CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akubujang

"Perlu Ke Bagi Peluang Kedua?"- Genius Pedofile Belajar Di UKM Sekaran

[Copy link]
Post time 26-8-2019 09:48 AM | Show all posts
Pernahkah anda terbaca tentang William James Vahey?

James Vahey merupakan seorang guru. Sama seperti Richard Huckle, guru Bahasa Inggeris yang ditangkap dan dibicarakan di UK kerana didapati terlibat dengan aktiviti pedofilia ke atas 200 orang kanak-kanak di MALAYSIA.

Bezanya, Vahey adalah seorang guru yang bertugas di International Schools di serata dunia. Kita sedia maklum pelajar sekolah antarabangsa terdiri daripada golongan berada dan elit.
Huckle pula banyak menyusup masuk di kalangan golongan sosio ekonomi yang berbeza.

PENGAJARANNNYA :

Semua kanak-kanak tidak kira kaya ataupun tidak, menjadi 'target' pedofilia. Oleh itu jangan mendabik dada merasakan "Anak saya ok, selamat je" maka "Kenapa harus saya ambil tahu?''
Kita perlu prihatin kerana setiap kanak-kanak adalah seperti anak-anak kita sendiri.

Kegiatan pedofilia Vahey terbongkar setelah 40 tahun apabila 'pen drive' kepunyaannya dicuri di sekolah. Dia akhirnya membunuh diri pada tahun 2014 ketika berusia 64 tahun.

MODUS OPERANDI Vahey:

1) Dia membina populariti di kalangan para pelajar dengan menggunakan kaedah mengajar yang berbeza dari guru lain. Dia juga menjadi jurulatih pasukan bola keranjang.

2) Dia mengambil hati orang atasan dan ibubapa sehingga menerima anugerah guru. Namun sikapnya tidak disenangi oleh rakan sekerja.

3) Dia sering menjadi pencetus idea di semua sekolah yang menjadi tempat kerjanya dengan memulakan aktiviti 'adventure' dan 'school trips' sehingga ke luar negara (International Schools mempunyai banyak peruntukan). Ketika inilah kegiatannya dijalankan. Walaupun terpaksa menguruskan ramai pelajar, dia tidak mahu guru lain mengikut rombongan sekolah. Kalau ada pun hanya seorang sahaja.

4) Dia melalikan pelajar dengan 'sleeping pills' dan kegiatan jijiknya dijalankan ketika pelajar tidak sedar. Tetapi terdapat kes di mana pelajar merasa pelik apabila bangun dari tidur dengan memakai 'underwear' rakan dan sebaliknya.

5) Dia tidur bersama di khemah pelajar. Guru sepatutnya tidur di khemah atau bilik berasingan. Oleh itu jangan terlalu teruja dan merasa selamat jika anak tidur sebilik dengan guru ketika kegiatan luar kawasan.

6) Dia membawa pelajar yang sakit untuk tidur di biliknya kononnya untuk dijaga dan dirawat.

7) Ada juga ibubapa yang meminta Vahey menjaga anak lelaki mereka ketika ibubapa mempunyai urusan. Anak lelaki akhirnya menjadi mangsa. Tiada sesiapa yang menduga akan kegiatannya kerana dia telah pun berkahwin dan mempunyai anak.

8 ) Dia mempunyai 'kabel' yang kuat. Isterinya adalah Deputy/ Head of School dan lama-kelamaan ditugaskan sebagai Head of European Council of International Schools. Isterinya tidak tahu kegiatannya. Kakitangan yang mengesyaki takut hendak melaporkan.

BAGAIMANA DIA BERMULA?

1) Dia sendiri menjadi mangsa ketika kecil.

Oleh kerana inilah sangat penting untuk ibubapa cakna dan pantau anak-anak masing-masing.
Dengan siapa anak kita berada?
Siasat penjaga anak-anak kita.
Jangan husnudzon (sangka baik) tidak kena tempat.

DONT TRUST ANYONE!

90% pemangsa adalah orang yang dikenali anak bukannnya 'stranger'. Anak yang menjadi mangsa jika diabai atau tidak dipercayai aduannya berkemungkinan menjadi pemangsa juga.

2) Vahey sendiri memulakan kegiatannya ketika berusia 14 tahun sewaktu menyertai Boys Scout. Dia menyentuh bahagian sulit pelajar lain.

3) Ketika bekerja sebagai guru pembantu pada tahun 1969, sewaktu berusia 19 tahun, dia didapati bersalah bermain dengan kemaluan pelajar lelaki berusia 7 tahun ketika aktiviti berenang.

BAGAIMANA BOLEH TERLEPAS SELAMA 40 TAHUN?

1) Vahey dipenjarakan dan namanya dimasukkan ke dalam 'sex offenders' register pada tahun 1970 apabila dibebaskan.

Walau bagaimanapun Vahey tidak melapor diri dan tidak menukar alamat setelah berpindah ke luar negara.
Pada tahun 2004 namanya terus lenyap dari 'register'. Ini merupakan kesilapan besar pihak berkuasa Amerika Syarikat.

(Untuk makluman semua, Malaysia tiada 'sex offenders list'. Kita tiada database atau maklumat tentang mereka yang pernah terlibat dengan jenayah seksual kanak-kanak. Pelajar Malaysia yang ditangkap di London atas kesalahan memiliki bahan-bahan pornografi kanak-kanak Category A entah di mana dia sekarang. Oleh itu sesiapa sahaja boleh bekerja dengan kanak-kanak di Taska, sekolah ataupun institusi pendidikan di Malaysia).

2) Vahey kemudiannya bekerja di Iran, Beirut, Dhahran, Saudi, Madrid, Athens, Jakarta, London dan Nicaragua.

ibubapa sekelian,

Selalu-selalulah bertanya anak tentang aktiviti sekolah dan juga kegiatan luar sekolah.

Pantau emosi anak.
Jika anak tidak suka ke sekolah, tidak suka pengasuh, maka perlu ada SEDIKIT rasa curiga dan tertanya-tanya kenapa.

Jika anak bercerita tentang sesuatu yang dia tidak selesa diperlakukan terhadapnya, terutamanya jika melibatkan bahagian badan seperti kemaluan, punggung, mulut, dan dada, jangan cepat menghukum anak sebagai berbohong ataupun menuduh.
Siasat dahulu, dia mungkin bercakap benar kerana ramai manusia yang 'sakit'.

Guru-guru, baik lelaki ataupun perempuan yang suka membuat jenaka lucah, atau mengeluarkan kenyataan yang berbau seksual ataupun suka menggatal, sepatutnya dilaporkan kepada pihak atasan, kerana ini tanda 'sakit'.

Anda tidak mahu mereka mendampingi anak-anak anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 09:49 AM | Show all posts
leylapple replied at 26-8-2019 09:48 AM
Pernahkah anda terbaca tentang William James Vahey?

James Vahey merupakan seorang guru. Sama sepe ...

i wonder budak2 msia yang jadi mangsa nie dah start jadi pemangsa ker belum?

the number keep on duplicating....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 09:53 AM | Show all posts
apa salahnya..bagi je la peluang kedua....budak ni genius....
habis tu..takkan la nak kecam dia sampai dia mati or sampi jadi perogol kanak2???

pantau je la budak ni..
malaysian typical membawang betul la
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:09 AM | Show all posts
Orix replied at 23-8-2019 05:21 PM
excuse me, siapa yg reply komen iols in the 1st place? siap mention nama tu chuols ke iols? yg iol ...

dlm ni forum....so once u bagi idea nak terima si pedo ni..semua org baca...

klu x nak bg org baca jgn komen simpan jek dlm kepala idea nak terima pedo tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:11 AM | Show all posts
grungeee replied at 23-8-2019 11:02 PM
Kasi dia second chance, kasi dia second chance. What chance did the kids have when he recorded the ...

kan....??

menyampah pulak aku...yang sibuk nak kasi dia peluang ke dua ni...

mmg pemikiran derang yang mintak bagi 2nd chance tu sama dgn si pedo...
rasa apa yang dia buat tu tak salah...


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:14 AM | Show all posts
Modngengade replied at 24-8-2019 12:32 AM
Kak seri mawar...cantik nama tu tapi perangai mcm pprt..

Orix cuma beri pendapat dia...setiap o ...

ko ni mmg suka mencarut kan..??sana sini mencarut..

tak kisah lah perangai aku PPRT pun...kurang2 aku tak mencarut sana sini mcm ko...
jenis2 suka mencarut ni la jenis tak kisah bagi si pedo ni peluang kedua....

dah ko nak seutuju bagi dia 2nd chance tu up to u la...
aku tak..

dah nama pun forum...apa masalah... klu aku tak setuju dgn idea peluang kedua dia...
ko yang hangat hati kenapa..?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2019 10:23 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 26-8-2019 09:53 AM
apa salahnya..bagi je la peluang kedua....budak ni genius....
habis tu..takkan la nak kecam dia sam ...

kan...yg sibuk x nk bagi peluang kedua ni biasanya ummah pprt yg x reti jaga anak....so ank2 vurnurable to paedo abuse....bagi ummah high class kita tau budak ni genius dan merupakan asset pada negara....bkn x boleh pantau aktiviti dia...akak senyum sinis jah

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:26 AM | Show all posts
seri_mawr replied at 26-8-2019 10:14 AM
ko ni mmg suka mencarut kan..??sana sini mencarut..

tak kisah lah perangai aku PPRT pun...kuran ...

jadi si Orix pun x salah bagi pendapat dia kan...yg kau bash dia tu kenapa sister pprt oii? suka hati dia la nk bagi second chance ke tidak....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:23 AM
kan...yg sibuk x nk bagi peluang kedua ni biasanya ummah pprt yg x reti jaga anak....so ank2 vurnu ...

kak kopek, ko baca artikel atas nun? anak2 golongan elit pun ramai jd mangsa pedo. Klu si pedo ada cop kat dahi sbg tanda dia pedo, takdelah ramai anak2 jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:45 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-8-2019 10:31 AM
kak kopek, ko baca artikel atas nun? anak2 golongan elit pun ramai jd mangsa pedo. Klu si pedo ada ...

sister..dari pemerhatian akak, anak2 pprt  bebas berkeliaran dan bergaul dgn sesiapa saja...emak bapa sibuk dgn urusan masing2...anak2 tidak dipantau.....nahh makanya tidak hairan ibubapa pprt kecut perut dgn paedo....bagi anak2 golongan berada, kegiatan ank2 mereka terkawal dan dipantau rapi....akak fhm , kejiranan sister adalah kawasan pprt, namun sister harus berwaspada dgn aktivitas anak2 sister

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
ladymeow replied at 26-8-2019 01:14 AM
JKM boleh sbb tu mmg tanggungjawab pengasuh dan teacher tapi time tu I tatau and belum jadi manage ...

adui tak cukup nafas iols bace kes ni la..kesiannye the kids..nk pulak pak tiri biawak hidup..ya Allah..i hrp nasib bdk2 tu terbela saat ni..tlg la..ksiannye..dgr die adu sakit pn mcm, remuknye hati.

mcmne uols educate psl inappropriate touching..meh la educate weols.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:47 AM | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:26 AM
jadi si Orix pun x salah bagi pendapat dia kan...yg kau bash dia tu kenapa sister pprt oii? suka h ...

laa...kan aku dah ckp...pendapat masing2...

yang ko pulak lebih2 sentap on her behalf kenapa..?...

aku pprt tapi tak suka mencarut.....sebenarnya siapa lebih pprt...??

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 26-8-2019 09:48 AM
Pernahkah anda terbaca tentang William James Vahey?

James Vahey merupakan seorang guru. Sama sepe ...

yg dh ade name dlm list sex offender pun masih bole larikan diri lg..inikan yg sah2 bebas cenggitu je..hmmm

kebykan kes paedo i bace, mcm ni la modus operandi dorg gunekan..acah mesra cikgu-anak murid..tibe mase buat 'keje kotor'...sedih btl org2 yg dok same kan paedo same mcm kes2 jenayah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:45 AM
sister..dari pemerhatian akak, anak2 pprt  bebas berkeliaran dan bergaul dgn sesiapa saja...emak b ...

adoi!! kak kopek. anak org kaya elit dok kawasan perumahan mewah pun jd mangsa pedo. banyak banyak baca perihal pedo kak. unless akak ikat anak di badan 24 jam, baru pedo takde peluang nak kacau anak
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 10:57 AM | Show all posts
Peterpan17 replied at 26-8-2019 10:53 AM
adoi!! kak kopek. anak org kaya elit dok kawasan perumahan mewah pun jd mangsa pedo. banyak banyak ...

educate anak2 sister....ank2 org kaya yg jadi mangsa mungkin kerana minda mak pak pprt mcm sister...x reti educate ank2..make them aware of the dangers around them

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
So nur fitri ni belajar kat ukm under scholar ke bayo sendiri?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 10:57 AM
educate anak2 sister....ank2 org kaya yg jadi mangsa mungkin kerana minda mak pak pprt mcm sister. ...

aku cadangkan kak kopek volunteer yourself kat child abuse center utk faham mind of si pedo. barulah akak menyesal keluarkan statement begini
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:13 AM | Show all posts
Modngengade replied at 26-8-2019 02:23 AM
kan...yg sibuk x nk bagi peluang kedua ni biasanya ummah pprt yg x reti jaga anak....so ank2 vurnu ...

yer..jenis2 acik2 kepam yang sibuk menjejeh bawang mulut muncung macam platipus sambil jari cicit2 main enpon...
anak jenis terabai buat tak kisah, asalkan makan pakai baju ckp..
tu la
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:19 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 26-8-2019 11:13 AM
yer..jenis2 acik2 kepam yang sibuk menjejeh bawang mulut muncung macam platipus sambil jari cicit2 ...

pohon @seri_mawr ambil iktibar

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 11:39 AM | Show all posts
just dont let this chap get access to your kids, hopefully ok la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.116322 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list