|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 29
[Copy link]
|
|
Pergerakan kes COVID-19 yang didaftarkan sepanjang tempoh 14 hari [ 31 Disember 2020 hingga 13 Januari 2021 ] mengikut mukim di daerah negeri Selangor (Tidak termasuk kes discaj dan kematian).
Pertambahan 837 kes baharu didaftarkan pada hari ini [837 tempatan dan 0 luar negara. Pecahan kes baharu adalah seperti berikut:
DAERAH GOMBAK - 219
Batu 26
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 18
Saringan Pekerja 1
Hulu Kelang 8
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 6
Saringan Pra-pembedahan 1
Kuang 5
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 3
Rawang 176
Saringan Kontak Rapat 4
Saringan Pekerja 71
Saringan Pekerja (Kluster Taman Integrasi) 101
Setapak 4
Saringan Kontak Rapat 4
DAERAH HULU LANGAT - 161
Ampang 35
Saringan Bergejala 12
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 7
Saringan Swasta 3
Beranang 1
Saringan Kontak Rapat 1
Cheras 20
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak Rapat 13
Saringan Pekerja 2
Hulu Langat 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Pra-prosedur 1
Kajang 79
Saringan Bergejala 10
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 1
Saringan Kontak Rapat 56
Saringan Pekerja 10
Saringan Pekerja (Kluster Hentian) 1
Saringan Pra-pekerjaan 1
Semenyih 23
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 17
Saringan Pekerja 3
Saringan Swasta 1
DAERAH HULU SELANGOR - 2
Serendah 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak Rapat 1
DAERAH KLANG - 227
Kapar 123
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Teratai) 6
Saringan Kontak (Kluster Yayasan) 1
Saringan Kontak Rapat 23
Saringan Pekerja 9
Saringan Pekerja (Kluster Bah Manggis) 7
Saringan Pekerja (Kluster Pasar Baru) 8
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) 2
Saringan Pekerja (Kluster Sg Putus) 14
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 39
Saringan PKPD (Kluster Teratai) 12
Saringan Pra-pembedahan 1
Klang 104
Saringan Bergejala 5
Saringan Kontak (Kluster Andalas) 2
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 7
Saringan Kontak (Kluster Perigi) 1
Saringan Kontak (Kluster Persiaran Kuala) 1
Saringan Kontak (Kluster Seruling) 2
Saringan Kontak (Kluster Usaha) 2
Saringan Kontak (Kluster Yayasan) 1
Saringan Kontak Rapat 58
Saringan Pekerja 14
Saringan Pekerja (Kluster Perigi) 5
Saringan Pekerja (Kluster Seruling) 3
Saringan Pekerja (Kluster Sri Lanang) 2
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 1
DAERAH KUALA LANGAT - 47
Jugra 1
Saringan Kontak Rapat 1
Morib 3
Saringan Kontak Rapat 3
Tanjung Dua Belas (1) 8
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak Rapat 1
Tanjung Dua Belas (2) 12
Saringan Bergejala 2
Saringan Kontak Rapat 10
Telok Panglima Garang 23
Saringan Bergejala 7
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 1
Saringan Kontak Rapat 15
DAERAH KUALA SELANGOR - 27
Api-Api 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 1
Bestari Jaya 5
Saringan Kontak Rapat 1
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Tanjung Suria) 3
Ijok 9
Saringan Bergejala 4
Saringan Bergejala (HCW) 1
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 1
Saringan SARI 1
Jeram 9
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 2
Saringan Pekerja 1
Saringan Pekerja (Kluster Teratai) 1
Saringan Pra-pekerjaan 1
Kuala Selangor 2
Saringan Kontak Rapat 2
Tanjung Karang 1
Saringan Kontak Rapat 1
DAERAH PETALING - 110
Bukit Raja 2
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 1
Damansara 96
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 85
Saringan Kontak Rapat 8
Saringan Pekerja 2
Petaling 3
Saringan Bergejala 1
Saringan Kontak (Kluster Jalan Ijuk) 1
Saringan Kontak Rapat 1
Sungai Buloh 9
Saringan Bergejala 4
Saringan Kontak Rapat 5
DAERAH SABAK BERNAM - 3
Panchang Bedena 1
Saringan Bergejala 1
Pasir Panjang 2
Saringan Bergejala 2
DAERAH SEPANG - 41
Dengkil 34
Saringan Bergejala 6
Saringan Kontak (Kluster Hentian) 1
Saringan Kontak (Kluster Lestari) 1
Saringan Kontak Rapat 16
Saringan Pekerja 7
Saringan Pra-penerbangan 2
Saringan Swasta 1
Labu 6
Saringan Kontak Rapat 5
Saringan Pekerja 1
Sepang 1
Saringan Kontak Rapat 1
# |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 13 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,985 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 144,518 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 32,377 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,983 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,109 kes adalah warganegara Malaysia (70.7 peratus) dan 874 kes adalah bukan warganegara.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes (28.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 605 kes (72.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (17.9 peratus) dan Sabah sebanyak 450 kes (15.1 peratus).
Sebanyak 296 kes (9.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Pagar Siput (2 kes), Kluster Tembok Gajah (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 563 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
560 67314 Sabah Lelaki (WN) 63 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit kencing manis dan darah tinggi
561 98481 Johor Lelaki (WN) 77 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan gout
562 131515 Sabah Lelaki (BWN) 62 Jenazah dibawa ke Hospital Tawau Penyakit asma dan Pulmonary Tuberculosis
563 138626 Sabah Perempuan (BWN) 19 Jenazah dibawa ke Hospital Papar Penyakit anemia
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 13 Januari 2021, terdapat sebanyak 616 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 346 kluster, termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Condong dan Kluster Seri Tasik. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 270 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), dan Kluster Jalan Rami (109 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
KLUSTER TAMAN INTEGRASI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 119 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN IJUK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Ijuk 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN RAMI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132549) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Saringan seterusnya di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KOTA
Kluster Ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110221) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 397 individu telah disaring, di mana 57 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TANJUNG MEGAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132447) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama tempat kerja dan tempat kediaman kes indeks iaitu di Taman Megah, Pontian, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN KASTURI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kediaman kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Kasturi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN THAMBY
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster ini merujuk kepada alamat tempat tinggal kes-kes yang dikesan positif iaitu di Jalan Thamby Abdullah, off Jalan Sambathan, Brickfields. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER TAMAN BATIK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135722) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Taman Batik, Sungai Petani. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BUKIT BAKAR
Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115060) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman rumah kes indeks iaitu di Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, Machang. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER KAMPUNG TENGAH
Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127016) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi penganjuran majlis berkenaan iaitu di Kampung Tengah, Mantin Dalam, Mantin, Seremban. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER DIALISIS MALIM
Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130982) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat dialisis yang terletak di Jalan Malim, Balai Panjang, Melaka. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 13 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 837 | 42,128 | SABAH | 450 | 41,899 | WP KUALA LUMPUR | 289 (1) | 16,788 | JOHOR | 535 | 11,296 | NEGERI SEMBILAN | 106 | 9,300 | PULAU PINANG | 105 | 5,479 | PERAK | 61 | 4,040 | KEDAH | 97 | 3,750 | PAHANG | 143 | 1,894 | WP LABUAN | 0 | 1,821 | SARAWAK | 166 (1) | 1,740 | MELAKA | 72 | 1,713 | KELANTAN | 85 | 1,564 | TERENGGANU | 27 | 572 | WPPUTRAJAYA | 11 | 467 | PERLIS | 1 | 67 | JUMLAH KESELURUHAN | 2,985 (2) | 144,518 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Perincian 2,985 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Januari 2021 adalah seperti berikut: - Selangor: 837 kes
- 311 kes daripada kluster-kluster, termasuk 197 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Integrasi dan Kluster Jalan Ijuk;
- 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 232 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 535 kes
- 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rami, Kluster Kota, dan Kluster Tanjung Megah;
- 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 112 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 450 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 323 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 113 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 289 kes
- 46 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kasturi dan Kluster Jalan Thamby;
- 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 166 kes
- 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 143 kes
- 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 106 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tengah;
- 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 105 kes
- 34 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
- 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 97 kes
- 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Batik;
- 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 85 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Bakar;
- 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 72 kes
- 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dialisis Malim;
- 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 61 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 24 kes lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 27 kes
- 12 kes daripada kluster sedia ada;
- Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-1-2021 01:18 PM
Browser ke?
Buang cache semua kot...
amboii muka meowwww ni |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-1-2021 04:10 PM
Eh...camtu ye
diaorg la explain, iols pun x pernah tgk rupa cemananya..
meh la @ipes2 dtg sini explain |
|
|
|
|
|
|
|
ramai2 bercovid ni, nnt diaorg ni tak yah ambik vaksin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-1-2021 01:33 PM
Klik history browser, klik clear recent history...lain browser lain cara...
@ clear cache tu, kal ...
Tq sisss. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 13-1-2021 01:31 PM
Bod sinun...
Klon fikri ibrahim |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 13-1-2021 04:38 PM
Elo, hang dah start iklan ka? Den mls nk selak2 ke blkg page, huhu. Sbb asyik stuck je cari ni
Hahahhaa... Belum lagi. Masih dok bercuti... |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 13-1-2021 04:46 PM
Den dah bg cara td, dah cuba ka? Still x boleh eh?
Baru buka.. td kalut macam2.. mlm baru nk study.. hehehh.. tq na |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 13-1-2021 06:04 PM
amboii muka meowwww ni
Muka camne tu |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 13-1-2021 06:19 PM
diaorg la explain, iols pun x pernah tgk rupa cemananya..
meh la @ipes2 dtg sini explain
Meh le doc @ipes2 explain... |
|
|
|
|
|
|
|
mrsjones replied at 13-1-2021 06:25 PM
ramai2 bercovid ni, nnt diaorg ni tak yah ambik vaksin ke?
Bulan depan kan Vaksin mai... |
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 13-1-2021 06:32 PM
Tq sisss.
Helok tak, bro? |
|
|
|
|
|
|
|
3480 replied at 13-1-2021 06:33 PM
Klon fikri ibrahim
Hihi...haah...ada rupa |
|
|
|
|
|
|
|
keypo beli dory skin brand ALOHA.. jiran jual.. 1 kotak promo RM15.. beli 2 kotak.. nnt la keypo snap pic.. sbb xtau psl apa xleh reply kat hp.. error..
|
|
|
|
|
|
|
|
smlm dah beli kerepek peria pedas.. sedap.. dah habis 2 balang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|