Post Last Edit by molley444 at 21-6-2010 09:41
ni mesej dari shahir kat web dia...http://shahirfc.weebly.com/
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Selamat datang kepada semua peminat-peminat Shahir yang sudi berkunjung ke sini.
Maaf jika Shahir sering kali kesuntukan masa untuk melayan peminat-peminat yang menjadi kekuatan Shahir selama ini, baik di Facebook dan juga dilaman ini. Sesungguhnya, memang jadual kerja Shahir tidak menentu setakat ini, dan Shahir minta maaf kepada semua atas kesulitan Shahir melayan peminat-peminat semua. Shahir amat berharap anda semua memahami.
Begitu juga berkenaan gosip-gosip yang menimpa Shahir kebelakangan ini, sudah Shahir jelaskan sebab-sebabnya di Facebook tempoh hari. Shahir hanya manusia biasa, jika ada salah dan silap, mohon dimaafkan Shahir ya! Harapan Shahir peminat hanya percayakan apa-apa kenyataan hanya dari mulut Shahir sendiri.
Untuk kemaskini seterusnya, insyaAllah Shahir akan terus berhubung dengan ShahirFC untuk dipaparkan di laman web ini nanti, juga di Facebook. Harap-harap peminat semua sentiasa bersabar untuk menantikan sebarang kemaskini dari Shahir kerana buat masa sekarang, Shahir memang sibuk dengan fotografi dan rakaman untuk program Diariku Shahir serta beberapa show di luar sana. Oh ya kepada peminat semua jangan lupa 'request' lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan di corong-corong radio kegemaran anda. Terima kasih kerana menyokong perjalanan seni Shahir yang baru hendak bermula ini. Juga kepada ShahirFC yang banyak membantu. Jasa anda semua hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Sampai setakat ini sahaja dulu. InsyaAllah kita berjumpa lagi di lain masa.
Assalamualaikum. Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!
Assalamualaikum semua. Selamat datang dan terima kasih sudi singgah ke sini. Minta maaf admin mengambil sedikit ruang di laman rasmi Shahir ini dan juga minta maaf sekiranya admin terlewat untuk sebarang updates di sini. Tentang mesej dari Shahir di atas, ianya bukanlah hasil tulisan Shahir sendiri, tetapi di edit oleh admin melalui perbualan Shahir bersama admin beberapa hari lepas. Shahir benar-benar meminta maaf kepada peminat semua kerana kesuntukan masa untuk meluangkan masa berchatting bersama peminat di laman web ini. Peminat yang ingin berchatting dengan Shahir, insyaAllah Shahir akan selalu berada di Facebook Shahir af8 kerana lebih praktikal (Shahir menggunakan Blackberry untuk online di Facebook). InsyaAllah selepas ini admin akan berusaha mendapatkan mesej hasil karangan Shahir sendiri eksklusif untuk peminat-peminat di laman web ini setidak-tidaknya sebulan sekali. Doakan ianya berjaya ya! Itu sahaja buat masa ini. Salam....
|