|
[Vol 83] Hamba by Fattah Amin ..check out his latest single
[Copy link]
|
|
kakngah80 replied at 24-5-2022 09:03 PM
tak pasti eely, mungkin bersiri kot tapi tak taulah kalau tele…
Tapi kalau cerita berat mcm bukan akasia atau megadrama. Tak pun slot apa ntah yg kat astro tu yg ada drama scammer tu. Slot pukul 11 malam. atau slot astro original setiap isnin kat citra |
|
|
|
|
|
|
|
Terkedu baca sinopsis fattah jadi gay..couple dengan fizo plak tu..haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols tau akasia, samarinda dan megadrama je eely..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
arsasa replied at 24-5-2022 09:10 PM
Meols tau akasia, samarinda dan megadrama je eely..hehe
Byk lagi slot. citra exclusive, astro original series,seram sabtu, hahaha.. slot 11 malam lepas megadrama tu tak ingat apa nama |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tunggus slot mana drama ni tayang nanti |
|
|
|
|
|
|
|
arsasa replied at 24-5-2022 09:09 PM
Terkedu baca sinopsis fattah jadi gay..couple dengan fizo plak tu..haha
Mana uols baca sinopsis tu uols? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-5-2022 12:25 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
mintak mintak dpt lah masuk disney hotstars eehehe awal sket lh tgk …
all the best Fattah |
|
|
|
|
|
|
|
dekat ig nad zainal mami..baca kat komen
|
|
|
|
|
|
|
|
kan chill best gak masuk disney hotstar bley tengok awal
|
|
|
|
|
|
|
|
arsasa replied at 25-5-2022 09:35 AM
kan chill best gak masuk disney hotstar bley tengok awal
Alaa... Tak aciii!!! ehe |
|
|
|
|
|
|
|
arsasa replied at 25-5-2022 09:33 AM
dekat ig nad zainal mami..baca kat komen
Oh... Haha.. Kalau watak gay mmg x lah si Fattah ni nak ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arsasa at 25-5-2022 02:48 PM
Telemovie khas
@Mamisally
|
|
|
|
|
|
|
|
telemovie mami bukan drama bersiri
|
|
|
|
|
|
|
|
arsasa replied at 25-5-2022 02:49 PM
telemovie mami bukan drama bersiri
Telemovie pun mami ok jerr... Ehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arsasa at 25-5-2022 05:43 PM
Beria nau kat bodgos tu mengutuk ..elok je semalam fattzura happy2 fattzura tengok wayang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-5-2022 01:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
pasal twin tu ke….biasa lah comprehend issue ….betul ke fattah berlakon ngan nad zainal nanti?…..beriye nad prep next drama dia… |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah team khilaf asmara, mgg best cerita ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Setiap pelakon punya nilai tersendiri – Fattah Amin
Muzlina Abu Bakar 26/05/2022
Foto SYED YUSOF WAFA
SEBELUM Aidilfitri baru-baru ini, saya diundang oleh pengarah prolifik, Rashid Sibir ke lokasi penggambaran drama raya “Menantu Atau Isteri Untuk Abah” di Kampung Ijok, Jalan Datuk Muskam, Bistari Jaya, Kuala Selangor.
Mendengar lokasi penggambaran drama itu saya dapat bayangkan betapa jauhnya perjalanan yang harus saya tempuhi dari kediaman saya di Ampang dan pasti ianya mengambil masa lebih sejam. Jika tidak kuat semangat tidak mungkin selepas berbuka puasa kami sanggup meredah pekat malam semata-mata untuk jawapan di sebalik rumours yang saya dengar sejak beberapa tahun lalu.
Sebabnya apabila mendengar para pelakon yang membintangi drama komedi berkenaan seperti Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Omar Abdullah, Nasir Bilal Khan, Azri Iskandar, Wan Maimunah, Liza Abdullah dan Fattah Amin membuatkan saya terpanggil untuk ke sana.
Tidak dinafikan kesemua mereka adalah nama-nama besar dalam industeri seni tanahair. Bagaimanapun diantara tujuh nama itu apabila mendapat tahu Fattah Amin adalah pelakon utamanya, saya tidak mampu menolak pelawaan pengarah berkenaan.
Sebabnya ia bukan sahaja akan menjadikan ‘pertemuan dan temuramah pertama kali’ saya dengan suami kepada pelakon jelita dan ushawanita berjaya, Nur Fazura atau lebih mesra disapa Faz dan juga ayah kepada Nur Fatima Aisya atau panggilan manjanya Fatima. Malah yang lebih penting isu yang akan kami ‘bualkan’ mengenai beliau yang dikatakan satu diantara ‘tiga hero Malaya yang termahal bayarannya’ untuk berlakon dalam sebuah Cerekarama atau Telefilem untuk siaran di kaca televisyen.
Tatkala menaiki lokasi drama berkenaan, sebuah rumah kayu yang cantik senibinanya, di satu sudut dalam rumah berkenaan saya terpandang kelibat sosok seorang pelakon yang saya cari sejak sampai di lokasi berkenaan pada pukul 9.20 malam. Beliau dilihat bersama pengurusnya yang dikenali, Farid.
Setelah memberi salam dan memperkenalkan diri serta meminta izin untuk ditemubual, Fattah yang sedang berehat sementara menanti penggambaran babaknya menyambut salam saya dengan ramah.
Pertama kali mendengar cara beliau menjawab salam saya, tidak dinafikan ‘hero’ mega drama rantaian “Hero Seorang Cinderella” yang pernah disiarkan di astro RIA pada 22 Mei 2017, baik budi bahasa dan tutur katanya sebab itu tidak hairanlah beliau berjaya mencuri hati ‘Cik Cinderella’ iaitu Nur Fazura!
Bukan itu sahaja, malah apabila soalan pertama yang saya tanyakan mengenai dakwaan para penerbit yang beliau adalah satu daripada tiga ‘hero termahal’ dan ada yang menganggapnya terlalu ‘demand’ tidak ada riak marah di wajahnya, sebaliknya dengan tenang pemegang watak Talib dalam drama “Menantu Atau Isteri…” berkata;
“Soal bayaran untuk setiap tawaran berlakon yang saya terima semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan saya iaitu Fattah Management. Bayaran itu bukan saya yang tetapkan tetapi pengurus saya, Farid.
“Saya tidak pernah masuk campur dalam soal itu tetapi saya yakin setiap pelakon mempunyai standard bayaran masing-masing. Tidak timbul isu mahal atau murah kerana ia bergantung kepada nilai seseorang pelakon itu sendiri.
“Saya tidak pernah meletakkan bayaran sebagai isu utama untuk saya menerima atau menolak sesuatu tawaran. Bagi saya yang penting adalah naskah atau karya itu sendiri. Sebabnya setiap naskah yang berbeza dan tinggi nilai seninya akan menzahirkan sebuah drama dan filem yang mampu memberi kepuasan yang total bukan sahaja kepada pelakon malah penonton.”
Menurut Fattah Amin menyedari tugas dan tanggungjawabnya dalam setiap naskah yang diterima sebab itu beliau tidak pernah ambil peduli soal bayaran.
Sebabnya beliau yakin pihak pengurusannya mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan demi keadilan bagi kedua belah pihak.
“Selalunya rundingan antara pihak pengurusan saya dan syarikat penerbitan menemui keputusan yang baik kerana mereka mengamalkan sikap bertolak ansur,” kata Fattah Amin.
Menyentuh mengenai telahan sebilangan peminatnya yang menganggap popularitinya akan pudar apabila mendirikan rumahtangga dengan Faz pada 27 November 2017 setelah drama rantaian “Hero Seorang Cinderella” habis bersiaran, sambil tersenyum Fattah Amin menjelaskan;
“Saya tidak menganggap perkahwinan akan membuatkan para peminat melupakan kami sebaliknya para peminat saya dan Faz sentiasa menyokong kami sejak muncul sebagai pelakon utama dalam drama berkenaan dan kemudian berkahwin dan kini kami sudah ada Fatima yang manja dan keletah yang menyerikan hidup kami suami isteri.”
Bagi Fattah Amin apabila menyentuh soal populariti ia adalah sesuatu yang subjektif kerana dalam bidang seni dan lakonan bakat lebih utama.
“Populariti tidak dapat menjamin untuk kita kekal selamanya dalam bidang ini jika tidak ada bakat,” kata Fattah Amin penuh yakin
Apabila ditanya adakah sejak berkahwin tidak ada naskah yang menemukan beliau dengan Faz, kata Fattah Amin;
“Selepas kahwin memang kami menerima tawaran untuk berlakon bersama tetapi seboleh mungkin kami cuba elakkan kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan antaranya karya itu sendiri.
“Buat masa ini saya lebih banyak menumpukan perhatian pada bidang lakonan sementara Faz kepada bisnes kami iaitu produk kecantikan dan Tudung Fazura.
“Jika kami berdua sibuk di lokasi, saya kesian dengan Fatima sebab dia terlalu rapat dengan kami, mummy dan daddynya. Fatima perlukan salah seorang daripada kami untuk menemaninya tidur.”
Menurut Fattah Amin, setiap kali menerima naskah baru dan tawaran syarikat penerbitan beliau sentiasa berkongsi dengan isteri tercinta yang lebih dahulu menceburi bidang lakonan.
“Selepas berkahwin Faz tidak pernah meletak syarat setiap kali saya menerima tawaran berlakon. Tetapi saya sentiasa ingat yang saya bukan bujang. Saya sudah punya isteri dan anak jadi saya harus bijak dan sensitif dengan status diri saya. Saya sentiasa pastikan watak yang saya lakonkan tidak melukakan isteri saya, Faz,” kata Fattah Amin terus terang.
Menyentuh mengenai “Menantu Atau Isteri Untuk Abah,” Fattah Amin menganggap ia satu peluang keemasan yang amat bermakna kerana dapat berkumpul dalam satu teamwork yang mana skill lakonan mereka telah mewujudkan satu chemistry yang membangunkan sebuah cerita yang menarik tanpa membezakan satu watak dengan watak yang lain.
“Menantu Atau Isteri Untuk Abah” yang disiarkan pada Hari Raya kedua (3 Mei) di astro RIA membawa kisah Pak Mail (Nasir Bilal Khan) dan anak bungsunya, Talib (Fattah Amin) merancang untuk bernikah pada pagi Syawal dengan seorang gadis. Tanpa pengetahuan kedua beranak ini, bakal isteri mereka adalah perempuan yang sama iaitu Mastura (pelakon baru, Natasha Sass). Walaupun dua beranak ini ‘bergaduh’ namun demi kasih seorang anak, Talib membuang jauh-jauh rasa cintanya kepada Mastura demi kebahagiaan Abahnya, Pak Mail, Talib meminta Abahnya menikahi Mastura.
Fattah Amin yang telah berlakon drama pelbagai genre sama ada komedi, kekeluargaan dan cinta berharap berpeluang berlakon dalam sebuah naskah dengan watak yang mencabar agar dapat menampilkan ‘the other side of Fattah Amin.’
“Saya yakin apabila sudah ditakdirkan rezeki saya, saya akan mendapat naskah dengan watak mencabar, pengarah yang hebat dan kru yang bagus, impian saya pasti akan menjadi kenyataan,” luah Fattah Amin.
Apabila ditanya apakah impiannya? Dengan tenang namun penuh yakin Fattah Amin berkata;
“Insyaa-Allah dengan izin-Nya, suatu hari nanti saya akan menggenggam Trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia nanti.”
– BebasNews
Sumber : https://bebasnews.my/2022/05/26/setiap-pelakon-punya-nilai-tersendiri-fattah-amin/ |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah skrg Fattah banyak dpt watak2 yg baik dan dpt menguji keupayaan dia. Betullah apa yg dia buat memilih skrip tu.
Saya doakan dia dpt lagi byk watak2 menarik dan pelbagai genre baik drama atau filem, serta pengarah2 yg bagus, supaya dpt dia asah lagi bakat dan skill lakonannya. Dan juga semoga dia dpt juga anugerah Pelakon Lelaki Terbaik kat FFM nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 27-5-2022 07:01 AM
Setiap pelakon punya nilai tersendiri – Fattah Amin
Muzlina Abu Bakar 26/05/2022
Panjang lebar. Tapi bermakna. |
|
|
|
|
|
|
| |
|