CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V169'

 Close [Copy link]
Post time 2-12-2022 09:50 AM | Show all posts
Perjalanan komuter percuma untuk OKU 3 dan 4 Disember


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan perjalanan percuma itu membabitkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara, serta boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.

"Inisiatif perjalanan percuma kepada golongan OKU ini diteruskan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada kali pertama ia diperkenalkan pada tahun lalu," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU dan penumpang.

"Statistik menunjukkan pada 2021, seramai 37,363 penumpang OKU menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, manakala sehingga Oktober lalu, statistik menunjukkan peningkatan kepada 74,458 penumpang OKU," menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 12:18am





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 09:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:26 AM | Show all posts
PM selesai menghadap Agong, pengumuman Kabinet dijangka hari ini


Nor Azizah Mokhtar
[email protected]



ANWAR keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang Dipertuan Agong. FOTO Ezairi Shamsudin




Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebentar tadi.

Kenderaan Proton Perdana membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira 9.15 pagi tadi, selepas pertemuan hampir 50 minit dengan Yang di-Pertuan Agong.

Anwar sempat melambai kepada hampir 40 pengamal media yang menunggu di hadapan pintu utama Istana Negara seawal 7.30 pagi tadi.

Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini dipercayai untuk mempersembahkan senarai Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk dimuktamadkan.

Terdahulu, kenderaan membawa Anwar tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

Kenderaan membawa Anwar bersama beberapa kenderaan polis pengiring dilihat tiba di perkarangan Istana Negara pada 8.22 pagi sebelum masuk melalui Pintu Utama.

Pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong dijangka ke luar negara pada Sabtu ini.

Akhbar semalam melaporkan, Anwar memaklumkan perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 8 pagi hari ini.

Perdana Menteri kemudian dijadualkan ke Perak dan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan, lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh.


Disiarkan pada: Disember 2, 2022 @ 9:52am





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 30-11-2022 11:36 AM
Wsalam Nov
morning
nov apa kabar?

Morning matt
Matt cuti kan hr ni
Alhamdulillah sihat
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum
Salam jumaat
Morning

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 30-11-2022 12:24 PM
bukan nov. taki lain mat sabu lain.
taki org pas. mat sabu org amanah.


Ha'a tau org lain tp ms reply post nov lupa kita ckp psl sp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2022 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama ni ingatkan mat sabu org pas. Apasal diorg org utara
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 30-11-2022 12:25 PM
mat sabu org tasik gelugor - png
taki org sik, kedah.

Ape je contribution 2 org ni selama aktif jd politician
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 10:31 AM | Show all posts
kaka tengah reply kt DW
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 10:32 AM | Show all posts
nti karang kaka reply kt sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:03 AM | Show all posts
Amaran hujan berterusan, ribut petir petang ini hingga Ahad

Disember 2, 2022 @ 11:00am




Foto hiasan. - NSTP/ARKIB



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok.

Menerusi satu kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat berterusan dijangka di Kelantan dan Terengganu, manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman) serta Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Petang ini dijangka ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hujan pula diramal malam ini di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau), manakala ribut petir dijangka di Sandakan dan Kudat.





Esok, hujan dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Pada petang Sabtu juga, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Pada Ahad, MetMalaysia menjangka hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.

Pada petang dan malamnya pula, diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara. - BERNAMA





Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:35 AM | Show all posts
Covid-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian

Oleh ROSKHOIRAH YAHYA02 Disember 2022 10:59am






Gambar hiasan.




SHAH ALAM - Sebanyak 2,375 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat termasuk empat kes import dicatatkan.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, sebanyak 11 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan dua daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian akibat Covid-19 dalam negara kini sebanyak 36,695 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 24,467 kes, dengan 22,637 atau 92.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,739 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Jumaat ialah 2,857 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,933,381 kes.


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:37 AM | Show all posts
turun naik kes covid skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:37 AM | Show all posts
sekejap 1k+
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:37 AM | Show all posts
pastu naik 2k +
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 11:38 AM | Show all posts
entah bila nk hilang tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:42 AM | Show all posts
dengar citer tg zafrul nk jd menteri kewangan balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:42 AM | Show all posts
dia dah kalah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:42 AM | Show all posts
boleh lantik tp kena jd senator dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.121828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list