Polis akan siasat, ambil tindakan tegas - KPN
UALA LUMPUR 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang merakam dan memuat naik video seorang bekas vokalis kumpulan terkenal era tahun 90-an menyanyi semasa bergari ketika ditahan berhubung kes penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, di sini semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter miliknya berkata demikian berikutan video tersebut kini telah menjadi viral di internet dan laman-laman sosial. “PDRM akan siasat dan ambil tindakan tegas terhadap orang yang merakam dan memuat naik video penyanyi itu semasa bergari,” kata kenyataan itu hari ini. - UTUSAN ONLINE
|