|
Originally posted by babycake at 6-11-2008 03:28 PM
hi..buleh join....
aku naik beskal cikai jer tp cita2 next year nak ride ke mongolia....
peh kayuh gi monolia!!!!!!!!!
mak oiiiii tak de jauh lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #639 akughi\ catat
jom tgk aku wheelie......
18 tiang buleh maintain... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #644 hyphrigian's post
lu nak weelie?
jangan weyyyyy jadi 8 tayar tu nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by akughi at 6-11-2008 21:59
peh kayuh gi monolia!!!!!!!!!
mak oiiiii tak de jauh lagi ke?
negara mana ni monolia? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #647 akughi\ catat
lu hebat sebab lu tau wa tgh gelak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #648 hyphrigian's post
cilakak lu....
tak baik woooo gelak kan org...
manusia biase cam gua ni mmg melakukan kesilapan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #649 akughi\ catat
lu selalu sangat....
wa b;ah dulu....
wa pening pala beb... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #631 Azhargoth's post
ada jugak bdk2 redflag ni p kot BM XC nnt..jd ghost rider..
ada gak depa ajak p taiping nnt..tgk la cmna..modal tgh kurang la nih..hahaha
pasai climbing tuh nnt aku trai tnya camna.. |
|
|
|
|
|
|
|
- removed -
[ Last edited by Azhargoth at 22-11-2008 09:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #653 Azhargoth\ catat
bro....
ambik gambaq banyak |
|
|
|
|
|
|
|
insyallah..awai2 start tu boleh tangakp kot..pas2 tu tah ler..hehehe...allen tak pi ka...?soh dia mai aa.... |
|
|
|
|
|
|
|
LeTua tetap mantap
Oleh MN NORZASRUDIN
AHMAD HAIDAR dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.
KEHILANGAN tiga pelumba basikal utama tidak sesekali menjejaskan perancangan dan masa depan pasukan benua negara, LeTua Cycling Team.
Sebaliknya, mereka tampil dengan lebih yakin dan berazam untuk meneruskan program pembangunan yang ada dalam usaha melahirkan lebih ramai pelumba berbakat.
Setakat ini, program pembangunan yang dilaksanakan oleh LeTua sudah menampakkan hasil apabila tiga pelumba mereka, Anuar Manan, Ahmad Haidar Anuawar dan Mohd. Nor Rizuan Zainal dipanggil menyertai pasukan kebangsaan.
Pada masa yang sama, LeTua juga mempunyai barisan pelumba muda yang berbakat dan hanya menunggu masa untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Pengurus LeTua, Shukor Yassin berkata, pelumba-pelumba muda ini telah menjalani latihan intensif sejak September lalu sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009 dan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 awal tahun depan.
Selepas ketiadaan Anuar, Haidar dan Rizuan, LeTua terpaksa bergantung harapan kepada bekas pelumba kebangsaan, Mohd. Sayuti Zahit untuk meneruskan perjuangan mereka.
LeTua juga cuba mendapat suntikan semangat dengan mendapatkan khidmat bekas pelumba basikal trek Projek Gemilang 2006, Mohd. Razif Salleh dan bekas pelumba Meitan Hompo-GDR, Ng Yong Li.
Bagaimanapun, senarai nama pelumba LeTua hanya akan diumumkan hujung bulan ini.
"Kehilangan Anuar, Haidar dan Rizuan yang menyertai pasukan kebangsaan memang dirasai, tetapi kami sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
"Dengan ketiadaan ketiga-tiga pelumba ini, kami terpaksa mencari pengganti yang berkelayakan untuk membantu pasukan menghadapi perlumbaan musim depan.
"Setakat ini, Sayuti menjadi pilihan utama untuk memimpin pasukan ini selain Razif dan Yong Li," kata Shukor.
Menurut Shukor, beliau telah bertemu Yong Li yang ketika ini telah tamat kontrak bersama Meitan Hompo-GDR untuk memujuknya menyertai LeTua.
Bagi menguatkan pasukan itu, Shukor berhasrat untuk mengekalkan khidmat tiga pelumba Indonesia, Tonton Susanto, Arehan Ryan dan Amin Suranya.
Bagaimanapun, mereka bakal kehilangan khidmat pelumba Australia, Bernard Sulzberger yang membantu pasukan itu pada LTdL 2008 Februari lalu.
Sulzberger dilaporkan telah menyertai pasukan lain dan dia akan berlumba di Eropah.
"Ketika ini kita sedang berusaha untuk mendapatkan seorang atau dua pelumba dari Australia serta New Zealand bagi menggantikan tempat Sulzberger," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
info tentang JM -
JM2009 masih tiada penaja
Oleh MN NORZASRUDIN
EKORAN kegagalan mendapatkan penajaan selain kesuntukan masa, Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009 mungkin terpaksa ditangguhkan.
Pada awalnya, kejohanan berstatus 2.2 dan yang tertua di negara ini dijadualkan berlangsung 11 hingga 18 Januari 2009.
Bagaimanapun kegagalan mencari penaja yang sesuai telah memaksa penganjur, Ten Speed Events Sdn. Bhd. menangguhkan kejohanan ini sehingga Jun tahun depan.
Pada edisi tahun lalu, kejohanan ini telah mendapat suntikan kewangan daripada syarikat telekomunikasi terkenal negara, Eletcoms Berhad yang berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor.
PERLUMBAAN Jelajah Malaysia telah dianjurkan sejak tahun 2007
Mengulas masalah yang dihadapi, Pengarah Urusan Ten Speed Events, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, keputusan untuk menangguhkan JM2009 masih belum muktamad.
"Jika kami berjaya mendapatkan penaja dalam tempoh terdekat, kejohanan ini tetap akan diadakan mengikut jadual.
"Namun berdasarkan situasi ekonomi semasa, mungkin sukar untuk kami mendapatkan penaja yang sesuai bagi membantu kami meneruskan kejohanan ini.
"Masa semakin suntuk dan kami tidak ada pilihan lain selain mengambil keputusan untuk menangguhkan kejohanan ini pada suatu tarikh yang sesuai tahun depan.
"Tetapi jika pihak kami berjaya mendapat penaja dalam tempoh terdekat, saya yakin kami mampu melaksanakan tugas itu dengan baik kerana kami telah melaluinya pada tahun 2007 lalu," kata Astaman.
Di bawah perjanjian dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Ten Speed Events diberi kontrak untuk menganjurkan kejohanan ini selama tiga tahun bermula tahun 2007 dan kontrak itu akan dinilai semula selepas edisi 2009.
Difahamkan, Ten Speed Events memerlukan sekurang-kurangnya RM4 juta untuk menjayakan kejohanan ini.
Akhir bulan lalu, penganjuran JM2009 mencetus tanda-tanya apabila ia dilaporkan bakal ditangguh atas sebab-sebab tertentu.
Lebih malang, ada juga pihak yang membuat spekulasi bahawa kejohanan yang mendapat kelulusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini akan dibatalkan.
Begitupun, Astaman tetap dengan pendiriannya untuk menganjurkan kejohanan ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pada masa yang sama, Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad juga berharap agar kejohanan ini dapat diadakan seperti mana yang dijadualkan sebelum ini.
Bagi memastikan kejohanan ini berjalan seperti yang dijadualkan, Naim mengemukakan beberapa cadangan termasuk berkongsi kos penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 dan JM2009. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamatkan jelajah tertua negara
Oleh MN NORZASRUDIN
EKORAN masalah penaja Jelajah Malaysia terpaksa ditangguhkan
ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.
IMEJ kejohanan lumba basikal tertua negara, Jelajah Malaysia pasti tercalar jika penganjur membatalkan edisi tahun 2009.
Meskipun keputusan itu belum muktamad, ada bayangan bahawa kejohanan yang telah bertapak sejak tahun 1963 ini akan 'berkubur' jika penganjur gagal mendapatkan penajaan utama.
Ketidakstabilan ekonomi global turut menyukarkan usaha penganjur untuk mencari suntikan kewangan yang dianggarkan berjumlah RM4 juta bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini.
Namun penganjur, Ten Speed Events Sdn. Bhd. yakin kejohanan ini tetap akan diadakan meskipun tarikh sebenar pada 11 hingga 18 Januari terpaksa ditunda sehingga Jun 2009.
Bagaimanapun jika penganjur berjaya mendapatkan penaja utama dalam tempoh terdekat, kejohanan yang mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini akan diadakan mengikut jadual.
Tahun lalu, kejohanan ini mendapat tajaan utama daripada syarikat komunikasi terkemuka negara, Electcoms Berhad selepas Redmax Sdn. Bhd. pada tahun 2007.
Pengarah Urusan Ten Speed Events, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, adalah lebih baik untuk menangguhkan kejohanan ini daripada menanggung beban hutang.
Malah Astaman tidak mahu 'sejarah hitam' yang berlaku pada tahun 2002 dan 2003 akan merosakkan namanya sebagai penganjur terbaik selepas menjayakan edisi 2007 dan 2008.
Astaman juga tidak mahu impiannya untuk menjadi penganjur kejohanan berstatus 2.2 terbaik di dunia terjejas ekoran daripada masalah kewangan ini.
"Kalau boleh kami tidak mahu menangguhkan kejohanan ini terutamanya selepas kami diiktiraf sebagai penganjur terbaik pada dua edisi sebelum ini.
"Tetapi masalah ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini telah menyukarkan usaha kami untuk mendapatkan penganjur bagi menjayakan kejohanan ini.
"Kami telah membuat semua persiapan dan jika kami berjaya mendapat penaja utama dalam tempoh terdekat, kejohanan ini akan diadakan mengikut jadual," kata Astaman.
Pada edisi 2002 dan 2003, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ditimpa malang selepas terpaksa menanggung beban hutang yang ditinggalkan oleh penganjur terdahulu, Flinders Avenue Sdn. Bhd. dan Jet Fit Inter Sdn. Bhd.
Bagaimanapun nama buruk PKBM berjaya dibersihkan selepas Ten Speed Events mampu menganjurkan edisi 2007 dan 2008 dengan penuh gilang gemilang.
Di bawah perjanjian bersama PKBM, Ten Speed Events diberi kontrak untuk menganjurkan kejohanan ini selama tiga tahun bermula tahun 2007 dan kontrak itu akan dinilai semula selepas tahun 2009.
Sementara itu, keputusan untuk menangguhkan kejohanan ini telah mendapat pandangan berbeza daripada Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad.
Bagi memastikan kejohanan ini berjalan seperti yang dijadualkan, Naim mengemukakan beberapa cadangan termasuk berkongsi kos penganjuran bersama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009.
Namun cadangan ini dianggap sebagai 'pemanis mulut' kerana ketika ini PKBM sendiri menghadapi masalah untuk mendapatkan penaja bagi menjayakan LTdL 2009.
Menurut Presiden PKBM, Abu Samah Wahab, sehingga ke hari ini mereka masih lagi berusaha mencari penaja yang sesuai.
Meskipun ada antara mereka sudah menyuarakan keinginan untuk menyalurkan bantuan, tetapi belum ada perjanjian bertulis yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak.
Lantaran itu, mana mungkin PKBM dapat membantu Ten Speed Events kerana mereka sendiri berdepan kesukaran untuk mencari penaja yang sesuai.
Abu Samah berkata, Ten Speed Events perlu menulis surat kepada UCI dan salinan kepada PKBM untuk memohon tarikh baru.
"Jika tarikh yang dicadangkan itu tidak bertindih dengan mana-mana perlumbaan dalam kalendar UCI, permohonan mereka akan diluluskan tetapi jika sebaliknya, mereka perlu mencari tarikh baru." |
|
|
|
|
|
|
|
Trio pecut negara ke-7
KUALA LUMPUR - Gandingan Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Mohd. Ederus Yunos hanya mampu menduduki tempat ketujuh dalam acara pecut berpasukan pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia di Melbourne, Australia, semalam.
Kedudukan itu menyamai pencapaian trio negara pada Sukan Olimpik di Beijing Ogos lalu yang ketika itu dibarisi, Azizulhasni, Josiah dan Mohd. Rizal Tisin.
Acara akhir itu semalam dimenangi kelab Toshiba yang diperkuatkan pelumba Olimpik Australia, Daniel Ellis di samping Jason Niblett dan Scott Sunderland.
Mereka mencatat masa 44.641 saat diikuti pasukan Jepun di tempat kedua (45.258s) dan Ukraine, ketiga (45.503s).
Pasukan negara pula mencatat masa 45.655s di belakang trio China yang menduduki tempat keenam.
Sementara itu pelumba muda negara, Amir Mustapa Rusli mencatat masa peribadi terbaik walaupun menduduki tempat ke-10 dalam acara empat kilometer kejar mengejar individu lelaki.
Dalam saingan semalam, Amir mencatat masa 4:40.201s mengatasi catatan terbaiknya sebelum ini, 4:43s.
Acara itu dimenangi pelumba Australia, Jack Bobridge dengan catatan masa 4:21.971s diikuti Alexei Markov dari Rusia di tempat kedua (4:23.107s) dan Vitaliy Shchedov dari Ukraine ketiga (4:23.652s).
Amir juga turut beraksi dalam acara perlumbaan mata semalam dan hanya mampu menduduki tempat ke-20 daripada 22 pelumba yang mengambil bahagian.
Hari kedua saingan hari ini, cabaran negara akan diteruskan Azizulhasni dan Josiah dalam acara keirin dan kuartet kejar mengejar lelaki yang dijangka membariskan Jasmin Ruslan, Akmal Amrun, Amir dan Thum Weng Kin.
*************************************************************************
hopefully will getting better better bukan sekadar menyamai pencapaian itu sahaja -
all the best today - to azizul and josiah - |
|
|
|
|
|
|
|
Azizulhasni raih emas
Oleh MN NORZASRUDIN
PELUMBA sensasi negara, Azizulhasni Awang (gambar) berjaya membuktikan kehebatannya untuk memenangi acara keirin pada sirkit kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia di Melbourne, Australia semalam.
Meskipun dicabar lima pelumba terbaik dunia, Azizulhasni tidak berdepan masalah untuk terlebih dahulu tiba ke garisan penamat, sekali gus membolehkannya membawa pulang pingat emas.
Pada perlumbaan akhir sebanyak lapan pusingan semalam, pelumba muda kelahiran Terengganu ini mengetepikan cabaran pelumba Ukraine, Andriy Vynokurov, Francois Pervis (Perancis), Shane Perkins (Australia), Kazunari Watanabe (Jepun) dan Christos Volikakis (Greece).
Kemenangan Azizulhasni ini sedikit sebanyak telah mengubat kekecewaan pasukan negara yang mencatat keputusan hambar pada hari pertama kelmarin.
Mengulas kejayaan Azizulhasni, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, kemenangan tersebut dianggap cukup unik.
"Azizulhasni telah membuktikan bahawa semangatnya tidak pernah luntur meskipun gagal memenangi sebarang pingat pada temasya Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China Ogos lalu.
"Selain itu, ia juga dilakukan ketika pelumba negara baru sahaja meneruskan program latihan selepas berehat panjang pada musim cuti perayaan lalu.
"Ini adalah satu perkembangan yang positif tidak hanya kepada Azizulhasni tetapi kepada semua pelumba basikal negara," kata Abu Samah kepada Kosmo! semalam.
Pada saingan semalam, Azizulhasni telah dihimpit Watanabe dan Pervis pada jarak 50 meter terakhir.
Mujur dia masih berjaya meloloskan diri kira-kira 30 meter menuju ke garisan penamat.
Bagaimanapun kecemerlangan Azizulhasni gagal diteruskan oleh seorang lagi pelumba muda negara, Akmal Amrun apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-17 selepas ketinggalan dua pusingan dalam acara akhir scratch.
Hari ini, Josiah Ng dan Azizulhasni sekali lagi menjadi sandaran untuk memenangi pingat emas apabila tampil dalam acara pecut individu.
Manakala pelumba wanita tunggal negara, Fatehah Mustapa yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dalam acara pecut individu semalam akan berlumba dalam acara keirin dan 500 meter hari ini.
Kelmarin, Amir Mustafa Rusli berjaya mencatat rekod baru kebangsaan dalam acara 4 kilometer kejar mengejar individu, namun dia sekadar menduduki tempat ke-10 daripada 12 pelumba.
Amir yang turut bertanding dalam acara 30km perlumbaan mata gagal meraih sebarang mata dalam saingan akhir yang dimenangi jaguh Australia, Glenn O'Shea.
Manakala gandingan Azizulhasni, Muhamad Edrus Yunos dan Josiah Ng pula sekadar ditempat ketujuh daripada 10 pasukan dalam acara pecut berpasukan.
Pada sirkit pertama di Manchester, England Oktober lalu, pasukan negara tidak mengambil bahagian.
***********************************************************************
Congrats - azizul for winning the GOLD medal - |
|
|
|
|
|
|
|
Pelumba basikal Malaysia cipta sejarah
Keirin
dunia milik Azizulhasni
Oleh TAUFEK RAZAK
AZIZULHASNI Awang berjaya mencatat sejarah menjadi pelumba pertama negara membawa pulang pingat emas pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia di Melbourne, semalam.
KUALA LUMPUR - Azizulhasni Awang mencatat sejarah menjadi pelumba pertama negara berjaya memenangi pingat emas pada perlumbaan basikal trek Piala Dunia yang berlangsung di Melbourne, Australia, semalam.
Dalam aksi acara keirin yang mendebarkan itu, Azizulhasni menewaskan pelumba Ukraine, Andriy Vynokurov di tempat kedua dan pelumba Perancis yang mewakili kelab Cofidis, Fran鏾is Pervis, ketiga.
Turut menjadi mangsa kayuhan bertenaga pelumba cilik kelahiran Terengganu itu ialah pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Beijing dari Jepun, Kazunari Watanabe yang sekadar mampu menduduki tempat kelima daripada enam pelumba yang beraksi dalam acara akhir.
Kejayaan Azizulhasni itu sekali gus menebus kekecewaan dan kesilapannya di Beijing, Ogos lalu dan membalas dendam kekalahan kepada Watanabe yang menjadi musuh tradisinya di Asia.
Malah dalam perjalanannya ke perlumbaan akhir keirin, Azizulhasni mengungguli kesemua acara saringan iaitu pertama dan kedua.
Mengulas mengenai kejayaan itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab berkata, ia satu pencapaian yang tentunya membanggakan.
"Josiah Ng juga pernah menang keirin pada Piala Dunia sebelum ini tetapi dia tidak menang emas sebaliknya hanya meraih mata sahaja.
"Kali ini pingat emas diberikan. Jadi ini kali pertama Malaysia bawa pulang emas malah kali pertama juga lagu Negaraku berkumandang pada trek Piala Dunia ini," katanya.
Menurut Abu Samah, Josiah bagaimanapun tidak beraksi dalam acara keirin semalam kerana satu negara hanya dibenarkan diwakili satu pelumba sahaja.
Sementara itu, dalam acara kejar mengejar berpasukan lelaki, kuartet negara hanya mampu menduduki tempat ketujuh dan tercorot.
Gandingan Akmal Amrun, Mohd Fadhli Fauzi, Jasmin Ruslan dan Thum Weng Kin mencatat masa 4 minit 28.344 saat.
Catatan itu jelas masih jauh daripada standard kelas dunia walaupun kayuhan mereka makin pantas berbanding rekod kebangsaan.
Acara itu semalam dimenangi Australia (4:03.483s) diikuti Sepanyol (4:07.945s) dan Ukraine (4:10.041s).
Hari terakhir saingan hari ini bakal menyaksikan Azizulhasni berpeluang menambah pingat emas untuk negara apabila beraksi dalam acara 200 meter pecut bersama Josiah.
Kelmarin, pelumba tunggal wanita negara, Fatehah Mustapha tewas seawal pusingan pertama lagi dalam acara 200m pecut wanita.
tahniah..satu lagi kejayaan ditempa....harap2 akan terus berjaya..ni baru pestaim n jgnlah dikurnia datuk melulu...biar kejayaan berganda barulah kejayaan dirai dgn segala penganugerahan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|