harap zamani insaf lepas ni... dan ada sinar bahagia untuk dia
Bagaimana kan ku terima
Sedang cinta ku hangat membara
Kau titiskan airmata
Bukan mudah ku menghindar
Sebuah cinta sekian lama
Menjanjikan kesetiaan
Tiada ku berpaling
Selain ku hanya menyintai dirimu
Kerana di hati ini
Hanya kau bertakhta
Dapatkah terus untuk ku
Mengharungi liku hidup ini
Tanpa kau menemani
Dan mampukah aku melupakan
Saat-saat indah bersama
Mengapakah kasih kau pula kini berubah
Mengharap kan cinta pada dirinya
Apa relakah terus melihat
Diri ku ini menderita
Kasih
Sendiri jua akhirnya membuai rindu
Dan resah hati ku menjadi sendu
Puas sudah ku memujuknya
Kerna di hatiku menyinta
Merana aku menggenggam sepi ini
Yang semakin terasa bisa ku merana
Apakah salah dan dosa
Hinggakan diri ku tersiksa
Kesetiaan kau korbankan
Tanpa belas kau memutuskan
Di sinilah cinta kita
Akhirnya
Curlasssttt kau kak...baru seminggu lepas gosip Ramli Ms reda, sambung gosip zamani pula..
Drfazley tu minggu sebelum ramli MS ka???
semua ni menginggatkan pada tok ti..
sewajar la tok ti tinggalkan meka...
Ramli MS (mulut hazab+hati kering--->makan hati
Zamani (Hisap dadah--->merana hidup)
DrFazley (Tindik pusat??? )
zamani ni ramai je orang sayang dia
dia yang tak sayang diri sendiri..
kalau tengok komen kat fb abang jo and kat amran fans tu..ramai je lagi fans yg sayang die..bukan takat kat malaysia je..dari singapore ngan indonesia pun ramai yang doakan die..
and bukan takat perempuan je..lelaki pun ramai minat kat die..
hope lepas ni die betul2 la berubah..ikut cam ameng or radhi
isteri ameng tu sangat setia dan tabah..kagum aku tengok
zamani nyanyi time kat hard rock cafe melaka..yg ni antara yang terbaru la kot die dgn SLAM..bulan 11 aritu
Zamani Dipaksa Nyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Akan Ambil Tindakan
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 12:33 PM
[size=0.75em]Zamani (Slam)
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengurus kepada Zamani (Slam) iaitu Johan Aziz akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungajwab sehingga tersebarnya video penyanyi itu dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.
Johan berkata, penyebaran video itu benar-benar mengaibkan Zamani, 44, ditambah pula penahanannya akibat penyalahgunaan dadah.
“Saya tidak tidur malam selepas melihat rakaman video itu dan saya akan bertindak terhadap pihak berkenaan agar perkara yang sama tidak akan terjadi,” katanya kepadamStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Terdahulu media meloporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu.
Serbuan pada pukul 12.30 malamitu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin manakala teman wanitanyaberusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Video ini yang tersebar menjadi kemarahan orang ramai terhadap anggota polis.
Bagaimanapun pada Khamis, video Zamani yang dituduh terlibat dalam kejadian berkenaan tersebar dengan keadaan tangan bergari sambil diarahkan menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang.
Dalam pada itu Johan berkata, mustahil video itu dirakam oleh orang awam kerana seseorang suspek yang ditahan polis perlu dibawa ke lokap untuk proses siasatan dan ia tentulah di bawah pengawasan anggota keselamatan.
Justeru beliau tidak menolak penyebaran video itu dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.
“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.
Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi mStar Online meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang menyebabkan video berkenaan tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.
Katanya, video itu benar-benar menghina Zamani dan pihak keselamatan seharusnya menunjukkan contoh yang baik dalam menjaga suspek yang ditahan.
”Saya sudah melihat video itu dan saya benar-benar kesal dengan apa yang telah berlaku,” jelasnya.
Sehubungan itu Freddie akan mengadakan pertemuan dengan pihak atasan di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis (hari ini) untuk membincangkan hal berkenaan.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim kini direman di lokap Balai Polis Hulu Klang dekat sini untuk proses siasatan.
“Semasa saya berjumpa dengan Zamani semalam (Rabu) dia tidak menceritakan mengenai rakaman itu sebaliknya dia meminta saya sampaikan kepada peminat, dia memohon maaf atas perbuatannya,” kata Johan.
iols maafkan heols
semoga heols boleh bangkit dan tinggalkan gejala tak berfaedah tu.
kalau btl laa penglibatan dia dgn dadah lama camtu, kalau btl nak berubah mmg kena semangat kuat..... tinggalkan kwn2 lama, tinggal sume, pindah tempat baru.... dia kena tlg diri dia sendiri....