|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
sempoi la Damerung niii....betui rasa nak jumpa hang, nak oii....kena ada sessi meet n greet with Dam!!!
anyway teruskan ya nak.... |
|
|
|
|
|
|
|
tgh sedap2 bace tibe2 dah abis...
please cepat sambunggg.. |
|
|
|
|
|
|
|
yeay tq abe damm update cite baru |
|
|
|
|
|
|
|
tt link kt dpn salah
btw best sgt cite seram ni,xsabar tgu smbungan |
|
|
|
|
|
|
|
tt link kt dpn salah
btw best sgt cite seram ni,xsabar tgu smbungan |
|
|
|
|
|
|
|
scary nya.. tak sabar tunggu sambungan.... |
|
|
|
|
|
|
|
eii seramnya... teringat movie kartun jepun.. tajuk x igt, kisah dia pindah ke kg, singgah satu tmpt, pastu parentsnya bertukar jd khinzir sbb makan mknn dkt kedai mkn kat situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
alaahhhh...tak sabra nak baca sambungannn.
best gilerrr bro!
#maybe mereka mereka yg betopeng tu macam hantu raya org melayu kot. Boleh buat kerja bagi tuannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat komik kindaichi. Diorg masuk kampung lama macam yurizawa, dikelilingi tembok dan bukit and the only access is the tunnel. Later on, the tunnel was blocked sbb tanah runtuh dan berlaku pembunuhan.
So aku mmg boleh bygkan kampung dia mcmana. Damn.. |
|
|
|
|
|
|
|
mama..cite pasal meet n greet ni teringat pada seseorang la |
|
|
|
|
|
|
|
waaa... adakah hantu raya jepun berjemaah mengusahakan tanaman2 kat kampung tu?
awal malam p brief, makan2 dulu kat temple, pastu kena kerja la...
sambungan please.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmm.. haku rasa bukan haku sorang je terbayang2 seolah2 berada di lokasi kejadian masa baca citer ko... hahaha..
Haku memang tingin nk dok Jepun.. sebab kaki MangAnime kan.. Macam cite Naruto (start shippuden haku dh stop), Bleach, yakitate Japan ngan FairyTail tue kira stock2 dvd memang ada je kat umah..haku kumpul sikit2.. So.. mmg ada rasa fefeeling nak hidup kat sana.. Huhu... Tapi bab keseraman tue memang tak disangkal lagi... Fenomena hantu Jepun di tanah Malaya pun kita semua dah sedia maklum.. apatah lagi kat negara diorang sendiri..
Teruskan TT! Antara Thread Best dan terbaek MPS!
|
|
|
|
|
|
|
|
best sgttt cite damerung!
sila sambung lagii... |
|
|
|
|
|
|
|
pijak kaki sini benam terus nak follow lg kisah yurizawa |
|
|
|
|
|
|
|
tu la...mama pun!!!
moga dia berbahagia di mana saja dia berada....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dammerung at 27-5-2016 12:43 AM
Misteri Yurizawa (Bahagian II)
Rozman terjaga dikejutkan Yamazaki. Dia tengok semua tengah sibuk mengemas. Rupa-rupanya dia paling lambat bangun. Pagi itu mereka kena berkumpul di balairaya untuk meeting tugasan. Kata Rozman, biasanya meriah kalau time macam ni tapi pagi itu suasana muram, takda siapa bercakap, takda gelak tawa, macam semua tak kenal antara satu sama lain. Masih tak settle down dengan kejadian malam tadi agaknya.
Udara pagi Yurizawa antara paling segar pernah di rasai Rozman. Kat kampongnya di Kedah pun tak macam ni punya fresh. Pemandangan pula is to die for, dengan kabus-kabus pagi masih berlingkar di kaki-kaki gunung dan gemerlapan embun pagi di sawah dan tanam-tanaman, rasa tenang je.
Penduduk-penduduk kampong yang mengambil morning walk sentiasa greeting 'Ohaiyo, ohaiyo' dengan ramah setiap kali berselisih. Mungkin keramahan orang kampong, kesegaran dan keindahan pagi di Yurizawa memberi kesan positif kepada rakan-rakan Rozman. Sepanjang perjalanan, mereka saling bergurau senda dan gelak tawa antara satu sama lain.
Group Kentaro dah sampai terlebih dahulu dan half-way having their breakfast. Rozman duduk sebelah Gunma dari group Kentaro dan check samada Yumiko-san ada ke tak. Dah confirmed line clear dia tanya Gunma ada tak benda-benda pelik jadi malam tadi kat tempat diaorang?
Seluruh ahli kumpulan group Kentaro memandang tepat ke arah Rozman.
"Kau pun kena jugak?" Tanya salah seorang dari group Kentaro yang Rozman tak ingat siapa.
Lily dari Filipina yang satu group dengan Rozman menceritakan kejadian malam tadi. Ahli kumpulan Kentaro berpandangan antara satu sama lain dan kemudian dia menceritakan kes di group mereka pula...
Pada malam pertama, seperti group Yamazaki, group Kentaro juga berdiskusi tentang pengalaman mereka di Yurizawa so far dan inevitably bring up the issues pasal penduduk kampong yang semua orang tua, kemudahan kampong yang serba kekurangan, pasal orang kampong datang melawat berbisik ke lantai and so on. Semasa terdengar bunyi enjin bergema, mereka pun cuba check ke luar. Tapi instead of skodeng dari langsir, diaorang ni pergi buka langsir luas-luas dan nampaklah the procession orang bertopeng memegang pelita. The American, si Ben tu pula satu bangang nak keluar ambil gambar. Kentaro melarang keras diikuti oleh rakan-rakan lain tapi Ben berdegil juga dengan angkuhnya cakap "I'm not into your superstitious BS".
Ben dah siap dengan kamera di leher buka engsel pintu. One of his group member, Kitaura menerkam Ben dan terjadilah pergelutan kat ruang tamu. Tengah kelam-kabut tu, semua seakan freezed bila pintu diketuk. Handle pintu yang cuba dibuka berulang kali dan mujur out of 3 engsel kat pintu, Ben cuma sempat buka satu.
Mereka dikejutkan dengan seseorang di luar tingkap. Orang itu memakai topeng musang, berdiri tegak dan melihat ke arah mereka. Berpelukan lah semua orang dalam ketakutan. Orang bertopeng musang kemudiannya mengelilingi rumah dan bayang-bayangnya muncul setiap kali dia melewati tingkap. Ben cuba untuk menutup langsir yang terbuka tadi dan belum sempat dia nak tarik, si topeng musang dah terpacul kat depan dia, betul-betul depan batang hidung, cuma di pisahkan oleh cermin tingkap je.
Kata Kentaro, sewaktu berhadapan dengan Ben, orang itu membuka topengnya untuk beberapa saat sebelum beredar. Semua tak nampak muka orang tersebut kerana terhalang oleh kepala Ben. Tapi apa pun, selepas itu, Ben termangu. Tak bercakap, tak tidur, termenung je. Mereka cuba 'kejutkan' Ben tapi fikirannya seolah-olah di tempat lain. Cuma beberapa minit kemudian dia cakap ngantuk dan pagi tadi dia bagitahu semua orang yang he's calling it quit.
Rozman perasan mat salleh tu takde kat balai raya lalu bertanya, Ben mana? Kentaro bagitahu Yumiko-san menemani Ben ke simpang masuk kampong tepi highway tu. He's going to catch a bus to the nearest town and then heading back to Tokyo.
Apa Yumiko-san cakap pasal kejadian ni? Tanya group Yamazaki lagi.
"Dia mengamok" Jawab wakil group Kentaro.
Macam susah nak percaya, Yumiko-san yang cheerful tu boleh mengamok. Kata Kitaura, menjerit-jerit makcik tu tadi, nasib baik korang (group Yamazaki) tak sampai lagi, kalau sekali harung la kena maki hamun juga.
Group Kentaro dah tawar hati nak teruskan social work ni. Dah la malam tadi kena 'tegur', pagi tadi kena bambu pula. Kitaorang ni volunteer, bukan di bayar, datang sini pun pakai budget sendiri bla bla bla, satu-persatu ketidakpuasan hati diluah oleh ahli-ahli group Kentaro. Yamazaki dan Gunma cuba reason out dengan mereka. Dah sampai sini pun, at least cuba lah tahan seminggu ke apa dan sebagainya.
"Ohaiyooo gozaimasu" Suara ceria Yumiko menghentikan perdebatan sesama mereka. Yumiko menyatakan bahawa Ben dah naik feeder bus ke pekan dan send his regards to everyone. Dari tingkah lakunya, flipped 180 degree dari pagi tadi, ceria dan riang seperti biasa. Tapi keceriaan Yumiko tak cukup untuk mengubah heavy atmosphere dalam balai raya.
"Yumiko-san..." Kata Kentaro.
Dia kemudiannya menceritakan kejadian malam tadi kepada Yumiko, semua nya, takda satu part pun tinggal. Yumiko pula terangguk-angguk dan kelihatan cuba menyembunyikan perasaan sebenar di sebalik senyuman paksa yang dilemparkan.
"Takde apa-apa lah..." Kata Yumiko tenang.
Takde apa-apa kepala bapak kau, bentak Rozman dalam hati. Tak perlu dia nak voice out, Yamazaki dah confront Yumiko. Dia demand Yumiko menceritakan hal sebenar kalau tak mereka tak punya pilihan selain dari menarik diri dan pulang ke Tokyo hari ini juga.
Terdiam makcik tu. Akhirnya mengalah. Yumiko bagitau takda apa yang paranomal tentang orang-orang bertopeng malam tadi. Mereka itu ialah kaum-kaum asal penduduk Jepun sebelum kedatangan orang Jepun sekarang dari tanah besar China beratus tahun yang lampau. Kiranya macam orang asli Jepun gitulah. Mereka ini ada perjanjian dengan orang Yurizawa yang dimeterai semasa pembukaan kampong dan masih memegang pada perjanjian hingga sekarang. Apa yang mereka saksikan malam tadi adalah ritual kaum-kaum tersebut setiap malam.
Yumiko menerangkan lagi bahawa orang-orang bertopeng ini, kita panggil 'Orang Hutan' lah, memilih untuk keeping to themselves dan tak suka terdedah dengan dunia luar, apatah lagi orang luar seperti kalian. Dia meminta maaf kalau out of line sebentar tadi sebab bersusah payah dia convinced orang kampongnya, terutama sekali Himiko-Sama untuk bersetuju menjalankan program ni dan sebab tu dia stressed out. Ben pula tak habis-habis menghasut semua orang untuk join dia balik Tokyo sebentar tadi.
Oklah, fair enough walaupun masih skeptikal. Mereka lupakan kejadian tadi dan moved on. Fokus di beri kepada aktiviti mereka di sana. Berdasarkan program, group universiti itu akan repair stuff like atap rumah yang bocor, jambatan rosak dan juga satu projek besar membaik pulih sistem pengairan tanaman dan bekalan air yang rosak dari pembinaan lebuhraya sebelah gunung berdekatan Yurizawa yang sedang giat dijalankan. Nothing major cuma mana-mana yang boleh di buat lah.
Sebelum itu mereka di bawa tour mengelilingi Yurizawa. So jakun la semua ambil gambar sana sini. Kalau student Jepun sendiri pun amazed dengan keindahan kampong tersebut apa lagi orang luar macam Rozman. Semasa tour, Rozman dan lain-lain perasan ada mesin-mesin gondola usang yang dah berkarat di setiap tebing sungai (kampong tu banyak sungai).
Menurut Yumiko mesin itu adalah untuk mengangkut arang batu dari lombong-lombong di kaki gunung dan terus ke sungai untuk di bawa ke kilang-kilang perusahaan melalui sungai-sungai. Rantai besi masih terikat di mesin dan melunjur jauh masuk ke hutan yang tak nampak penghujungnya. Dulu, para pelombong tak perlu bersusah-payah mengangkut arang batu dari lombong, cuma perlu lambakkan dalam peti-peti kayu tergantung dan kemudian ditarik menggunakan mesin pulley ke bawah.
Salah seorang bring up pasal bunyi mesin malam tadi dan bertanya adakah dari benda alah ni? Yumiko tergelak je dan bagitahu mesin ni dah stop functioning since back in the 60s lagi bila aktiviti perlombongan ditamatkan perkhidmatannya. Bunyi-bunyi yang korang dengar tu datangnya dari pembinaan highway di sebelah gunung sana.
Semua gelak-gelak paksa. Come on lah. Jauh kot construction tu, takkan lah dengar sampai kat kampong tapi di iyakan aje, lagipun apa kejadah construction buat tengah malam buta? Since tak nak spoiled the good mood, they just dropped the subject.
Mereka berhenti di mana jalan berturap bertukar dengan jalan tanah merah, well, bukan exactly tanah merah lah just tak berturap. Jalan tanah merah tersebut menuju ke dalam hutan dan kat tepi ada shrine kecil dan beberapa patung sami botak diukir dari batu. Pokok-pokok besar yang mengapit jalan besar tu pula diikat tali anyaman seperti tangkal. Mereka dah sampai di penghujung kampong dan Yumiko mengatakan beyond this road is nothing but hutan rimba. Dulu tempat ni entrance ke lombong-lombong di kaki bukit/gunung. Bunyi air terjun kedengaran dari dalam hutan dan semua merengek-rengek macam budak kecil untuk berendam.
Yumiko of course tak benarkan lah sebab air terjun tu dalam territory Orang Hutan dan mereka perlu ingat salah satu larangan Himiko-Sama, tidak dibenarkan merayau sesuka hati terutama sekali di luar kawasan kampong. Pujuk rayu tak diendahkan Yumiko dan mengingatkan yang mereka punya aktiviti penuh hari itu. Aktiviti sosial bermula dan mereka membaiki few houses yang dikenal pasti memerlukan perhatian segera.
Kata Rozman, dia ingatkan negara semaju Jepun ni mestilah terjaga hal ehwal rakyat tapi rupa-rupanya lebih kurang macam kat Malaysia juga. Rumah tunggu masa nak roboh pun ada, siap pasak pakai tiang lagi. Kadang-kadang Rozman dan Lily berseloroh, ini macam kat negara diaorang je.
Mereka berhenti untuk makan tengahari. Another pig serving. Yumiko ni macam tak sensitif pula, padahal dia tahu si Rozman ni muslim. Lain-lain dah meluru ambil makanan, lapar gila sebab pagi tadi cuma makan bubur yang tak best. Terpaksalah Rozman balik kejap kat rumah ambil Nissin cup noodle. Good thing dia packed up 7 cup noodle sebelum datang sini tapi kalau hari-hari hidangan bacon dan ham, mau terpaksa declare darurat juga ni.
"Can I follow?" Tanya Lily.
Di rumah, Rozman ambil cup noodle manakala Lily masuk toilet sebab dari tadi menahan. Sementara tunggu Lily selesai, Rozman lepak kejap kat salah satu ruang dalam rumah.
"Anoo..sumimasenn" Kedengaran suara orang tua menegur. Rozman pergi ke pintu tapi takde orang pula.
"Konichiwaa" Sekali lagi Rozman ditegur, kali ini dia ke tengok belakang rumah, still nothing.
"Konichiwaa" Rozman membalas.
"Konichiwaa, konichiwaa, konichiwaa" berkali-kali Rozman ditegur. Dia cuba cari dari mana datang bunyi tersebut. Nak stop jantung Rozman apabila mendapati greeting itu datangnya dari bawah lantai ruang tamu, tempat yang orang kampong dok berbisik-bisik semalam.
Dia berlari ke belakang dan bertembung dengan Lily di dapur yang serta-merta menampar Rozman.
"PERVERT!" Jerit Lily.
WTF?
"Ko ngendap aku kencing ye!"
Lily claim nampak 'Rozman' skodeng dari rekahan pintu bilik air.
Okay. That's it. Ditariknya tangan Lily berlari keluar rumah. Di luar Lily tolak Rozman sampai terjatuh dan maki hamun non-stop.
"Lily, I didn't peep! and there's creepy voice talking to me under the floor!"
"OH SHUT THE FU-, wait, who's that?"
"Who's that, what?"
Suara orang tua ketawa kedengaran dari dalam rumah. Mereka menoleh dan terlihat ada atuk tengah terkekek-kekek sambil tuding jari ke Lily.
"THAT OLD PERV!" Lily dengan muka merah padam storming masuk ke rumah. Tapi dia cuma sempat buka pintu, lihat sebentar dan tutup semula. Kemudian tarik tangan Rozman beredar dari situ. Rozman tanya Lily kenapa rushing tak tentu pasal ni?
"There is no one in the house. But I heard laughter, from underneath the floor"
Rozman memberi 'I told you so' look.
Lily nak bawa isu ini ke Yumiko-san tapi Rozman cakap tak payah. What are you going to tell her? Rumah ada hantu?. Kena gelak je nanti. Aktiviti tengahari itu diteruskan sehingga early dinner. Loceng tokong berbunyi menandakan curfew dah nak start. Malam itu Rozman dan Lily cerita apa yang jadi siang tadi ke group member. Dah semua tak berani nak lepak kat ruang tamu. Beramai-ramai berhimpit dalam bilik sebesar ruang stor. Mereka punya takut lepas dengar cerita tu sampai kalau sorang nak pergi toilet, satu group pergi then take turn masuk toilet walaupun tak rasa nak membuang.
Bunyi enjin bergema kedengaran di luar dan cahaya pelita terpancar di sebalik langsir tingkap. Perarakan Orang Hutan menuju ke tokong tengah berlangsung ketika ini. Semua tak berani nak tengok dari tingkap dan dirasakan group Kentaro, lebih kurang 200 meter dari mereka pun macam tu juga, berkurung ramai-ramai dalam bilik sempit.
Untuk menghiburkan diri, mereka berkongsi cerita-cerita lucu, pengalaman dan lain-lain. Selain dari Lily, Rozman dan Yamazaki, ada lagi dua pelajar perempuan, Sonoko, asal Tokyo dan Yumi dari Taiwan dalam group mereka. Group lagi satu pula male dominant dengan Kentaro, Kitaura, Gunma dan perempuan seorang, Rika yang waktu itu tengah dating dengan Ben. Since Ben dah balik, tinggal 4 orang dalam group Kentaro. Rozman satu jurusan dengan Yamazaki, Ben dan Gunma. Lain-lain baru kenal bila dia join kelab.
Time tu kata Rozman borak pasal Doraemon. Kan best kalau ada Dokodemo Door (Pintu Ke Mana Sahaja) dan keluar lah lawak-lawak tah apa-apa. Gelak sakan sampai lupa pasal Orang Hutan kat luar dan kat ruang tamu rumah tu berhantu. Tengah gelak-gelak tu ada pula 'orang lain' turut serta gelak sama-sama. Bila dah stop gelak pun, masih dengar lagi ketawa terkekek-kekek datang dari ruang tamu.
Hening. Semua tak berani berkata-kata.
"Motto, motto, motto..." Kata suara dari ruang tamu.
Derapan tapak kaki di jerami seperti orang mundar-mandir kedengaran di ruang tamu. Perempuan semua dah peluk-peluk sesama mereka, yang jantan dua orang si Yamazaki dan Rozman takkan nak join sama pula kan. So kenalah beranikan diri pergi check padahal macam dah nak pengsan.
Bunyi orang berjalan hilang sebaik Rozman dan Yamazaki berada di ruang tamu. Rozman tinjau ke luar tingkap dan dapati luar rumah kosong.
"Koko, koko, koko" kelibat lembaga hitam memanggil-manggil Yamazaki dan Rozman dari ruangan dapur.
Macam lipas kudung dua orang itu lari masuk bilik, tutup pintu dan berharap takda yang cuba 'beramah mesra' dengan mereka kat dalam bilik pula.
Kelima-lima pelajar berselubung dalam sleeping bag masing-masing dan tarik zip sampai atas. Tengah mengigil-gigil dalam sleeping bag tu terdengar pula orang mengira...
"Ichi..ni..san..yon..go..ichi..ni..san..yon..go..ichi..ni..san..yon..go"
Rozman tahu bukan dia seorang dengar sebab dia dapat dengar Sonoko, Yumi dan Lily menangis. Yamazaki pula cakap "tolong lah pergi" berulang kali dengan suara terketar-ketar.
Sebagai orang Islam apa lagi defensive mode yang Rozman boleh buat selain membaca doa. Itu pun apa yang dia ingat lah. Tak tahu kenapa dalam ketakutan amat sangat tu, matanya berat je. Dia sedar pun bila rasa mata pedih sebab matahari direct suluh ke muka dengan suara Yumiko kejut bangun. The whole group terlajak tidur pagi itu.
2 nights down, 12 to go.
(Bersambung)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|