|
SHAH ALAM - Malaysian Relief Agency (MRA) menyalurkan bantuan berjumlah hampir RM430,000 ke 7 negeri yang dilanda bencana itu.
Presidennya, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, bantuan itu melibatkan 2,795 bungkusan makanan, 1,700 pek makanan masak, 5,935 pek makanan sedia dimakan dan 100 bungkusan lain-lain bahan makanan. |
|