|
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA (SHARNAAZ AHMAD & NELYDIA SENROSE) (COTTAGE 19)
[Copy link]
|
|
Long0372 posted on 23-4-2014 03:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
ok..dh tgk...tp skjp je...
x puas....suka pic brsentuhan
lengan..sentuhan kulit ke kulit....
tokci ckp itu hanya lakonan![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
elly_na posted on 23-4-2014 01:47 AM
Waaa dorg takleh pandang mata eh? Meaning ada hati la nanaz kat nely.. Boleh tdo lena tgk gambar2 ...
Ur welkam uols. Harap ada byk lagi pic melekat manis nelynas dishare harini. Hihihi. |
|
|
|
|
|
|
|
Long0372 posted on 23-4-2014 02:14 AM
tkut dr mata trn ke hati la tu...
klu ssh nk pndg mata..mmg.ada
hati la tu...
Kannn kaka..
Aamiinnnnn utk doa kaka itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Akubinimone posted on 23-4-2014 02:19 AM
siriesli nanas ckp camtuh???
ohhhhh omg sangattt!!
mane boleh pandang mata...'rasa' tuh mmg ada ...
Siyes kaka. Nangessss sbb x rakam bideo masa tu. Dok gegel2 atas stage sebuk mintak sign sesajork. Luku diri senirik. |
|
|
|
|
|
|
|
suffiya.aziera posted on 23-4-2014 08:33 AM
iols is jeres ngan uols hokeh!
Mutip nak menjeres dgn iols. Iols pegi pom setelah mendapat semangat yg x berbelah bahagi dari kaka tau. Feluksss kaka kefit2.
Cantik sayang abang ni. Eh. |
|
|
|
|
|
|
|
pasrt yg iols paling suka mlm tadi ialah part last tu...
yg baby-papa-
aku tak blh dgr lelaki hensem membahasakan diri mereka papa..
owh nanassss...cair-beku and cair semula aku dibuatnya.
pastu yg nelly cakp THANK YOU PAPA..rasa sgt bahagia..![](static/image/smiley/onion/love.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ladydolph posted on 23-4-2014 08:28 AM
kannnn..... mesti isnin & selasa depan la tu kot....
adehhh mesti jenuh wat sc ... tapi wa suka l ...
Bloopers nie minggu depan 28 hb...
mmg kelaka.yg depa tunjuk tu tok ayah tgk marah2 sekali jatuh microfon ...hahhaha.semua pakat gelak..
yg scene mas dtg jmpa jebat lepas jebat kasi bunga tu depa salah ckp jgk...
aryan lupa dialog..tp gelak mmg kaw2 punya.. |
|
|
|
|
|
|
|
morning!!!!...perasaan pagi ni bercampur baur....happy sedih happy sedih happy sedih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akubinimone posted on 23-4-2014 12:35 AM ![](static/image/common/back.gif)
tu lah...iols brani potong jari lah mmg itu nellnaz...NOT jebatmas...
dr mata nely n jebat...nmpk ...
![](http://3.bp.blogspot.com/-MVWG-br_Tmg/UBY4Q1sBwQI/AAAAAAAAALo/-pvcxtbMfCE/s1600/bismillah+greeting.jpeg)
"Ya Allah ya tuhanku...kau lembutkan lah hati2 Nik Zaris Nelydia Senrose binti Rosmizai Mohamad Nor dan Sharnaaz Ahmad bin Marina Puteh untuk menerima diri masing2 seadanya andai memang mereka itu jodoh memasing yg telah Kau tetapkan untuk mereka berdua Ya Allah...Kau jelaskanlah rasa kasihsayang masing2 yg telah Kau campakkan dlm hati keduanya..Kau balikkan lah hati kedua mereka untuk mengasihi dan menyayangi keduanya..Kau buangkanlah rasa benci antara mereka jika ada..Kau jelaskanlah apa yg terselindung..Kau permudahkan lah segala urusan jodoh mereka Ya Allah..Kau buangkan lah segala kekeliruan antara mereka andainya ada...Jauhkan mereka dari segala fitnah dajal..Kau kuatkanlah cinta mereka berdua sebagaimana cinta Zulaikha pada Nabi Yusof dan sebagaimana kasih setianya Hawa pada Nabi Adam..Kau perkenanankan doa kami ini Ya Allah..sesungguhnya Engkau maha mendengar bisikan doa Ya Allah.."
Amin..Amin Ya Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
morning semua..wah jeles ngan org yg dpt jmpa nelynanaz smlm...nk pic lgi..nk tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
uols.. kat board gossip ada dua benang pasal event semalam... ada dua gambar sweet dorang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Morning semua.....hatiku berbunga2.....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
etyjunus posted on 23-4-2014 09:24 AM
Bloopers nie minggu depan 28 hb...
mmg kelaka.yg depa tunjuk tu tok ayah tgk marah2 sekali jatuh ...
Waa mana tgk ni ety? Dorg ada preview ke smlm ehehe ni yg x sabar nk tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://malaysiandigest.com/images/stories/new/farahanim/IMG_3841.jpg)
Kredit foto Faisol Mustafa.
Walaupun ada dikalangan anda yang tidak berapa mengikuti drama fenomena 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' (BKATC), tapi setidak-tidaknya anda pasti tahu atau pernah terbaca laporan media mengenai kontroversi gambar sedutan babak-babak intim dua teraju utamanya iaitu Nelydia Senrose yang memengang watak Mastura dan Sharnaaz Ahmad yang menghidupkan watak Jebat.
Menurut heroinnya, Nelydia, mengakui ada beberapa babak lakonannya bersama Sharnaaz yang agak keterlaluan. Namun sebagai pelakon, mereka bersikap profesional dan hanya mahu memberikan lakonan yang terbaik. Selain, memenuhi tuntutan watak sepertimana yang tertulis dalam novel asalnya.
"Saya akui ada babak romantis lakonan kami yang agak keterlaluan. Tapi itu kehendak novel. Kami dah berikan lakonan yang terbaik", katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.
Sejak bermula episod pertama lagi, Sharnaaz kerap memuat naik gambar-gambar sedutan babak romantis dan intim Jebat dan Mastura. Ditambah pula dengan kapsyen penuh makna dan memberi maksud mendalam seolah-olah mereka pasangan bercinta yang sebenar. Lantas aksi lakonan mereka berdua seperti yang ditunjukan pada gabar-gambar itu mendapat komen positif malah ramai peminat drama tempatan yang menyukainya.
Tak kurang juga komen negatif peminat yang menganggap adegan mereka itu keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum. Bahkan kekasih Nelydia sendiri iaitu pelakon dan pengacara Qi Razali pernah meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja 'menayangkan' momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.
Tambah Nelydia lagi, selepas berbulan membawakan watak Mastura, dia bagaimanapun sedih apabila drama itu telah pun sampai ke penghujung episod. Namun dia gembira kerana karya yang diadaptasi dari novel nukilan E-Man Sufi itu mendapat sambutan hangat daripada para penonton.
![](http://malaysiandigest.com/images/stories/new/farahanim/IMG_3860.jpg)
Nelydia akui sedih kerana bakal meninggalkan watak Mastura.
Mengimbas sedikit pengalaman sepanjang pengambaran, Nelydia berkata ada satu babak yang membuatkan dia berasa segan dengan diri sendiri. Misalnya babak dia perlu bercakap dengan bayi di dalam perutnya.
"Babak masa saya mengandung dan bercakap dengan bayi saya sendiri, itu babak paling buat saya rasa segan dengan diri sendiri. Babak tu pun banyak kali take. Saya memang tak tahu kenapa saya rasa sangat jangal dan malu nak lakonkan babak tu. Cara saya atasi perasaan segan itu dengan cara saya gelak puas-puas dulu lepas tu baru saya masuk set sebagai Mastura.
"Selain tu babak yang paling akan menjadi ingatan saya ilaha babak-babak nostalgia yang sanagt dekat dengan pembaca-pembaca novel bagi drama ini seperti babak masuk hospital dan babak terjun kolam", katanya.
'BKATC' mengisahkan kehidupan seorang lelaki kataris bernama Jebat lakonan Sharnaaz, berdarah campuran Melayu dan Cina yang berubah daripada jalan hitam kepada kehidupan yang semakin baik. Jebat jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Matura lakonan Nelydia selepas tekad berhijrah mendalami agama Islam. Pelbagai konflik terjadi yang menjadi halangan percintaan mereka.
Diarahkan oleh Jamal Khan, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Iqram Dinzly, datuk Jalaluddin Hassan, Lisdawati, Chew Kin Wah, Adeline Tsen dan Tony Eusoff.
Sebanyak 60 episod, ia telah disiarkan sejak 9 Disember 2013. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.malaysiandigest.com/images/stories/new/farahanim/IMG_3689.JPG)
Kredit foto Faisol Mustafa.
"Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat", itu kata pelakon Sharnaaz Ahmad, 29, dengan nada sinis saat ditanya perkembangan lanjut tentang pergaduhan antara dia dengan dramatis Lisdawati yang tercetus sekitar beberapa bulan lalu.
Tambah hero drama bersiri popular, 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini lagi, dia tetap mahu bersemuka dan menyelesaikan perkara itu dengan Lisdawati juga suaminya, Fauzi Nawawi.
Tetapi buat masa ini dia menunggu masa yang sesuai bagi mengelakkan dari keadaan menjadi keruh. Lagipun Lisdawati kini sedang sarat mengandung.
"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasala orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya", tuturnya ringkas dan enggan mengulas lanjut.
Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam tadi.
Sebelum ini laporan media menyebut Sharnaaz telah menyerang Lisdawati secara mengejut di lokasi penggambaran drama 'Bukan Aku Tak Cinta' di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Gara-gara serangan itu, Lisdawati, 35, mendakwa mengalami darah tinggi. Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.
Malu Tengok Diri Sendiri
Menyentuh mengenai drama terbitan Pena Creative Production itu, Sharnaaz berkata, dia sama sekali tidak menyangka drama yang mengandingkannya bersama pelakon cantik, Nelydia Senrose, mendapat sambutan hangat para penonton dari pelbagai peringkat umur sehingga mencetuskan fenomena
Bagaimanapun diakui kejayaan tersebut bukan hanya kerana komitmen lakonan dia dan Nelydia sahaja tetapi juga kerja keras seluruh kru produksi drama tersebut.
"Saya tak sangka maklum balas daripada penonton terhadap drama ini sangat mengalakkan. Paling saya terkejut, dikalangan budak kecil pun kenal dan suka dengan watak saya, Jebat. Pada awalnya saya mahu mempotreykan Jebat seorang yang akan dibenci penonton. Saya fikir, siapalah yang suka pada lelaki botak, kan. Dan saya hidupkan karakter Jebat sebagai seorang yang akan buat orang marah padanya. Tapi tak sangka pula para penonton menyukainya.
"Saya rasa penat lelah kami semua para pelakon juga termasuk seluruh kru produksi berbaloi apabila drama ni raih rating yang tinggi dan mendapat sambutan. Saya ingin tujukan rasa penghargaan saya kepada seluruh kru kerana mereka yang lebih berusaha keras demi untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik", katanya turut mengakui karakter sebenar dirinya juga saling tak tumpah seperti Jebat.
Bagaimanapun Sharnaaz memberitahu sepanjang drama tersebut bersiaran, dia belum pernah menontonnya waima satu episod. Ini kerana, dia malu mahu melihat lakonannya sendiri disamping bimbang kalau-kalau dia tidak dapat mengekalkan momentum Jebat dari satu episod ke satu episod sepertimana yang dimahukan penonton.
"Respon daripada penonton terhadap drama ini, kalau boleh saya katakan ianya 'beyond extra-ordinary'. Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya. Sebenarnya saya tak tonton pun drama ni sebab saya sibuk dengan penggambaran.
"Tapi saya ada rakamkan setiap episod cuma saya belum tonton. Saya takut tengok lakonan sendiri dan bimbang kalau saya tak boleh kekalkan momentum Jebat dari satu episod ke satu episod kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi", katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga diminta mengulas mengenai satu kontroversi yang tercetus gara-gara gambar-gambar intim antara dia dan Nelydia untuk drama tersebut, yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya. Gambar-gambar berserta kapsyen yang sangat romantis itu pernah menimbulkan kemarahan kekasih Nelydia iaitu pengacara dan pelakon Qi Razali. |
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara posted on 23-4-2014 09:24 AM ![](static/image/common/back.gif)
pasrt yg iols paling suka mlm tadi ialah part last tu...
yg baby-papa-
part last tu ...
rasa macam scene nely nanaz lah..
nely bahasakan diri baby pada nanaz...hadoiii.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|