|
RIANZ PARADISE VOL. 76 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by sekati at 19-6-2009 14:36
hepy besday to my nephew muhammad akif hijazzi...... happy birthday utk nephew kati jugak..
yg ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
cutenyee.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kn64 at 19-6-2009 14:45
mari lah mari kita mengundi..
jgn lupe kewajipan untuk mngundi.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis nikah Hakim dan An
Part 28
Majlis yg pada mulanya dirancang agak ringkas menjadi majlis gah dah meriah bila jumlah jemputan saja sudah menjd hampir ke dua ratus org belum termasuk ahli keluarga jauh dan dekat kedua belah keluarga kami. Terpegun aku melihat cantiknya bakal isteri yg dihiasi dgn pelbagai brgn kemas bergemerlapan dgn persalinan serba putih bertatah permata dan mutiara. Bangga tak terkira di dalam hati bila kaum keluarga dan sahabat kami memuji2 menantu perempuan Datin Syarifah Rodhiah. Masing2 agak hairan bila majlis itu agak tergesa-gesa tambahan pula tak pernah sekalipun mrk melihat aku dan Noraihan di mana2 sblm ini.
Seperti adat di sebelah keluarga kami sembilan dulang dari pihak lelaki dan sebelas dr perempuan tersusun rapi dlm warna berbeza. Kakak2 ku yg berempat itu berpakaian warna serupa, putih dan begitu sibuk membantu dan memastikan
adik ipar bongsu mrk kelihatan sempurna dr hujung kaki ke hujung rambut. Dari hadiah pakaian yg sudah dibentukkan hingga ke alat2 solek, beg tgn dan kasut dari jenama luar negara belum lagi peralatan sembahyang, sebuah Al Quran dan satu set barangan kemas yg aku pilih sendiri istimewa utknya. Wang hantaran dua puluh ribu disusun berbentuk naskah buku berkulit emas di luar .Aku tahu hantaran utkku bukan pilihannya, semuanya dr citarasa ku, hadiah dr emak. Bila masuk saja ke alam rumah tangga baharulah Noraihan akan tahu segalanya ttg diriku, apa makanan kesukaanku, berapa jenis pewangi yg ku pakai, warna apa yg aku suka semuanya dia tak tahu. Dia perlu belajar kesemuanya selepas ini.
Mmg pelik bila ramai bertanya ttg majlis yg dijalankan di rumah kami sedangkan selalunya di rumah pengantin perempuan. Pantas saja emak memberi alasan, sbb dia mahu menantunya menganggapnya spt emak sendiri lagi pula Noraihan tdk mempunyai emak lagi dan dia anak tunggal perempuan, wajarlah emakku yg mengambil berat ttgnya.
Ramainya kawan2 rapat dr tempat kerja yg sudi hadir termasuk Yasmin dan keluarganya. Aku mmg terhutang budi pdnya yg membuka kembali hubungan kami yg telah begitu lama terputus. Bbrp org rakan2 rapat Noraihan dr tempat kerjanya dan yg pernah belajar bersamanya di USM juga hadir memberinya semangat. |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi
Part 29
Selepas magrib majlis bermula dan disempurnakan dgn lancar tanpa apa2pun masalah.
Emak memeluk dan menciumku beberapa kali dlm sebaknya. Aku mmg begitu istimewa utk emak sejak lahir, wajahku mirip wajah arwah ayah. Emak dan arwah ayah berikhtiar dgn berbagai cara semata-mata utk mendptkan anak lelaki setelah satu-satu anak yg lahir kesemuanya perempuan. Dari kecil aku tdk dimanjakan tp dididik untuk menjd lelaki yg akan mewarisi syarikat ayah yg hingga kini tak pernah tertunai. Namun sekurang-kurangnya aku tetap menjadi pelindung kpd emak dan kakak2ku sehingga sebarang keputusan berkenaan dgn harta dan sebagainya perlu mengambil kira pendptku terlebih dahulu.
Walaupun bukan majlis kenduri besar tapi majlis itu begitu meriah dan bermakna utkku. Sungguh tdk kusangka cuti panjang yg ku pohon itu dpt dimanafaatkan dgn begitu berkat. Bilik tidurku yg selama ini kerap bersepah berubah wajah, 360 darjah. Aku sendiri sudah tak kenal lagi dgn bilikku sendiri, semuanya putih dgn dihias bunga mawar mengharum di mana2 sudut.
Ayah Noraihan dan kaum keluarganya tinggal di rumahnya di Jln Udini, hanya seorg adiknya yg dpt hadir besama2 bbrp org ibu dan bapa saudara mrk. Sempat juga kami berkenalan walaupun sebentar, aku sudah menjadi abg kpd dua org adik lelaki yg sudah dewasa.
Saudara mara mula mengusik kami tdk sudah2 bila majlis itu selesai lebih2 lagi setelah tetamu sudah pulang. Hampir pukul sebelas malam barulah segalanya lengang bila segala khemah dan perkakas dikemaskan. Bagaikan sudah tdk sabar2 ahli keluargaku ingin melihat aku berteman hidup dan mempunyai keluarga sendiri bersama cahaya mata yg bakal menjadi waris kpd keluarga itu. Tingginya harapan itu kpd satu-satunya anak tunggal lelaki arwah ayah. Melihat wajah emak dan kakak2ku yg begitu gembira bercampur lega setelah segalanya selesai walaupun di buat secara express aku bersyukur kpd Tuhan. Sesungguhnya perjalanan itu sudah nampak lurus di depan tanpa ada halangan di mana-mana. Rupanya jodoh yg diberi Allah itu sungguh tdk pernah terduga begitu caranya.
Ketika ramai yg sudah memenuhi kamar tidur rumah dua tingkat yg luas itu aku masih duduk berdua sambil mengurut kaki emak yg sedang berlunjur. Lenguh kata emak berjalan ke sana-sini. Dari satu perkara ke satu perkara, dari nasihat hingga ke tips yg berguna emak tuturkan tanpa lelah agar menjadi panduan utk aku
menjadi suami yg baik kpd seorg isteri yg memerlukan suami utk dibimbing.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|