CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 23-3-2011 10:36 AM | Show all posts
“Haa?!!” Arif menggigit garpu sambil memandang semua orang di meja makan yang sedang merenungnya. Arif terpaku, cuba sedar dari lamunannya tadi. Wajah Jasmin dipandang kembali. Jasmin buat muka bodoh, seolah2 tidak bersekongkol dengan Arif yang mengelamun dari tadi. Arif pandang kembali semua orang.

“Err..sorry. Actually I’m having my migraine now…” kata Arif tiba2 sambil berpura2 memicit kepalanya yang tidak sakit.Wah, cemerlang sungguh kepala otak kau Arif! Cepat betul mendapat alasan! Puji Arif kepada dirinya sendiri.  Arif tunduk, merenung nasi di pinggan. Semua orang ketawa kecil.

“Ohh..patutlah  dari tadi dipanggil tak menjawab. By the way, do you need any paracetamol? Wardah, ambil ubat untuk Arif cepat,” kata Encik Sulaiman, teman lama papanya. Arif melongo. Wardah yang berada di sebelahnya bangun.

BIla pulak Wardah ni duduk sebelah aku? Arif terlopong memerhatikan langkah Wardah yang menuju ke dapur. Papa dan mamanya pula menyambung kembali  perbualan mereka yang terhenti tadi. Arif memandang Jasmin kembali.

Jasmin tersenyum menyindir kearahnya. Sudu diambil lalu disuakan kemulutnya. Dikunyah makanan itu seolah2 makanan itu terlalu sedap. Arif mencemik dengan lagak Jasmin yang sedang mengejeknya.

“Ini ubatnya Arif. Makanlah. At least, sakit kepala you tu boleh hilang sekejap,” Wardah tiba2 duduk kembali di sebelah Arif. Arif menadah tangan sahaja bila Wardah menghulurkan ubat kepadanya. Jasmin didepan dikerling lagi. Kali ini riak wajah Jasmin kosong. Masih meneruskan makannya tanpa menghiraukan Arif didepan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2011 10:38 AM | Show all posts
“Arif balik dengan Jasmin…” tegas  Arif bila melihat Datin Zaharah yang menarik tangan Jasmin untuk memasuki kereta BMW milik Datuk Muhaiyeen. Datuk Muhaiyeen, Datin Zaharah, Jasmin dan Pak Kadir memandang Arif terpinga2.

Arif kelu, terkial2 mencari alasan. Tangannya tergawang2 di udara. Sebelah tangannya lagi sedang resah menyeluk kocek seluarnya.

“Takkan Arif nak balik naik kereta sorang2? Mama boleh balik dengan papa dengan kereta papa. So, at least Jas temankan Arif naik kereta mama. ..” kata Arif sambil memandang semua orang didepannya. Datuk Muhaiyeen dan Datin Zaharah berpandangan.

“Kalau jadi apa2 kat jalan on the way balik nanti macam mana?” soal Arif bila melihat Datin Zaharah yang masih belum melepaskan genggaman tangannya dari tangan Jasmin. Datuk Muhaiyeen jungkit bahu, lalu terus masuk ke perut kereta. Datin Zaharah memandang Jasmin.

“Jas temankan abang Ariflah. Dia buang tebiat pulak malam ni, tak nak drive sorang2..” kata Datin Zaharah lalu masuk ke kereta, bersebelahan Datuk Muhaiyeen di tempat duduk belakang. Jasmin melopong. Pintu kereta BMW ditutup. Enjin sudah dihidupkan.

Jasmin menoleh memandang Arif. Arif senyum, kemudian berlalu ke kereta Honda ibunya. Pintu kereta  dibuka. Jasmin langsung melangkah menghampiri  kereta. Dia masuk ke kereta, duduk bersebelahan Arif di tempat pemandu.

“Kenapa buang tebiat tak nak drive sorang2?” soal Jasmin sebaik Arif menghidupkan enjin kereta. Kereta sudah mula bergerak meninggalkan banglo keluarga Wardah. Mereka sudah melewati lorong2 keluar dari kawasan perumahan itu. Jasmin memandang Arif di sisinya. Masih menanti jawapan.

“Saja..” pendek dan ringkas jawapan Arif. Jasmin menghela nafas.

“Kepala masih sakitkah?” soal Jasmin lagi. Dikerling Arif disebelah. Arif terdiam sejenak, kemudian perlahan menggeleng. Jalan raya di hadapan dipandang tajam.

“Mestilah tak sakit. Tukang bagi ubat bukan main cantik…” kata Jasmin sambil tersenyum sinis. Arif terdiam mencerna kata2 Jasmin. Pasti Wardah yang dimaksudkan oleh Jasmin.

Arif diam tidak berkutik. Tadi, beria2 benar hendak pulang dengan Jasmin, sekarang bila Jasmin sudah berada di sisinya, terasa kelu pula lidahnya untuk berbicara. Hai otak…kenapalah kau jem saat2 macam ni.

“Mana pergi t-shirt dan jeans Jas? Dah buang ke?” soal Arif setelah lama dia terdiam. Jasmin memandang Arif hairan. Kemudian dia meneliti baju yang sedang tersarung di tubuhnya.

“Tak cantik ke bang?” soal Jasmin. Dikuis2 hujung dress. Arif menarik nafas payah.

“Cantik,” kata Arif pendek. Namun di dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu sudah berbakul2 pujian diluah terhadap gadis itu.

“Mama tak benarkan Jas pakai jeans ke rumah orang..” tutur Jasmin perlahan. Arif diam sambil mengangguk. Pandai sungguh mama menukar budak ini menjadi seorang perempuan! Arif diam lagi. Sudah kehilangan bicara. Entah mengapa, dia berasa semacam tidak kena bila menatap wajah Jasmin. Hatta berada di sebelah Jasmin pun, dia berasa sedikit gementar. Kelu. Bisu. Kaku. Tidak tahu apa yang sudah terjadi kepada dirinya malam ini.

Sudahnya, untuk melenyapkan kebuntuannya, Arif terus memasang radio kereta. Lagu ‘Casablanca’ yang romantik sedang berputar sebaik radio dipasang. Arif menghentak stereng kereta. Alamak! Kenapalah lagu ni yang keluar. Desah Arif serba tak kena.

Seingatnya, inilah lagu yang berkumandang di radio keretanya pada malam dia melanggar Jasmin di malam hujan lebat dahulu.

Jasmin mengerutkan dahinya, hairan dengan tingkah laku Arif. Kenapa dengan dia malam ni? Migrain lagikah? Jasmin tidak berani hendak bersuara lagi sebaik melihat riak resah di wajah Arif. Arif menjeling ke arah Jasmin disebelahnya yang membuang pandang ke luar tingkap kereta. Hatinya berdebar2. Kereta terus meluncur laju menghala kawasan perumahan elit Kelana Jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:40 AM | Show all posts
dup dap dup dap
bagai nak copot jantung si Ariff
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:41 AM | Show all posts
“Kenapa dengan Arif tu? Tiba2 tegang saja muka dia?” soal Datin Zaharah yang lebih menjerumus kepada satu keluhan. Datuk Muhaiyeen disebelahnya diam. Pandangannya dilontar ke luar tingkap kereta.

“Buang tebiat,” tutur Datuk Muhaiyeen pendek.

“Lain benar saya tengok dia malam ni…” sambung Datin Zaharah lagi.

“Macam tak senang duduk..” tambah Datuk Muhaiyeen pula. Datin Zaharah turut merenung pemandangan di luar kereta. Dia mengangguk, membenarkan kata2  suaminya meskipun tahu Datuk Muhaiyeen tidak melihat anggukannya. Barangkali pemandangan di luar tingkap kereta lebih indah dari memandang wajahnya. Agaknya lah….

“Dia pandang Jasmin lain macam…” kata Datin Zaharah pula. Datuk Muhaiyeen pula mengangguk.

“Tapi, dia kata Jasmin tak ubah macam adik dia…”sambung Datuk Muhaiyeen. Datin Zaharah menarik nafas mengeluh.

“Keliru juga. Baru saja nak rapatkan dia dengan Wardah. Tapi dia macam tak berminat dengan Wardah. Awak rasa dia suka Jasmin ke?”  soal Datin Zaharah perlahan. Kereta terus meluncur laju pulang ke rumah.

“Entahlah. Susah nak meneka perasaan si Arif ni. …” balas Datuk Muhaiyeen lemah. Datin Zaharah termangu sambil berfikir.

“Jangan2….Arif ni gay tak bang?” kata Datin Zaharah. Secepat kilat, Datuk Muhaiyeen memandang Datin Zaharah disebelahnya.

“Astaghfirullah…..ke situ pulak perginya dia…..Dia anak saya, saya tahulah..”kata Datuk Muhaiyeen lagi. Datin Zaharah mencebik.

“Bulan depan birthday dia. Dah cukup 30 tahun…kita pulak dah umur 50 lebih, masih belum ada cucu pun! 2 tahun lagi, umur abang cukup 60. Silap2, tak merasalah abang nak menengok cucu…” gumam Datin Zaharah. Satu keluhan dilepaskan.

Datuk Muhaiyeen telan air liur. Kata2 isterinya itu boleh dipakai juga.

“Kalau macam tu, kita paksa saja si Arif tu kahwin…” kata Datuk Muhaiyeen.

“Dia tak naklah bang! Dulu kan saya dah paksa. Budak tu jenis tak makan saman punya orang! Nak buat macam mana lagi ni..” Datin Zaharah mendengus. Buntu fikirannya mengenangkan perihal Arif.

“Hah!! Kalau macam tu, saya ada satu idea..” Datin Zaharah segera berpaling bila Datuk Muhaiyeen mahu mencadangkan sesuatu. Mereka suami isteri saling berpandangan.

“Apa dia bang?” soal Datin Zaharah tidak sabar.

“Memandangkan kita pun dah ada anak angkat, apa kata kita kahwinkan saja anak angkat kita tu…” usul Datuk Muhaiyeen. Datin Zaharah mengerutkan dahinya.

“Jasmin?” soal Datin Zaharah. Datuk Muhaiyeen senyum lalu mengangguk. Datin Zaharah terdiam sejenak.

“Mmm..nanti, esok saya tanya Jasmin. Kalau2 dia ada buah hati atau tak. Kalau dia cakap tak ada, kita carikan saja. Bercakap dengan anak perempuan rasanya lebih mudah berbanding bercakap dengan anak lelaki ni…” kata Datin Zaharah. Datuk Muhaiyeen senyum. Datin Zaharah terdian sejenak, kemudian memandang suaminya.

“Tapi…saya lagi senang hati kalau Jasmin tu dapat jadi menantu kita…” Datin Zaharah tiba2 bersuara. Datuk Muhaiyeen terdiam. Dia juga begitu. Tapi, pendirian anak dalam soal cinta dan jodoh, perlu dihormati juga. Mereka sendiri dahulu berkahwin atas dasar cinta.

Datuk Muhaiyeen menggenggam tangan isterinya. Datin Zaharah terdiam. Mereka sama2 melayan perasaan, sehinggalah pintu pagar rumah dihampiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:43 AM | Show all posts
Wardah tersembul di muka pintu pejabatnya. Arif mendongak dengan penuh tanda tanya.

“Ada apa?” soal Arif. Kelat wajah Wardah dilihatnya.

“Kak Mas cakap, there’s someone would like to see you. But he does not have any appointment,” ujar Wardah serius di muka pintu. Arif terdiam sambil berfikir. Siapa pula?

“Is he one of our supplier or sub-con?” soal Arif.

“I don’t think so…,” Wardah menggeleng. Sejak makan malam di rumah Wardah tempohari, panggilan Encik Arif sudah berganti dengan ‘I’ dan ‘you’ sahaja. Pertuturan mereka juga lebih menjerumus kepada perbualan antara kawan, bukan lagi majikan dan pekerja.

“So, you nak jumpa dia tak?” soal Wardah. Arif menarik nafas, kemudian bangun.

“Tak apa. I’ll see him at lobby,” enggan membiarkan seseorang yang tidak dikenali masuk ke pejabatnya, Arif mengambil keputusan untuk berjumpa dengan tetamu yang ingin bertemunya di lobi bangunan itu sahaja.

Arif keluar melewati Wardah. Wardah sudah kembali meneruskan kerjanya sementara Arif pula terus melangkah ke lobi. Senyuman dihadiahkan kepada Kak Mas, si penyambut tetamu tatkala dia melintasi meja receptionist tersebut.

Arif terus memandang ke sofa berwarna merah hati yang terletak di ruang lobi.

“Assamualaikum bang! Ingat saya lagi tak?” lelaki itu terus menghulur tangan untuk bersalaman dengan Arif. Terlopong mulut Arif memandang lelaki yang memang cukup diingatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2011 10:43 AM | Show all posts
cukup utk hari ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2011 10:48 AM | Show all posts
Ha...kan si Arif dah terlopong tengok Jasmin..eeee...best..best..nk sambungan lg.......
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:56 AM | Show all posts
Arif merenung Jasmin yang duduk bertentangan dengannya. Sejak mereka sampai di rumah Wardah, matanya ...
fizziany Post at 23-3-2011 10:35
Errr, jangan tengok lama-lama Ariff, takut tak tertahan godaan, sib baiklah adik berbeza mak bapa...jd apa-apa leh gak kahwin ...BESTTTTTT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 10:57 AM | Show all posts
“Haa?!!” Arif menggigit garpu sambil memandang semua orang di meja makan yang sedang merenungnya.  ...
fizziany Post at 23-3-2011 10:36
terus sakit kapala   wahahahhaahh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:57 AM | Show all posts
ni mesti si Ali yg dtg opis
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 10:59 AM | Show all posts
“Arif balik dengan Jasmin…” tegas  Arif bila melihat Datin Zaharah yang menarik tangan Jasmin unt ...
fizziany Post at 23-3-2011 10:38
ehem ehem.....cepat-cepat ariff, kalau terlepas rugi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:00 AM | Show all posts
mesti Ali kan.... nak jumpa Jasminlah tu,
wow makin best nampaknya cerita ni...
Arif mesti tak senang duduk bila lihat kemesraan Ali dan Jasmin nanti....
Cepat bertindak sblm terlambat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:00 AM | Show all posts
mesti Ali kan.... nak jumpa Jasminlah tu,
wow makin best nampaknya cerita ni...
Arif mesti tak senang duduk bila lihat kemesraan Ali dan Jasmin nanti....
Cepat bertindak sblm terlambat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:08 AM | Show all posts
sape yg jumpa arif tue? ali ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:16 AM | Show all posts
adoyaiii..ni mesti si ali..kacau daun betulla....potong stim betul..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:28 AM | Show all posts
Tuan umah... cepat2 sambung lagi... panasaran nih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2011 11:48 AM | Show all posts
hahaha..kelakar lah si Ariff nie...... terkedu tgk Jasmin....
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 11:55 AM | Show all posts
“Tapi…saya lagi senang hati kalau Jasmin tu dapat jadi menantu kita…” Datin Zaharah tiba2 bersuara. Datuk Muhaiyeen terdiam. Dia juga begitu. Tapi, pendirian anak dalam soal cinta dan jodoh, perlu dihormati juga. Mereka sendiri dahulu berkahwin atas dasar cinta.

Ye ye...Datin dah setuju tu...tapi  mesti Wardah buat rancangan sb dia pun nak kat Arif
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:02 PM | Show all posts
memintaklah JAS ngan ARIF...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 12:09 PM | Show all posts
siapakah? jeng3.......... xsabar nk tunggu jas pon jatoh cinta tergolek dgn arif ni! chaiyok!!!! jgnw ardah jd pengacau dh la!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 1.054992 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list