CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 22-3-2011 12:47 PM | Show all posts
eeeee....tak..sabar.nak.tgk.reaksi.arif.lepas.tengok.jas....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 01:16 PM | Show all posts
Tuan umah...takkn ni aje...lagi, lagi...... sambung cepat........
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 01:44 PM | Show all posts
X sbr nk tau ape  terjadi..tuan rumah update cept sikit ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:05 PM | Show all posts
habislah natural beauty Jasmin dikerjakan oleh Auntie Rosie...
makin cun la nnti... lebih jelita dan cantik dari Wardah tu...

tapi kan.. yg tak sedapnya Arif perkenalkan Jas sebagai adik kepada Wardah...
so ada chance la Wardah nak tackle Ariff nnti...

maybe Arif akan bercinta dgn Wardah sbb dgn kelicikan godaan Wardah tu...
tapi separuh hatinya tetap ada something tuk Jas....
cuma cinta itu lewat diluahkan bila ada hati yg terluka baru dia sedar yg hatinya hnya utk Jasmin.....
hahahahaha............ sorry Fizzi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 02:40 PM | Show all posts
Reply 624# Jaza2008


    hunnie setuju sgt.... Jasmin mmg dicipta fizzi utk Arif... sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 07:07 PM | Show all posts
tak sabar tunggu sambungan

jangan lah jasmin kena mekap mcm opera cina... buat cantik cantik tau auntie rosie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2011 09:34 PM | Show all posts
mesti nanti abang baik hati tertawan dan terpegun  melihat jasmin.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2011 09:58 PM | Show all posts
agaknya apa rancangan Wardah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 11:28 PM | Show all posts
wardah mesti ada agenda utk memerangkap arif agar tertarik dgnnya, minta2 arif dgn jasminlah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 01:34 AM | Show all posts
apa reaksi ariff bila tgh Jas sudah di make up
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 08:28 AM | Show all posts
lama nyer nak tggu 'sang pu3' kuar
lmbt btl la auntie rossie ni makeover si jas niey yer
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 08:37 AM | Show all posts
dah lama tak masuk sini, sekali masuk banyak nyer entries.  thanks fizi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:01 AM | Show all posts
salam....
x da sarapan ke pagi nie???
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:13 AM | Show all posts
tok tok tok assalamualaikum.......
xde org ke.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 09:13 AM | Show all posts
salam fizzi....  hari ni ade kan new n3 nye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:08 AM | Show all posts
As salam & morning.... Fizzi mana n3 nya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2011 10:31 AM | Show all posts
n3 is coming......
sorry ya lambat skit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:33 AM | Show all posts
“Kenapa papa setuju nak pergi dinner ni?” soal Arif yang masih memandu kereta menghala ke kawasan perumahan di Subang Jaya. Usai menunaikan solat maghrib di pejabat, Arif dan Datuk Muhaiyeen terus memandu menuju ke rumah Wardah. Alamat rumah sudah diberikan oleh Wardah petang tadi lagi. Melihat kepada peta, Arif memang kenal selok belok jalan menuju ke rumah Wardah.

Datuk Muhaiyeen tersenyum panjang. Cermin matanya ditanggalkan, digosok2 dengan kain pengelap lalu disarungkan kembali. Dia memandang tepat ke depan, memerhati laluan lorong menuju ke rumah Wardah.

“Actually, she’s a daughter of my ex- classmate in New York. ..” ujar Datuk Muhaiyeen.

“What?” Pantas Arif memandang papanya tepat. Matanya terbeliak mendengar kata2 Datuk Muhaiyeen. Datuk Muhaiyeen masih tenang.

“Papa tak pernah beritahu pun! So, that’ why papa ambil dia bekerja dengan papa?” soal Arif lagi. Datuk Muhaiyeen menggeleng sambil tertawa kecil.

“Not just that. Actually, that was one of the reason. But, the most important thing is, she’s hired because of her strong resume. She’s quite familiar with the industry. So I thought, when she’s attending any meeting, perhaps she can contribute something to our company. Not just be in the meeting and taking the minutes..” ujar Datuk Muhaiyeen panjang lebar.

Arif menggeleng2kan kepalanya. Sungguh banyak perkara yang dia tertinggal sejak dia bercuti selama sebulan dahulu. Pulang saja dari bercuti, terlalu banyak kerja yang menantinya. Lantas, hal2 kecil seperti itupun, tidak sempat dibualkan mereka anak beranak.

“Ha…dah sampai pun..Nampak kereta mama tak?” soal Datuk Muhaiyeen sebaik kereta mereka menghampiri pintu pagar sebuah banglo.

“Ntah! Tak nampak lagipun..” Arif mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Kot yang dipakai sudah ditanggalkan dari badannya. Dia yang hanya berkemeja menyinsing lengan kemejanya hingga ke siku. Datuk Muhaiyeen pula sudah melangkah menghampiri pintu pagar untuk menekan loceng. Jarak pintu pagar dan banglo itu agak jauh, jadi mungkin penghuninya tidak sedar akan kedatangan mereka lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:34 AM | Show all posts
“Haa..tu pun mama dah sampai,”  ujar Arif sebaik terlihat kelibat Honda Putih CRV milik mamanya menghampiri  banglo itu. Arif dan Datuk Muhaiyeen memandang ke arah kereta Honda yang baru saja berhenti.

‘Are we late?” soal Datin Zaharah sebaik menghulurkan kakinya keluar dari kereta. Terkocoh2 dia mengambil beg tangannya. Tangannya pula sibuk membetulkan selendang di kepala.

“Kami pun baru sampai. Mana Jas? “ soal Datuk Muhaiyeen. Sejurus selepas soalan itu, seorang gadis keluar dari perut kereta dari pintu sebelah lagi. Datuk Muhaiyeen dan Arif terkedu.

Jasmin cepat2 membetulkan dress merah jambu lembut yang menyaluti tubuhnya. Langkahnya dipercepatkan menuju kea rah Datin Zaharah yang menanti. Datuk Muhaiyeen memandang Jasmin sambil tersenyum.

“Haa…dah pakai dress ni, nampak lebih manis sikit..”puji Datuk Muhaiyeen. Datin Zaharah senyum lebar . Hatinya bagaikan bunga mekar kembang setaman. Setelah siap didandan tadi, semua orang di salun memuji2 Jasmin. Dia sendiri, teruja melihat penampilan Jasmin yang sangat anggun dengan dress lembut itu. Jauh berbeza dari penampilan biasa Jasmin yang sering ber t- shirt dan jeans.

“Come,” Datuk Muhaiyeen sudah memegang tangan Datin Zaharah dan mereka beriringan menuju ke pintu pagar. Jasmin turut kelam kabut berjalan mengekori langkah mereka. Namun, Jasmin melihat Arif masih tercegat merenungnya dengan pandangan yang tidak berkedip.

Langkah Jasmin terhenti. Dia berpaling, memandang Arif yang masih tidak bergerak. Tuan rumah sudah pun membukakan pintu pagar sebaik terlihat Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah tiba. Mereka pun sudah saling menyapa.

“Abang!!!” Jasmin separuh menjerit memanggil Arif. Tak nak masuk ke ? Getus hati Jasmin. Tapi dilihatnya Arif masih terdiam merenungnya. Mendengar laungan Datin Zaharah yang sudah memanggil mereka, Jasmin lantas mendapatkan Arif yang membatu di tepi jalan. Lengan Arif ditarik lalu Arif melangkah mengikuti langkah Jasmin yang menariknya. Jasmin yang berada didepannya dipandang tak lepas2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:35 AM | Show all posts
Arif merenung Jasmin yang duduk bertentangan dengannya. Sejak mereka sampai di rumah Wardah, matanya tidak dapat lari dari Jasmine. Bibirnya telah beku sejak dia melihat Jasmin keluar dari kereta tadi. Penampilan Jasmin diteliti dari hujung rambut ke hujung kaki.

Rambut Jasmin yang selalu ditocang tinggi tak ubah seperti pemain tenis, kali ini dibiarkan mengurai. Rambut panjang lebat yang berwarna coklat gelap itu begitu menawan bila disimbah lampu cendeliar di ruang makan rumah itu. Terasa gatal saja tangannya ingin membelai helaian rambut yang panjang mengurai separa pinggang itu.

Wajahnya yang selalu kosong tanpa secalit warna, kini begitu sempurna. Padanan warna pembayang mata warna2 kelabu dan biru gelap menampakkan matanya lebih galak berbanding biasa. Bila Jasmin memandangnya, bulu matanya yang panjang terbias dipelipis mata, menambah keayuan gadis itu. Terasa lemah jantung dan paru-parunya bila setiap kali dia bertentangan mata dengan Jasmin.

Bibirnya yang selalunya basah dengan warna merah semulajadi, kini berona pink peony. Bibir yang selalu nampak nipis itu, kini kelihatan penuh menggoda. Meski Jasmine tidak banyak bercakap, tetapi setiap kali dia mengerakkan bibirnya, bibir itu kelihatan penuh menawan. Penuh berahi.

Baju t-shirt berona gelap yang selalu dikenakannya tak kira masa itu, kini bertukar dengan dress lembut merah jambu lembut dengan sedikit bahagian dada yang terdedah. Mata Arif meliar mencuri2 pandang bahagian leher dan dada Jasmin yang sedikit terbuka. Putih bersih kulit itu tanpa cacat cela. Erkk..hmmm…ini yang buat jantung aku berhenti berdegup ni….

Mata Arif turun pula kea rah kaki Jasmin. Dress yang cuma paras lutut itu menyerlahkan betis Jasmin yang putih gebu. Bak kata orang dulu2, betis tak ubah seperti bunting padi. Betapa lekanya dia menghayati keindahan ciptaan Tuhan didepannya.

Jasmin memandangnya tiba2 dengan pandangan tajam. Mata Jasmin melirik kea rah Datin Zaharah disebelahnya seolah2 memberitahu Arif bahawa Datin Zaharah sedang memanggilnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.700446 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list