CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Kes khalwat ] Norman & Memey

  [Copy link]
Post time 25-9-2010 10:15 PM | Show all posts
pelik ngan JAIS..org da ngadu ley polak bg cam2 alasan..ei..pning la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by indahkasturi at 25-9-2010 22:27
Dalam kes ini, Memey tu lah yang salah. Norman mana ada salah. Dia yang datang bawa tilam, kelambu,  ...
cruisekeanu Post at 16-8-2010 17:57

iya lah sangat.  Kalau norman tu lelaki yang baik bagai dikata
adakah dia akan tinggalkan anak dan bini yg sah dari segi agama
dan duduk serumah dengan sorang wanita yg bukan muhrim?
gila ke hapa....memang dah dua2 tu seperahu..memang padan..
bodopiang
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 11:49 PM | Show all posts
semakin geram aku bila baca tentang perbicaraan meka nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 11:44 AM | Show all posts
...aku tk sabar nk tau .... keputusan mahkamah....menang kalah..drg ni...lawyer drg ni very well known di kalangan artis.........?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 02:10 PM | Show all posts
dah pengadu pulak yg kena..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2010 03:53 PM | Show all posts
Tak jumpa pulak tuan hakim tu masa raya tu.......kalau jumpa nak juga teman tanya......muda lagik hakim tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2010 04:10 PM | Show all posts
korang tgk tak melodi..iuh norman siap cium pipi mak memek g
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 04:44 PM | Show all posts
8 bulan usung tilam
Oleh Murni Wan Omar
[email protected]
2010/08/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat.
TENANG...Norman bersama Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
TENANG...Norman bersama Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

“Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat).

“Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu.

“Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran,” katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?
Click Here

YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.

NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?

YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.

NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.

NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.

Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta.
Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.

NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?

YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.

Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.

NAZRI: Selepas itu apa terjadi?

YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.

NAZRI: Kamu nampak jelas?

YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.

NAZRI: Kemudian apa terjadi?

YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.

NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?

YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.

NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?

YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.

NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?

YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.

Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

S
aya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.

Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 3 September depan.

allysha Post at 15-8-2010 01:28



waa.. mesia ada spiderman sendiri..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 05:03 PM | Show all posts
Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta.

kesiannya Abby..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:13 PM | Show all posts
agaknya jabtan agama kt mane2 pn same ek
diarang ni mcm2 alasan klau suh dtg
ni dr pegalam sndiri ek
dh sah2 org tu bsekedudukan
smpai bbulan2 plak tu
dh la kena kol byk kali
xdilayan kena plak naik pjabt
jumpa ketua dia ..bru la nk tgkap
sdangkan dh lame org tu wat maksiat
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:43 PM | Show all posts
kepada pengadu..menang atau kalah..anda dah langsaikan tanggungjawab...

lawyer..ish ish..seb baik aku xjadi lawyer..xtenang idop
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:49 PM | Show all posts
hadoi, biar hukumannya berbaloi-baloi tidur dalam sebulan dua, nak tengok lepas keluar tu jadi nikah ke tidak..hu hu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 08:30 AM | Show all posts
even malaun 2 ekoq nih lepas kt mahkamah dunia ...ha kat sana nanti mahkamah akhirat korang jawab le sndiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 10:12 AM | Show all posts
Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di de ...
redbun Post at 28-9-2010 17:03



    aku rase bukan normiang je mcm ni.. ramai lg lelaki di mesia yg mcm ni.. dah x nampak anak bini bila dah ada yg baru...
    ikot ckp awek baru je & muke jadi x tahu malu sikit.....

    sekali lg aku x faham ape yg lelaki nak dlmhidu derang..

    bini cun + berkerjaya + buleh lahirkan zuriat + anak comel2... ape lg yg x cukup wahai lelaki????????????????????????????

    katenye ade 9 akal 1 nafsu....Allah dah bagi tp x tahu nak pakai pulak.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2010 07:46 AM | Show all posts
Saksi kes Norman-Memey mengaku tidak profesional

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Seorang bekas penguat kuasa agama mengaku turut merakamkan gambar ahli keluarganya bersama pelakon, Norman Hakim sewaktu diarahkan untuk mengambil gambar tempat kejadian khalwat membabitkan artis itu bersama pasangannya, Memey Suhaiza.

Azhar Nordin, 42, yang memberi keterangan pada perbicaraan kes khalwat pasangan artis tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini berkata, kesemua gambar tersebut diambil dengan menggunakan kamera digital kepunyaan isterinya.

Berikutan tindakannya itu, saksi pendakwa ketujuh itu mengakui dia tidak bersikap profesional kerana membawa keluarga menemaninya untuk merakamkan gambar tempat kejadian seperti yang diarahkan oleh pihak atasannya.

Dia yang kini bertugas sebagai pembantu am di Sekolah Rendah Agama Lembah Jaya, Ampang, Selangor turut mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menetapkan sebarang garis panduan sewaktu mengambil gambar di tempat kejadian.

Menurutnya, jabatan tersebut juga tidak mempunyai peralatan sendiri untuk memproses gambar dan disebabkan itu, dia terpaksa menghantar gambar-gambar tersebut ke kedai gambar untuk diproses.

Pada sesi pemeriksaan balas itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh turut bertanyakan tarikh gambar-gambar tersebut diambil.

AZHAR: Dua atau tiga hari selepas tangkapan dibuat.

FAKHRUL AZMAN: Saya boleh katakan kamu berbohong kerana seorang saksi pada prosiding lalu mendakwa gambar-gambar tersebut diambil seminggu sebelum kes ini didengar di mahkamah.

Saksi tersebut akhirnya menjawab dia tidak pasti tarikh sebenar gambar-gambar berkenaan diambil.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, dibicarakan atas tuduhan berada bersama dalam keadaan yang menimbulkan syak di antara pukul 1.45 pagi dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, manakala Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi pula dituduh di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pasangan artis tersebut hadir dan pulang dari mahkamah bersama-sama dengan menaiki sebuah kereta.

Selepas saksi itu selesai memberi keterangan, Pendakwa Syarie dari JAIS, Muhamad Nazri Basrawi memaklumkan bahawa pihaknya ingin menutup kes tersebut dengan Azhar merupakan saksi terakhir mereka.

Hakim Syarie, Salehan Yatim kemudian menetapkan 28 Januari tahun depan untuk pihak pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis manakala pihak pembelaan diberi tempoh sehingga 11 Mei tahun depan untuk memfailkan hujahan balas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 08:13 AM | Show all posts
harap2 lah mereka berdua tu di humbankan dia dalam penjara selama 2 tahun baru lah berkesan supaya retis2 boleh insaf sikit bila ada niat nak buat maksiat aje mesti terbayan normiang dan memey kat lokap...jangan pulak mereka lepas tangan dgn bayar denda aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2010 08:25 AM | Show all posts
Reply 716# sueism


    ni la first time aku jumpa ppuan x malu. muka cantik tapi perangai...
korang rasa diaorg kena lokap ke? mcm tak je..... tapi aku pun hope dia org kena lokap and denda ribu riban

norman and memey, insap la..... and norman jgn la buat perangai lagi bila dah kawin ngan memey.... awak tu makin tua, buat amal ibadat lagi bagus dari gi berpeleseran ngan pompuan yang bukan muhrim.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2010 09:32 AM | Show all posts
bukan spisis rakyat jelata jerk yang jakun dengan memey-normiang,
sampaikan pegawai penguatkuasa agama islam pung
jakun gak

apa nak jadik laa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 10:55 AM | Show all posts
agaknya jabtan agama kt mane2 pn same ek
diarang ni mcm2 alasan klau suh dtg
ni dr pegalam sndiri  ...
sue_liah Post at 28-9-2010 17:13

iols mmg setuju ngan statement uols ni
dulu pernah weols berjiran reramai buat laporan
sebab jiran sebelah rumah tu tiap malam jantan bertenggek
ketika suami dia gi ke laut kerja..
sampai kesudah...tak dtg pun orang berwajib
sampai iols rasa nak koyakkan notice
"kalau bla bla bla hunbungi no tel bla bla bla itu"
notice utk glamour, dtgnya tidak bila dihubungi
pernah weols tunggu sampai 2 pagi...habuk pun tarak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 11:03 AM | Show all posts
aper la kena JAIS nih kan
da ada org buat report byk la tya...
mcm nih susah la org ramai nk bg kerjasama...
psl xnak n tkut benda soal jwp yg xsepatutnyer dtanya...
silap2 kang ditanya
kenapa awk sibuk amik tau jiran buat aper? hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.161528 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list