CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deaf4ever

Berita Hari Ini - 2005

 Close [Copy link]
Post time 9-7-2005 10:49 AM | Show all posts
VIDEO LUCAH MUNCUL DI TELEFON BIMBIT
Trend guna teknologi 3G muncul sekitar awal tahun ini


Oleh
Rabiatul Adawiya Binhan

MULANYA, gambar lucah.

Kini, sedutan video lucah pula yang menjadi bahan edaran sesetengah pemilik telefon bimbit menerusi alat perhubungan mereka.

Tinjauan Berita Harian mendapati trend tersebut muncul sekitar awal tahun ini semenjak perkembangan telefon bimbit generasi tiga (3G) yang mampu menghantar pesanan video.

Antara lain, sedutan-sedutan video antara dua dan empat minit itu menunjukkan pasangan muda, termasuk belia Melayu, sedang melakukan adegan seks.

Penghantaran video dilakukan menerusi rangkaian tanpa wayar seperti infra-merah dan bluetooth serta Internet.

Penulis sendiri telah menerima satu klip video lucah dipercayai menerusi rangkaian tanpa wayar.

Salah seorang pengguna telefon bimbit, Encik S. Affendy Shah, 25 tahun, berkata beliau menerima kira-kira 10 klip video sedemikian daripada rakan-rakannya.

Klip itu memaparkan adegan seks oleh pasangan-pasangan muda yang tidak dikenalinya.

'Pada mulanya, saya agak terperanjat juga dapat video semacam ini. Tapi sekarang dah biasa dan kami bertukar-tukar video dengan kawan-kawan sekadar untuk suka-suka,' katanya, yang baru tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Seorang lagi yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Mohammad, 20 tahun, anggota Perkhidmatan Negara (NS), berkata beliau membeli telefon 3G awal tahun ini semata-mata untuk menerima klip-klip video daripada rakan-rakan.

'Saya simpan klip ini hanya untuk hiburan sahaja,' kata Encik Mohammad, yang mempunyai lebih daripada 10 klip video sedemikian.

Seorang pakar teknologi maklumat (IT), Encik Muhammad Ridzwan Rahmat, berkata kebanyakan klip itu dihantar menerusi rangkaian tanpa wayar kerana ia boleh dilakukan secara percuma dan sukar dikesan sumbernya.

'Dengan kemudahan seperti infra-merah dan bluetooth, orang ramai boleh menghantar video tanpa dikenakan bayaran, menyebabkan penyebaran video-video lucah itu semakin meluas,' kata Encik Muhammad Ridzwan, seorang pengarah urusan firma teknologi maklumatnya sendiri.

Selain daripada rangkaian tanpa wayar, video juga boleh dihantar dari sesetengah lelaman Internet ke telefon bimbit dengan bayaran antara 30 sen dengan 84 sen mengikut saiz video.

Diminta mengulas trend tersebut, peguam, Encik Ahmad Nizam Abbas, berkata di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, sesiapa yang menyebarkan bahan-bahan lucah boleh dipenjarakan tiga bulan, didenda tidak lebih daripada $2,000 atau kedua-duanya.

'Di bawah Seksyen 293, jikalau si penerima di bawah umur 20 tahun, penghantar boleh didenda dua kali ganda.

'Biasanya, penghantaran seperti ini tidak mengundang tindakan daripada pihak berkuasa kecuali sekiranya si penerima membuat aduan kepada polis,' kata Encik Ahmad Nizam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2005 10:52 AM | Show all posts
PENYALAAN LAMPU HIASAN HARI RAYA

PERARAKAN BUDAYA DIRANCANG UNTUK MERIAHKAN ACARA
Majlis Pusat: Pencak silat, kuda kepang, gamelan dan kereta berhias antara yang ditimbang


Oleh
Saini Salleh Dan Suryani Omar

SUASANA di Geylang Serai menjelang Hari Raya tahun ini mungkin lebih meriah, lebih bersemangat dan lebih gilang-gemilang.

Ini kerana perarakan yang menampilkan budaya, kesenian dan kegiatan tradisional Melayu mungkin disertakan dalam acara penyalaan lampu hiasan Hari Raya di situ.

Perarakan melibatkan sekitar 40 kumpulan itu, termasuk lima kereta berhias, dirancang diadakan sejurus setelah lampu yang menghiasi sebahagian Geylang Road dan Sim Avenue itu dinyalakan selepas maghrib.

Antara kegiatan seni yang mungkin ditampilkan dalam perarakan itu ialah pencak silat, kuda kepang, gamelan, perarakan pengantin dan persembahan angklung.

Bermula di tempat meletak kereta dekat Kampung Melayu Geylang Serai, perarakan itu akan melalui Geylang Road, belok ke Jalan Eunos dan bersurai di lelapang sebelah Masjid Darul Aman.

Tarikhnya ialah 1 Oktober, iaitu sebelum bazar Ramadan di situ bermula.

Rancangan itu sedang diteliti Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, iaitu badan penganjur acara penyalaan lampu Hari Raya, yang masuk kesembilan kali itu.

Acara penyalaan lampu itu disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Butir-butir rancangan tersebut dibentangkan Timbalan Presiden Majlis Pusat, Haji Mohd Yahya Zakaria, dan Pengurus Besar Malay Village Pte Ltd, Encik Clarence Cheung, ketika ditemui di kampung itu kelmarin.

Majlis Pusat mempunyai sekitar 36 badan kerabat yang terlibat dalam pelbagai kegiatan, seperti kesenian, sukan tradisional dan budaya Melayu, dan akan mengundang mereka menyertai perarakan itu.

Encik Cheung berkata idea mengadakan perarakan itu pertama kali beliau ajukan kepada Majlis Pusat sekitar lima tahun lalu.

'Bayangkan betapa meriahnya Geylang Serai jika perarakan ini dapat disertakan sempena upacara menyalakan lampu.

'Manfaatnya sudah tentu besar. Selain menyemarakkan suasana menjelang Hari Raya, perarakan ini dapat menampilkan budaya Melayu kepada kaum-kaum lain di sini dan para pelancong.

'Bahkan, generasi muda dapat mengenali lebih dekat pelbagai unsur budaya Melayu dan lantas memperkaya pengetahuan dan pengalaman mereka,' kata Encik Cheung.

Mengenai belanja mengadakan perarakan itu, yang dijangka antara $50,000 dengan $80,000, Haji Mohd Yahya berkata Majlis Pusat akan berusaha mendapatkan penaja bagi membiayainya.

'Jika perarakan ini menjadi kenyataan, kami akan meneliti sama ada akan menganjurkannya setiap tahun atau setiap dua tahun,' katanya.

Menurut beliau lagi, Majlis Pusat akan menghubungi agensi-agensi pemerintah bagi membincangkan rancangan tersebut dan mendapat restu mereka.

'Sama-samalah kita jayakan acara ini demi memelihara budaya Melayu yang kaya dan berwarna-warni,' celah Encik Cheung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 10:53 AM | Show all posts
KORBAN SERANGAN BOM DI LONDON KINI LEBIH 50
Masih ada banyak mayat di stesen bawah tanah


LONDON - Angka korban akibat empat serangan bom di London kini melebihi 50 orang, tetapi banyak lagi mayat masih terperangkap dalam stesen bawah tanah, kata ketua polis London, semalam.

'Kami sekarang tahu lebih 50 terkorban,' kata Pesuruhjaya Polis London, Encik Ian Blair, dalam satu sidang akhbar.

Menurutnya, sulit untuk menentukan berapa ramai mangsa terkorban kerana kesukaran memungut mayat, terutama letupan di bas, dan banyak mayat belum dipungut dari stesen kereta api bawah tanah Russell Square.

Para pekerja kecemasan tidak dapat menarik keluar mayat kerana bimbang terowong tersebut mungkin roboh, katanya.

Sejauh ini 350 yang cedera ringan dirawat di tempat kejadian, 350 lagi dibawa ke hospital, 100 daripada mereka bermalam di sana sementara 22 masih dalam keadaan kritikal.

Seorang mangsa dilaporkan meninggal di hospital malam kelmarin.

Pakar-pakar keselamatan yang dihubungi Reuters berasa hairan kenapa hanya satu letupan bom berlaku di atas bas, sehingga mencetuskan andaian ia mungkin meletup tanpa disengajakan sewaktu hendak dialihkan.

Encik Blair bagaimanapun berkata siasatan awal tidak menemui bukti serangan itu dilakukan pengebom nekad.

'Kami tidak menemukan sebarang bukti ia satu serangan bom nekad,' kata beliau kepada pemberita.

Siasatan awal membayangkan setiap bom seberat 4.5 kilogram dan mudah dibawa dalam beg sandang, kata Timbalan Pesuruhjaya Andy Hayman.

'Kami percaya bom diletak di lantai gerabak kereta api,' katanya.

Polis menafikan mereka menjumpai bom yang tidak meletup sebagaimana didakwa seorang pegawai Amerika Syarikat.

Encik Blair berkata serangan itu mempunyai tanda-tanda ia angkara kumpulan militan Al-Qaeda.

Beliau percaya satu sarang Al-Qaeda masih ada di negara itu dan boleh melancarkan serangan baru.

'Kita mesti terus berwaspada,' tegas beliau.

Para penyiasat semalam mencari bukti pada serpihan runtuhan dan rakaman video 1,800 kamera pemantau di stesen kereta bawah tanah di London.

'Fokus siasatan kami ialah mengenal pasti siapa pelaku serangan bom ini dan menyeret mereka ke muka pengadilan,' kata Setiausaha Dalam Negeri, Encik Charles Clarke.

Semalam, 10 daripada 12 perkhidmatan kereta api bawah tanah dipulihkan semula, begitu juga perkhidmatan bas di pusat London. Namun, sesetengah penumpang memilih untuk menaiki teksi.

Sementara itu, Majlis Muslimin Britain semalam berkata ia menerima 30,000 pesanan lahirkan kebencian menerusi e-mel.

Suruhanjaya Hak Asasi Islam semalam menasihati umat Islam di London supaya jangan keluar rumah untuk mengelakkan tindak balas. - Agensi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 11:20 AM | Show all posts
Tersembam atas sejadah

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]

KUANTAN: Seorang peneroka tersembam atas sejadah ketika rukuk selepas sekeping atap asbestos menghempap belakang tubuhnya ketika solat Maghrib, di Felda Bukit Goh, di sini, malam kelmarin.

Ahmad Yunus, 62, berkata dia pitam selepas dan hanya mengetahui 20 keping atap bilik rumahnya diterbangkan ribut selepas ditarik keluar dari bilik anaknya, Norhayati, 18.

揂tap asbestos itu patah dua. Satu daripadanya terpelanting dan terkena kepala isteri saya yang kebetulan berada di bilik sama kerana baru selesai solat Maghrib, kira-kira 7.45 malam.

揝aya pula terus pitam. Ketika dihempap, tiba-tiba belakang tubuh saya sakit seperti ada benda berat,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 11:21 AM | Show all posts
Gadis tertipu serah rantai


KUANTAN: Seorang pelajar kolej terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang tidak dikenalinya sehingga sanggup menggadai rantai emas dan RM500 tunai ketika menginap di sebuah hotel di Jerantut, kelmarin.

Lelaki terbabit memperdaya gadis berkenaan dengan mendakwa rantai leher yang dipakai akan lebih cantik dan berseri sekiranya dipadankan dengan loket.

Sehubungan itu, lelaki terbabit menawarkan khidmatnya untuk membuat loket selain berjanji menghantar gadis berusia lingkungan 20-an itu ke kolejnya di Bandar Jengka.

Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri, berkata mangsa dari Perak itu bertemu lelaki berkenaan di stesen bas Bandar Jengka.

揗angsa pada mulanya ingin bermalam di stesen itu selepas tiba lewat malam dan tetapi lelaki itu menawarkan diri untuk menghantarnya.

揃agaimanapun, apabila tiba di kolej berkenaan, pintu utama institusi pendidikan itu tutup kerana sudah melewati jam 12 tengah malam dan hanya dibuka semula pada jam 7 pagi.

揙leh itu, lelaki itu mencari hotel di Bandar Jengka. Tapi, dikatakan tidak elok dan membawanya ke sebuah hotel di Jerantut. Ketika itu, dia terpandang rantai yang dipakai mangsa,
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 11:21 AM | Show all posts
Sepupu cuba rogol kakak

Oleh Masni Ros Pakir Mohamad

MELAKA: Seorang lelaki yang cuba merogol sepupunya berumur 11 tahun, ditahan di rumahnya di Kampung Pulau Semut, Solok Duku, Masjid Tanah dekat sini, petang kelmarin.

Penganggur berumur 32 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira jam 3 petang dan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan polis menyiast.

Penganggur itu ditahan reman selama lima hari sehingga 12 Julai depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut prosedur 117 Kanun Acara Jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kejadian itu terbongkar apabila adik lelaki mangsa berumur tujuh tahun memberitahu sepupunya cuba merogol kakaknya di bilik rumah mereka.

Menurut beliau, adik lelaki mangsa memberitahu ibunya kejadian itu selepas ibunya pulang bekerja kira-kira jam 5 petang, Rabu lalu.

Katanya, emak pelajar itu kemudiannya membawa anaknya ke Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk membuat aduan kejadian itu.

Beliau berkata, daripada soal siasat yang dijalankan, pelajar tahun lima itu mendakwa sepupunya sering menjilat serta meraba kemaluannya dan kejadian itu berlaku sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, pada hari kejadian ketika adik mangsa melihat pemuda itu cuba melakukan hubungan kelamin.

Katanya, pemeriksaan yang dibuat ke atas pelajar itu menunjukkan tiada kesan tusukan atau koyak berlaku pada kemaluannya.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 376/511 Kanun Keseksaan dan jika terbabit dengan kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan.

Rumah penganggur berkenaan terletak kira-kira 20 meter dari rumah pelajar itu.

Sementara itu, dalam kejadian lain, seorang juruelektrik yang melakukan sumbang mahram ke atas anak perempuannya berusia 14 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Duyong dekat sini, malam kelmarin.

Juruelektrik berumur 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam dan dikenakan tahanan reman sehingga 12 Julai depan bagi membolehkan polis menyiasat mengikut prosedur Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Menurut Mazlan, juru elektrik itu dipercayai melakukan sumbang mahram ke atas anak sulungnya sejak tahun lalu dan kejadian itu hanya terbongkar apabila pelajar itu memberitahu guru kaunselingnya, pagi Rabu lalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2005 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 9-7-2005 11:20 AM:
Tersembam atas sejadah

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]

KUANTAN: Seorang peneroka tersembam atas sejadah ketika rukuk selepas sekeping atap as ...




Kalo mati cam gini kan bagus, time ngah semayang, ngan rukuk ngah sujud lagi bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2005 02:01 AM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 9-7-2005 10:49 AM:
VIDEO LUCAH MUNCUL DI TELEFON BIMBIT
Trend guna teknologi 3G muncul sekitar awal tahun ini


Oleh
Rabiatul Adawiya Binhan

MULANYA, gambar lucah.

Kini, sedutan vid ...


Tak payah teknologi 3G pun dah ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2005 11:10 AM | Show all posts
Baby girl grave mystery
Jassmine Shadiqe

KUALA LUMPUR, Sat:
--------------------------------------------------------------------------------
  
Mystery surrounds the death of a baby girl who is suspected to have been sexually abused.
Police are preparing to exhume the body of the one-year-old girl who died at a private medical centre on Wednesday.

However, the parents of the baby cannot be located and police do not know where the baby is buried.

And a check at three Muslim burial grounds in Cheras showed there had been no infant burials in the past few days.

It is believed that the vagina of the baby girl was enlarged and it did not have a hymen. There was also an unnatural anus expansion.

Two police reports were lodged
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2005 11:14 AM | Show all posts

BAHAGIA: Tengku Muda dan Julita bersama putera dan puteri mereka dari kiri Tengku Ameera Asya, Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad
Firhan Shah.


Tengku Muda - Julita cair tengok ragam anak
Oleh Sariha Mohd Ali



BAHAGIA: Tengku Muda dan Julita bersama putera dan
puteri mereka dari kiri Tengku Ameera Asya,
Tengku Eddie Akasya dan Tengku Ahmad
Firhan Shah.

MASIH terbayang kemeriahan istiadat gilang gemilang persandingan pasangan diraja, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latiff di Istana Abu Bakar, Pekan pada 27 Julai 2002.

Selepas tiga tahun berlalu, kebahagiaan pasangan diraja diserikan dengan kehadiran tiga cahaya mata
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2005 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 9-7-2005 11:20 AM:
Tersembam atas sejadah

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
[email protected]

KUANTAN: Seorang peneroka tersembam atas sejadah ketika rukuk selepas sekeping atap as ...


ff:

dorang gunakan atap asbestos?

tak tau lah betul ke tak, macam penah dgr org ckp tak elok gunakan atap asbestos nie. (maybe due to health reason)
aku dulu tinggal kampung pakai atap zing, kalau ujan lebat je, bingit mcm nak rak.

.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 11-7-2005 08:50 AM | Show all posts
ada flyover collaspe in malaysia......itu concrete block kalo jatuh kat orang...

ai yoh...dare not imagine...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2005 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 11-7-2005 08:50 AM:
ada flyover collaspe in malaysia......itu concrete block kalo jatuh kat orang...

ai yoh...dare not imagine...



is it, tak tahu lak.....

spore pun kena jaga2 ah.....  asyik buat flyover la, underground roads la....
mrt je dah berapa line sey criss cross bawah tanah....
tenggelam....:malu::malu:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 12-7-2005 08:23 AM | Show all posts
my friends terperanjat......CEO nkf gaji $600K a year......

that's alot of money.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 09:26 AM | Show all posts


DICABUL DAN DIDERA SEBELUM DIBUNUH
Oleh
Khalid Khamis

BUDAK perempuan warga China, Huang Na, didera dan dicabul sebelum dibunuh dengan mukanya ditekap.

Lelaki yang dituduh melakukan perbuatan kejam itu, Took Leng How, 22 tahun, juga dikatakan menyepak dan menghentak Huang Na untuk memastikan dia sudah mati.

Demikian antara butir yang didedahkan pendakwa raya pada hari pertama perbicaraan ke atas Took di Mahkamah Tinggi semalam.

Took, warga Malaysia yang bekerja sebagai pembungkus sayur di sini, dituduh membunuh murid Sekolah Rendah Jin Tai itu di bilik stor di Blok 15, Pasar Borong Pasir Panjang, antara 1.40 petang dengan 10 malam Oktober tahun lalu.

Dalam hujah pembukaannya di hadapan Hakim Lai Kew Chai, Pendakwa Raya Encik Lawrence Ang, berkata Took menggunakan umpan bermain sembunyi-sembunyi dan buah mangga untuk menyuruh Huang Na masuk ke dalam bilik stor itu.

'Dia dibogelkan, kaki tangannya diikat dengan tali rafia dan dia dicabul.

'Took menekap mulut dan hidung Huang Na dengan tangannya sekurang-kurang dua hingga tiga minit sehingga dia kaku,' kata Encik Ang.

Mayat bogel Huang Na kemudian dibalut dengan sembilan beg plastik yang setiap satu diikat rapi.

Took dikatakan menggunakan motosikal yang dipinjam daripada rakannya, Encik Yap Teong Huat, untuk membawa kotak berisi mayat Huang Na dan menghumbannya di lereng bukit curam di Telok Blangah Hill Park.

Mayat Huang Na ditemui tiga minggu selepas dia dilaporkan hilang ekoran pengakuan Took, yang memberitahu polis tempat dia meng humban mayat tersebut.

Mahkamah semalam penuh sesak dengan orang ramai sehingga ada yang terpaksa menunggu di luar kerana kekurangan tempat duduk.

Orang ramai juga terpaksa beratur untuk memasuki mahkamah, yang boleh menampung sekitar 60 orang.

Ibu bapa Took turut hadir di mahkamah.

Semalam, 15 daripada 76 saksi telah memberi kenyataan, termasuk pakar analisis Makmal Profil DNA, Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Dr Christopher Syn.

Beliau memberi kenyataan mengenai DNA yang diperoleh daripada sampel rambut, air liur dan darah mangsa serta Took.

Sampel itu diambil daripada barangan yang dirampas dari tempat kejadian, seperti permaidini, puntung rokok dan kesan darah.

Ketika ditanya peguam Took, Encik Subhas Anandan, mengenai kesan kotor di permaidani, Dr Syn mengesahkan tiada bukti kukuh menunjukkan ia kesan air mani.

Perbicaraan disambung hari ini.


Butir kes


Tertuduh: Took Leng How, 22 tahun, pembungkus sayur warga Malaysia

Mangsa: Huang Na, budak perempuan berusia lapan tahun, warga China dan pelajar Sekolah Rendah Jin Tai.

Tuduhan: Took didakwa membunuh Huang Na pada 10 Oktober tahun lalu antara 1.40 petang dengan 10 malam di dalam bilik stor di Blok 15, Pasar Borong Pasir Panjang. Mayat Huang Na ditemui dalam keadaan bogel dan disumbat dalam kotak kadbod tiga minggu selepas dia dilaporkan hilang.

[ Last edited by gadis_aries on 12-7-2005 at 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2005 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 12-7-2005 08:23 AM:
my friends terperanjat......CEO nkf gaji $600K a year......

that's alot of money.....



banyak kontroversi tau NKF ni....

pasal at the end of the day, dia ialah charity untuk Sporeans...


So walaupun seseorang tu CEO atau high management pun, nak bussineess travel kena guna Economy class, tak boleh guna First Class pasal the money difference tu bleh masuk kat tabung rakyat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2005 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 12-7-2005 09:40 AM:


Donate $10, maybe only $2 goes to charity...



ha ah sey, aku rasa paling obvious is NKF...

NKF ni kan is not the only body yang sokong pesakit ginjal tau...

Ada banyak lagi charities yang sokong pesakit ginjal..

masalahnye, NKF control the market, masuk tv la, apa la, so orang smua ingat charity sakit ginjal dah kaya or what... memang NKF kaya, tapi lain2 nye charity sakit ginjal tenggelam... pasal takde promotion.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 12-7-2005 10:07 AM:



banyak kontroversi tau NKF ni....

pasal at the end of the day, dia ialah charity untuk Sporeans...


So walaupun seseorang tu CEO atau high management pun, nak bussineess travel kena gu ...


:setuju::setuju::setuju:

Correct me if I'm wrong, but isn't NKF supposed to be a Non Profit Organisation? How can a NPO giveout 10-12 months bonus? Especially in this trying times. Alot of companies are cutting back on pay increments and bonuses, diorang bermaharajalela....definitely misuse of funds...:agr:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2005 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by chicsee at 12-7-2005 10:11 AM:


:setuju::setuju::setuju:

Correct me if I'm wrong, but isn't NKF supposed to be a Non Profit Organisation? How can a NPO giveout 10-12 months bonus? Especially in this trying times. Alot of c ...


NKF dari dulu eh kontroverssi......aku rasa ramai perasan kot, tapi semua diam je, tak boleh buat apa2 agaknye nak tegur.


aku paling kesian eh, kalo korang perasan, nanti every 6 months or one year, nanti ada charity groups sakit ginjal kan, tulis surat kat porum newspaper.
Dorang cakap members of public salah anggap ingat semua is NKF. Then nengok NKF cam high profile kaya raya gitu so dorang tak bantu kidney charities lain which is not linked to NKF.
So dorang rayu kat public to help out other kidney charities not link to NKF.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 12-7-2005 10:18 AM:


NKF dari dulu eh kontroverssi......aku rasa ramai perasan kot, tapi semua diam je, tak boleh buat apa2 agaknye nak tegur.


aku paling kesian eh, kalo korang perasan, nanti every 6 months or ...


Yup....:ah::ah::ah:

Lagi satu, NKF punya charity drives very aggressive...yalah diorang ada duitkan, so they have all the resources they need. Pat office at least once a week ah diorang call mintak corporate donations la apa la. Nak Christmas lagi la, mintak company donations and sponsor X'mas cards....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.078241 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list