CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
Post time 16-6-2006 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 30-4-2006 11:36 PM




sedih aku baca ceta ni...


Ha'ah tu la....HDB shouldn't be too rigid. They should make exceptions on a case to case basis.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2006 12:10 PM | Show all posts
HDB PILIH BLOK 246-252 ANG MO KIO JALANI SERS
BLOK-BLOK 246 hingga 252 di Ang Mo Kio Avenue 2, 3 dan 4 dipilih untuk menjalani Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers).

Satu kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata ia melibatkan 923 unit flat.

Flat-flat itu berusia antara 29 dengan 30 tahun.

Di bawah skim itu, blok lama akan diroboh dan penghuninya ditawarkan flat berdekatan sebagai ganti.

Sebagai ganti, HDB akan membina 1,200 unit - terdiri daripada apartmen studio, flat tiga, empat dan lima bilik - di Ang Mo Kio Avenue 1.

Kawasan tersebut terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan di Teck Ghee Court seperti pasar, tempat membeli-belah dan kedai makan.

Di samping itu, skim Sers bagi Ang Mo Kio itu akan turut melibatkan 18 kedai sewa, kedai makan sewa dan gerai sewa di Blok-Blok 246, 251 dan 252 Ang Mo Kio Avenue 3 dan 4.

Para penyewa akan menerima ganti rugi berdasarkan nilai pasaran kedai mereka manakala pemilik akan menerima bayaran ex-gratia $60,000 dan diskaun 10 peratus bagi taruhan yang berjaya dimenangi mereka bagi hartanah komersial sewa HDB.

Sementara itu, penduduk terlibat harus mendaftar untuk flat ganti mereka pada pertengahan tahun depan. (2007)

Setelah penduduk berpindah, proses merobohkan flat lama akan dimulakan.

Untuk membantu penduduk memahami Sers, HDB mengadakan pameran Sers di kolong Blok 247 Ang Mo Kio Avenue 3 pada Ahad ini mulai 10 pagi hingga 5 petang dan pada Isnin hingga 1 Julai dari 2.30 petang hingga 9.30 malam
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 06:12 PM | Show all posts
tanye sikit... kalo duduk condo kan.... kalo ada leaking dari tingkat atas, sapa nyer responsibility? owner rumah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 06:14 PM | Show all posts
tanye sikit... kalo duduk condo kan.... kalo ada leaking dari tingkat atas, sapa nyer responsibility? owner rumah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 06:15 PM | Show all posts
sori... terpost 2x... survey ada masalah jap
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2006 09:16 PM | Show all posts
My estate ni still under upgrading. Dari April 2004 now dah June 2006 pun tak sudah2 lagi. Members pun sampai naik boring nak singgah rumah aku. Dahlah jalan masuk my estate too narrow, in the end they dunno where to park..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2006 11:41 PM | Show all posts
UOB BAKAL NAIKKAN KADAR FAEDAH BAGI PERUMAHAN
Kenaikan 0.5% mulai akhir Julai

Oleh
Darwis Said


UNITED Overseas Bank (UOB) akan menaikkan kadar faedahnya bagi pinjaman perumahan untuk pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan rumah privet sebanyak 0.5 peratus.

Kadar faedah pinjaman perumahan bagi pemilik rumah privet akan dinaikkan mulai 28 Julai ini, manakala pemilik flat HDB akan mengalami kenaikan faedah pinjamannya mulai 3 Ogos ini, menurut para pegawai UOB.

Ini disebabkan oleh sekitaran kos pinjaman yang semakin meningkat, kata Ketua (Jabatan Pinjaman) UOB, Encik Kevin Lam, dalam kenyataannya semalam. Ia kali kedua UOB menaikkan kadar faedah pinjaman perumahannya tahun ini.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Federal (FOMC) Amerika Syarikat semalam menaikkan kadar faedah bagi dana pinjaman sebanyak 0.25 mata kepada 5.25 peratus.

'Dalam sekitaran kos pinjaman yang kian meningkat, kami terpaksa menyemak kadar faedah bagi pinjaman yang berada di bawah paras kos, yang termasuk kos pasaran masa kini dan kos operasi,' jelas Encik Lam.

Oleh itu, tidak semua pelanggan UOB bakal terjejas oleh kenaikan kadar faedah itu. Hanya mereka yang tergolong dalam segmen pinjaman perumahan yang telah ditawarkan 'di paras bawah kos' yang akan terjejas.

'Bagi pelanggan yang bimbang tentang pelunasan pinjaman mereka, pihak bank bersedia melihat ke arah keperluan mereka berdasarkan kes-kes tertentu,' kata Encik Lam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2006 09:09 AM | Show all posts
PEMILIK LELONG RUMAH BAGI MANFAATKAN KENAIKAN HARGA
DULU, rumah dilelong kerana pemilik rumah menghadapi masalah kewangan.

Kini, rumah juga dilelong kerana pemilik mahu menjual aset mereka sedang pasaran rumah semakin kukuh, menurut firma perunding cara hartanah Colliers.

Jumlah aset hartanah yang dilelong meningkat berganda kepada 176 hartanah bagi suku kedua dari April hingga bulan lalu, berbanding suku pertama.

'Beberapa pemilik telah membeli hartanah lain dan menggunakan peluang ini untuk menjual hartanah mereka yang lain kerana kenaikan harga. Misalnya, terdapat pemilik yang melelong beberapa banglo mereka yang baik untuk dilelong,' kata Pengarah Eksekutif Colliers, Cik Grace Ng.

Harga banglo yang baik telah meningkat dari 10 hingga 20 peratus berbanding 2004.

Kelmarin, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mengumumkan pasaran harga rumah privet di sini kian kukuh - bertambah 1.6 peratus dalam suku kedua tahun ini - berbanding suku pertama. Walaupun lebih banyak unit hartanah dilelong, pula ngan penjualannya merosot 47 peratus.

Nilai penjualan aset yang dilelong pada suku kedua mencapai $37.4 juta, daripada $70.1 juta pada suku sebelumnya.

Cik Ng menjelaskan kemerosotan itu disebabkan oleh kekurangan lelongan aset yang besar seperti tanah.

Pada suku kedua, hanya sebuah tanah bagi pembangunan hartanah di Geylang dilelong pada harga $1.14 juta, berbanding tanah yang bernilai lebih $29 juta pada suku pertama.

Kebanyakan unit hartanah yang dilelong adalah rumah privet yang mewah, bukan flat HDB.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 03:23 PM | Show all posts
Home loans draining CPF
Are you caught in a debt dance?  
By Larry Haverkamp (Doc Money)



I HAVE previously written about why a home is your best investment. Suddenly, the topic has become hot. I will tell you why shortly.

As you know, there are only two choices for investing your money: Debt and Equity.

Debt is when you lend money, like buying a fixed deposit. It is the same as lending money to a bank. Returns are low but so are the risks.


Equity is when your investment gives you ownership, like stocks or property. It comes with high returns and high risks.

A home is a special type of equity. It gives high returns with low risks. This is because of 'imputed rent'. It means that if you didn't own a flat, you would rent one.

It is like playing a new game: Subsidised 4-D. Say that you have a $50 a week 4-D habit. It won't take long to rack up big losses.

But if someone pays you $40 every time you bet $50, it changes everything. Then, the risk of loss drops considerably and 4-D becomes a good investment.

Imputed rent works the same way. The subsidy you receive is the rent you would have paid if you did not own a home.

Beside that, home ownership forces regular savings, charges low interest rates and amplifies returns through leverage (borrowing). There is also a 'fun factor' that you don't find in boring old shares.

MORE RISK THAN YOU THINK?

On 3 Jul, The Straits Times ran a front-page report 'Housing loans eating up funds for retirement.'

It told of people who had been retrenched. They didn't have money in their CPF ordinary account (OA), defaulted on their home loan and were forced to sell at a loss.

The CPF Board's solution is for them to buy a smaller home. Then they can keep a safety cushion of money in their CPF account.

I used to think it was a problem that takes care of itself since banks and HDB don't allow you to over-borrow. Their rule is your home loan payments may not exceed 35 per cent of your income.

New CPF data reveals that nearly one out of every four CPF members uses 35 per cent or more of his income to pay mortgage. It is a shock. It seems the bank and HDB rules have been circumvented.

What do you do? If your home loan interest rate is rising but your income is not, you could be over-extended.

It is too late to downsize your home, so I advise you to cut back immediately on other debts and long-term investments.

When calculating your home loan payments as a percentage of your income, be sure to do it properly. For joint owners, use the total household income of both owners, like you and your spouse.

If your home loan payment is less than 35 per cent of your household income, then don't worry. You are not over-extended.

Big question: Did CPF Board divide home loan payments by individual rather than household income?

If so, it explains why such a large number of CPF members appear to be over-stretched on their home loans. If this is what happened, we can relax. It is a simple statistical aberration.

On the other hand, if household income was used as the denominator, then it could be a problem, particularly if we see that home loan default rates have also spiked higher. It calls for quick action by banks and HDB to tighten lending policies.



--------------------------------------------------------------------------------


How to build a CPF cushion

The CPF Board suggests members keep a cushion in their CPF account in case of emergencies. Here are two ways to do it:

1) Do not pay down your home loan as it reduces your CPF cushion and it saves you very little money.

It is because HDB charges 2.6 per cent for a concessionary rate loan and the CPF OA pays 2.5 per cent interest. The difference is just 0.1 per cent which comes to just $1 per year for every $1,000 of home loan.

That is all you save when you use your CPF money to pay down your home loan. Think of it as home-made insurance against defaulting on your home loan.

2) A second way to keep a CPF cushion is to 'dodge the HDB bullet'. When you purchase an HDB flat, HDB will take all the money in your OA and apply it to your downpayment. You can avoid this fate through an 'unofficial opt-out scheme'. How? First, calculate how much money is in your OA in excess of the required 10 per cent downpayment.

Then transfer that amount into a fixed deposit at a local bank. Do it just prior to your second HDB appointment. After the appointment, sell the fixed deposit and transfer the money back into your CPF account.

HDB does not encourage this or even explain it. Is it useful to educate CPF members on how to do it? I think so.

An even better idea might be to make the excess downpayment an opt-in rather than an opt-out scheme. The CPF members who are currently ignorant on how to opt-out may be the ones who need a CPF cushion the most.

DR MONEY'S QUICK QUOTE

One of the strangest things about life is that the poor, who need money the most, are the very ones that never have it.
- Finley Peter Dunne
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 12-7-2006 09:20 AM | Show all posts
if you are near to 50....and if you're the sole bread winner and gaji not so big.

forget about up-grading to bigger flats.....

to me, better to concentrate on kid's education.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 01:38 PM | Show all posts
tadi pagi adalah pagi paling hampazzz sekali
dlm lif ada bekas 3 brown patch kaki org
kaler brown...

masa pintu bukak V perati kan ada sorang pompan tahankan
lif for me, biler nampak lantai..ekekekeke kensel... ada bau masih
melekat.. apa punyer pompan lah.. bau yak pon dia leh tahan ke???

V kensel naik lif...ekekekek.. biler lah nak dpt flat baru....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by virgomal at 17-7-2006 01:38 PM
tadi pagi adalah pagi paling hampazzz sekali
dlm lif ada bekas 3 brown patch kaki org
kaler brown...

masa pintu bukak V perati kan ada sorang pompan tahankan
lif for me, biler nampak lantai. ...



cakap pasal yak...kat void deck ni banyak anjing punya yak bersepah...:siok:
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by gadis_aries at 17-7-2006 09:19 PM



cakap pasal yak...kat void deck ni banyak anjing punya yak bersepah...:siok:


Bawah blok tak apa sis...., my jiran keep dog so fed up seh dog kept barking even at odd hours...., bawah blok  me pulak banyak cats...& so fat lak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 10:50 AM | Show all posts
FLAT BARU HDB BERCIRI LEBIH MESRA PENGHUNI
Unit pertama kelak di Fernvale Vista, Sengkang

Oleh
Nazri Hadi Saparin

RUANG koridor dan pintu lebih luas, tanjakan serta tandas yang mesra pengguna kerusi roda.

Demikian antara kemudahan yang akan dilengkapkan pada semua flat baru Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan, berkata HDB akan memperkenalkan ciri Rekaan Universal (UD) itu dalam semua jenis flat baru agar lebih mesra pengguna.

Menurutnya, ciri yang sebelum ini diperkenalkan di apartmen studio kini diluaskan bagi memenuhi keperluan sepanjang hayat penduduk.

Flat pertama yang akan menikmati kemudahan tersebut ialah Fernvale Vista di Sengkang yang menyediakan perumahan dua, tiga dan empat bilik.

Sebahagian daripada flat dua dan tiga bilik di Fernvale Vista, sebuah projek Bina Ikut Tempahan (BTO), juga bakal dikhaskan untuk pemilik flat sewa sebagai langkah menggalak golongan berpendapatan rendah memiliki flat.

Encik Mah berkata sehingga 5 peratus flat-flat dua dan tiga bilik di situ akan ditawarkan kepada pemilik rumah sewa HDB di bawah Skim Keutamaan Pemilik (TPS) yang diperkenalkan semalam.

Menurut beliau, melalui geran pemerintah dan pinjaman HDB, keluarga berpendapatan $1,000 sebulan mampu membeli flat dua bilik dan melunaskan bayaran bulanan sepenuhnya melalui Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Fernvale Vista, yang terletak dekat Fernvale Road dan Sengkang West Avenue, menawarkan 86 unit flat dua bilik, 92 unit flat tiga bilik dan 330 unit flat empat bilik.

Ia akan dibina jika ada tempahan sekitar 70 peratus pembeli dan dijangka siap dalam masa empat tahun.

Ia juga merupakan kali pertama HDB membina flat BTO dua bilik sejak 1980-an.

Selain itu, flat-flat lima bilik dan eksekutif di Jurong West dan Sengkang, yang kini sedang diubahsuai menjadi flat dua dan tiga bilik, bakal siap September ini.

Merumuskan langkah-langkah terbaru itu, Encik Mah, yang melawat pameran Fernvale Vista di Habitat Forum di HDB Hub semalam, berkata ia adalah usaha berterusan HDB untuk menyediakan flat bermutu lagi termampu.

Menyentuh pembinaan flat dua dan tiga bilik, beliau berkata permintaan bagi flat jenis itu dijangka menggalakkan.

'Dengan geran bagi golongan berpendapatan rendah, kini mereka lebih mampu memiliki flat dua atau tiga bilik.

'Kami juga menjangkakan permintaan kukuh daripada pemilik flat besar yang mahukan flat lebih kecil,' ujarnya.

Bilik pameran Fernvale Vista kini dibuka di Habitat Forum dan maklumat lanjut boleh didapatkan melalui laman web www.hdb.gov.sg.
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 26-7-2006 09:20 AM | Show all posts
went to my MIL house,saw this house with broken marble,i saw it masih kilat and cantik.....

sekali semalam saw it was gone...new owner renovate buat tile baru.



i got a friend dia renovate over $80k...dia cakap kalo dia pindah....
dia nak mintak buyer to pay more for his reno.

different people have different taste,what appeals to him,might not appeal to others.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2006 05:18 PM | Show all posts
HARGA PASARAN JUALAN SEMULA FLAT HDB KEMBALI STABIL
Oleh
Fadilah A. Majid

HARGA perumahan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dijual semula di pasaran telah pun stabil, malah ia sedang meningkat secara perlahan didorong permintaan yang tulen, kata para pengamat hartanah semalam.

Mereka mengulas demikian selepas perangkaan terbaru HDB bagi suku kedua menunjukkan harga flat HDB di pasaran terbuka naik 1 peratus, berbanding suku pertama tahun ini.

Para pengamat hartanah berkata dengan ekonomi yang sihat, pembeli kini semakin yakin dan sentimen untuk berpindah ke rumah lebih besar bertambah kukuh - lebih-lebih lagi mereka yang layak mendapatkan pinjaman daripada HDB.

'Dengan kadar faedah bank-bank di sini berada pada paras 3.5 peratus bagi tahun pertama, pinjaman HDB pada 2.6 peratus kelihatan lebih menarik.

'Jadi, mereka yang mampu berpindah ke flat lebih besar dan layak mendapatkan pinjaman HDB memanfaatkan peluang ini untuk berpindah ke flat lebih besar,' kata Penolong Naib Presiden ERA Singapore, Encik Eugene Lim, semalam.

Malah, menurut beliau, berdasar jumlah urus niaga ERA, kira-kira 70 peratus daripada pembelinya adalah mereka yang berpindah ke rumah lebih besar.

Perangkaan HDB semalam menunjukkan umumnya harga flat HDB yang dijual semula dalam pasaran terbuka kini sekitar 1.2 peratus lebih tinggi berbanding suku kedua tahun lalu.

Namun, ia masih 3.7 peratus lebih rendah berbanding suku pertama tahun lalu.

Ini disebabkan beberapa perubahan ekoran pelaksanaan langkah mengekang amalan cashback, demikian kata pengamat.

Menurut perangkaan, flat di pasaran terbuka jenis empat bilik di tingkat lebih atas dan berdekatan stesen MRT dijual dengan harga antara $10,000 dengan $20,000 lebih tinggi daripada harga taksirannya.

Rumah lima bilik pula dengan ciri-ciri yang sama dijual antara $5,000 dengan $10,000 lebih tinggi daripada harga taksiran.

Para pengamat hartanah secara umum yakin pasaran terbuka flat HDB akan terus aktif dalam suku mendatang, selaras ekonomi dan pekerjaan yang terus tumbuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2006 08:54 AM | Show all posts
semalam kat BM ada kisah abang teksi driver pemilik rumah teres.. somehow aku percaya cerita abang teksi ni dari orang tua yg bini dia owner of a restaurant.... sah abang teksi ni kena tipu....
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 31-7-2006 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 31-7-2006 08:54 AM
semalam kat BM ada kisah abang teksi driver pemilik rumah teres.. somehow aku percaya cerita abang teksi ni dari orang tua yg bini dia owner of a restaurant.... sah abang teksi ni kena tipu....


kesian eh kwn2 dia ejek dia menang loteri~~~
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2006 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 31-7-2006 01:56 PM


kesian eh kwn2 dia ejek dia menang loteri~~~

hehehe...

aku cuma nak tahu nama boss anak dia... :bgrin:
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
 Author| Post time 1-8-2006 10:56 AM | Show all posts
saw the houses kat the gunung in kk...i wonder how they live.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.328474 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list