CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

anything pasal HOUSING

[Copy link]
Post time 13-9-2006 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 13-9-2006 12:03 PM



thats why la...   
rasa seram ada, rasa sedih pun ada.



bukan nak cakap apa lah eh...kadang2 bank ni tak reasonable langsung...lambat bayar instalment or credit card sehari pun dorang dah mula talipon...

aries penah kena mcm tu...dah lah insist suruh bayar asap then dia bla bla cakap yg kita kena bayar interest lah then nama kita kena black listed lah kat credit bereau terus aries pekik kat dia "i pay the interest what, not you..." terus dia terdiam...then i slammed down the phone....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2006 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 13-9-2006 12:03 PM



thats why la...   
rasa seram ada, rasa sedih pun ada.


Jangan main2 ngan bank....diorang ni pun tailong jugak. Wolves in sheep's clothing....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 01:14 PM | Show all posts
HARGA RUMAH PRIVET NAIK TERTINGGI, HDB JATUH PERTAMA KALI
Oleh
Norhaiza Hashim

HARGA rumah privet meningkat kukuh 2.5 peratus bagi suku ketiga tahun ini, kenaikan tertinggi sejak suku pertama 2000, menurut perangkaan awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Namun, peningkatan itu tidak dinikmati pasaran perumahan awam kerana indeks harga flat jualan semula HDB susut 0.19 peratus bagi tempoh sama - penurunan pertama sejak suku kedua tahun lalu - menurut perangkaan awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Peningkatan besar dalam indeks harga rumah privet didorong penjualan rancak bagi rumah privet yang mewah seperti St Regis Residences, Scotts HighPark dan Tate Residences.

'Berbanding pertengahan 1990-an apabila pasaran didorong spekulator dalam dan luar negara, pendorong utama kenaikan harga rumah privet mewah ketika ini ialah warga asing yang membeli untuk tinggal dan melabur,' kata Penolong Timbalan Presiden ERA, Encik Eugene Lim.

Malah, ada beberapa pelancaran projek yang mendapat sambutan menggalakkan sehingga mencapai kadar pembelian 80 peratus, kata Ketua Kajian dan Rundingcara Chesterton International, Encik Colin Tan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex, Encik Mohamed Ismail Gafoore, pula berkata permintaan tinggi dalam rumah privet didorong oleh wang pendahuluan tunai yang sama - 5 peratus - jika membeli rumah privet dan flat HDB.

'Oleh kerana tiada perbezaan, mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi lebih tertarik membeli rumah privet,' jelas beliau. Wang pendahuluan tunai bagi flat HDB mencapai 4 peratus tahun lalu.

Sentimen positif dalam rumah privet mewah itu dijangka berterusan pada suku keempat tahun ini dan 'tempias' ke dalam pasaran rumah privet umum.

Pengarah Khidmat Perumahan CB Richard Ellis, Encik Joseph Tan, menjangkakan sekitar 2,000 unit rumah privet akan dilancarkan dan harga rumah privet meningkat lagi 2 hingga 3 peratus bagi suku keempat.

Mengenai pasaran HDB, PropNex dan ERA berpendapat penurunan itu kecil dan tidak perlu dirisaukan. Yang penting, jumlah urus niaga flat jualan semula HDB sihat, kata Encik Lim.

Pada suku keempat ini, Encik Mohamed Ismail menjangka harga flat HDB naik kecil - 0.2 hingga 0.3 peratus.

HDB dan URA bakal mengumumkan perangkaan muktamad suku ketiga dalam tempoh empat minggu mendatang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 01:25 PM | Show all posts
First HDB housing project by private developer to be launched on Oct 7


SINGAPORE : Singapore's first public housing project undertaken by a private developer will be launched this Saturday.
And there is no need to queue for these flats as applications should be done online.

The Premiere @ Tampines, the first development under HDB's Design, Build and Sell Scheme (DBSS), has its sights set on first-time home buyers and upgraders.

The application period for these flats will start from October 7, when the interested buyers can make their applications online.

The deadline for applications is October 18.

Buyers of these flats have to satisfy HDB's eligibility criteria.

And if they qualify for a housing grant, they can apply for it too, say the developers.

Diana Kuik, Executive Director, Sim Lian Land, said, "The interested buyers can actually come down to the showflat and make enquiries about their eligibility to purchase the DBSS' flat. They can also check with the banks that's going to be present here and HDB on their financing option."

After the application period closes, Sim Lian Land will conduct a ballot and will inform the buyers of their position in the queue four to six weeks after that.

The buyers will then turn up to select their flat.

Located at the junction of Tampines Avenue 5 and 6, this housing project will be ready in three years' time.

Eight blocks will house a total of 616 units.

Five-room flats will form the bulk of flats.

There will be 36 four-room flats and only four two-room flats in this 17 storey-development.

Kuik Sing Beng, Managing Director, Sim Lian Land, said, "The location is very prime because it's very near the Tampines Regional Centre...For the past 10 over years, there were no new flats in Tampines town. So, based on the pent-up demand in this area, we expect the take up rates to be good."

Because of their premium finishing, prices of the flats will be pricier than the normal HDB flats.

The two-room flats will cost at least S$138,000, the four-room flats will cost between S$278,000 and

S$410,000, while the five-room flats will cost between S$308,000 and S$450,000.

These flats will be managed by HDB and maintained by the Tampines Town Council. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:46 PM | Show all posts
Kat sini saper tau kira2 jual beli rumah?..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 6-10-2006 01:46 PM
Kat sini saper tau kira2 jual beli rumah?..

kak tam.. dulu dia agen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2006 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 6-10-2006 01:55 PM

kak tam.. dulu dia agen



saper plak si kak tam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by Lina66 at 6-10-2006 02:40 PM



saper plak si kak tam ni?



lina, mod bod sini...blackmore
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2006 11:43 AM | Show all posts
RAYA MENJELANG, FLAT KIAN HILANG



SEMAKIN hampir Syawal, semakin gundah-gulana hati Encik Ghani Anwar Ali.

Ia bukan saja kerana langsir flatnya tidak bertukar dan temboknya pudar dengan cat lama, tetapi lebih kerana ini kali terakhir Encik Ghani, 54 tahun, menyambut Hari Raya di flat sewa dua bilik itu.

Flat tingkat lima di Blok 104, Lorong 1 Toa Payoh itu mula disewa ibunya pada September 1989. Ibunya meninggal dunia pada 1997 dan HDB telah memberi Encik Ghani notis supaya mengosongkan flat itu kerana nama beliau tidak terdapat dalam senarai penghuninya.

'Saya dah duduk di flat ini lebih 16 tahun tetapi kerana arwah ibu tak bubuh nama saya sebagai penghuni, HDB halau saya keluar.

'Dulu saya ingat tak penting kerana saya kerja di Jurong dan jarang balik rumah. Saya tumpang teduh di Masjid Assyakirin, jadi tak ingat nak bubuh nama saya,' katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya yang menyertakan alamat rasminya di flat itu.

Menurut Encik Ghani, yang masih bujang, selepas ibunya meninggal dunia hanya beliau menghuni flat itu kerana tiga adik-beradiknya telah berumah tangga dan tinggal sendiri.

Beliau, yang tidak memaklumkan kepada HDB mengenai kematian ibunya, terus menghuni dan membayar sewa sehinggalah HDB menghantar surat kepada ibunya mengenai penukaran perjanjian sewa kepada tempoh dua tahun di bawah Skim Sewaan Awam (PRS) pertengahan tahun lalu.

Ketika cuba memperbaharui perjanjian sewa itu, HDB menyedari nama Encik Ghani tiada dalam senarai penghuni dan memintanya menyerahkan semula flat tersebut seberapa segera.

Encik Ghani merayu, termasuk menerusi Anggota Parlimenya, agar dibenarkan terus menyewa flat itu tetapi ditolak. Sebaliknya, beliau, seorang buruh kasar, dinasihatkan supaya mencari seorang lagi pemohon bujang untuk menyewa flat jenis satu bilik di bawah Skim Bujang Bersama (JSS).

Menurutnya, HDB membantu dengan memberinya beberapa nama pemohon bujang tetapi belum ada yang sepadan.

'Kalau kita kenal tak jadi masalah, boleh sama-sama duduk, tetapi kalau tak kenal susah sikit,' katanya.

Menurut Encik Ghani lagi, pejabat cawangan HDB tidak lagi mahu menerima sewa bulanan flat itu - tanda akaunnya telah ditutup.

Beliau berharap HDB memberinya masa lagi untuk mencari flat sewa lain dan menyambut Hari Raya di flat yang mempunyai seribu kenangan baginya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 17-10-2006 11:43 AM
RAYA MENJELANG, FLAT KIAN HILANG



SEMAKIN hampir Syawal, semakin gundah-gulana hati Encik Ghani Anwa ...


PENJELASAN HDB
HDB membenarkan hanya penghuni berdaftar memohon untuk mengambil alih penyewaan sesebuah flat selepas penyewa asalnya meninggal dunia.

Penyewaan sesebuah flat tidak boleh dipindahkan kepada anggota keluarga atau saudara mara yang tidak berdaftar, kata seorang jurucakap HDB.

Beliau berkata demikian dalam jawapan e-mel semalam mengenai masalah Encik Ghani Anwar Ali, 54 tahun, yang terpaksa mengosongkan flat sewa selepas ibunya meninggal dunia kerana nama beliau tidak terdaftar sebagai penghuni flat itu.

Mengenai kenyataan Encik Ghani bahawa beliau tidak teringat untuk membubuh namanya sebagai penghuni flat sewa dua bilik di Lorong 1 Toa Payoh itu, jurucakap HDB berkata: 'Kami simpati terhadap masalah rumah yang dihadapinya, namun kami perlu memelihara kewibawaan peraturan sedia ada.

'Jika tidak, ia boleh menyebabkan mereka yang tidak mendapat kebenaran menghuni flat dengan mudah mengambil alih penyewaan selepas penyewanya meninggal dunia. Ini tidak adil kepada pemohon flat sewa lain.'
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 17-10-2006 11:43 AM
RAYA MENJELANG, FLAT KIAN HILANG



SEMAKIN hampir Syawal, semakin gundah-gulana hati Encik Ghani Anwa ...



Sedih aku baca ceta ni,  kalo cik Ghani ni jenis orang baik cuma maybe gaji kecik, harap dia sabar la bebanyak...

tapi he have no choice la, kalo aku jadi dia, sewa dulu , ikut je cakap gomen dulu,... lain kali otak dah relaks, baru plan lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 01:35 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-10-2006 12:01 PM



Sedih aku baca ceta ni,  kalo cik Ghani ni jenis orang baik cuma maybe gaji kecik, harap dia sabar la bebanyak...

tapi he have no choice la, kalo aku jadi dia, sewa dulu , ikut je cakap go ...


Kesian tu aku kesian...tapi asal HDB tak ada hati perut dah nak raya...waktu dah suntuk kalau aku biar dia duduk situ dulu, sementara cari rumah sewa lain ke apa gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 17-10-2006 01:35 PM


Kesian tu aku kesian...tapi asal HDB tak ada hati perut dah nak raya...waktu dah suntuk kalau aku biar dia duduk situ dulu, sementara cari rumah sewa lain ke apa gitu....



Ni la hakikat kita duk Spore..
kalo ada kewangan yang stable atau cukup makan, kita masih bleh survive sendiri
tapi kalo kewangan yang rendah sangat atau takde, kita tak bleh cerewet, apa yang gomen suruh , kita kena ikut..


bukan cakap apa la, at least pakcik ni tak tebuang duk tepi jalan, at least busuk2 pun dia masih bleh duk rumah sewa gomen ngan syarat dia sudi nak share.. Ni pun dah berkira berdikari bukan dia duk old folk homes.
kalo pakcik ni tak sanggup, dia kena keluar duit sendiri la sewa sendiri la rumah orang, tu lagi mahal aku rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 01:53 PM | Show all posts
hdb x kasi masa ke? 3 bulan ke, 1 bulan ke?

tapi alex agreed with dep... at least hdb bagi lagi pakcik tu sewa, ngan syarat ada penyewa bersama.... lainlaa kalo hdb tolak mentah2... itu memang haru...

papepun, memang kesian laa ngan pakcik tu.... nak cari housemate pun bukan senang.... tambah2 nk raya pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 17-10-2006 01:53 PM
hdb x kasi masa ke? 3 bulan ke, 1 bulan ke?

tapi alex agreed with dep... at least hdb bagi lagi pakcik tu sewa, ngan syarat ada penyewa bersama.... lainlaa kalo hdb tolak mentah2... itu memang h ...



i think part kasi masa tu HDB mungkin boleh flexible, yang penting pakcik ni mesti kerjasama ngan HDB.
kata la dia cakap dia setuju ngan arahan HDB ke apa ke,
lepas tu dia bilang HDB boleh tak kasi 2 weeks untuk alihkan perabot ke , tv ke, kemas rumah ke, off course I think HDB kasi permission.

Aku bukan sokong gamen la,  aku pun bingit kadang2 ngan dorang, tapi pada aku kadang2 undang2 tu nampak keras tapi takde pilihan la
Kalo takde rules, huru hara Spore nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 03:26 PM | Show all posts
ceh... nasib baik faiza highlight kan...
kalau tak.. aku tak prasan....


Originally posted by faiza at 13-9-2006 11:58 AM



pengakuan ikhlas ni kengkawan......


:nyorok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2006 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 18-10-2006 03:26 PM
ceh... nasib baik faiza highlight kan...
kalau tak.. aku tak prasan....


bulan syaaban nya cerita, nak dekat syawal baru kau perasan...

sotong :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:21 AM | Show all posts
Bulan Syaaban mana kita masuk porum....  
masuk pun just skejap-skejap jekk...

Originally posted by Browneyes at 18-10-2006 10:13 PM

bulan syaaban nya cerita, nak dekat syawal baru kau perasan...

sotong :nana:
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 10:08 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 17-10-2006 01:35 PM


Kesian tu aku kesian...tapi asal HDB tak ada hati perut dah nak raya...waktu dah suntuk kalau aku biar dia duduk situ dulu, sementara cari rumah sewa lain ke apa gitu....

apsal pulak salah kan HDB?... 9 tahun tau mak dia dah mati.. silap sendiri tak bubuh nama.. ni bukan milik sendiri.. kan sewa dari HDB...

rules are rules.. tak kira nak dekat raya atau tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 05:30 PM | Show all posts
FLAT MILIK MELAYU ANTARA YANG LEBIH BANYAK DIRAMPAS BANK
Oleh
Norhaiza Hashim

FLAT milik Melayu antara flat HDB yang kini lebih banyak dirampas bank ekoran kesukaran pemilik melunaskan pinjaman bank, menurut agensi hartanah.

Tinjauan Ekoniaga menunjukkan sebab utama yang menyebabkan flat dirampas ialah kegagalan pemilik flat menampung kenaikan kadar faedah bagi pinjaman bank.

Kadar faedah mencapai sekitar 4 peratus ketika ini, berbanding sekitar 1.2 hingga 1.5 peratus tiga tahun lalu ketika bank baru memperkenalkan pinjaman perumahan kepada pemilik flat.

Selain itu, faktor lain seperti pemberhentian kerja dan pengurusan kewangan yang buruk turut menyebabkan pemilik flat gagal melunaskan pinjaman perumahan mereka.

Pengarah Kanan Kumpulan PropNex Pte Ltd, Encik Sazali Sarwan, menerima 'dua hingga tiga panggilan setiap bulan' daripada pelanggan Melayu yang menerima surat peringatan oleh bank.

'Ramai terjerat dengan kenaikan kadar faedah bank yang meningkat mencapai 4 peratus daripada 3 peratus tahun lalu atau sekitar 1.2 peratus tiga tahun lalu.

'Mereka tidak mampu membayar tambahan kenaikan kadar faedah itu secara tunai kerana telah menggunakan wang CPF sepenuhnya, menukar kerja yang tidak mempunyai CPF atau diberhentikan kerja,' jelas Encik Sazali.

Pengarah Divisyen ERA, Encik Muhd Shafiq Mohd Esa, melihat jumlah flat yang dirampas bank yang dijualkan oleh ERA secara umum mencapai purata 20 hingga 30 sebulan, berbanding perangkaan satu angka setahun lalu.

'Walaupun kes-kes itu menjejas bangsa asing, sebahagian besarnya juga melibatkan pemilik Melayu.

'Untuk memastikan ia tidak berlaku kepada orang lain, nasihat saya ialah agar bakal pembeli flat baru mengambil kira maksimum kenaikan kadar faedah yang dijangkakan pada tahun-tahun mendatang dan bukan tahun pertama sahaja,' jelas Encik Shafiq.

Firma perunding cara harta nah, DTZ Debenham Tie Leung, mengendalikan 90 kes flat yang dirampas bank sejak enam bulan lalu, manakala Ketua Lelong Knight Frank, Cik Mary Sai, mengendalikan purata 15 kes sebulan sejak tahun lalu.

Mac tahun ini, Parlimen mendedahkan sekitar 190 flat dirampas sejak tiga tahun lalu apabila pemilik flat dibenarkan mengambil pinjaman bank bagi pembelian mereka.

Berbanding 70,000 pinjaman bank yang diambil pemilik flat sejak 2003, perangkaan itu merangkumi hanya 0.3 peratus.

Pemilik flat yang terjejas termasuk mereka yang memiliki flat kecil tiga bilik hingga flat yang besar seperti lima bilik.

Agensi hartanah itu menjangkakan bilangan flat yang dirampas meningkat pada masa hadapan, dengan kadar faedah tidak dijangkakan merosot pada masa terdekat ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.177681 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list