CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V169'

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2022 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:29 AM | Show all posts
Barisan Kabinet dijangka diumumkan hari ini

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Disember 2, 2022 @ 8:50am   [email protected]




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin




KUALA LUMPUR: Kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk SeriAnwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Kenderaan membawa Anwar bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat tiba di perkarangan Istana Negara pada jam 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Beliau dipercayai akan mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.





Pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Terdahulu, pintu utama Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan pengamal media kerana Perdana Menteri dijadualkan mempersembahkan senarai barisan Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong.


Kira-kira 20 pengamal media sudah mula berkumpul di sini, seawal jam 7.30 pagi selepas Anwar dijangka menghadap Agong pada jam 8 pagi. - Pix NSTP/Eizairi Shamsudin

Kira-kira 20 pengamal media sudah mula berkumpul di sini, seawal jam 7.30 pagi selepas Anwar dijangka menghadap Agong pada jam 8 pagi.

Pembentukan barisan Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.






Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:30 AM | Show all posts
         


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 09:34 AM | Show all posts
Anwar disaran perkuat perpaduan, ambil langkah susulan titah Majlis Raja-Raja

Disember 2, 2022 @ 9:06am



Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 di Istana Negara. - BERNAMA



KUALA LUMPUR: Pada Rabu, kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dititahkan oleh Majlis Raja-Raja agar prinsip Rukun Negara diketengahkan pada majlis-majlis yang sesuai dengan ikrar dilafazkan oleh pemimpin yang dilantik, bukan lagi belia yang bersuara lantang.

Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dalam titah itu menjelaskan ia bagi membuktikan kerajaan serius dalam menjadikan Rukun Negara sebagai asas dan panduan rakyat Malaysia.

Turut diselitkan oleh Majlis Raja-Raja ialah ingatan agar pemimpin politik berhenti menggunakan isu kaum dan agama bagi meraih sokongan rakyat menerusi sentimen kebencian terhadap satu sama lain.

Mengupas pesanan Majlis Raja-Raja itu, tokoh sejarah, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata ia adalah mesej jelas kepada Anwar agar mengambil langkah-langkah susulan yang perlu bagi mengukuhkan lagi perpaduan kaum di negara ini.



Datuk Seri Anwar Ibrahim. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Menurutnya, aspek perpaduan kaum amat kritikal dalam mewujudkan sebuah negara yang stabil dan seterusnya membawa impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Saya melihat titah Majlis Raja-Raja dan juga cadangan (penubuhan) kerajaan perpaduan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah kebimbangan disuarakan istana bagi menghentikan segala kemelut hubungan kaum," kata ilmuwan itu.

Pupuk perpaduan di tadika

Mengulas lanjut, Kok Seong berpandangan, kewujudan kelompok tertentu yang masih mudah "tersentuh" apabila hal berkaitan kaum dibangkitkan, menunjukkan ada ruang yang perlu ditambah baik oleh kerajaan agar perkara itu tidak membarah.

"Apabila kita sebenarnya tidak begitu mengenali sesuatu kaum, maka mudahlah berlaku salah faham, (timbul) defisit kepercayaan, sekali gus membuatkan kita mudah naik darah, melenting apabila ada pihak cuba memainkan isu perkauman," kata Felow Majlis Profesor Negara itu.

Beliau juga menyifatkan kebersamaan yang dikecapi rakyat sekarang lebih bersifat kesepaduan dan bukannya perpaduan dalam erti kata yang sebenar.

Ini kerana, katanya, apabila perpaduan terbentuk, isu ketidakpercayaan tidak akan timbul sekalipun ada pihak yang cuba mengapi-apikan sentimen bangsa dan agama.

Mengakui usaha membentuk dan memperkukuh perpaduan itu agak mencabar, Kok Seong berkata, ia tidak mustahil untuk dicapai sekiranya kerajaan pimpinan Anwar memberikan penekanan pada perkara asas, iaitu pendidikan.

"Saya mengharapkan kerajaan pimpinan Anwar melihat usaha penyatuan dilakukan di peringkat tadika, yang mana ketika ini kanak-kanak dipisahkan (daripada bergaul dengan kaum lain) dan keadaan ini berlanjutan hingga mereka ke sekolah rendah.

"Sistem pendidikan yang mengalakkan dan membenarkan pengasingan ini berlaku perlu dilihat kembali kerana inilah halangan utama ke arah mencapai matlamat perpaduan kerana usaha sebegini sepatutnya dari rebung lagi," ujarnya.

Prinsip Rukun Negara asas perpaduan

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye, melihat titah Majlis Raja-Raja berkenaan sebagai tepat pada masa dalam usaha melahirkan rakyat cemerlang.

"Kita tidak boleh melupakan kepentingan lima matlamat yang terkandung dalam teks penuh Rukun Negara yang meletakkan mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan warganegara sebagai matlamat pertama.

"Kalau kita berpegang teguh prinsip Rukun Negara, saya anggap itu pendekatan paling baik dan betul ke arah membentuk kerajaan perpaduan yang kukuh dan berusaha ke arah keharmonian negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau melihat ada keperluan untuk Anwar mewujudkan satu agensi atau portfolio khas bagi mengukuhkan lagi ikatan kebersamaan rakyat.

Memetik ucapan Anwar yang berkata "anak Melayu, anak Cina, anak Kadazan Dusun, semua anak saya" bersempena Hari Malaysia lalu, Lam Thye berkata, ia perlu dizahirkan oleh Perdana Menteri ke-10 itu menerusi pelantikan pemimpin dari Sabah atau Sarawak untuk menerajui portfolio berkenaan.

Pada masa sama, beliau mengakui, ancaman media sosial dalam konteks keharmonian kaum apabila ada segelintir pihak yang menjadikan platform itu sebagai alat menyebarkan maklumat tidak benar atau mesej yang berbentuk hasutan kaum.

Sehubungan itu, Lam Thye menasihati pengguna media sosial agar lebih bijak dan matang dalam menilai maklumat serta tidak terbabit dalam penyebaran ideologi berbaur perkauman.

"Aplikasi seperti Facebook, TikTok dan Instagram memberi kesan amat mendalam kepada masyarakat, namun ia juga boleh dimanfaatkan sebagai ejen perpaduan kaum," katanya.

Kukuhkan pemahaman

Pandangan hampir sama turut dikongsi penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin.

Beliau berpendapat pemahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Keselamatan Negara diperkasakan lagi agar prejudis kaum dapat dikurangkan.

Menurutnya, ada aspek-aspek tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya, perlu didalami sebelum diulas sewenang-wenangnya semata-mata untuk memenuhi agenda tertentu.

Beliau juga berpandangan kerajaan baharu pimpinan Anwar perlu mengenal pasti penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan kaum terbabit.

"Indonesia, mereka menggunakan elemen bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi ejen penyatuan perpaduan kuat dalam kalangan masyarakat mereka.

"Kita boleh lihat betapa bangganya mereka bertutur dalam bahasa Indonesia dan menyebut diri sebagai seorang warga Indonesia. Semua di sana meletakkan elemen perpaduan negara itu merentasi agama dan kaum, dan ini sewajarnya dijadikan contoh," katanya. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:34 AM | Show all posts
skrg ni ghisau wak jahit tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:35 AM | Show all posts
adakah dia terpilih dlm barisan kabinet
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:35 AM | Show all posts
muka2 lain walaupun ada yg penyangak boleh dimaafkan lg
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:36 AM | Show all posts
tp dgn wak jahit mmg tak boleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:39 AM | Show all posts
YB jangan lupa janji

Oleh    W SAIDATUL FADZILAH W NAJEMUDIN   02 Disember 2022     09:00am






Gambar hiasan - Foto123RF




BEBERAPA hari lalu, rakyat dikejutkan dengan ‘fenomena’ pelik apabila telur yang tidak cukup di pasaran kembali penuh di rak-rak di kedai dan pasar raya.

Sudah tentu ia menimbulkan kehairanan dengan kemunculan telur yang tiba-tiba berlambak di pasaran. Bagaimanapun, lebih ramai sebenarnya memberikan reaksi teruja terhadap perubahan positif itu.

Apatah lagi, ia berlaku sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri. Walau apa pun reaksi, ia adalah antara permulaan yang menggembirakan rakyat jelata.

Isu telur pun bukanlah asing kepada Anwar dan ia turut menarik perhatian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Telur membanjiri pasaran kerana ia tidak perlu lagi dieksport keluar susulan kenaikan harga ringgit selepas Anwar diperkenankan sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Ternyata faktor Anwar mampu memberi pengaruh dalam menyelesaikan masalah membelenggu rakyat termasuklah kesukaran mendapatkan bekalan telur di seluruh negara sejak Oktober lalu. Bukan itu sahaja, bursa saham pun naik, ringgit juga mengukuh.

Namun, masalah-masalah lain tetap ada. Ia pelbagai, ada yang perlu ditangani secara lebih cermat, ada yang memerlukan cara dan kaedah berbeza dan ada yang memerlukan perancangan serta pelaksanaan teliti bagi memastikan ia ditangani dengan sewajarnya.

Yang jelas, dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan, inilah masanya pemimpin-pemimpin yang dipilih melaksanakan khidmat untuk rakyat.




Walaupun ada mempertikaikan Kerajaan Perpaduan, namun lebih ramai yang memberi harapan kepada kepimpinan baharu untuk membawa hala tuju negara ke arah lebih cemerlang.

Walaupun kabinet masih belum dibentuk ketika artikel ini ditulis, sudah ramai yang memberi pendapat, cadangan dan idea kepada kabinet Anwar.

Ada yang mahu pemilihan ahli-ahli kabinet benar-benar bersih daripada isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Ada mahu mereka yang dipilih menjadi menteri benar-benar kompeten untuk memastikan keyakinan pelabur, ada juga mahu agar dipilih orang itu dan orang ini untuk memegang portfolio tertentu.

Paling penting, ada pihak mengingatkan kerajaan menunaikan janji manifesto tanpa sebarang alasan, penangguhan atau pusingan U.

Di peringkat Parlimen, Yang Berhormat (YB) bolehlah membuat perancangan untuk pengisian dan pelaksanaan di kawasan masing-masing.

Aktiviti turun padang sudah boleh dilakukan untuk melihat apa yang belum selesai dan diberi perhatian sewajarnya.

Tunjukkanlah muka, jejakkanlah kaki di seluruh ceruk kawasan yang diwakili. Biasakanlah turun padang dan jadilah hero di kawasan masing-masing.

Bukan sedikit rakyat membangkitkan masalah. Ada merungut isu air, banjir kilat, perumahan, kemudahan dan infrastruktur, pengangguran, pengangkutan dan macam-macam lagi. Inilah masanya untuk menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan.

Lagipun, lebih ramai melafazkan janji lebih rasional untuk rakyat dalam kempen PRU15. Ia terbukti apabila ramai pemimpin dan calon ketika kempen mengatakan mereka tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang.

Rakyat pun tidak mahukan bulan dan bintang. Mereka lebih risaukan bekalan ayam, telur, gandum, gula, minyak dan keperluan asas lain untuk meneruskan hidup di bumi Malaysia, berbanding memikirkan objek-objek di luar angkasa.

Ingatlah, cabaran di hadapan diramal semakin tinggi. Rungutan rakyat juga dijangka semakin bertambah.

Sehubungan itu, pemimpin-pemimpin perlulah bergerak pantas. Bersegeralah dan terus pandang ke depan tetapi jangan sesekali membuang janji di belakang.

Ingat janji-janji yang ditaburkan untuk rakyat ketika kempen pilihan raya bagi meraih undi. Rakyat tak mudah lupa.

Berilah perhatian supaya rakyat melihat kejujuran pemimpin dalam berkhidmat dan laksanakanlah dengan kesungguhan kerana undi diberi bukan tiket untuk mendabik dada.

Berbalik kepada isu telur, Perdana Menteri juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak industri berikutan bekalan telur kembali membanjiri pasaran.

Tidak timbul lagi kesukaran untuk dapatkan telur. YB juga boleh gunakan telur untuk manfaat kesihatan.

Banyak khasiat boleh diambil daripadanya, tidak hanya telur masak, yang mentah pun ada khasiat tersendiri.

Mungkin YB boleh amalkan petua-petua berasaskan telur untuk pastikan kekal cergas ketika menjaga kawasan masing-masing sehingga tamat penggal. Apa pun selamat berkhidmat!

* W Saidatul Fadzilah W Najemudin ialah Editor Pengisian Sinar Harian


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:43 AM | Show all posts
'Sebenarnya, ini ayah I'


Sudirman Mohd Tahir
[email protected]



BALQIS bergambar bersama ayahnya selepas Majlis Konvokesyen ke-50 UKM. FOTO Ihsan Balqis Najwa Mohd Rizan




Kuala Lumpur: Bukan sekali dua, tapi sudah berkali-kali ayahnya, Mohd Rizan Haron, 48, disangka teman lelakinya.

Itu situasi lucu dilalui Balqis Najwa Mohd Rizan, 23, setiap kali dia dan bapanya berjalan bersama di khalayak ramai.

Malah, setiap kali itu juga Balqis yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjelaskan status mereka.

Terbaharu, ciapan Balqis di Twitter mengenai dia dan bapanya turut mendapat perhatian warganet.

"Ini bukan insiden pertama bapa dianggap kekasih saya. Mungkin sebab kawan bapa atau kawan saya jarang melihat kami berdua.

"Jadi, apabila mereka sesekali terserempak dengan kami akan berfikir sedemikian. Ada juga yang masih tak percaya, sebab bapa tampak muda sampai saya habiskan pengajian di UKM.

"Setiap kali yang fikir sebegitu, saya tak marah atau kecil hati pun. Bapa lagi suka sebab orang kata dia muda dan sebaya saya. Dia tak cakap apa pun, melainkan respons dengan ketawa atau gurauan.

"Seperkara lagi yang mungkin orang anggap bapa saya adalah kekasih sebab dia seorang yang bergaya dari segi penampilan. Sejak dulu lagi bapa memang suka ikut trend semasa. Gaya rambut baru kerinting itu pun baru beberapa minggu lepas bapa buat," katanya.

Menurutnya yang juga anak jati Selangor, dia mempunyai enam adik beradik, dirinya anak sulung dan adik bongsu berusia lima tahun.

"Kedua ibu bapa saya sebaya. Mereka kahwin awal dan saya dilahirkan ketika mak berusia 24 tahun. Kira mudalah untuk generasi kini.

"Tapi tidak untuk generasi terdahulu. Sebab kawan sebaya kedua ibu bapa saya, anak sulung mereka lebih tua daripada saya. Malah kawan mereka kahwin lebih awal.

"Macam saya dengan adik kalau berjalan macam ibu dan anak," katanya.

Dalam pada itu, Balqis mengakui akan berkahwin dengan tunangnya yang berusia 26 tahun pertengahan bulan ini.

"Tunang saya tua tiga tahun daripada saya. Insya-Allah, kami bakal berkahwin tak lama lagi.

"Macam sekarang, saya dan tunang mengusahakan perniagaan kafe Triplets Cakery's yang dijalankan di sebelah rumahnya. Saya cuma menjalankan bahagian pemasaran. Tunang pula menguruskan bahagian pengurusan dan pengeluaran," katanya.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 9:20am





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:44 AM | Show all posts
nampak muda ayah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:44 AM | Show all posts
dan betul nmpk mcm baya2 dia juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:46 AM | Show all posts
pagi ni mood menepek berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:46 AM | Show all posts
noti ada byk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:47 AM | Show all posts
Mercu tanda baharu ibu kota

Mahaizura Abd Malik
[email protected]



ILUSTRASI bangunan pencakar langit, Tradewinds Square berketinggian 775m yang kini sedang dalam fasa perancangan.




Kuala Lumpur: Malaysia dijangka memiliki satu lagi mercu tanda baharu di ibu negara apabila sebuah bangunan pencakar langit berketinggian 775 meter yang sedang dalam fasa perancangan, siap kelak.

Menurut firma arkitek Woods Bagot, menara dinamakan Tradewinds Square itu bakal tersergam megah di tengah-tengah kawasan Segitiga Emas iaitu di Jalan Sultan Ismail di sini.

Bangunan itu dibangunkan di atas tanah seluas 2.8 hektar iaitu bekas tapak Kompleks Antarabangsa dan Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dirobohkan sebelum ini. Kedua-dua aset itu dimiliki Tradewinds Corporation Berhad dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Mengikut perancangan asal, kedua-dua aset itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan komersial bercampur bernilai RM6 bilion iaitu projek mega ini.

Diterajui Tradewinds Corporation sendiri sebagai pemaju, projek turut dijayakan dengan usahasama firma arkitek DP Architects & Woods serta jurutera struktur Leslie E Robertson Associates.

Konsep reka bentuknya diilhamkan daripada pendekatan pelbagai segi dengan menggabungkan keindahan corak geometri Islam dan biomimikri organik dengan keteguhan fungsi seni bina dan kejuruteraan struktur bersepadu.

Mengikut pelan asal, menara yang mempunyai 110 tingkat itu akan dilengkapi dengan kemudahan termasuk ruang niaga, pejabat, pangsapuri servis diikuti bilik hotel, muzium dan hiburan di bahagian teratas.

Apabila menjadi kenyataan kelak, Tradewinds Square bakal memegang gelaran menara tertinggi Malaysia dan Asia Tenggara, sekali gus mengatasi rekod dipegang Menara Merdeka 118 yang berketinggian 679 meter serta menduduki tangga kedua bangunan tinggi dunia selepas Burj Khalifa, Dubai (829.67 meter).

Untuk rekod, rancangan pembinaan projek berkenaan diumumkan sejak 2011 lagi.

Mengimbas kembali pada 2012, Pengerusi Tradewinds Corporation ketika itu, Tan Sri Megat Najimuddin Megat Khas dilaporkan berkata, pihaknya merobohkan Kompleks Antarabangsa dan Hotel Crowne Plaza Mutiara bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan syarikat.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 7:01am





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:49 AM | Show all posts
bangunan tinggi2 ni bukan ada benefit utk rakyat kebanyakan
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 09:50 AM | Show all posts
untuk golongan tertentu je yg perlukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087481 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list