CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Kes khalwat ] Norman & Memey

  [Copy link]
Post time 3-9-2010 04:46 PM | Show all posts
Reply 679# Syd


    jwbla kt akhirat........ takutnya...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 04:51 PM | Show all posts
tau xpoooo...skunk bole la bermegah2 kalo menang kes, kt akhirat esok melalak la...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 04:53 PM | Show all posts
kenaper lawyer ni nak kenakan saksi lak, bukan saksi yg di bicarakan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 04:54 PM | Show all posts
bengong punya lawyer...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 04:54 PM | Show all posts
Suasana mahkamah tegang apabila Mohd Yusri mempertahankan penglihatannya jelas meskipun mengintip menerusi satu lubang kecil yang digelar sebagai ‘lubang keramat’ dan ‘lubang ajaib’ oleh Fakhrul Azman.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 05:01 PM | Show all posts
Reply 685# cikgu_murni

[quote]‘lubang keramat’ dan ‘lubang ajaib’ [/quote]
   

aku cam blur apakah makna ne
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2010 06:28 PM | Show all posts
kenaper lawyer ni nak kenakan saksi lak, bukan saksi yg di bicarakan...
januarybaby Post at 3-9-2010 16:53



lawyer nak alihkan perhatian kes la tu.. da tak dpt nak bekap anak buah.. kenakanla saksi
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 06:40 PM | Show all posts
tunggu aje keputusan...
tentu hakim buat keputusan bijak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2010 06:45 PM | Show all posts
hakim...harus la bijak membuat keputusan...
ibarat sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki lagi di neraka....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2010 10:58 PM | Show all posts
Dalam kes ini, Memey tu lah yang salah. Norman mana ada salah. Dia yang datang bawa tilam, kelambu,  ...

Jangaan hukum Norman. Hukum sahaja Memey. Hukum penjara 10 tahun pun tak mengapa. Kalau boleh hukum Abby sekali sebab setiap kesalahan seorang lelaki yang baik memang berpunca daripada isteri yang tidak baik.
cruisekeanu Post at 16-8-2010 17:57



    aku harap ayat ko nih melawak je ok, klu tak, tak dpt aku bayangkan bagaimana la , suatu hari ko juga akan berumahtangga, lihat la nti kesalahan tuh nak letak dimana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2010 07:41 AM | Show all posts
Tinggal bersama selepas ditangkap

Oleh WAZIHA WAHID
[email protected]

KUALA LUMPUR - Seorang pereka dalaman memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam bahawa seminggu selepas ditangkap khalwat, pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza kembali tinggal bersama di pejabat milik artis berkenaan.

Sehubungan itu, Mohd. Yusri Abd. Razak, 55, yang juga pengadu kes itu telah membuat aduan sebanyak lapan kali kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Namun tiada balasan daripada JAIS atas alasan prosiding kes itu sedang berjalan, tambahan lagi mereka banyak operasi pada waktu tersebut," kata saksi itu semasa disoal semula oleh pegawai pendakwa JAIS, Muhamad Nazri Basrawi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2010 07:47 AM | Show all posts
Saksi Dakwa Norman, Memey Tetap Tinggal Bersama Selepas Dicekup

Oleh SALWA SHA’ARI

KUALA LUMPUR: Saksi ke-enam kes khalwat dua pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendakwa pasangan tersebut kekal tinggal bersama tanpa rasa malu seminggu selepas dicekup oleh anggota penguatkuasa agama.

Mohd Yusri Abdul Razak menambah, dia juga telah membuat aduan dan laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada hari yang berlainan berhubung perkara itu.

“Saya buat laporan sebanyak tujuh atau lapan kali di pejabat Jais di Gombak dan juga Shah Alam tetapi tiada tindakan.

“Alasan yang diberikan ialah prosedur mahkamah telah bermula dan juga kerana terdapat banyak operasi,” katanya selaku saksi pendakwaan ke-enam.

Mohd Yusri yang juga merupakan pengadu dalam kes itu, sedang disoal semula oleh Pengawai Pendakwa Syarie Jais, Mohamad Nazri Basrawi yang mengendalikan pendakwaan.

Perbicaraan yang didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini Jumaat, juga menyaksikan jawapan saksi beberapa kali dibantah atas alasan ia tidak berkaitan dengan kes yang sedang dibicarakan.

Antaranya ialah jawapan Mohd Yusri, seorang perunding kreatif yang mendakwa Norman sebagai seorang yang mempunyai split personality (dua perwatakan berbeza).

Selain itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan juga membantah kenyataan saksi yang mengatakan tanggungjawab untuk menegakkan benang yang basah adalah lebih berat berbanding kewajipannya untuk menegakkan kebenaran.

Fakhrul: Saya mahu saksi menarik semula perumpamaan menarik benang yang basah.

Mohd Yusri: Saya tidak tuduh sesiapa. Itu secara umum.

Mohd Yusri juga berkata, Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi pelbagai dugaan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran.

“Tanggungjawab saya juga berat. Tapi demi kebenaran, agama dan juga masyarakat Islam di sana (tempat kejadian), saya terpaksa,” katanya lagi.

Pada keterangan lain, Mohd Yusri juga mengakui ada memanggil seorang wartawan dalam usaha mahu menginsafkan pasangan tersebut.

“Saya mahu wartawan menyindir perkara ini dalam akhbar tanpa menyebut nama dan tempat.

“Niat saya supaya wartawan ini dapat membantu Norman dan Memey insaf dan sedar tanpa tangkapan dilakukan. Ini dapat mengelakkan sesiapa daripada diaibkan,” tambahnya.

Menurut Mohd Yusri, perkara itu ada ditulis di dalam ruangan gosip dua akhbar tempatan pada hujung minggu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, pemilik nama Suhaiza Suhaimi, 22, dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada pukul 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.

Pasangan yang baru bertunang pada Hari Raya ke-empat di Felda Tenggaroh, Selatan 1, Kota Tinggi, Johor kini berhadapan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Salehan Yatim bersambung 8 Oktober depan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 08:01 AM | Show all posts
Sehubungan itu, Mohd. Yusri Abd. Razak, 55, yang juga pengadu kes itu telah membuat aduan sebanyak lapan kali kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Namun tiada balasan daripada JAIS atas alasan prosiding kes itu sedang berjalan, tambahan lagi mereka banyak operasi pada waktu tersebut," kata saksi itu semasa disoal semula oleh pegawai pendakwa JAIS, Muhamad Nazri Basraw


Nak jer ku carutkan JAIS ni .. orang dah report leh pulak ignore the aduan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 08:18 AM | Show all posts
yang aku heran si memey tu memang muka tebal gila. tak malu sungguh. macam tak ada apa yang berlaku asyik canang sana sini pasal cintanya pada si mangkuk tingkat tu. aku tak nak tuduh berat2 tapi dah berdua2 dlm opis yang tertutup tingkap ngan pintu di malam hari memang la memang sah2 maksiat cuma aku tak nak la kata dia org ada ehem... kalau aku di tempat aby, dah ku ganyang2 dua ekok manusia yang setan dah berjaya hasut tu. menyampah tul aku....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:18 AM | Show all posts
da terang2 bersalahkan?lg nk salahkan saksi plak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:38 AM | Show all posts
pasni memey betudung bagai, br terdiam korang... haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 10:36 AM | Show all posts
tah lah aku tak faham kalau dah kena tangkap kalau retis tu lambat sikit prosiding dia kalau rakyat kelas 10 gerenti keluar paper dah terus kena denda ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:00 PM | Show all posts
norman...biler lagik nak ganti duit aby tu...?RM11111.11...? xkan kawen pakai duit pompuan kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:13 PM | Show all posts
seyesly aku x saba nak tgk memey lak yg kne nasib cam abby pasnie...(jahatnyer aku..haha)
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 10:02 PM | Show all posts
betol............
aku kesian kat pengadu
tak mengadu nnt dia kena bala sbb bersubahat
mengadu, kena gasak ngan lawyer plak
apa nak jadi ngan mesia nih
nasib la ko lawyer.................. kalau neraka tempat ko
JAIS pun sama sengal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.083725 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list