|
[Tempatan]
RM2.6 billion dalam akaun Najib adalah dari penderma, bukan dari 1MDB kata SPRM
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 5-8-2015 12:49 AM
RM2.6 billion adalah benda remeh-temeh katanya...![](static/image/smiley/default/shy.gif)
Mintak tempoh sebulan untul menjawab.....dah upgrade dari 14 hari...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
BN kesal soalan remeh-temeh tentang dana RM2.6b
10:46PM - 4 Aug 2015
http://www.malaysiakini.com/news/307371
![](https://lh3.googleusercontent.com/W3dTv__mOF-EgMufEzRoCKTqw6p2MOiB5tWnSySjaTuVd820ktPpZmPDOYD22Z7xZdpMNZ0RdA7HNIvc6jwT)
Soalan remeh-temeh mengenai kewujudan wang RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diajukan hanya untuk mengaburi mata rakyat, kata BN.
Pengarah komunikasi strategiknya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, persoalan pokok yang dibangkitkan pembangkang telah terjawab apabila ia bukan daripada rakyat atau 1MDB.
Menjawab soalan yang diajukan dalam rancangan “Dialog” di TV1 malam ini, Abdul Rahman menyifatkan soalan yang dibangkitkan, antaranya oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bertujuan mempolitikkan isu.
‎"Apa yang diutarakan oleh beliau, saya kira akaun bank ditutup dan dibuka adalah prosedur biasa, satu fenomena biasa.
"Bila kita jawab satu persoalan paling pokok, sepatutnya Tuan Ibrahim kata, 'Alhamdulillah, duit rakyat tidak dicuri',” katanya.
Menurut beliau, pembangkang nampak sangat mahu mempolitikkan isu dan tidak minta maaf bila parti dan pemimpin pembangkang menuduh.
"Kalau you tuduh bahawa perdana menteri mencuri duit dan soalan remeh-temeh seperti tutup tidak tutup (akaun) itu, kita mungkin dalam penyiasatan nanti akan dimaklumkan.
"Tetapi kekesalan saya ialah bila satu isu pokok yang besar diselesaikan. ‎Orang seperti Tuan Ibrahim ini dia nak cari isu yang remeh-temeh hanya untuk mengaburi mata rakyat selepas mereka dah kantoi dan terbukti berbohong dengan tuduhan maha besar," katanya.
Ditanya sama ada wang tersebut digunakan untuk pilihan raya umum ke-13, beliau berkata, Najib mengatakan duit tersebut banyak digunakan untuk aktiviti sosial dan politik dalam parti.
"Kita pun faham tentang batas undang-undang akta pilihan raya dan sebagainya. Tapi pada pandangan saya jika ada derma datang kepada parti politik ianya tidak menjurus kepada pilihan raya.
" arti politik ini ada program sepanjang tahun, apatah lagi sebuah parti yang besar seperti Umno. (Sebanyak) 191 bahagian tidak ada satu inci pun dalam Malaysia ini tiada kehadiran Umno kecuali Sarawak," jelas beliau.
Tegas beliau, Umno sebagai parti matang mempunyai rakan, penyokong dan penderma seluruh dunia yang dianggap ingin membantu sebuah parti yang berteraskan nasionalisme Melayu dan kepentingan Islam.
"Jadi kadang- kadang bila ada derma-derma yang wujud seperti ini, tidak mustahil. Seperti kita bantu orang-orang di Palestin atau Rohingya.
"Dalam konsep menderma, pandangan saya kalau ada orang ini melihat perjuangan Umno diteruskan serasi dengan apa yang dia nak dan ingin menderma ‎tanpa syarat saya kira itu perbuatan mulia," katanya.
Tempoh sebulan untuk dijawab
Sementara itu, ditanya mengapa kerajaan mengambil masa untuk menjelaskan perkara itu, beliau berkata, keadaan pola politik‎ sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan kenyataan kerajaan tidak akan dipercayai.
"Kita kena ingat untuk menuduh mungkin hanya memerlukan tiga minit buat satu kenyataan dalam TV, dalam blog, tapi kadang-kadang kerajaan terpaksa memakan masa tiga bulan untuk menyelesaikan satu isu terutamanya yang melibatkan penyiasatan.
"Sebab kerajaan kena bertanggungjawab, kita tidak boleh turun ke tahap pembangkang yang hanya bermain politik longkang, pada saya.
"Bila nak menuduh dia main tuduh sahaja, tetapi kita kerajaan‎ kita bertanggungjawab kalau kita jawab berdasarkan fakta dan fakta itu kadang-kadang membosankan. Satu membosankan, kadang-kadang memakan masa untuk diolah dari segi penyiasatan," katanya.
Tambah beliau, bila penyiasatan dibuat contohnya sukar untuk perdana menteri menjelaskan kedudukan wang 1MDB sebelum ini apabila tidak dipercayai.
"Kita pun tahu dulu jenuh perdana menteri menjelaskan kedudukan wang 1MDB, bila tidak dipercayai dan bila tidak dipercayai perdana menteri berkata, OK kita siasat.
"Bila disiasat ia memakan masa, begitu juga dalam soal ini bila tuduhan itu bermula kita buat keputusan biar disiasat.
"Jadi oleh kerana melibatkan perdana menteri dan jumlah yang besar serta melibatkan ekonomi Malaysia, saya kira agak sesuai dalam jangka masa sebulan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tu arrr remeh temeh
![](https://scontent-sin1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/v/t1.0-9/11825973_857369314352069_6207911145683318376_n.jpg?oh=0e79172c53a1ceaec78eb8a92c1ae751&oe=56436C51)
|
|
|
|
|
|
|
|
dari arkib Utusan - 27/2/2012
ARKIB : 27/02/2012
Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM
27/02/2012 6:24pm
PUTRAJAYA 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.
"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian,” katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.
"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi, manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3htfMjhBe
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
betul apa dia tulis ni....tu yang aku pernah kata kerajaan ibarat pemandu kereta, rakyat ibarat enjin kereta, saling memerlukan....kalau pemandu ting tong memang takkan sampai ke destinasi, kalau pemandu bagus tapi enjin rosak pun takkan sampai ke destinasi, malaysia ni pemandu dan enjin pon hauk.......pray to god la supaya malaysia diselamatkan....anyhoo.....memang plot drama the advanture of najib ni memang makin menarik.....![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
najib tengah kepanasan.....perah otak..memikirkan apa lagi yg nak dikelentongkan rakyat............aku rasa dia tidur malam sekrang pun tak nyenyak...dibuai mimpi2 ngeriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
masa mula2 berita SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa duit RM2.6 billion tu duit derma,
siapa yg sebenarnya yg keluarkan kenyataan?
kot la aku miss, sebab hari ini keluar berita di sinar harian kata ketua pesuruhjaya SPRM menghilangkan diri beberapa hari sudah sebab "bercuti".
So kalau ketua pesuruhjaya sprm bercuti, siapa yg keluarkan kenyataan???
Dalam akhbar utusan & bernama cuma sebut perkataan "SPRM" tapi tak sebut nama... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya..inilah sarkastic yang terbaik di alam maya setakat hari ini...hi3
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku saspek yg duit tu sebenarnya duit 1mdb juga.. tapi yg dah ditawaf keliling dunia yg akhirnya masuk ke akaun najib..
Sebab tu takda jawapan mana pi duit lebih 1mdb setelah tolak semua belian dan kegunaan oleh 1mdb..
Bila dah terbarai ckp itu duit derma... hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Sprm pun nampaknya dah nak terlungkup kena tibai... bos2 besar pi cuti yg bawah2 pulak kena siasat polis...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu Rasuah?
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Memanglah hak penderma nk derma kpd siapa pun. Tetapi bila ia melibatkan jumlah yg begitu besar penderma tu sepatutnya disiasat. Siapa dia dan darimana dia dpt duit byk tu. Ada keraguan di situ kan? Tugas SPRM tu kan? Pihak bank pun kena tanya penerima, duit apa dan dari mana. Contohnya yg terbaru kwn saya dpt duit epf .. rm90000 lebih. Itupun pihak bank terus call kwn saya..soal siasat mcm2. Siap minta bukti. Kalau 2.6 billion? Tak kan tak siasat kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Maka Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM pon udah dituka... |
|
|
|
|
|
|
|
Bende rasuah dah lama berlaku kat goverment / putrajaya. Aku sendiri kena lepas pi tender meeting. Gile apa mau 50% value tender kat orang dalam. Korang ingat aku vendor main curi ayam ? songlap sana sini..
lepas sub punya sub punya sub portion aku tinggal 10%. Go die la makan atas hangin ali baba...
Aku ingat aku sorang je vendor kena, rupa ada lagi tengok dari 8 juta jadi 400k kos ?..
** Hentikan rasuah wei .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|