikan lagu orang lain, pelajar tidak pernah ada keberanian untuk menginterpretasinya berlainan daripada penyanyi asal.

“Susunan muzik sahaja yang baru dan bukannya kawalan dan ‘feeling’ lagu itu.

“Pelajar masih menggunakan idea yang lama dan tiada transformasi lagu.

“Misalnya, saya juga mengkritik Qhaud yang terlalu mengikut cara Latif Ibrahim ketika menyanyikan lagu Pilihlah Aku pada minggu ketiga,” beritahu Adlin yang mengaku Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz masih menjadi peserta kesukaannya.
Dalam kritikannya, Adlin menyifatkan persembahan Hafiz sudah berada di tahap yang tinggi dan berbeza daripada peserta lain. Justeru, dia menginginkan tenaga pengajar memilih lagu yang lebih mencabar untuk Hafiz.

Mungkin ada lagu yang Adlin boleh cadangkan untuk Hafiz?

“Saya rasa tenaga pengajar lebih tahu tentang lagu yang sesuai untuk Hafiz.

Mereka perlu ‘push’ dan bagi tugasan yang mencabar kepadanya.

“Ada banyak lagu dalam dunia ini. Walau fakulti tekankan AF sebagai konsep famili tetapi ia tetap pertandingan.

“Mereka perlu memberikan task kepada pelajar yang lebih kompetitif.

“Jangan anggap mudah dan rasa selamat.

“Saya nak tengok ‘good fight’,” ujarnya.

Adlin juga menambah yang dia kecewa apabila dua lagi pelajar kesukaannya, Rubisa Tiasin dan Nur Fazelah @ Zizie Mohd.Tahil atau Zizi tersingkir semalam.

Menyentuh tentang transformasi sehingga minggu keempat ini, Adlin berkata dia hanya melihat transformasi pada bentuknya.

“Secara fizikal, pelajar baru merungkai kefahaman dan kreativiti seni persembahan tetapi bukan secara mutlak,” giat Adlin yang kelihatan kurang berpuas hati dengan kritikan balas yang diberikan oleh tenaga pengajar, guru motivasi dan bahasa Inggeris Fatimah Abu Bakar dan guru vokal persembahan Siti Hajar.

“Mereka patut cakap secara ‘detail’ dan sepatutnya memberikan respon dengan kami selepas konsert seperti dalam kelas pembelajaran.

“Let us talk and break them nicely and practically,” ulas Adlin.

Komposer dan pengkritik tetap Edrie Hashim mencelah: “Kami agak ‘tone down’ sedikit untuk memberikan kritikan padahal kami hendak memberikan kritikan yang membina kepada peserta.”

Dalam pada itu, penyanyi dan pengkritik undangan Amy Search pula berkata: “Kami bukan hendak menjatuhkan peserta.
“Mereka memang menyanyi dengan bagus tetapi tiada apa yang nak buktikan kepada penonton.
“What else? Sudah ada kekurangan di situ.”

Seorang lagi pengkritik undangan, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza juga bersetuju dengan ketiga-tiga pengkritik tersebut.
“Kami memang dipanggil untuk mengkritik. Setiap kritikan perlu diterima dengan terbuka.

“Saya rasa mungkin sebab tenaga pengajar sudah selalu dengan pelajar, jadi sebab itu mereka kuat mempertahankan pelajar.

“Kesimpulannya, kami telah menjalankan tugas kami dan mereka membuat tugas mereka,” ulas Siti yang pantas meredakan keadaan setelah cara tenaga pengajar mencelah ketika pengkritik memberikan kritikan didakwa boleh menjatuhkan kredibiliti pengkritik dan membuatkan mereka sukar memberikan lebih banyak kritikan yang ‘tajam’.

Dalam pada itu, Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagul menjelaskan tindakan tenaga pengajar itu memang sudah dirancang agar mereka dapat memberikan penjelasan kepada semua pihak.

“Sekurang-kurangnya ia memberikan pengajaran kepada semua dan saya tidak memikirkan konflik akan tercetus jika hal ini dilakukan,” tambahnya yang turut tidak menolak kemungkinan jika ada undian AF masuk selepas ini.

Kata Khairul Mizan: “Tak mustahil jika ada undian AF masuk tetapi kami belum rancang setakat ini.”

[ Last edited by  tweetytweety at 14-4-2009 12:24 ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:22 PM | Show all posts
"hero tak putus asa..."
(goyang bontot sambil ketip bibir..)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2009 12:23 PM | Show all posts
hafiz memang best...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:24 PM | Show all posts
aper la dosa dak apiz tue ek...
cam kene anak tiri jek ngan production team..
malam tadi tak tau kalau terlepas pandang..
tak nampak pun vt depa dok tengok persembahan apiz ngan mila tue...

mmm kalau salah pandang sowi lerrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by melati-putih at 14-4-2009 12:24
aper la dosa dak apiz tue ek...
cam kene anak tiri jek ngan production team..
malam tadi tak tau kalau terlepas pandang..
tak nampak pun vt depa dok tengok persembahan apiz ngan mila tue...

...

hada tunjuk sket dan ala2 dgr ida cakap this is his best vocal performance??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by ashna at 14-4-2009 12:22
"hero tak putus asa..."
(goyang bontot sambil ketip bibir..)


senah.... geram
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by tweetytweety at 14-4-2009 12:20 PM
iols terjumper artikel ni....



Monday, April 6, 2009

Dalam kritikannya, Adlin menyifatkan persembahan Hafiz sudah berada di tahap yang tinggi dan berbeza daripada peserta lain. Justeru, dia menginginkan tenaga pengajar memilih lagu yang lebih mencabar untuk Hafiz.
...


tiap ming pengkritik soh kasi lagu mencabar kt hafiz ...
rasa ming ni mesti adlin ngan edry ckp lg benda nih .sbb still kritikan diorg tk diapply oleh yg berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:32 PM | Show all posts
kalau ikutkan lagu minggu neh pun langsung tak mencabar sbb nak kata lagu rock meneran pun tak gak..
ala2 lagu pop lama jah...
kecuali cikgu vocal, hafiz dan acis cuba rearrangekan music dan vocal line supaya ia nampak lagi menarik dan mencabar vocal sket
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:36 PM | Show all posts

Balas #626 ashna\ catat

waa..aku plg x tahan tgk hafiz ketip bibir time nyanyi mat disko...seksi siott
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:41 PM | Show all posts
wahhhhh!!!..umah baru upenye
aku nih walopon jarang masuk sini tapi sokongan tetap penuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 12:43 PM | Show all posts

Reply #632 ashna's post

memang tak mencabar langsung.. dak tadika pun leh pukul lagu ni... biol la tenaga pengajar + prod team bagi lagu ni kat apiz.. penat dah pengkritik cakap suh bagi lagu mencabar... apa kes yg derang tanak bagi ek?? tak faham btol aku...

minggu ni... dak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 12:43 PM | Show all posts

Reply #634 kumang's post

welcome back kumanggggggggggggggg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2009 12:44 PM | Show all posts
rasanya minggu ni komen tetap sama kot......
hafiz dah level lain dahhh.....

tak per la hafiz.... kasi letup itu dewan......
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:44 PM | Show all posts

Balas #625 tweetytweety\ catat

sbb ni la aku rindu ngan adlin masa konsert 5.... dier mesti suka persembahan hafiz masa tu...



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by aYuGiLeR at 14-4-2009 12:43 PM
memang tak mencabar langsung.. dak tadika pun leh pukul lagu ni... biol la tenaga pengajar + prod team bagi lagu ni kat apiz.. penat dah pengkritik cakap suh bagi lagu mencabar... apa kes yg dera ...


bakal membingitkan telinga.....
pastue nanti ada la persembahan ala-ala beruk mat yeh kot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 12:48 PM | Show all posts





AFUNDI HAFIZ........


saja je upkan rumah.....






[ Last edited by  ladydolph at 14-4-2009 12:56 ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.066737 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list