CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reeny

Pantun Apa Saja - 4 Rangkap

[Copy link]
Post time 2-8-2016 09:53 PM | Show all posts
Bermain teng teng depan Taska
Sambil-sambil belajar mengira
Bulan Ogos bulan Merdeka
Rajinkah awak mengibar bendera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2016 10:19 AM | Show all posts
bianglala replied at 2-8-2016 08:45 PM
Buka Wikipedia nak studi pasal plankton
Kemudian baca pula pasal buah zaitun
Datang sini jadi pemb ...


Pergi Bagan Lalang makan lala
Sedap lagi ada ikan bakar
Selamat datang bianglala
Berpantun, kalau boleh yang kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 05:12 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-8-2016 10:19 AM
Pergi Bagan Lalang makan lala
Sedap lagi ada ikan bakar
Selamat datang bianglala


Simpan kerongsang dalam tembikar
Kalau tak disimpan nanti hilang pula
Tak berbakat nak berpantun kelakar
Nak buat satu pantun pun "jem" kepala






Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 11:16 PM | Show all posts
bianglala replied at 2-8-2016 09:49 PM
Dapat anugerah dekan bukannya mudah
Gigih studi sampai berkerut-kerut dahi
Syawal pun kini berakhi ...


Rindukan Allah zikir mengingati
Rindukan Nabi  banyak berselawat
Tiga rumah mampu hadiri
Kerana diri kurang sihat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2016 11:22 PM | Show all posts
bianglala replied at 2-8-2016 09:53 PM
Bermain teng teng depan Taska
Sambil-sambil belajar mengira
Bulan Ogos bulan Merdeka


Apa kata cuba makan
Sirih dibungkus campur gambir
Kibar bendera rutin tahunan
15 Ogos hingga 17 September
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 09:43 AM | Show all posts
Super-M replied at 2-8-2016 12:50 PM
Anak melayu mengutip sabut,
Anak india pergi berlumba,
Biar lah cincai kelaut,

Pak Ali suka berdehem
Sebab makan banyak cuka
Terima kasih Super M
Mencuba tetap mencuba!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2016 11:42 AM | Show all posts
dah lama x menjenguk disini


Dalam sawah padi dituaikan
Menari gaya bentuk tempua
Salam ukhwah diri hulurkan
Dari kita untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 10:08 PM | Show all posts
awanjingga replied at 3-8-2016 11:22 PM
Apa kata cuba makan
Sirih dibungkus campur gambir
Kibar bendera rutin tahunan

terhibur hati menyertai sukaneka
cuaca yang panas tidak menggugah
bagus awanjingga semangat merdeka
di mana bendera dikibar megah?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 10:13 PM | Show all posts
awanjingga replied at 3-8-2016 11:16 PM
Rindukan Allah zikir mengingati
Rindukan Nabi  banyak berselawat
Tiga rumah mampu hadiri

apakah ubatnya hati yang terluka
sudahlah luka penuh pula calar balar
apa menu istimewa rumah terbuka
kambing golek katanya paling popular
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:14 AM | Show all posts
Super-M replied at 2-8-2016 01:54 PM
Malam-malam banyak kelekatu,
Pagi-pagi masak mee kari,
Janganlah ari badan macamtu,



ikan keli si ikan siakap
mana nak sama ikan haruan
ngapa sekarang baru SM cakap
malangnya badan sudah sedemikian
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:20 AM | Show all posts
awanjingga replied at 2-8-2016 11:50 AM
padi bendang sudah kekuningan
dituai datuk waktu pagi
badan katang memang menawan

gelang emas juga suasa
dibawa dari kuala pilah
give up dah nak jadi sasa
cam Karim Pin pun jadilah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:25 AM | Show all posts
Super-M replied at 2-8-2016 01:46 PM
Jalan bersama rakan sebaya,
Lapar perut rasa nak makan,
Nasib sama mcm lidah buaya,

hujung mniggu jual baja
baja subsidi milik negara
saya apa pun telan aje
perut saya lapisnya suasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:44 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 09:36 AM
Sungguh cantik tepak sireh mempelai
Dibuat hantaran kahwin bersama pulut
Cincai bukan sebarang c ...


pagi pagi makan dimeja
bila petang dinner kat beranda
pantun cincai pon jadi aje
jika pantun out, berpuisilah pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:50 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 09:31 AM
Pergi padang pasir naik unta
Jalan meredah tali berpilin
Badan macam ni saya tak suka

untuk cool pakai bandana
dan jeans biru macam remaja
yang maskulin tu macam mana?
nak maintain badan macam merana!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 09:15 AM | Show all posts
ipes2 replied at 5-8-2016 03:50 AM
untuk cool pakai bandana
dan jeans biru macam remaja
yang maskulin tu macam mana?


Petik kelapa di dusun Wak
Ambil air dan isinya juga
Maskulin macam juga awak
Tak sado tapi metroseksual gamaknya






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:07 PM | Show all posts
bianglala replied at 4-8-2016 10:08 PM
terhibur hati menyertai sukaneka
cuaca yang panas tidak menggugah
bagus awanjingga semangat merd ...

selendang sutera bukannya murah
ditaburi kelilingnya labuci gemerlap
kibar bendera dipagar rumah
dipejabat pula letak ditingkap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 12:11 PM | Show all posts
bianglala replied at 4-8-2016 10:13 PM
apakah ubatnya hati yang terluka
sudahlah luka penuh pula calar balar
apa menu istimewa rumah te ...


Ayer Molek negeri Melaka
Jalan Padang kampungnya Raqib
kambing golek tiada pula
lemang rendang hidangan wajib
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:15 PM | Show all posts
ipes2 replied at 5-8-2016 04:20 AM
gelang emas juga suasa
dibawa dari kuala pilah
give up dah nak jadi sasa

tonton rancangan upin ipin
sudah habis bermain pula
hendak badan seperti Karim Pin
pandaikah Ipes menyepak bola?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:22 PM | Show all posts
fatehana replied at 4-8-2016 10:42 AM
dah lama x menjenguk disini


Penatnya badan tidak terkata
Naik bukit merangkak-rangkak
Selamat Datang kak Fatehana
Salam ukhuwah juga untuk kak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:23 PM | Show all posts
fatehana replied at 4-8-2016 11:42 AM
dah lama x menjenguk disini



anak India tercekik gandum
menangis sendiri mohon bantuan
Hi Fatehana Assalamualaikum
salam diberi tanda perkenalan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.524945 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list