|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
|
Originally posted by kyas at 3-1-2007 12:26 PM
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy."
tolong betulkan terjemahan di atas utk tak jadi wahabi
Tumpang lalu yer..nak mencelah sikit.:nerd:
Untuk menjadi tidak wahabi dan mengikut sunnah Rasulullah SAW sila renung-renungkan kata-kata ini dari Imam Ali
Tentang Kebesaran dan Kemuliaan Allah
"Segala puji bagi Allah yang mengetahui semua hal yang tersembunyi, dan kepada-Nya semua hal yang terbuka memandu. la tak dapat dilihat oleh mata, tetapi mata yang tidak melihat-Nya tak dapat menyangkali-Nya, sedang pikiran yang mengukuhkan maujud-Nya tak dapat melihat-Nya. la demikian tinggi daJam kemuliaan sehingga tak ada yang lebih tinggi dari Dia. Tetapi kemuliaan-Nya tidak menjauhkan Dia dari segala ciptaan-Nya, tidak pula kedekatan-Nya menjadikan mereka setara dengan Dia. la tidak memberitahukan kepada pikiran (manusia) tentang batas sifat-sifat-Nya, la tidak mencegahnya untuk mendapatkan pengetahuan yang hakiki tentang Dia. Maka, la adalah sedemikian sehingga semua tanda keberadaan menyaksikan bagi Dia sampai pikiran yang menolak pun mempercayai-Nya. Mahatinggi Allah di atas segala yang digambarkan oleh orang-orang yang menyerupakan Dia dengan sesuatu, atau yang menyangkali Dia. " |
|
|
|
|
|
|
|
maaf, soalan belum berjawab lah vato
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy." [Quran 20:5]
tolong betulkan terjemahan di atas... perkataan bersemayam tu nak ganti ngan apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik perbincangan ini. Teruskan! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 8-1-2007 09:12 AM
maaf, soalan belum berjawab lah vato
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy."
tolong betulkan terjemahan di atas... perkataan bersemayam tu nak ganti ngan apa?
Al-Quran sebenarnya hanya dapat difahami dalam bahasa Arab. Jika nak ditukar kepada Bahasa Melayu. Istilah TAFSIRAN yang paling sesuai dan bukannya TERJEMAHAN..
Mana mungkin wujud perkataan Allah bersemayam diatas Arasy. Sebaiknya ditafsirkan ALLAH mentadbir alam yang tiada terhitungnya dalam jangkauan akal manusia..Ia TIADA bertempat atau DITEMPATKAN. Kalau IA Bertempat atau ditempatkan bermakna ia adalah sama dengan makhluk dan bukan bersifat seperti ZAT Tuhan.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 8-1-2007 09:12 AM
maaf, soalan belum berjawab lah vato
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy."
tolong betulkan terjemahan di atas... perkataan bersemayam tu nak ganti ngan apa?
beginilah, al-Quran kata istawa bukan julus. Istawa diterjemahkan sebagai bersemayam dan bersemayam tak semestinya duduk/julus seperti yang diterjemahkan/diyakini oleh wahabi. Di situ masalahnya dan di situ anda masih berpusing2 dalam memahaminya. sekiranya anda mahu keluar dari satu pentafsiran, maka itu lebih baik bagi anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 8-1-2007 08:12 AM
maaf, soalan belum berjawab lah vato
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy."
tolong betulkan terjemahan di atas... perkataan bersemayam tu nak ganti ngan apa?
Maaf..aku rasa engkau tak baca dan fahamkan maksud jawapan yang diberikan sebelumnya. Jangan samakan Allah SWT dengan makhluk. Maksud bersemayam itu hanyalah untuk memudahkan pemahaman dan penjelasan kepada manusia-manusia yang tahap pemikiran (kecerdikan) tak sama.:ting: |
|
|
|
|
|
|
|
siapa pulak yg samakan Allah dgn makhluknya?
ada ke sesiapa kat sini yg samakan bersemayam dlm ayat tu macam bersemayam makhlukNya???
Tak de pon...
itu cuma berdasarkan terjemahan yg ada sahaja...
Allah mendengar... for surelah tak sama macam makhlukNya mendengar
Allah melihat... of courselah tak sama macam makhlukNya melihat
itu semua understood... tak payah bincang lagi
cuma...
menurut abu_syafiq at 14-12-2006 05:16 PM post #565
"...Mengenai terjemahan silap dalam ayat "Arrohman 'ala 'asryi istawa" walaupun ia datang dari mana-mana pihak sekali pun JAKIM atau mana mana jabatan mufti sekiranya ia silap maka perlu diperbetulkan...
...Kesilapannya apabila ' istawa' tersebut diterjemahkan dengan duduk atau pun bersemayam. Ini kerana bersemayam bererti duduk iaitu dalam bahasa arabnya jalasa atau julus. Perkara ini adalah tidak layak bagi Allah..."
------------
jadi berdasarkan ayat di bawah:
"Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas 'Arsy." [Quran 20:5]
the question is: betul atau tidak terjemahan di atas?
kalau betul... ok end of the story
kalau salah (sepertimana abu_shafiq kata)... camne nak betulkan? 'istawa' tu nak ganti dgn perkataan apa? ...kalau tak de ganti pun, apa perkataan yg paling hampir? ...atau biarkan sbg 'istawa' sahaja? ...but then 'di atas Arasy' tu nak ganti apa pulak?
skrg jakim dikatakan silap sbb translate 'istawa' kepada bersemayam... mufti pun dikatakan silap...
nak tau juga yg tak silap apa?
jgn highlight the problem je... provide the solution
saya tertarik dgn terjemahan bahasa inggeris yg lebih kepada maksud tentang hebatnya kekuasaan Allah:
YUSUFALI: (Allah) Most Gracious is firmly established on the throne (of authority).
PICKTHAL: The Beneficent One, Who is established on the Throne.
SHAKIR: The Beneficent Allah is firm in power.
kalau dalam Quran 7:54 yusufali terjemahkan sbg,
"Your Guardian-Lord is Allah, Who created the heavens and the earth in six days, and is firmly established on the throne (of authority)..."
sedangkan dlm bahasa melayu,
"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy."
dlm terjemahan bahasa melayu kelihatan seperti lepas satu perbuatan di turuti pulak dgn perbuatan kedua...
sedangkan dlm english kelihatan seperti 2 perkara berbeza.
so ada perbezaan di situ... camna nak betulkan
[ Last edited by kyas at 10-1-2007 01:16 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #647 kyas's post
Mungkina Abu syafiq ada pendapatnya sendiri. Tapi istawa sekiranya diterjemahkan sebagai bersemayam masih tidak ada problemnya kerana ia masih termasuk dalam metafora perbendaharaan terma Quran. sama seperti ayat yang mengatakan "Yadallah" (tangan Allah) yang ditafsirkan sebagai kekuasaan/authority dan bukannya tafsiran zahiriah "Allah punya tangan tetapi tangan Allah tak sama dengan tangan makhluk". Cuma yang jelas Quran cakap Istawa (metafora) manakala wahabi terus kata jalasa (telah duduk) dengan lebih eksplisit.
seperti yang dipetik oleh Abu Syafiq:
Ibn Al-Mu抋llim Al-Qurasyi (wafat 725) dalam kitab Najmul Muhtadi menukilkan dari Al-Qodi Husain bahawa Imam Syafie menyatakan : |
|
|
|
|
|
|
|
Abu syafiq jadi laa active member... senang skit 'kerja' |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 9-1-2007 10:26 AM
so ada perbezaan di situ... camna nak betulkan
kalau dah mufti pun dikatakan akal tak berapa bagus.... kita tunggu jer org akal lagi bagus dari mufti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 20-1-2007 02:08 PM
kalau dah mufti pun dikatakan akal tak berapa bagus.... kita tunggu jer org akal lagi bagus dari mufti.
Mereka cuma dengki terhadap mufti baru yang berani mengikut cara sebenar Islam iaitu alquran dan sunnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BikerLady at 21-1-2007 06:54 PM
Mereka cuma dengki terhadap mufti baru yang berani mengikut cara sebenar Islam iaitu alquran dan sunnah.
LA mufti yang lelain tu tak ikut quran dan sunah ker?Kitorang langsung tak heran depa jadi mufti ka tapi masalah sekarang ialah dia bawa masalah kepada masyarakat dan dikecam hebat oleh ramai ulama.
Apa yang kita tahu fahaman wahabi ini nukan benda baru lagi di
Malaysia,tetapi telah menjadi perdebatan ulama sejak dulu lagi,tetapi
apa yang mengejutkan saya ialah semenjak akhir2 ini ia umpama ribut
taufan yang tiba2 sahaja melanda dan apa yang saya risaukan ialah di
universiti saya sendiri menjadi Markaz besar fahaman wahabi ini.
Bermula di zaman matrik lagi, sudah ada tanda2 kecil menunjukkan ianya
akan tersebar luas.Saya sendiri kehilangan beberapa sahabat setelah
mereka terjerumus dalam fahaman yang sesat ini.Saya tak tahu mengapa
mereka ini begitu keras sekali sehingga menganggap diri mereka sahaja
yang betul.
Pertama kali menjejakkan kaki ke kampus Kuantan awal bulan
ini,menyebabkan hati saya menjadi tenang akan keadaaannya yang aman
permai.Mana tak permainya,semua yang duk kat sini Mat
Medic,Farmasi, Nursing dan sebagainya.Di sini tiada masjid besar
seperti di kampus Gombak, yang ada hanyalah sebuah surau.Jadi surau
itulah tempat kami semua menunaikan solat berjemaah.Imamnya tidak
membaca bismilah dalam surah Fatihah dan juga tidak berdoa ataupun
berwirid.Adalah seorang sahabat PKPIM lama di matrik dulu ,dia sering
dijemput untuk memberi tazkirah dan pernah mengikuti tabligh.Tapi kini
nampaknya dia sudah terpengaruh dengan fahaman ini.Saya berani
mengatakan pengaruh wahabi di sini lebih kuat daripada Gombak .Apa
yang saya lihat
1.Tiada doa qunut walaupun imamnya student Melayu(di gombak ada
seorang Imam dari maldives pun baca doa qunut dan wirid)
2.tiada bacaan basmalah pada Fatihah(di gombak basmalah masih
diamalkan)
3.Tiada doa ataupun wirid selepas solat(biasalah UIA em.ehem)
4.Terdapat banyak bahan bacaan ilmu di bahagian perpustakkaan surau
tapi sayang 60% daripadanya dikarang(ditaja) oleh puak puak sesat ini
seperti Syekhul Islam mereka,Mohamad Ibn Abd wahab,Protaz Pilot
kita,hafiz firdaus,abdullah yasin,
Dr Asri kita,dan juga al abani.Ya Allah bukan kudis lagi tapi Dah
kanser dah ni!Mereka memang betul betul mempergunakan kampus
ini.Mentang2 lah kat sini student kebanyakan tiada asas agama yang
kukuh kerana semuanya dalam aliran sains.Senang2 sahaja mengambil
kesempatan!
5.Banyak kuliah magrib yang menjerumus kepada topik yang menjadi Khilaf.
Saya masih baru lagi di sini dan masih lagi tiada rakan seperjuangan
yang dapat membantu di sini.Jikalau dikalangan Sahabat sekalian ada
ingin mengemukakan cadangan amatlah diharap supaya dapat dikongsikan
bersama didalam group ini.Segala sumbangan dari sahabat sekalian
amatlah saya hargi dan marilah kita bersatu.Allahuakbar ! |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan: saya percaya bahwa allah itu ada tetapi di mana adanya ?
Jawapan
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Sesungguhnya Tuhan kamu itu Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy".(Al-A'raf :54).
Rasulullah SAW pernah mengajukan pertanyaan kepada seorang budak perempuan milik Mua'wiyah bin Al-Hakam As-Sulamy sebagai ujian keimanan sebelum ia dimerdekakan oleh tuannya yaitu Mu'awiyah :
Artinya:
"Beliau bertanya kepadanya : "Di manakah Allah ?. Jawab budak perempuan : "Di atas langit. Beliau bertanya (lagi) : "Siapakah Aku ..?". Jawab budak itu : "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda : "Merdekakan ia ! .. karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)".
Beriman kepada Allah Ta'ala adalah satu daripada rukun iman yang enam yang wajib tetap dalam hati seseorang tanpa becampur syak dan keraguan.Beriman dengan kewujudan Allah Ta'ala ialah dengan mengiktiqadkan Allah dengan iktiqad (pegangan) yang jazam (pasti dan tetap) bahawa Allah Ta'ala yang mencipta dan mentadbir semua benda dan perkara dalam alam ini (rububiyyah), Dialah yang berhak disembah (uluhiyyah), Dia memiliki nama-nama yang agung (asma' al-Jalal)dan mempunyai segala sifat kesempurnaan (sifat al-Kamal) dan Maha Suci dari sifat-sifat kekurangan (Asma' Allah dan sifat-sifatnya).
Kewujudan Allah Ta'ala bukanlah sebagaimana kewujudan alam yang huduth (baharu) yang menerima perubahan, permulaan dan kesudahan, kerana zat dan sifat Allah adalah qadim (tiada permulaan) dan baqa' (tiada kesudahan).
Bagi menjawab persoalan di mana Allah Ta'ala, berbalik kepada dalil al-Qur'an dan Hadith di atas dapatlah dinyatakan bahawa Allah Ta'ala istawaa di atas 'arasy-Nya yang tinggi (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan-Nya).Imam Malik apabila ditanya "Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy ?. Beliau menjawab :
Artinya:
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat dimengerti, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi bertanya tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah".
Wallahu Tabaraka Wata'ala a'lam.
Tarikh kemaskini: 02-03-2005
Sumber: http://media.mmu.edu.my/mufti/jawapan/baca.php?id=225 |
|
|
|
|
|
|
|
1.Tiada doa qunut walaupun imamnya student Melayu(di gombak ada
seorang Imam dari maldives pun baca doa qunut dan wirid)
2.tiada bacaan basmalah pada Fatihah(di gombak basmalah masih
diamalkan)
3.Tiada doa ataupun wirid selepas solat(biasalah UIA em.ehem)
4.Terdapat banyak bahan bacaan ilmu di bahagian perpustakkaan surau
tapi sayang 60% daripadanya dikarang(ditaja) oleh puak puak sesat ini
seperti Syekhul Islam mereka,Mohamad Ibn Abd wahab,Protaz Pilot
kita,hafiz firdaus,abdullah yasin,
Dr Asri kita,dan juga al abani.Ya Allah bukan kudis lagi tapi Dah
kanser dah ni!Mereka memang betul betul mempergunakan kampus
ini.Mentang2 lah kat sini student kebanyakan tiada asas agama yang
kukuh kerana semuanya dalam aliran sains.Senang2 sahaja mengambil
kesempatan!
5.Banyak kuliah magrib yang menjerumus kepada topik yang menjadi Khilaf
Apa yang awak susah hati ni? Sembahyang awak tak sah ke kalau macam tu? |
|
|
|
|
|
|
|
"3.Tiada doa ataupun wirid selepas solat"
kejutan budaya aa tu... kat kampung selalu ada wirid... dah jadi macam wajiblah pulak... baca lak kuat kuat siap pakai speaker... padahal ada makmum yg lom abis solat lagi masa tu... masbuk... yg solat sunat pun ada... tak tganggu ke solat depa? sapa keluar awal pulak kira macam tak hormat imam... kena tunggu abis wirid... doa sama2 .... pastu salam keliling... sambil selawat... mmg tak salah... tapi jgnlah salahkan yg tak buat... |
|
|
|
|
|
|
|
Saudara,
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berqunut Subuh;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil arwah;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;
kita bermusuh denganWahhabi,
bukan kerana dia tak nak bermawlid;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin;
kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat 搖sholli |
|
|
|
|
|
|
|
ooo, gitu ke rupanya. sungguh bersemangat sekali. semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t. |
|
|
|
|
|
|
|
"kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat"
kat sini... abu_shafiq mengatakan ikhwanindo sesat...
Originally posted by abu_syafiq at 14-12-2006 05:16 PM
Mengenai ikhwanindo...kalau saudara sekalian nak tahu cara Wahhabi lihatlah cara Ikhwanindo. dia akan paste dari website2 Wahhabi yg diterjemah bagi menyesatkan lagi aqidah umat islam.
Ketahuilah apa yang dipastekan secara terjemah oleh ikhwanindo itu adalah cara da'yah golongan Wahhabiyah. Awasi kesesatan yang ada!
abu_shafiq & wahabi... dua kali lima
[ Last edited by kyas at 24-1-2007 01:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 24-1-2007 01:12 PM
"kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita sesat"
kat sini... abu_shafiq mengatakan ikhwanindo sesat... abu_shafiq dah wahabi kot
Kalau wahabi tak start dulu kami takkan start.Tapi kami terpaksa memecahkan tembelang kamu sebenarnya.Teruskanlah dengan aktiviti amu mebidaahkan orang menyesatkan orang.TAkkan kami mau berdiam diri?
SAMpaikan mintak tolong mamat indon,dah takde hujah lagi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau wahabi tak start dulu kami takkan start.Tapi kami terpaksa memecahkan tembelang kamu sebenarnya.Teruskanlah dengan aktiviti kamu mebidaahkan orang menyesatkan orang.TAkkan kami mau berdiam diri?"
siapa 'kamu' yg kau maksudkan tu? aku ke?
aku berqunut Subuh;
aku join bertahlil arwah;
sesekali je tak wirid berjemaah lepas sholat;
aku mmg tak membaca Yaasin malam Jumaat;
aku Tarawih kekadang 8 kekadang 20 rakaat
aku wahabi ke? ...
ada gak seorang mamat dlm jemaah surau tempat aku tak doa qunut... hanya letak tangan di dada masa kami berdoa... adakah mungkin dia 'wahabi' ... tapi dia solat berjemaah dgn kami... tak pernah pulak anggap kami yg berqunut ni sesat...
"Sampaikan mintak tolong mamat indon,dah takde hujah lagi ker?"
aik... internet ni org malaysia je ke buleh access? |
|
|
|
|
|
|
| |
|