CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Kes khalwat ] Norman & Memey

  [Copy link]
Post time 25-10-2010 12:40 AM | Show all posts
kenapa kes Norman ni lama sangat nak selesai....
nak tunggu keluar 1 anak ker, baru boleh selesai????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2010 08:24 AM | Show all posts
hmm... ape ntah yg susah sgt nak setel...ni la donia.....dua2 dh happy giler dh bertunang...ileks jek...kiter yg menggelabah...deorg buat dosa takderk rase malu langsung...adoyaiii....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 10:04 AM | Show all posts
Sampai bulan May tahun depan????Apasal susah sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 10:13 AM | Show all posts
JAIS ka JAWI ka.... memana pej agama semua pun sama.  nama je pegawai kerja di pejabat agama Islam.  tp bila nak ngadu pasal maksiat... macam kita plak yg nak kena tangkap.  coco pernah nak ngadu pasal adik ipar yg bersekedudukan ngan gefren.  sekali peg JAWI tu suruh bg in details coco punya maklumat bukan pasangan tu.  coco ckp tak nak la nanti dpt tau kat family mertua coco plak yg kena.  pegawai tu kata nak report ke tak ni?  kalau tak nak bagi tak yah report.  coco kata saya nak report sebab tak nak bersubahat.... tp kalau mcm ni susah... awak je la tanggung.  saya bg alamat dan nama pasangan... atas JAWI la nak bertindak.  coco terus letak phone.  GILA.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 10:18 AM | Show all posts
nape tah aku rasa mangkuk dua org tu akan tlepas dr tuduhan ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:02 AM | Show all posts
aku pun rasa macam tu
tapi ko tanggunglah hakim yang bijaksana kat akhirat kelak
mmg pejabat agama la ni memang sengal dan tak boleh harap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2010 11:35 AM | Show all posts
nape tah aku rasa mangkuk dua org tu akan tlepas dr tuduhan ..
myariesa Post at 25-10-2010 10:18


aku pun rasa camtu..sakit plak hati nengoknya..tak abis2 bicara..org lain plak yg disalahkan/dipertikaikan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2010 11:44 AM | Show all posts
takkan lawyet pejabat agama tak power?they shud've strengthen their team for these type of cases. Saksi dah ada takkan susah nak makan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2011 08:49 PM | Show all posts
Waran tangkap terhadap Norman, Memey


2011/04/15

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap pelakon Norman Hakim dan pasangannya, Memey yang menghadapi pertuduhan berkhalwat tiga tahun lalu selepas mereka gagal hadir ke mahkamah hari ini.

Hakim Salehan Yatim mengarahkan waran itu dikeluarkan selepas pasangan itu tidak mengemukakan alasan atau sebab yang kukuh kenapa mereka tidak hadir.

Dalam prosiding itu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu, memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan telefon daripada Norman pagi tadi memberitahu beliau tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.
Bagaimanapun, katanya, Norman tidak memberi sebarang sijil cuti sakit.

Katanya, Norman turut memberitahu beliau bahawa Memey berada di luar kawasan yang menyebabkan dia tidak boleh hadir ke mahkamah.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, yang juga seorang pelakon, didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Salehan menetapkan 29 Julai ini bagi keputusan sama ada pasangan itu didapati bersalah atau tidak terhadap tuduhan itu dan memerintahkan kedua-duanya hadir pada tarikh berkenaan.

Pihak pendakwaan menutup kes itu pada Oktober tahun lalu selepas hampir dua tahun perbicaraan kes berkenaan yang memanggil lapan saksi pendakwaan termasuk bekas pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor, Azhar Noordin, 42.

Terdahulu, pendakwa Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap terhadap pasangan itu dikeluarkan atas alasan mereka sepatutnya mengutamakan kes mahkamah berbanding perkara lain. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 12:35 AM | Show all posts
harap2 kena la tangkap betoi2...biar tdo kat lokap depa dua org tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2011 08:15 AM | Show all posts
ntah-ntah dah nikah...kekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:41 AM | Show all posts
sumbat je dlm lokap,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2011 09:25 AM | Show all posts
Published: Jumaat Julai 29, 2011 MYT 11:03:00 AM
Updated: Jumaat Julai 29, 2011 MYT 5:49:23 PM

Norman, Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat
Oleh SALWA SHA’ARI

Norman Hakim dan Memey Suhaiza tentunya gembira kerana bebas daripada tuduhan khalwat ketika mereka berhasrat mendirikan rumah tangga pada September depan.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza 'menerima' hadiah perkahwinan dua bulan lebih awal, apabila mereka dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkhalwat, yang dihadapi sejak tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Salehan Yatim membuat keputusan itu pada Jumaat, tanpa mendengar pembelaan mereka, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Norman dan Memey yang hadir bersama di mahkamah pada pukul 9.30 pagi, mengakui bahawa mereka agak emosional semasa mendengar penghakiman tersebut menyebabkan mereka menangis.

Pasangan yang akan diijabkabulkan pada 24 September ini, juga tidak putus-putus melafazkan ucapan syukur manakala Norman segera ke surau berhampiran untuk menunaikan solat sujud syukur sebelum ditemubual oleh wartawan.

"Alhamdulillah, saya tidak mampu untuk berkata-kata. Tiga tahun kami berdepan dengan situasi ini dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang kami rasakan," kata Norman.

Memey yang memakai baju kurung dan berselendang ungu yang mengambil masa untuk menenangkan diri pula memberitahu, keputusan tersebut adalah berita yang paling dinanti-nantikannya.

"Ini adalah berita yang sangat gembira buat saya di saat-saat saya mahu mendirikan rumah tangga. Segala dugaan yang saya hadapi telah berakhir," katanya dalam nada yang agak tersekat-sekat menahan sebak.

Terdahulu, Salehan melepas dan membebaskan Norman, 35, dan Memey, 23, daripada tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan pada antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008 di pejabat beralamat 4-A1, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.

Bagi kesalahan itu Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(2)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 2005.

Mereka didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 29 Januari 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada penghakimannya, Salehan berkata, pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan bahawa Norman dan Memey berada bersama dalam premis terbabit.

"Saksi-saksi pendakwaan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa agama konsisten bahawa hanya tertuduh wanita (Memey) berada di dalam premis tersebut manakala tertuduh lelaki (Norman) berada di premis 4-2A, iaitu bersebelahan," katanya.

Walaupun pihak pendakwaan menghujahkan bahawa Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon boleh ke premis 4-2A dengan cara memanjat lubang pintu jeriji, Salehan berpendapat, tiada keterangan yang menunjukkan jeriji itu berada dalam keadaan terbuka atau berkunci.

Selain itu, berdasarkan keterangan abang Norman, Mohamed Sophee saksi pendakwaan keempat (SP4), menyatakan bahawa jeriji itu berkunci dan dakwaan panjat tersebut juga tidak disoal balas dengan selengkapya.

"Sayangnya, pihak pendakwaan tidak pula membuat permohonan untuk mencabar kebolehpercayaan SP4 yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh lelaki, malah bekerja dengannya, ujar Salehan.

Selain itu, Salehan juga berpendapat, intipati bahawa tertuduh sedang melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syak juga tidak dapat dibuktikan, apabila Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi berpakaian lengkap.

Norman pula berdasarkan keterangan, berbaju putih dan berseluar pendek.

Pada penghakimannya, Salehan juga berkata, pengadu dalam kes itu, Mohd Yusri Abdul Razak (saksi pendakwaan keenam) boleh dipertikaikan apabila bertindak memberi kenyataan kepada rancangan Melodi selepas tangkapan dibuat.

"Tindakan SP6 boleh menimbulkan tohmahan kepada tertuduh dan ia juga bersifat subjudis, kerana kes tersebut terlebih dahulu dibicarakan oleh media," ujar Salehan.

Beliau juga memutuskan bahawa memandangkan beban pembuktian adalah terletak di bahu pihak pendakwaan, maka jika terdapat kelemahan dalam kes itu, ia adalah merit kepada tertuduh.

Pada prosiding itu, Norman dan Memey diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mewakili pihak pendakwaan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 09:48 AM | Show all posts
keputusan mahkamah smlm mcm dah boleh agak je
mahkamah dunia ...hakim pon manusia gak
bknnya ALLAH...sb ape yg kita buat semuanya ada balasan
hopefully dorang mmg betul2 x bersalah
bkn pe...takut ALLAH bg balasan pd org yg mrk syg je
disbbkn kesalahan yg mrk lakukan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 12:37 PM | Show all posts
Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey

Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.

Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.

Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta.

“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Jumaat yang melepas dan membebaskan Norman dan Memey atas tuduhan berkhalwat kira-kira tiga tahun lalu, Abby enggan mengulas berhubung perkara itu.

Menurut Abby, dia tiada hak untuk memberi komen mengenai kes tersebut memandangkan bekas suaminya itu tiada kena mengena lagi dengannya.

"Itu adalah keputusan mahkamah. Jika mereka (Norman dan Memey) disabitkan bersalah, maka salahlah mereka dan jika keputusan berpihak pada mereka, maka mereka berada di pihak yang betul.

"Pada pendapat saya, sama ada saya beri komen atau tidak, Norman dan Memey tidak ada kena mengena pun dengan saya," katanya.

Tambah ibu tunggal kepada tiga orang anak ini, walau apa pun keputusan mahkamah, ia tetap tidak akan mengubah apa-apa aktiviti mengenai kehidupan sehariannya.

Ditanya adakah Abby sudah berbaik dengan Norman setelah isu tuntutan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 terhadap Norman diperkatakan sebelum ini, menurut Abby mereka sekadar bertegur sapa mengenai perihal anak sahaja.

"Jujurnya, apabila timbul pertikaian mengenai isu tersebut (hantaran), ia sedikit sebanyak menjejaskan karier lakonan saya. Dan ia dilihat seperti saya yang mahu memanaskan keadaan.

"Oleh itu, saya letak tanggungjawab tersebut kepada peguam saya yang rasanya lebih tahu tentang perkara ini.

"Saya belajar daripada pengalaman apabila kita cakap sesuatu yang benar, ia akan terkena kepada kita. Jadi cakap pun tak guna dan biarlah orang yang lebih arif sahaja yang uruskan," ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai hubungannya dengan pelakon Zul Arifin, mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat walaupun masing-masing pernah berbincang mengenai hal tersebut.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan seramai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Bagaimanapun mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 12:59 PM | Show all posts
dh dibebaskan katanye..xde tuduhan kata nye..slamat dieorg nie..kt dunia jah..kalu btol2 dieorg wat..akhirat sana dh tunggu dh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2011 02:32 PM | Show all posts
bkn akhirat jer dia diorang dpt nanti...kat dunia pun akan d tunjukkan jugak...kan khalwat tu menjurus kepada zina...so orang yg berzina ne akan d  balas d dunia dan d akhirat...kita tunggu jerlaa...apa jadi kesudahan kehidupan diorang ne selepas kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 04:35 PM | Show all posts
Pelik tapi benar...camana la kes ni dia boleh lepas dan x bersalah!!!Geram betul,saksi dah ada boleh pulak bukti x kukuh adoyai!!!Bukan dah ada org nampak & syak ke si Normiang tu panjat tingkap...x pela kat doniya ko lepas...gigih mencanang tajaan kawen derang berjota2 lemon tu...ni la pasangan retis paling sengal kat mesia nih!!!!Sabo jer lar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 04:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by cruisekeanu at 30-7-2011 17:01

lepas ini mereka berpesta sakan sambil mencanangkan diri tidak bersalah sekaligus memberi mesej kepada artis lain supaya bermaksiat sebab bila ditangkap dan dibicarakan akhir2nya mahkamah dapati tidak bersalah.
LEPAS INI BOLEHLAH NORMAN BERKHALWAT LAGI DENGAN PEREMPUAN LAIN PULAK SELEPAS MEMEY BERANAK TIGA SEBAB NORMAN KEBAL UNDANG-UNDANG ..... KISAH INI TIDAK AKAN TERHENTI
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 05:07 PM | Show all posts
hmmmm...aku rasalah.....before depa dua ekoq ni bersanding  september ni.....depa akan kena  'terjah' lagi sekali...ni ramalan aku laaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.067739 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list