|
THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN PART 1 & 2 [22 NOV 2012]
[Copy link]
|
|
sambungan CHAPTER 14
Di dapur Bella & Charlie menikmati mkn mlm sambil berbual2. Bella berpura2 y ...
leon_mclaren78 Post at 31-12-2011 00:47
edward ni keje dia asyik ketawakan bella eks??
apa bella buat sume dia ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
mlm td aku nk sambung, tp ada je hal...
emm..nnt mlm ni aku try lg ek.
al-maklum la aku dh pindah kat tpt keja baru, so byk benda nk kena sattle.
{:4_242:} |
|
|
|
|
|
|
|
aku setia jek menunggu {:4_190:} |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun setia menunggu... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan CHAPTER 14
Bella bersuara, "Sy terfikir kalo..." Bella x dpt menghabiskan kata2nya bila jari-jemari Edward yg dingin menyentuh di tulang selangkanya... dia seperti hilang ingatan kejap. "Ya?" Edward mahu Bella menghabiskan ayatnya. Bella bersuara lg, "Kenapa..." suara Bella kedengaran sedikit terkejut & dia kelihatan agak tersipu tp dia menyambung lg, "...awak rasa?" Bella dpt merasakan nafas Edward seakan2 bergetar di lehernya, dia sedang menahan ketawa,"Awak terlalu byk berfikir," ujar Edward. Bella menolak badannya ke belakang, Edward hanya membatu di situ -- Bella tidak lg mendengar nafas Edward. Mereka memandang sesama sendiri buat seketika, kemudian wajah Edward kelihatan agak keliru. "Sy dh buat apa2 yg salah ke?" Edward bertanya . Bella menjawab, "Tak... sebaliknya awak buat sy jd 'hilang akal'!" Edward tersenyum semula & bersuara lg, "Ya ke?" "Jadi awak rasa seronok la tgk sy mcm ni?" pertanyaan Bella berbaur sindiran . Edward masih tersenyum & menjawab, "Sy hanya rasa agak terkejut & berbesar hati... sbb dlm seratus tahun ni, sy langsung x pernah gambarkan suatu yg mcm ni. Sy x pernah terfikir akan bertemu dgn seseorang yg sy benar2 suka selain daripada kuarga sy. Semua ni bagaikan pengalaman baru bagi sy.. dan baru sy tau sy agak bagus dlm hal begini.. hanya bila berada dgn awak.." Edward menjelaskan dgn panjang lebar. "Awak bagus dlm segala hal," jawab Bella. Edward mengangkat bahunya & kemudian dia & Bella sama2 ketawa perlahan.
Bella bersuara lg, "Tp kenapa skrg baru semua ni terasa begitu senang... tengahari tadi.." Edward memotong kata2 Bella, "Ia bukan semudah yg awak fikir," Edward mengeluh & menyambung lg, "Tengahari td sebenarnya sy masih...blum buat keputusan. Sy minta maaf pasal tu, sikap sy mmg x boleh dimaafkan." Bella x bersetuju, "Bukan x boleh dimaafkan." Edward tersenyum, "Terima kasih." Kemudian Edward memandang ke bawah , "Awak pun tahu... mula2 sy x pasti kalo sy cukup kuat..." Edward memegang tangan Bella & meletakkannya di mukanya dan menyambung, "Dan bila ada kemungkinan sy hilang kawalan.. Kemudian sy mengambil keputusan yg sy mmg terlalu kuat, dan besar kemungkinan sy mampu... mungkin sy boleh..." Bella x pernah melihat Edward begitu sukar menghabiskan kata2nya.. kali ini Edward kelihatan betul2 spt manusia biasa. Bella bertanya, "Jd skrg awak rasa awak boleh mengawalnya?" Edward tersenyum & berkata lagi, "Awak terlalu byk berfikir!" Bella menjawab, "Wah.. begitu mudah ya." Edward memalingkan mukanya & ketawa perlahan. "Mudah utk awak!" Edward membetulkan kata2 Bella td sambil menyentuh hidung Bella dgn hujung jarinya. Kemudian wajah Edward kelihatan serius. "Sy sedang mencuba," Edward berbisik, suaranya kedengaran agak sedih. "Kalo keadaan jadi... keterlaluan, kemungkinan ada baiknya kalo sy mengundurkan diri." Bella mengerutkan dahi, dia benar2 x suka bila Edward menyebut ttg perpisahan.
Edward menyambung lg, "Hari esok pasti menjadi lebih sukar. Sepanjang hari aroma awak dh ada dlm fikiran sy...sy bagaikan dh lali dgnnya. Andainya sy berjauhan dgn awak utk satu jangka waktu yg lama, sy terpaksa mulakan sekali lg." Bella menjawab, "Kalo mcm tu awak jgn la pergi ke mana2," suara Bella kedengaran begitu mengharap. "Mmg sesuai dgn sy," Edward membalas sambil tersenyum & menyambung lg, "Awak pergi la ambil gari & rantai -- sy dh jadi banduan awak skrg." Tgn Edward yg panjang tu merangkul pinggang Bella sambil dia berkata2. Edward ketawa perlahan, ketawa yg berirama. Bella dapati mlm tu Edward lebih byk ketawa, x spt sebelum ni semasa mereka selalu bersama2. "Awak kelihatan optimistik dari biasa, "Bella memberi komen. "Sy x pernah lihat awak mcm ni sblm ni." Edward tersenyum lg & menjawab, "Bukankah bagus kalo mcm ni? Cinta pertama yg baru nk berkembang.. sungguh menakjubkan, bukan? -- beza antara membaca ttg kisah cinta, melihat kisah cinta org lain & mengalaminya sendiri?" Bella bersetuju, "Mmg berbeza.. lebih hebat dari apa yg sy pernah gambarkan." Edward bersuara lg, "Sebagai contoh... emosi cemburu. Sy dh beratus kali membaca ttgnya, menonton dlm filem yg dilakonkan oleh ribuan pelakon & filem. Sy sangka sy faham ttg perasaan cemburu. Tp sy sendiri terkejut... awak masih ingat hari di mana Mike pelawa awak menari?" Bella meanggukkan kepalanya, "Hari di mana awak bercakap semula dgn sy." Edward menyambung, "Sy terkejut sbb sy berasa begitu meradang & marah - mula2 sy pun x tau kenapa sy rasa mcm tu . Sy berasa sungguh teruk ditambah lg sy x tau apa yg awak sedang fikirkan, kenapa awak menolak pelawaan dia. Adakah disbbkan awak nk jaga hati kawan awak (Jessica)? Ataupun awak dh ada org lain ? Sy tau sy x berhak nk ambil tau. Sy cuba utk x ambil tau. Dan kemudian semuanya bermula, " ujar Edward, ketawa. Dia menyambung lg, "Sy menunggu dgn rasa bimbang apa yg awak nk bgtau kat diaorg, memerhatikan ekspresi wajah awak. Sy x dpt nafikan yg sy rasa agak lega bila tgk wajah awak nampak x selesa bila mereka pelawa awak. Tp sy x dpt nk pastikan."
"Mlm pertama sy dtg ke sini, bila melihat awak tidur sy berperang dgn perasaan sendiri, antara perkara yg betul utk dilakukan -- moral & etika, dan apa yg sy inginkan. Sy tau kalo sy x pedulikan awak sptmana yg sepatutnya, ataupun sy berpindah ke tpt lain utk beberapa tahun sehingga awak pergi dari sini, sehingga suatu hari bila awak memberikan jawapan "ya" kpd Mike, ataupun seseorang yg mcm dia. Itu akan membuatkan sy marah." Kemudian Edward berbisik, " Dan kemudian... semasa awak sedang tidur, awak menyebut nama sy. Awak menyebut dgn jelas. Sy sangka awak dh terbangun & nampak sy. Tp awak berpusing dgn masih lena & menyebut nama sy sekali lg dan mengeluh. Masa tu sy rasa seperti lemah & berada dlm keadaan terkejut . Dan sy tau sy x boleh x pedulikan awak lagi." Edward terdiam seketika & dia menyambung lg, "Tp perasaan cemburu... suatu perasaan yg aneh. Ia sungguh kuat dari apa yg sy sangkakan. Sungguh x rasional! Dan mlm ni bila Charlie sebut ttg Mike Newton..." Edward menggeleng2kan kepala dgn rasa marah . Bella bersuara, "Sy sepatutnya sedar yg awak dgr ttgnya td." Bella rasa spt mahu menangis. "Tentu lah sy ada mendengar," ujar Edward. "Awak betul2 rasa cemburu?" Bella bertanya inginkan kepastian. "Sy masih baru dlm hal ni, awak dh mengembalikan semula sifat manusia ke dlm diri sy & segalanya terasa begitu kuat sbb ianya masih baru."
----bersambung---
p/s: ya ampun... byk plak dialog diaorg ni... huhu... dh ngantuk, esok nk keja... nnt mlm esok aku try sambung lg ek! |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya baca, tq leon |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 8-1-2012 03:10
sambungan CHAPTER 14
"Tp secara jujurnya, sebagaimana perkara mcm ni mengganggu awak, sy juga mengalaminya juga bila sy dpt tau asalnya Rosalie sepatutnya dijodohkan dgn awak. X kiralah ada Emmet atau tanpa Emmet, sy x akan dpt bersaing dgn Rosalie," ujar Bella. "X ada berlaku apa2 persaingan," jelas Edward. Dia menarik Bella rapat ke dadanya. Bella cuba utk tidak byk bergerak & bernafas dgn berhati2. "Sy tau mmg x ada persaingan.. itulah masalahnya," Bella menjawab. "Ya Rosalie mmg cantik, tp andaikata sy x anggap dia sbg kakak atau dia bukan milik Emmet sekalipun, dia x mampu menawan hati sy sebagaimana awak," ujar Edward, wajahnya kelihatan serius & dia menyambung lg, "Sepanjang 90 tahun sy hidup di kalangan jenis sy dan juga jenis awak... setiap masa sy fikir hidup sy dh cukup sempurna, sy x sedar langsung yg sy sebenarnya sedang mencari seseorang. Tp sy x berjumpa sbb awak masih belum dilahirkan lagi."
"Rasanya x adil utk awak.." Bella berbisik, wajahnya masih berada di dada Edward, mendengar nafas Edward. "Sy x perlu menunggu lama sepertimana awak. Sy x patut putus asa & mengalah dgn begitu mudah." Edward bersetuju, "Betul tu, sy sepatutnya jadikan perkara ni sukar utk awak." Edward mengalihkan sebelah tangannya melurut rambut Bella yg masih lembab bermula dari atas hingga ke pinggang. "Awak hanya perlu mengambil risiko mempertaruhkan nyawa awak setiap kali bersama2 sy, tp itupun x cukup sukar utk awak lakukan." Bella cuba menolak sedikir badannya ke belakang & mahu melihat wajah Edward, tp kedua2 tgn Edward bagaikan terkunci kemas di pinggangnya. "Kenapa..?" Bella bertanya sebaik saja Edward memberikan tindakbalas. Bella membatukan diri, Edward tiba2 meleraikan tangannya dari pinggang Bella & terus hilang dgn sekelip mata. Mujur Bella sempat mengelakkan diri dari jatuh. "Cepat berbaring!" kedengaran suara Edward memberikan amaran dgn nada berbisik. Bella x pasti di mana Edward berada di dlm keadaan biliknya yg gelap. Bella segera menarik selimut & berbaring membelakangkan pintu bilik sepertimana biasanya bila dia tidur . Kemudian Bella terdengar pintu biliknya dibuka & Charlie ada di muka pintu, dia mahu memastikan yg Bella berada di situ.
Selepas beberapa minit Bella x pasti bila masanya Charlie menutup semula pintu & berlalu dari situ. Kemudian dia terasa lengan Edward yg dingin memeluk tubuh Bella yg masih berada di bawah selimut, bibir Edward berada di telingan Bella. "Awak mmg pelakon yg teruk -- sy rasa awak mmg x sesuai langsung jadi pelakon!" Bella hanya mengeluh... jantungnya terasa sungguh berdebar. Kemudian Bella terdengar Edward seperti sedang bersenandung melodi yg tidak diketahui, seolah2 sedang menyanyi. Kemudian Edward berhenti & bertanya, "Boleh sy menyanyi utk tidurkan awak?" Bella ketawa, "Ya boleh! Mcm la sy boleh tido bila awak ada kat sini!" "Tp awak mmg tidur dgn lena pun sblm ni bila sy ada di sini." Edward mengingatkan Bella. "Tp sy x sedar pun awak ada kat sini, " jawab Bella. "Jadi... kalo awak x nk tido, apa yg awak nk buat?" tanya Edward sambil ketawa. Bella terdiam sejenak, kemudian dia menjawab, "Sy pun x tau nk buat apa." Edward membalas, "Beritahu sy bila awak dh buat keputusan."
Bella dpt merasa nafas dingin Edward di lehernya & juga hidung Edward menjalar di bahagian tulang rahang Bella, menghidup aroma. "Sy sangka awak dh lali dgn bau sy," ujar Bella. "Walopun sy mungkin x mahu meminum wain, tp ia x bermakna sy x akan menghidu baunya. Bau awak seharum bunga.. mcm bau bunga lavender...atau freesia. Ia membuatkan sy terasa terliur," Edward menjelaskan. "Yalah... hari tu ada org yg bgtau bau sy seumpama makanan yg menyelerakan," Bella menyindir Edward. Edward ketawa & kemudian dia mengeluh. "Sy dh buat keputusan nk buat apa mlm ni... sy nk tau lebih lanjut lg mengenai diri awak," ujar Bella. "Tanyalah apa2," Edward menawarkan diri.
Bella bertanya kpd Edward ttg bagaimana Edward dpt menerima hakikat dirinya telah berubah menjadi vampire. Edward menjelaskan kebanyakan vampire dpt menerima hakikat walopun mereka x pernah meminta hidup sebagai vampire & cuba merapatkan jurang dgn manusia. Kemudian Bella bertanya ttg bagaimana Edward & Alice memiliki kelebihan luar biasa. Edward menerangkan kpd Bella yg Carlisle mempunyai teori... mungkin dulu Edward seorang yg sgt sensitif terhadap pemikiran org disekeliling, manakala Alice mempunyai keupayaan psikik. Kemudian Edward menerangkan keistimewaan setiap hali keluarganya -- Carlisle memiliki sifat belas kasihan, Esme memiliki sifat kasih syg yg begitu dlm, Emmet memiliki kekuatan fizikal, Rosalie memiliki sifat ketabahan yg tinggi, manakala Jasper memiliki kelebihan memanipulasi emosi org yg berada di sekitarnya. Setelah bercerita dgn panjang lebar, Edward bertanya, "Awak dh mengantuk ke belum? Ataupun awak nk tanya sy 1 soalan lg?" Bella menjawab, "Sy ada 1-2 juta soalan utk ditanya." "Kita masih ada hari esok, dan hari seterusnya, dan seterusnya.." Edward mengingatkan. Bella tersenyum & kemudian dia bertanya, "Awak pasti awak x akan hilang dari sini menjelang pagi nnt?" "Sy x akan tinggalkan awak," janji Edward.
"Satu lagi soalan.. utk mlm ni.." kemudian Bella terasa agak segan, pasti mukanya merah ketika tu. Walopun bilik tu gelap namun Bella yakin Edward dpt rasa kulit muka Bella terasa agak hangat. "Apa dia?" Edward bertanya. "X apalah..lupakan saja. Sy dh tukar fikiran," Bella memberi alasan . "Bella, awak boleh tanya sy apa saja soalan," ujar Edward. Bella tidak menjawab & Edward seakan2 mengeluh kecewa. "Sy selalu fikir keadaan jd lebih mudah & elok kalo sy x dpt baca fikiran awak. Tp sebaliknya ia jd bertambah teruk & teruk," ujar Edward . "Sy bersyukur awak x dpt baca fikiran sy. Sudah cukup teruk awak dh dgr sy berckp dlm tido," Bella cuba memberikan alasan. "Tolonglah?" Edward merayu. Bella menggelengkan kepala. "Kalo awak x nk bgtau sy, jadi sy buat kesimpulan yg mmg ada perkara yg teruk," Edward cuban mengumpan. "Beritahulah sy, ya?" Sekali lg suara Edward merayu buatkan Bella x dpt menolak. "Baiklah.." Bella mula membuka soalan, dia bersyukur sbb Edward x dpt melihat wajahnya dlm keadaan bilik yg gelap. "Ya?" Edward memberi respon. "Awak ada bgtau yg Rosalie & Emmet akan berkahwin x lama lg... adakah...perkahwinan tu... sama mcm yg manusia alami?" Edward ketawa, rasa lega sbb dia dh mula mengerti soalan Bella. "Maksud awak?" Edward mula memancing. Bella nampak gelisah & x dpt menjawab . Edward menyambung, "Ya, secara amnya sama saja dgn manusia. Sy pernah bgtau awak yg jenis kami masih ada keinginan seperti manusia, cuma ia tersembunyi disebalik kekuatan lain (minum darah)." "Oh," Bella hanya mampu memberikan respon yg pendek. "Kenapa awak bertanya soalan ttg hal ni?" Edward bertanya kembali. "Sy sebenarnya pernah terfikir...ttg awak & sy.. mungkin suatu hari nnt..." Bella x dpt menghabiskan soalannya. Wajah Edward berubah menjadi agak serius & badannya bagaikan beku di situ. "Sy x rasa perkara tu... akan jadi mustahil utk kita," ujar Edward. Bella bertanya lg, "Sbb ia akan menjadi sukar utk awak, kalo sy berada.. begitu rapat kan?" "Itu dh pasti masalahnya. Tp sy x rasa begitu sbb masalahnya hanya awak begitu lemah & mudah tercedera. Sy selalu mengingatkan diri supaya berhati2 dgn setiap perkerakan sy semasa kita bersama2 agar sy x cederakan awak. Sy boleh membunuh awak dgn mudah, Bella...walopun dgn tidak sengaja." Edward meletakkan tapak tangannya yg digin di pipi Bella & menyambung, "Kalo sy x berhati2, dlm sesaat sy terleka, sy boleh pecahkan tengkorak awak tanpa sengaja walopun sy hanya ingin menyentuh wajah awak. Sy x akan sekali2 lalai & hilang kawalan setiap kali ada bersama2 awak." Edward menanti Bella memberikan respon & mula bimbang bila Bella tidak bersuara. "Awak takut ke?" Bella berfikir sejenak & kemudian menjawab, "Tak, sy ok."
Edward bersuara lg, "Skrg sy nk tahu juga... adakah sebelum ni awak pernah..?" "Dh tentu tidak! Sy pernah bgtau awk yg sy x pernah rasa perasaan mcm ni sblm ni terhadap sesiapa pun," jelas Bella. "Sy tau. Hanya sbb sy dpt tau apa yg org lain fikirkan. Sy tau kasih syg & nafsu x selalunya utk org yg sama, " ujar Edward. Bella mengeluh, "Skrg sy dpt rasakan perasaan tu wujud di dlm diri sy." "Baguslah, sekurang2nya kita mengalami perkara yg sama sptmana org lain, " suara Edward kedengaran berpuas hati . Bella bertanya lg, "Naluri manusia awak... awak rasa sy ni menarik disbbkan 'itu' ke?" Edward ketawa & menjawab, "Sy mungkin bkn manusia, tp sy ni lelaki." Bella mula menguap. "Sy dh jwb soalan awak, skrg awak patut tido," ujar Edward. "Sy x fikir sy dpt tido," Bella menjawab. "Awak nk sy pergi ke supaya awak dpt tido?" Edward menawarkan diri. "Jangan!" Bella hampir menjerit. Edward ketawa lagi & kemudian dia mula menyanyi dgn suara yg sungguh merdu, lembut ke telinga Bella . Bella akhirnya terlena juga di atas lengan dingin Edward.
-tamat CHAPTER 14- |
|
|
|
|
|
|
|
CHAPTER 15 : The Cullens
Cahaya matahari pagi hari yg redup mengejutkan Bella drp lena. Bella masih berbaring dgn sebelah lengannya diletakkan di atas matanya, melindungi drp cahaya matahari tersebut. Bella cuba mengingati apa yg dimimpikannya mlm td... Bella mengeluh & memusingkan badannya, berharap dpt menyambung lagi tidurnya. Kemudian Bella teringat ttg peristiwa hari kelmarin. "Oh!" ujar Bella sambil bingkas bangun. "Rambut awak kelihatan mcm rumput2 kering.. tapi sy menyukainya." Suara yg tenang itu datangnya dari atas kerusi goyang di sudut bilik Bella. "Edward! Awak masih ada di sini!" ujar Bella gembira, dia bingkas bangun & duduk di atas pangkuan Edward. Kemudian Bella seolah2 tersedar & agak terkejut dgn tindakbalas dirinya yg kelihatan tidak dpt dikawal. Bella memandang Edward, bimbang kalo reaksinya membuatkan Edward x selesa. Tp Edward hanya ketawa & berkata, "Sudah tentu!" Sebaliknya Edward nampak gembira dgn reaksi Bella, tangannya menggosok2 belakang Bella. Bella meletakkan kepalanya perlahan2 di bahu Edward sambil menghirup aroma harum dari kulit Edward. "Sy benar2 rasa seperti mimpi," Bella bersuara. "Awak x begitu kreatif," jawab Edward, berbaur ejekan. "Charlie!" ingatan Bella terus kpd ayahnya, dia segera melompat menuju ke pintu. "Dia dh pergi kira2 dlm sejam yg lalu -- selepas dia menyambung kabel bateri awak." Bella berdiri di situ memandang Edward & ingin kembali di sisinya, tp Bella berasa kurang selesa memandangkan dia belum memberus gigi. "Selalunya awak x kelihatan keliru pada waktu pagi sblm ni," ujar Edward, dia menghulurkan kedua2 tangannya, memberi isyarat agar Bella dtg semula ke sisinya. Tp kali ini Bella terpaksa menolak. "Sy perlukan lagi masa sebagai manusia," Bella memberitahu. "Sy akan tunggu," janji Edward.
Bella segera pergi ke bilik mandi, dia terasa emosinya pagi ini x seperti biasa. Dia juga terasa dirinya hari ini berbeza daripada semalam. Selepas dia memberus gigi, mencuci muka, etc. Setelah itu Bella segera masuk semula ke biliknya. Dia berasa susah nk percaya bila Edward masih ada di situ, masih menghulurkan tangannya ke arah Bella. Edward dtg ke arah Bella. Bella dpt merasanya jantungnya berdegup kencang. "Selamat bertemu kembali," ujar Edward sambil merangkul Bella di dlm dakapannya. Bella baru perasan yg Edward telah mengenakan baju lain, rambutnya juga kelihatan kemas. "Awak balik tadi?" Bella bertanya sambil menyentuh kolar baju Edward yg beraroma segar. "Sy x boleh memakai pakaian yg sama setiap hari -- nnt apa kata jiran2 kalo mereka tnampak? Awak tidur dgn begitu lena mlm td, sy x terlepas apa2 pun. Awak bercakap lebih awal mlm td." Bella mengeluh & bertanya, "Kali ni apa yg awak dengar?" Mata Edward yg keemasan memandang Bella dgn lembut, "Awak kata awak mencintai sy." "Awak mmg dh tahu pasal tu," Bella mengingatkan. "Sy suka mendengarnya walopun ia perkataan yg sama," ujar Edward. Bella melindungi wajahnya di sebalik bahu Edward & berbisik, "Sy cintakan awak." Edward menjawab, "Kini awak adalah nyawa sy." Bella hanya diam sbb dia x tau nk ckp apa lg. Edward memeluk Bella beberapa ketika sehingga keadaan bilik Bella semakin terang. "Masa utk sarapan," Edward mengingatkan. Bella pasti Edward cuba membuktikan yg dia mengingati segala rutin harian manusia sepertinya. Bella dgn tiba2 memegang lehernya dgn kedua2 belah tangan sambil membesarkan mata memandang ke arah Edward. Edward kelihatan terkejut. "Gurau saja!" Bella ketawa & menyambung, "Sbb smlm awak kata sy x pandai berlakon!" Edward mengerutkan dahi & berkata, "Itu x kelakar." "Sebenarnya ia sgt2 kelakar, awak tahu, " Bella memandang mata Edward yg keemasan dgn berhati2, sambil berharap Edward memaafkan tindakannya td. Dan nampaknya Edward memaafkan Bella. "Boleh sy ulang semula? Masa sarapan untuk manusia," ujar Edward. "Oh, ok," jawab Bella.
Edward menarik Bella & meletakkan Bella di belakangnya dgn lembut & berhati2. Bella cuba utk turun bila Edward mahu menuruni tangga, ttp Edward x menghiraukan Bella. Dia membawa Bella di blkgnya hingga ke dapur & kemudian meletakkan Bella di atas kerusi dapur. Bella sekali lg terasa dapur rumahnya kelihatan ceria, sepertimana mood dia ketika itu. "Nk makan apa ya utk sarapan?" Bella bertanya dgn nada ceria. Edward tidak segera menjawab, dia kelihatan sedang berfikir. "Em...sy x pasti. Awak nk mkn yg mcm mana?" tanya Edward sambil mengangkat dahinya. Bella tersengih & bangun dari kerusi. "X mengapa, sy tahu apa yg sy mahukan. Awak perhatikan bagaimana sy 'berburu'!" Bella segera mengambil mangkuk & juga sekotak bijiran sarapan. Bella dpt merasakan mata Edward memerhatikan setiap gerak-gerinya sewaktu dia menuang susu ke dalam mangkuk berisi bijiran sarapan & mencapai sudu. Kemudian Bella meletakkan sarapannya di atas meja & memandang ke arah Edward. "Awak ada nk mkn apa2 ke?" Bella mempelawa Edward. Edward hanya merengus & berkata, "Makan sajalah, Bella!" Bella segera duduk & mula menyuap makanan sambil memandang Edward. Edward sedang mengamati setiap gerak-geri Bella sehingga membuatkan Bella terpaksa mengawal setiap pergerakannya. Kemudian Bella bertanya, "Apa agenda utk hari ni pula?" "Hmm... apa kata awak bertemu keluarga sy?" Edward menjawab. Bella menelan air liurnya. "Awak rasa takut ke?" pertanyaan Edward berbaur harapan. "Ya," Bella menjawab jujur. Dia x dpt nk menafikannya sbb pasti Edward dpt melihat ekspresi wajahnya skrg. Edward tersenyum & menjawab, "Jgn risau, sy akan melindungi awak." "Sy bukan takutkan diaorg, tp sy risau diaorg...x sukakan sy. Tentu diaorg akan terkejut bila awak bawa seseorang.. seperti sy... balik ke rumah & menemui diaorg? Diaorg tau x yg sy tau ttg diaorg?" Bella bertanya. "Oh, diaorg dh tau segalanya. Kalo awak nk tahu smlm mereka bertaruh -- sama ada sy betul2 bawa awak balik ke rumah, entah kenapa diaorg bertaruh dgn visi Alice. Dlm keluarga kami mmg tiada rahsia sbb sy boleh membaca fikiran mereka & Alice pula boleh melihat apa yg bakal berlaku." Edward menerangkan.
"Jadi, Alice dpt melihat yg sy akan dtg?" Bella bertanya. Reaksi Edward kelihatan agak pelik, tetapi dia menjawab, "Lebih kurang begitulah," Edward menjawab sambil dia memandang ke tempat lain, seolah2 kurang selesa menjawab soalan Bella. Bella memandang Edward dgn hairan. Kemudian Edward menoleh semula ke arah Bella & tersenyum sambil memandang mangkuk berisi bijiran sarapan di depan Bella. Dia bertanya, "Makanan tu sedap ke? Secara jujurnya, ia langsung x menyelerakan bagi sy!" "Ya... tp makanan sy x ada beruang yg garang.." ujar Bella selamba. Dia x mempedulikan reaksi Edward yg sengaja membuat muka yg garang . Bella masih hairan kenapa reaksi Edward nampak pelik bila dia menyebut nama Alice td. Bella segera menghabiskan sarapannya. Edward berdiri di tgh2 dapur bagaikan patung, dia melihat ke luar melalui tingkap dapur. Kemudian matanya beralih ke arah Bella & dia tersenyum dgn senyuman yg sungguh menawan. "Sy rasa awak pun kena kenalkan sy dgn ayah awak," ujar Edward. "Ayah dh kenal awak," Bella mengingatkan. "Maksud sy sebagai teman lelaki awak," Edward menerangkan. Bella melihat Edward dgn persoalan, "Kenapa?" "Bukankah ia suatu kemestian utk dilakukan?" Edward bertanya kembali. "Sy x tahu.. sebenarnya ia bukan kemestian pun. Sy pun x mahu awak... maksud sy.. sy x mahu awak terpaksa 'berlakon' utk sy di dpn ayah," Bella memberikan penjelasan. "Sy x berpura2," ujar Edward jujur. Bella masih terdiam. Edward bertanya lagi, "Adakah awak akan bgtau Charlie yg sy ni teman lelaki awak?" Bella masih berfikir bagaimana reaksi ayahnya bila dia memperkenalkan Edward sebagai teman lelakinya nnt. "Sy tgh memikirkan yg awak ni sebenarnya lebih dari itu," ujar Bella sambil memandang ke meja. "Kita x perlu bgtau dia segalanya secara terperinci," Edward menjawab sambil dia dtg menghampiri Bella & mengangkat dagu Bella menggunakan jarinya yg dingin dgn lembut. "Tp dia mungkin perlukan penjelasan kenapa sy selalu menghabiskan byk masa di sini. Sy x mahu Chief Swan mengeluarkan arahan menghalang sy dtg ke sini pula nnt." Bella bertanya Edward, "Adakah awak akan selalu berada di sini selepas ni nnt?" "Selama mana yg awak mahu," Edward memberikan jaminan. "Sy sentiasa mahukan awak. Selama2nya!" Bella memberi 'amaran'. Edward kemudian berjalan mengelilingi meja, kemudian dia berhenti bila menghampiri Bella & menyentuh pipi Bella dgn hujung jarinya. Ekspresi wajahnya dpt diduga. "Adakah ia membuatkan awak rasa sedih?" Bella bertanya. Edward tidak menjawab. Dia hanya merenung mata Bella utk beberapa ketika. "Awak dh habis mkn ke?' akhirnya Edward bersuara. Bella segera bangun & menjawab, "Ya." "Cepatlah pergi bersiap. Sy tunggu awak di sini," ujar Edward.
--bersambung--- |
|
|
|
|
|
|
|
best chap 15 nieee..... |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan CHAPTER 14
"Tp secara jujurnya, sebagaimana perkara mcm ni mengganggu awak, sy juga men ...
leon_mclaren78 Post at 8-1-2012 03:01
huhuhuhu....
besh nye dpt tido kat lengan edward........ |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu....
besh nye dpt tido kat lengan edward........
seeri_7843 Post at 9-1-2012 10:16
Lengan Edward sejuk jah! Kalo pakai selimut pun still sejuk... yg best, bau wangi je la! |
|
|
|
|
|
|
|
CHAPTER 15 : The Cullens
Cahaya matahari pagi hari yg redup mengejutkan Bella drp lena. Bella mas ...
leon_mclaren78 Post at 9-1-2012 00:20
best nyer la kalau muvi twilight di buat chapter demi chapter cam dlm buku citer
biar lar panjang berjela pun ........ ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
i'm in lap with edward lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
memandang kan skang ni kl da tak ujan lama....
sgt best kalau dpt tido kat lengan edward :dro ...
seeri_7843 Post at 9-1-2012 11:08
haha... imiganasi x menahan! |
|
|
|
|
|
|
|
Huuuuuuu......
Sukanyaaa baca part love2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edward ni mmg romantik gile kan... tp dia pun kuat cemburu gak.
However demi kontrol macho & nk jaga hati Bella, dia x tunjuk sgt betapa terbakarnya hati dia bila rasa cemburu melanda jiwanya...eheeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leon_mclaren78 at 10-1-2012 00:43
sambungan CHAPTER 15
Bella terasa begitu sukar utk memilih baju utk dipakai ke rumah Cullens. Ketika itu Bella berharap sgt wujudnya buku panduan etika berpakaian sewaktu kekasih vampire mengajak ke rumah keluarga vampirenya. Akhirnya Bella memilih utk memakai skirt labuh berwarna khaki & blaus berwarna biru gelap. Kemudian dia mengikat rambutnya dgn ikatan ekor kuda. Kemudian dia segera turun ke bawah & menjenguk dari tangga sambil berkata, "Sy pakai mcm ni ok ke?" Edward sedang menanti Bella di hujung tangga. Bella kemudian turun & berada di hadapan Edward. Edward memegang Bella dgn berhati2 & utk beberapa saat dia menjarakkan dirinya sedikit dari Bella, dan kemudian dia menarik Bella & memeluknya. "Salah lagi," ujar Edward di telinga Bella. "Awak kelihatan sgt2 'x sesuai' -- x adil sbb awak kelihatan sungguh menawan." Bella bertanya, "Menawan mcm mana? Sy boleh tukar pakaian.." Edward mengeluh sambil menggeleng2kan kepalanya & berkata, "Sukar dipercayai." Edward menekan bibirnya di dahi Bella & serentak itu juga Bella terasa persekitarannya bagaikan berputar. Aroma harum nafas Edward membuatkan Bella seakan2 mabuk. " Patut ke sy menjelaskan kpd awak bagaimana awak telah menggoda sy sgt2?" ujar Edward. Jari-jemari Edward perlahan2 berada di bahagian bawah tulang belakang Bella. Bella dpt rasakan nafas Edward yg menyentuh kulitnya sedikit laju dari biasa. Tangan Bella berada di dada Edward, dia terasanya kepalanya ringan sekali lagi. Edward menyentuh bibirnya ke bibir Bella utk kali kedua dgn sgt2 berhati2. Namun kemudia Bella tiba2 rebah. "Bella?" Suara Edward kedengaran cemas, serentak itu dia menyambut Bella & cuba membantu Bella berdiri semula. "Awak... buat..sy...rasa nk pengsan," ujar Bella, masih dlm keadaan pening. "Apa yg patut sy buat?" suara Edward penuh dgn kegusaran. Dia menyambung lagi, "Kelmarin sy mengucup awak, dan awak buat sy bagaikan 'diserang' (masa tu Edward terkedu sbb tkejut best sgt!). Hari ni giliran awak pula 'diserang'!" Dlm keadaan lemah Bella masih mampu ketawa, dia membiarkan Edward memapah dirinya kerana rasa pening masih belum hilang. "Susahnya bila jadi bagus dlm segala hal," Edward mengeluh. "Itulah masalahnya, awak terlalu bagus. Jauh lebih bagus sgt2," ujar Bella. "Awak rasa kurang sihat ke?" Edward inginkan kepastian sbb dia pernah melihat Bella dlm keadaan yg sama sblm ni. "Tak -- sy terasa nk pengsan bukan sbb kurang sihat. Sy pun x tau kenapa. Sy rasa mungkin sbb sy terlupa nk bernafas," ujar Bella sambil menggeleng2kan kepalanya. "Sy x boleh bawa awak ke mana dgn keadaan awak mcm ni," jawab Edward, bimbang. "Sy ok," Bella berdegil & menyambung, "Tak kira apa, keluarga awak pasti anggap sy ni 'gila', apa bezanya?" Edward memerhatikan Bella utk beberapa ketika & dia kemudiannya bersuara, "Warna kulit awak skrg sama dgn kulit sy." "Dengar sini, sy seboleh2nya x mahu fikir apa yg bakal sy buat nnt, jadi boleh x kita bertolak skrg?" Bella bertanya. "Dan awak bimbang bukan sbb rumah sy penuh dgn vampire tp awak risau keluarga sy x menyukai awak, betul?" Edward bertanya kembali. "Ya betul,' jawab Bella jujur. Edward menggeleng2kan kepalanya, "Awak ni sungguh luar biasa."
Mereka naik trak Bella, Edward yg memandu. Ketika ini Bella baru terfikir yg dia sendiri x tahu di mana terletaknya rumah keluarga Cullen. Mereka melepasi kawasan jambatan ai Sungai Calawah, jalan yg menghala mereka ke kawasan utara, dan seterusnya melepasi kawasan hutan. Bella sedang berperang dgn diri sendiri sama ada utk bertanya Edward ataupun bersabar apabila Edward memandu ke kawasan jalan yg tidak berturap & di kiri kanannya hanya terdapat hutan. Kemudian selepas beberapa batu, Bella ternampak rumah Cullens yg dikelilingi daun2 pohon besar yg berada di sekitarnya. Sememangnya diluar jangkaan Bella. Rumah tersebut kelihatan tidak dimamah usia, cantik dan mungkin berusia ratusan tahun. Rumah tersebut dicat dgn warna putih lembut yg pudar. Bella x nampak kereta lain berada di situ. Dia juga dpt mendengar deruan air sungai yg mungkin berada di sekitar kawasan hutan berhampiran. "Wow." ujar Bella, kagum. "Awak menyukainya?" Edward bertanya sambil tersenyum. "Rumah ni..ada daya tarikan yg tersendiri," ujar Bella. Edward menarik hujung rambut Bella yg diikat ekor kuda & dia ketawa. "Dh sedia?" Edward bertanya sambil membuka pintu trak. "Dah.. jom kita masuk!" Bella cuba utk ketawa, tp dia terasa ia tersekat dikerongkongnya. Dia segera mengemaskan rambutnya dgn rasa berdebar2. "Awak nampak comel," ujar Edward sambil menarik tangan Bella. Mereka berjalan masuk ke dalam kawasan anjung rumah. Bella dpt rasanya yg Edward faham bagaimana perasaanya ketika itu, ibu jari Edward menggosok2 belakang tgn Bella agar dia rasa tenang sedikit.
Edward membuka pintu utk Bella. Keadaan dlm rumah lebih mengejutkan Bella. Suasana di dlm rumah sgt terang, terbuka & sgt luas. Kemudian Bella ternampak kedua2 ibubapa Edward sedang berdiri di bahagian kiri pintu, menunggu mereka. Bella pernah bertemu Dr. Cullen sebelum ini, tp Bella x dpt nafikan yg dia masih mengagumi penampilan Dr. Cullen yg nampak muda & kelihatan sgt sempurna. Di sebelahnya Esme, satu2nya ahli keluarga Cullen yg Bella belum pernah jumpa sebelum ni. Warna kulitnya yg pucat & kecantikannya sama saja dgn mereka yg lain. Mereka mengenakan pakaian kasual berwarna cerah yg sesuai dgn susana dlm rumah mereka. Mereka tersenyum, tp tidak berganjak dari tpt mereka berdiri. Mungkin mereka tidak mahu menakutkan dia, fikir Bella. "Carlisle, Esme," suara Edward memecah kesunyian, "Ini Bella." "Kedatangan awak sgt dialu2kan, Bella," Carlisle melangkah ke dpn dgn berhati2 & menghulurkan tgn kpd Bella. Bella juga menghulurkan tangan utk bersalaman dgn Carlisle. "Gembira dpt berjumpa awak lg, Dr. Cullen," ujar Bella. " Panggil saja sy Carlisle," pinta Carlisle. "Carlisle," ujar Bella sambil tersenyum padanya. Bella sendiri agak terkejut dgn dirinya sbb dia rasa begitu yakin & tidak takut. Bella dpt merasakan kelegaan pd diri Edward yg berada di sebelahnya. Esme tersenyum & turut melangkah ke dpn utk bersalaman dgn Bella. Tgn Esme juga dingin sepertimana mereka yg lain. "Gembira dpt berkenalan dgn awak," ujar Esme, ikhlas. "Terima kasih, sy gembira dpt berjumpa awak juga," jawab Bella. "Di mana Alice & Jesper?" Edward bertanya, tp tiada sesiapa yg menjawab sbb kedua2 mereka tiba2 muncul menuruni tangga dari tingkat atas. "Hey, Edward," Alice memanggil dgn penuh semangat. Dia berlalri turun dari tangga & berhenti di dpn Bella. Carlisle & Esme memberikan pandangan 'amaran' kpd Alice, tp Bella berasa ianya natural. "Hai Bella!" Alice menegur Bella & mengucup pipi Bella . Bella sedikit berasa terkejut, tp dia berasa gembira juga sbb nampaknya Alice telah 'merestui' dirinya. Bella dpt rasakan Edward seperti kaku di sebelahnya. Bella memandang wajah Edward, tp dia x dpt meneka ekspresi wajah Edward. "Bau awak wangi, sy x sedar pun sblm ni," ujar Alice lg, membuatkan Bella berasa agak segan.
Keadaan di situ menjadi sedikit kekok apabila tiada siapa yg bersuara. Kemudian Jasper sampai ke situ -- dia bertubuh tinggi. Dgn tiba2 Bella berasa tenang & selesa. Edward memandang ke arah Jasper, menaikkan sebelah keningnya, dan Bella baru teringat apa yg Jasper mampu lakukan. "Hello, Bella," Jasper menegur Bella. Jasper masih menjarakkan dirinya dari Bella & tidak menghulurkan tgn utk bersalaman spt yg lain sblm ini. Bella tersenyum malu kpd Jasper & kemudian kpd yg lain. "Sy berbesar hati dpt berkenalan dgn awak semua, rumah awak ni sgt2 cantik," ujar Bella. "Terima kasih," jawab Esme. "Kami juga berbesar hati awak sudi dtg," ujar Esme lg.
--bersambung--- |
|
|
|
|
|
|
| |
|