CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leon_mclaren78

Diari aktiviti harian seorang andartu : jom share!

   Close [Copy link]
Post time 27-11-2012 12:39 PM | Show all posts
dalam kita menolong sesame andartu,.. mari sama2 selamatkan jugak antertu sorg ni...( aku bekas andartu... dan berjaya menyelamatkan seorg antertu yg kini somi aku.. hahahah)

antertu ni diorg ni lebey extrovert.. dengan erti kate.. lebey terbuka.. kelambakan antetru sgt bahaya... kalau andartu lebey banyak mase dihabeskan dengan family... dengan haiwan kesayangan kucen laa arnab laaa... dengan travel

malangnyer antetru ni lebey ramai end up
1... penjara... 2.. pusat serenti....3.. gay... 4.. sex bebas...( kawennnn jelahh.. nikah x nak atau x mampooo)

diorg ni pulak degil atau ego... dah antertu x mahu pula mengaku....

dengan niat ikhlas... same2 la kita menolong mereka ini...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 12:42 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 12:34 PM
sila la buka thread tu di Ask the Men..

sebelum tuh jawab dulu soklan ni..

irfanonline .. r u ANTERTU?   yes/no?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:48 PM | Show all posts
True-X posted on 27-11-2012 12:39 PM
dalam kita menolong sesame andartu,.. mari sama2 selamatkan jugak antertu sorg ni...( aku bekas anda ...



statistik di atas di ambil dari website LPPKN...

sila digest dan bincang...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:50 PM | Show all posts
Soalan:

Apakah hukumnya seseorang itu tidak berkahwin kerana ia tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Anak Runsing, KL

Jawapan:

Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam”.

Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.

Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.

a) Wajib
Kahwin diwajibkan bagi orang yang telah mampu, yang akan menambahkan takwa dan dikhuatirkan akan berbuat zina. Kerana menjaga jiwa dan menyelamatkannya dari perbuatan haram adalah wajib. Kewajiban ini tidak akan dapat terlaksana kecuali dengan berkahwin.

b) Haram
Kahwin diharamkan bagi orang yang tahu bahawa dirinya tidak mampu melaksanakan hibup berumahtangga, melaksanakan kewajipan lahir seperti memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal dan kewajipan batin seperti menggauli isteri (berahi terhadap wanita)

c) Sunat
Kahwin disunatkan bagi orang yang sudah mampu, tetapi ia masih sanggup mengendalikan dirinya dari perbuatan haram, dalam hal ini maka kahwin lebih baik daripada  membujang, kerana membujang
tidak ada dalam syariat Islam.

d) Mubah
Iaitu bagi orang yang tidak ada halangan untuk kahwin dan dorongan untuk kahwin belum membahayakan dirinya, ia belum wajib kahwin dan tidak haram bila tidak kahwin. Jelaslah jika anda tidak ada keinginan untuk berkahwin kerana tidak ada nafsu terhadap wanita maka tidak berdosa, malah haram berkahwin jika tidak ada keupayaan untuk menggauli isteri.


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 12:52 PM | Show all posts
Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010). “Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

“Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin serta adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.

Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).
Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.

“Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 01:00 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 12:52 PM
Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 jut ...
Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010). “Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

ok.. dah digest... pemahaman aku.. ko pon termasuk statistik tuh kan...

aku pon digest ANTERTU lagi ramai dari andartu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2012 01:02 PM | Show all posts
usaha kerajaan tuh patut dipuji... dan sepatutnyer irfanonline hapi... bukan takat andartu2 dan bekas andatu kt benang ni je nak tolong lelaki2 ni bernikah secare sah,,.. GOMEN pon nak tolong ANTERTU berkahwin dan nikah sedare sah...



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 01:38 PM | Show all posts
True-X posted on 27-11-2012 01:00 PM
ok.. dah digest... pemahaman aku.. ko pon termasuk statistik tuh kan...

aku pon digest ANT ...

ehhh.. ANTERTU lg ramai dr andartu laa.. sungguh x ku sangka!
maknanye xde la andartu ni penyumbang besar kpd mslh sosial negara kan? maknanye peratusan KERUGIAN tu dtgnye dr ANTERTU la kan? (merujuk kpd artikel di atas)

kita sangka baik la, ipan ni x cukup duit kot nak kawen, xpe la ipan.. kumpul sket2 lama2 byk juga duit tu, kalau still x cukup juga bank byk kat Malaysia ni bleh je buat personal loan, dgn syarat CCRIS sume lepas la yer

itu pun kalau anda ANTERTU la, kalau suami org tp nak kawen lg - no comment

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 02:00 PM | Show all posts
lipstickz posted on 27-11-2012 01:38 PM
ehhh.. ANTERTU lg ramai dr andartu laa.. sungguh x ku sangka!
maknanye xde la andartu ni penyum ...

ifan ni dah ngaku dia 4 kosong..... bukan laki org la tuh.... ehh silap..... ANTERTU la tuh... tp x nak ngaku,..

ke kene tanye skali lagi...

irfanonline.. r u ANTERTU?.. yes/no?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:02 PM | Show all posts
ramai andartu2 yg digest statistic yg di beri...harap2 di masukkan ke dlm diari masing2...

menurut stats yg di beri, knp bilangan andartu bakal meningkat? kalau ikut pemahaman andartu2 di sini, depa kata ramai bujang terlajak...jgn ambik stats on face value...

sebanyak 8.4 peratus wanita tua selesa hidup membujang...berbanding lelaki yg tidak suka membujang, 8.4 peratus ini akan bertambah dari setahun ke setahun...ini termasuk golongan andartu, lesbian, pengkid, pelacur dan lain-lain...

di tambah pula stats sebanyak 40 peratus wanita mengatakan mereka tidak dpt mencari calon yg sesuai...lama2 kelamaan wanita2 ini akan bertambah tua dan selesa hidup membujang...jadi jumlah peratusan adalah 48.4 peratus adalah golongan andartu berbanding19.3 peratus bujang terlajak...

jgn bersorak gembira wahai andartu2 sekalian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:04 PM | Show all posts
Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam”.


menurut sabda rasullullah pun, golongan andartu tidak di sukai baginda...lebih baik menjadi isteri ke 2,3 drpd menjadi andartu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:24 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 02:04 PM
menurut sabda rasullullah pun, golongan andartu tidak di sukai baginda...lebih baik menjadi iste ...

lantaklah bukannya kita buat dosa pun. Hidup pun mcm org lain gak bekerja, beribadat,  jaga mak ayah dapat pahala jugak. Bukannya sosial2 terlebih sangat pun. Jadi bini 2/3/4 pun klu asyik bertengkar, cemburu, laki tak cukup duit  lepas tangan hidup pun tak aman buat apa kan. Mintak2 lah dijauhi jadi perampas laki org tk sanggup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:28 PM | Show all posts
nonim posted on 27-11-2012 02:24 PM
lantaklah bukannya kita buat dosa pun. Hidup pun mcm org lain gak bekerja, beribadat,  jaga mak ay ...
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.

Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.

Hukum perkahwinan itu asalnya mubah, tetapi akan berubah menurut hukum yang lima menurut perubahan keadaan.

andartu2 semua, sila rujuk surah al maidah ayat 87...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:43 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 02:28 PM
andartu2 semua, sila rujuk surah al maidah ayat 87...


Selalunya org yg takder point suka guna petikan2 al-quran utk tutp topik. Selagi tak melampaui batas tak jadi masalah kan. Dalm diari andartu ni pun takdernya andartu ni kata suka hidup membujang kebanyakan tak bertemu calon yg sesuai jer takkan nk redah pilih laki yg ntah aper2 kan. Kawin pun biarla sekali takkan bila rasa tak sesuai senang2 nk  cerai-berai tukar laki mcm tukar baju.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 02:48 PM | Show all posts
nonim posted on 27-11-2012 02:43 PM
Selalunya org yg takder point suka guna petikan2 al-quran utk tutp topik. Selagi tak melampaui b ...

al quran kan pegangan hidup kita...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 03:01 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 02:48 PM
al quran kan pegangan hidup kita...

betul tk cakap pun al-quran bukannya pegangan hidup kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2012 05:58 PM | Show all posts
jawap soalan yg simple pun dia x mampu, lagi nak berhujah ilmiah katanyer!

aduhai laaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 06:01 PM | Show all posts
nonim posted on 27-11-2012 03:01 PM
betul tk cakap pun al-quran bukannya pegangan hidup kita.

mak iols kata kalau kita ni da berumur 40 thn tp perangai still x berubah, jawabnye sampai ke akhir hayat la x berubah

tatau la berapa umur si ipan ni kan, so anda masih mahu berhujah dgn dia?
soalan yg simple pun dia REFUSE to answer, masih lg ke nak berhujah dgn dia??

hehehehe...


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 06:55 PM | Show all posts
lipstickz posted on 27-11-2012 06:01 PM
mak iols kata kalau kita ni da berumur 40 thn tp perangai still x berubah, jawabnye sampai ke akhi ...

dia dah diam pun. Tak tau klu tiba2 dia kembali ngan perangai meroyan dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 08:49 PM | Show all posts
ifanonline posted on 27-11-2012 02:28 PM
andartu2 semua, sila rujuk surah al maidah ayat 87...



dan ayat tuh sebut golongan yg tidak berkahwin..... maksudnyer tidak bernikah secara sah la kan.... termasuk la ANTERTU....termasuk ko kan....


cmon irfann ko bukan early 30' pon..... pada firasat aku dah nak masuk 40 kan.... bertahun2 ko bertapak kt porem ni......... sambil mencarik cinta kan...

soklan yg x penah berjawab...
irfanonline.....r u ANTERTU?.. yes/no?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.280720 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list