|
NorAddin posted on 26-12-2012 05:45 PM
salam
Allah hanya percaya pada kekasehnya saje .. Mohammad ..
lain Dia tak kenal ..
takkan nabi soghang2 jer ..
yg lain melepaih ler erkk?
tuk menjadi insan yg dimuliakan...
|
|
|
|
|
|
|
|
dan amat sedikit dari orang-orang yang akhir ... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit je keeeeee
cam Abu Bakar kata bila Nabi ceritakan ttg org terakhir yg masuk syurga
:harap akulah org yg terakhir itu
dia kata camtu
maka aku kena kata:
akulah org yg terakhir akan keluar dr neraka |
|
|
|
|
|
|
|
KEBABOOM!!
"Tidaklah Allah menurunkan penyampaian dengan sia-sia melainkan
bagi mereka yang manafaatkannya dengan sungguh-sungguh,
sedangkan kesungguhan itu tidaklah berada di jiwa yang kasar,
namun dengan apa yang disampaikan sudah memadai
sebagai panduan di tahap jiwanya,
segalanya adalah perjalanan untuk memuliakan insan
agar kembali dimuliakan."
(dari my seposen jer.. Allah Yang Maha Mulia dan insan yang dimuliakan) Last edited by dinsmann on 31-12-2012 01:05 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 28-12-2012 07:29 PM
salam
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan
owh
mendalamnya maksud ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 26-12-2012 06:05 PM
salam
jangan marah marah .. hehe .. be happy n smile always ..
lagu pramlee...ok gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak share cerita ni je
Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah, untuk kali ini saya hanya ingin berkongsi satu kisah yang mungkin tidak pernah didengar oleh orang lain. Kisah ini tentang seorang hamba Allah yang diberi nama Muhammad bin Himyar. Saya amat tertarik dengan kisah ini, semoga anda juga begitu.
Bermulalah kisah Muhammad bin Himyar yang merupakan seorang ahli ibadah. Dia seorang yang warak, selalu bangun beribadah dimalam hari, berpuasa, suka menolong dan berbuat baik sesama makhluk. Suatu hari Muhammad bin Himyar pergi berburu seorang diri seperti kebiasaannya. Semasa berada di tengah hutan, tiba-tiba dia dihalang oleh seekor ular yang nampak keletihan. Maka, bermulalah perbualan diantara mereka.
Ular: Hai Muhammad bin Himyar! Tolonglah aku, semoga Allah menolong engkau kembali.
Muhammad: Untuk apa engkau meminta tolong?
Ular: Aku sedang dikejar oleh musuhku.
Muhammad: Di mana musuhmu?
Ular: Dia sedang mengejar aku sekarang ini.
Muhammad: Engkau ini umat siapa?
Ular: Aku umat Muhammad SAW.
***************
Muhammad bin Himyar yang suka menolong sesama makhluk itu sangat kasihan pada ular itu. Dia pun membuka serbannya untuk menyembunyikan ular itu.
Muhammad: Engkau masuklah kedalam serban ini.
Ular: Aku akan dapat dikesan oleh musuhku nanti.
Lalu Muhammad bin Himyar membuka tali pinggangnya dan mempersilakan ular bersembunyi didalamnya. Tetapi ular tetap memberikan alasannya.
Ular: Aku masih dapat dikesan oleh musuhku nanti.
Muhammad: Kalau begitu, engkau bersembunyilah di dalam bajuku.
Ular: Aku akan dapat dikesan juga.
Hairan juga Muhammad dibuatnya. Seekor ular yang meminta pertolongan tetapi setelah hendak ditolong, jadi cerewet dan banyak pula alas an yang dikemukakan.
Muhammad: Jadi apa yang aku boleh buat terhadapmu?
Ular: Jika engkau betul-betul mahu menolongku, sila buka mulutmu dan aku akan masuk kedalamnya.
Muhammad bin Himyar sangat terkejut dengan permintaan ular itu. Dia terdiam seketika.
Ular: Apa lagi yang engkau fikirkan?
Muhammad: Aku khuatir engkau akan membunuhku.
Ular: Aku bersumpah, demi Allah. Aku tidak akan membunuhmu, Allah dan malaikat-Nya menjadi saksi.
***************
Disebabkan ular itu telah bersumpah dengan nama Allah, Muhammad bin Himyar tidak merasa ragu-ragu lagi dan terus membuka mulutnya untuk menyembunyikan ular itu. Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang lelaki dalam keadaan termengah-mengah sambil membawa pedang. Pemuda itu bertanya sesuatu kepada Muhammad bin Himyar.
Pemuda: Apakah engkau nampak musuhku?
Muhammad: Siapa musuhmu?
Pemuda: Ular.
Muhammad: Tidak.
Lelaki itu pun terus pergi. Muhammad terus beristighfar sebanyak seratus kali kerana menyatakan ‘tidak’ itu.
Apabila musuh telah tiada, ular pun mengeluarkan kepalanya sambil melihat ke kanan dan ke kiri kemudian terus masuk semula ke dalam perut.
Muhammad: Sila keluar! Musuhmu telah pergi.
Ular: Hai Muhammad! Engkau boleh pilih yang mana satu yang engkau mahu. Samaada aku akan koyak hatimu atau aku tebuk-tebuk jantungmu ataupun akan ku biarkan tubuhmu tanpa nyawa.
Muhammad: Subhanallah, mana sumpah dan janjimu? Mengapa begitu cepat engkau melupakannya.
Ular: Hai Muhammad, apakah telah engkau lupa permusuhanku dengan Adam, sehingga gara-gara aku, dia keluar dari syurga? Mengapa engkau berbuat baik kepada orang yang curang dan tidak mengenang budi?
***************
Kini Muhammad bin Himyar pun sedar bahawa ular yang meminta tolong itu sebenarnya adalah syaitan. Dia teringat bahawa jin dan syaitan itu memang suka menjelma menjadi anjing dan ular. Barulah dia sedar bahawa dirinya telah ditipu oleh syaitan yang hendak membunuhnya.
Muhammad hanya bertawakal kepada Alah kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi.
Muhammad: Jika benar engkau hendak membunuhku, berilah aku kesempatan untuk mencari tempat kematianku.
Ular: Boleh.
Sambil mencari tempat, Muhammad berdoa kepada Allah: “Ya Allah yang maha halus tolonglah aku, berilah aku kurnia-Mu yang samar itu. Ya Latiff, aku mohon dengan kekuasaan-Mu yang meliputi Arasy sehingga Arasy pun tidak tahu dimana Engkau, elakkanlah aku dari kejahatan ular ini.”
***************
Dipendekkan cerita, tidak lama selepas itu datang seorang lelaki yang baunya sangat harum dan pakaiannya sangat bersih telah memberikan sehelai daun hijau kepada Muhammad. Orang itu menyuruh Muhammad membuka mulut untuk memasukkan daun itu kedalam mulutnya.
Setelah mengunyah daun itu, tiba-tiba perutnya terasa sangat sakit dan ular itu keluar dari duburnya dalam keadaan menjadi sepotong-sepotong. Kini Muhammad telah bebas dari bahaya. Muhammad sempat memegang tangan orang itu dan bertanya sesuatu.
Muhammad: Siapa engkau sebenarnya? Allah telah menolongku dengan berantaraan engkau.
Hamba Allah: Apakah engkau tidak mengenalku?
Muhammad: Tidak kenal.
Hamba Allah: Wahai Muhammad bin Himyar, semasa engkau berdoa kapada Allah, gemuruhlah para Malaikat. Mereka mohon kepada Allah untuk keselamatanmu. Lalu Allah menyuruhku pergi ke dalam syurga dan mengambil daun hijau itu untuk diberikan kepadamu. Namaku Al-Ma’ruf dan tempatku di langit yang ke-4.
Sebelum berpisah ia berpesan: “Hai Muhammad bin Himyar! Tetaplah engkau berbuat baik kerana berbuat baik itu dapat mengelakkan dari kejahatan dan kebinasaan, meskipun tidak dibalas oleh yang ditolong, Allah tetap tidak akan mensia-siakannya.” |
|
|
|
|
|
|
|
mr_evergreen posted on 2-1-2013 01:08 PM
nak share cerita ni je
tq sebab sanggup berkongsi sama2 tentang cerita yang sangat menarik dan banyak memberi panduan kepada kita....
|
|
|
|
|
|
|
|
aduh, kisah kisah org2 yg lalu benar benar menyentuh rasa dan ingatanku, terasa bagai berada di zaman beliau sendiri....masyallah, sampai berebut rebut malaikat2 di langit yg nak tolong kekaseh Allah ini ya....
|
|
|
|
|
|
|
|
NorAddin posted on 2-1-2013 06:16 PM
salam
be a positive optimistic and kind person
tq for the new year wish something to cheer me up
|
|
|
|
|
|
|
| |
|