|
kisahmakcik wook yang kental masih lagi dipanjangkan oleh surat khabar..
mana mana agents yang cepat putus asa, lemah semangat, suka menyalahkan pada takdir..
boleh jadikan makcik wook sebagai idola u all...
.................................................................
Mohd. Nor tetap setia
Oleh NORMALA HAMZAH
HULU TERENGGANU 29 Nov. - Mohd. Nor Musa, suami Wook Kundor, 106, berikrar akan mempertahankan rumah tangganya dengan warga emas itu dan sanggup melalui susah senang bersama walau apa terjadi sekalipun.
Lelaki berusia 37 tahun itu menafikan khabar angin bahawa dia mempunyai wanita lain kerana perasaan sayangnya kepada Wook tidak luntur sedikit pun sejak mereka berkahwin tiga tahun lalu.
"Susah payah saya berkahwin dengannya buat apa tiba-tiba nak berpisah pula," katanya dalam pertemuan di rumah mereka di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.
Menurut Mohd. Nor, dia ikhlas bernikah dengan Wook tiga tahun lalu kerana merasa terpanggil untuk melindungi wanita itu dan atas dasar kasih sayang.
"Semuanya bermula selepas saya putus tunang dengan seorang gadis yang mengikut lelaki lain. Dalam melayan hati yang sedih dan runsing saya selalu singgah ke rumah Wook.
"Saya berkongsi kesedihan putus tunang dengan Wook dan pada masa yang sama mendengar masalah dia yang hidup seorang diri. Lama kelamaan kami menjadi mesra dan timbul rasa sayang antara satu sama lain," tambahnya.
Tidak lama kemudian, kata Mohd. Noor, Wook mengajak dia bernikah kerana tidak mahu timbul fitnah masyarakat keliling.
"Saya ikhlas menerimanya kerana sayang dan juga atas dasar mahu bertanggungjawab menjaganya," kata Mohd. Noor.
Dia bagaimanapun sedar masyarakat mungkin memandang serong kepadanya dan menganggap dia mengambil kesempatan ke atas Wook tetapi dia reda jodohnya dengan wanita itu.
"Saya tidak kisah apa orang nak kata, yang penting kami bahagia," tambahnya yang membuat kerja kampung untuk menampung hidup mereka berdua.
Mohd. Noor juga menafikan perkahwinan mereka mendapat tentangan keluarga kedua-dua pihak sebaliknya mendapat restu bapa dan keluarganya.
"Sehingga kini hubungan saya dengan keluarga Wook baik begitu juga dengan keluarga saya. Mereka boleh menerima Wook seadanya,'' jelasnya.
"Macam saya kena hadapi kerenah isteri yang lebih tua dan telah 22 kali berkahwin, tentu kuat cabarannya. Ada masa saya boleh tahan, ada masa tercabar juga tetapi saya mengambil pendekatan mendiamkan diri dan tidak menjawab. Itu cara paling selamat," katanya |
|
|
|
|
|
|
|
selain mokcik wook , mokcik maimun, org kampung Tam99 yang menjadi calon Batu Buruk pilihanraya lepas, juga bersemangat dan berjiwa kental uantuk memenuhi impian dari muda beliau....
walopon beliau kecundang, tapi beliau berjaya untuk berjuang ke titisan darah terakhir...tetap mencuba...
adakah semnagat jiwa bergelora seperti gelora banjir di laut cina selatan bersemadi di jiwa agent2 kita seperti Jel, sky walker, mahar88 (sekejap hangat je) travel lover dll...atau pun Humaidi...
persoaln..dari mana agaknya nenek nenek org kampung Tam99 mendapat kekuatan ini.... ?
..........................................................
http://informasi.informe.com/gallery/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=1000&g2_serialNumber=1
![](http://informasi.informe.com/gallery/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=1000&g2_serialNumber=1)
SEMANGAT BERKOBAR: Maimun bersama penyokong, Hasmah Said
(kiri) dan Sinoh Ali (kanan) pada penamaan calon di Pejabat Daerah
Kuala Terengganu, semalam.
Hajat wanita 89 tahun tercapai selepas pencalonan ditolak sejak empat pilihan raya lalu.
KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang nenek, Maimun Yusof, 89, untuk menjadi calon akhirnya tercapai apabila diterima bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini, selepas gagal berbuat demikian sejak empat pilihan raya lalu.
Sejak tempoh itu kertas pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.
Nasibnya baik kali ini, apabila SPR menerima pencalonannya dan mengesahkan beliau bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Pengesahannya sebagai calon diumumkan Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim kira-kira jam 11.45 pagi.
Maimun akan berdepan penyandang kerusi itu, Datuk Razali Ismail (BN) yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Beliau yang berasal dari Kampung Pengadang Akar di sini, tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Kuala Terengganu di sini, kira-kira jam 8.30 pagi dengan menaiki teksi bersama pencadangnya, Semah Said, 55, serta penyokongnya, Sinah Ali, 67.
Ketika ditemui wartawan, Maimun yang akan bertanding menggunakan logo kunci serta parti yang didakwanya sebagai 'Parti Tanah Melayu Bersama Islam', berkata, beliau menjual tanah untuk membayar wang pertaruhan RM10,000 serta RM5,000 untuk deposit bahan kempen.
Maimun yang mempunyai seorang anak perempuan, Huzaimah Abdullah, 50, tujuh cucu dan 19 cicit, berkata beliau ingin bertanding kerana mahu menyuarakan pandangannya berhubung banyak perkara yang dirasakan perlu diperbetul.
"Banyak perkara yang saya nak cakap nanti," katanya tanpa menyebut topik yang akan digunakan ketika berkempen.
Ditanya sama ada beliau yang menjual kain batik dan songket dari rumah ke rumah tidak sayangkan duit jika wang pertaruhannya hangus, beliau berkata: pitih (wang) boleh cari."
Maimun berkata, pada pilihan raya umum sebelum ini, beliau mengemukakan pencalonan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, tetapi memilih kerusi Parlimen Kuala Terengganu kali ini kerana berminat menentang Mohamad.
Menyedari tenaganya tidak sekuat orang muda untuk berkempen, beliau berkata, usaha berkempen itu akan dilakukannya secara kecil-kecilan iaitu bertemu penduduk dari rumah ke rumah.
"Kalau nak sokong, sokonglah...kalau tak mahu sokong pun tak apa, itu hak mereka," katanya.
Maimun berkata, beliau tidak mempercayai satu pun parti yang ada di negara ini, menyebabkan beliau memilih bertanding sebagai calon bebas.
"Semua parti tak betul, apa yang mereka buat untuk rakyat. Bagi tanah orang Melayu. Saya sudah tua, saya mahu perintah sendiri," katanya. � Bernama
[ Last edited by kirawang at 30-11-2008 09:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
happy birthday to Jel:victory: Nanti aku cari pakwe korea utk kau sorang sbg hadiah Semoga berjaya dlm hidup |
|
|
|
|
|
|
|
muningggggggggggg
hehe
tengkiu tengkiu...errrrr.......ari nih aku nak ber gumbiraaaa sampaiiiii lebammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ahaksssssssss
semoga aku di panjang kan umur...menjadi seorang muslimah sejati....dan di murah kan rezeki. aminnnnnnnnnnn ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salam... aku kembali.... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
happy bday to jel... smoga pjg umur murah rezeki melimpah2...
doakan utk aku sama.... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
happy hatchday kak jel! ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jelita at 1-12-2008 08:46 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
muningggggggggggg
hehe
tengkiu tengkiu...errrrr.......ari nih aku nak ber gumbiraaaa sampaiiiii lebammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ahaksssssssss
semoga aku di panjang kan umur...me ...
dan dipertemukan jodoh dgn insan yg soleh... |
|
|
|
|
|
|
|
mekacihh mekacihhh humaidi n sky
aminnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://chart22.shareinvestor.com/charts_static/MY/200.X/200.X.bursamalaysia.home.1D.1min.delay15.png)
KLCI still slow lagi............this weeek.. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa..jel kau dah sambut birthday rupanya..
so our training nanti kau kena buat majlis besar besaran ni.....
btw, happy birhday..semoga dapat mencari lelaki korea yang beriman
dan tahniah juga, kerana mendapat hidayah untuk menjadi muslimah sejati sekarang...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY 3*th BIRTHDAY KAK JEL!!! :bd:
Don't worry..... u do not getting older but getting better! Enjoy the day....... |
|
|
|
|
|
|
|
U all jangan lupa our Kick Off next week..
Dimana trip next year publi mutual ye..?
adakah ke Dubai...?
or tukar ke Mumbai...?
Utk sama sama stay kat hotel Taj mahal Hotel..., dinner kat leopard cafe ? Mesti harga tengah murah sekarang....
![](http://rds.yahoo.com/_ylt=A9G_bDlvTjNJwOAAcDmjzbkF/SIG=12ootl6lc/EXP=1228185583/**http%3A//www.indian-heritagehotels.com/gifs/mumbai-taj-mahal-hotel.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY BIRTHDAY JEL.....JELITA CUN UNIVESTGROUP.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bertambah2 rezeki utk masa yg akan datang.
Kenduri kita hari Selasa? Ada acara memotong pulut kuning ke? |
|
|
|
|
|
|
|
a'ahh ekkk...tukar menu lak....pulut kuning ngan rendang or smbal instead of cake.
hmmmm...cadangan baik nih.
sis prapa....esok dtg tak?....kalau dtg nnti i order pulut. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #698 Jelita\ catat
Hmmmmm......kalau ada pulut kuning dgn rendang berserta ngan telor rebus.....bestnya!
Akan Sis menghadirkan diri.
Yumyum.......... semoga Jel sentiasa dimurahkan rezeki dan bertambah2 lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
alamakkkkkkk bertambah lagi dah usia kau Jel.... ..huhuhuhuhuhhu
Happy Birthday JEL....I hope you have a wonderful day. Enjoyyyyyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|