CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 12-4-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #738 teriteribuzuo's post

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana meminta pandangan saya.

Untuk pengetahuan anda saya sendiri telah batalkan penerbangan pada 19.4.2007 ini. Pada awalnya sebuah syarikat ejensi minta saya bawa jemaahnya seramai 11 orang pada tarikh tersebut dan saya sendiri ada 4 orang yang nak ikut serta. Jadi jumlahnya 16 orang termasuk saya.

Dalam pada itu seperti tahun-tahun lepas saya selalu berhati-hati sehingga saya tak ambil wang sedikit pun dari 4 orang itu . Saya hanya akan nak minta wang dari mereka 1 minggu atau 2 minggu sebelum berangkat kerana biasanya itulah tarikh akahir pihak airlines minta kita bayar harga tiket sepenuhnya.

Oleh kerana masalah visa yang anda semua tahu , saya bertindak membatalkan penerbangan , begitu juga dengan travel agensi yang inta saya bawa jemaahnya.

Insha` ALLAH saya akan berangkat pada cuti sekolah  26.5.2007 dengan pesawat Royal Jordanian selama 14 hari. 2 orang jemaah setuju ikut saya, manakala 2 orang lagi tidak dapat kerana ada hal peribadi.

Alhamdulillah , saya berjaya mendapatkan tempat untuk 2 orang yang nak pergi pergi dalam waktu terdekat iaitu 1.5.07 tetapi 1 orang masih lagi memikirkan nak pergi atau tidak kerana saya dapat seat Yaman Airways.

Sebenarnya kalau anda minta refund dari ejensi yang anda telah berurusan itu .tidak akan dapat menyelesaikan masalah sekiranya ejensi yang lain baru nak booking tiket anda dengan airlines. Kasihan kepada travel ejensi itu kerana dia telah mengalami kerugian dan sudah tentu berusaha minta seat dari airlines dan kita wajib bersimpati sesama Islam.  

Untuk pengetahuan anda biasanya banyak travel ejensi buat block booking seat dengan airlines beberapa bulan sebelum tarikh berangkat dan tidak akan memberikan seat itu kepada ejensi-ejensi yang lain sehinggalah tarikh akhir pihak airlines minta bayar harga tiket penuh, biasanya 1 minggu atau 2 minggu sebelum tarikh berangkat. Ketika itu barulah travel ejen akan jual seat itu pada travel lain atau dikembalikan semula kepada pihak airlines.

Oleh itu saya berpendapat cara yang paling bagi anda ialah besolat istikharah dahulu,minta petunjuk dari ALLAH. Selepas dapat petunjuk barulah anda membuat keputusan mengikut petunjuk itu. Sekiranya gerakan hati anda tidak minta refund balik mka janganlah anda minta refund. Sekiranya gerakan hati anda kuat mendesak supaya refund maka laksanakanlah. Setelah itu anda boleh lah hubungi saya , insha` ALLAH saya akan berikhtiar mencari seat untuk anda dan orang yang senasib dengan anda tetapi kalau ramai sangat saya tak dapat jamin dapat semua.  Saya tidak mahu apa-apa bayaran dari anda kerana adalah tugas kita untuk menolong sesama Islam. Namun begitu saya hanya akan berikhtiar setelah anda bersolat istikharah..

Sekiranya anda boleh tunggu sehingga cuti sekolah boleh lah ikut rombongan saya. Itu pun setelah anda beristikharah.

Sekian semoga bermanfaat dan semoga hasrat kita untuk mengerjakan umrah
dipermudahkan dan direzkikan ALLAH. Aamin Yaa Rabbal aa lamin. Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Saudaramu dalam Islam
[email protected]

[ Last edited by  naasiha at 24-1-2009 02:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 10:29 AM | Show all posts

Reply #739 kak_yong's post

(  Sekarang problem lain pulak timbul... dapat flight, tak dapat tempat penginapan, dan sebaliknya.  Maklumla arrangement baru. )

sekiranya travel agensi itu mempunyai ramai jemaah memang susah nak dapatkan penginapan kerana sudah tentu travel ejen seboleh-bolehnya tidak mahu menempatkan jemaah di penginapan yang berlainan, selain kosnya bertambah kerja pun lebih banyak lagi.
Reply

Use magic Report

teriteribuzuo This user has been deleted
Post time 12-4-2007 12:09 PM | Show all posts

Reply #739 kak_yong's post

betul tu kak yong...
fikiran duk pikir pasal tu aje...
mood pun xde sebab dah pikir nak mencari ketenangan dengan mengerjakan umrah...
tiba2 x jadi sedikit sbyk terganggu jugak ler
Reply

Use magic Report

teriteribuzuo This user has been deleted
Post time 12-4-2007 12:13 PM | Show all posts

Reply #741 naasiha's post

terima kasih naasiha.
saya dan suami akan solat istikharah...
lepas tu saya maklumkan ape keputusan kami berdua.
buat masa skrg suami masih yakin untuk menunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #744 teriteribuzuo's post

solat istikharah lah yang sebaik-baiknya. Semoga ALLAH beri petunjuk nanti.Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #745 naasiha's post

komen skit ttg kenaikan tambang haji. apa rasional? dorg kata sebab minyak. biar betul..minyak apa yg dmksudkan..mnyk masak atau mnyak petrol. sbb kalo minyak petrol ,isu ni dah basi...dan petrol pon sudah stabil skrg...naiknya jarang sgt...tp turunnnya agak konsisten.

atau minyak lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2007 03:49 PM | Show all posts
naasiha....
nak tanya pasal dokumen tambahan tuh...
kalau anak perempuan blom berkahwin, bapa dah meninggal, tiada saudara lelaki, dokumen apa yg diperlukan? kena amik surat keizinan dr bapa saudara ka?
Reply

Use magic Report

teriteribuzuo This user has been deleted
Post time 18-4-2007 12:54 PM | Show all posts

Alhamdulillah

doa saya telah termakbul.
saya akan berangkat utk menunaikan umrah pada 20hb april ni.

naasiha,
nampaknya tidak ade rezeki saya utk ikut kumpulan saudara.
walaubagaimanapun terima kasih diatas semua maklumat yg saudara post di dalam forum ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2007 11:14 AM | Show all posts
wulan tingin nak pegi....maybe if wulan dh kawin sbb wulan nak mulakan hidup baru dgn dunia baru......


Ni bukan bernazar tau.....kire NIAT je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 07:54 AM | Show all posts
Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Untuk pengetahuan semua, insha` ALLAH saya akan berangkat ke Makkah bersama 24 orang lagi jemaah saya pada jam 3 petang hari ini. Kami akan transit di Jordan dan melawat di sana. Pada 8 .6.2007 sampai di Kl , insha` ALLAH. Namun begitu saya mungkin akan stop over di Amman, Jordan dalam perjalanan pulang selama 2 atau 3 hari kerana saya merancang untuk ke Damshik, Syria, indha` ALLAH.

Selepas ini kalau ada rezki saya akan pergi lagi, insha` ALLAH tetapi tak tahu lagi tarikhnya. Sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh hantar e mail selepas saya balik dari Makkah nanti.

Sekian , doakan saya dan indha` ALLAH saya akan doakan semua yang post kan disini ( secara umum )

Wasasalaam
Reply

Use magic Report

carrrosive This user has been deleted
Post time 26-5-2007 06:39 PM | Show all posts
Salam Semua!

Carrosive just nak share pengalaman peribadi berkaitan ibadah umrah ni.

- Niat utk buat umrah adalah perkara yang baik, ikutlah prosedur yang ditetapkan. Sebaiknya dapatkanlah visa umrah@ziarah dari Kedutaan Arab Saudi di KL sebelum datang ke Saudi. Untuk kemudahan saudara-saudara juga sbb kalu nak buat visa umrah dari negara kita singgah biasanya susah, dan diaorg akan soh refer ke Embassy Saudi di KL. Jangan pula sbb nak jimat duit, tapi masalah lain yg timbul. Jangan dengar cakap2 org yg tak pasti benarnya. Sesetengah negara (Yemen contohnya) jika kita nak guna kuota diaorg (amik visa di negara berkenaan), rakyat diaorg bawah 40tahun tak dibenarkan buat umrah, jadi kalu kita ni umo bawah 40, amik visa umrah di Yemen kendian nak pegi, berkemungkinan tak leh masuk Saudi (melainkan kita ada visa menetap di Yemen).

- Pilih lah pakej/group/flight yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Pengalaman saya, sewaktu pulang dari tugas di Jeddah, Arab Saudi ke Sana'a, Yemen, ada lah satu group umrah dari Johor (kalu tak silap). Kumpulan ni takde yg tahu berbahasa Inggeris (mengikut kate salah seorang anggota kumpulan berkenaan) yg mana nak jadi cerita, sorang pakcik tua ni (umor dlm 60 lebih) tiba2 ada masalah kesihatan dlm flight tu. Pakcik ni sblm pegi bt umrah takde masalah, namun sampai kat Madinah dia tak leh kencing.. solution nye doktor arab letak tiub kat alat kelamin dia utk bantu kencing. On the way balik ke Malaysia, saya kebetulan duduk bersebelahan kerusi dia. Asik tengok dia dok berlutut kat lantai.. kita pun tanye lah anak dia sbb ape? anak dia kate bapak dia tak leh kencing.. tiub yg doktor arab letak masa di Madinah tak berfungsi.. satu hal lagi, semua pramugari/pramugara Yemen Airways tak tahu nak buat ape! saya terpaksa bawak pakcik tu dengan kenderaan sendiri dari airport Sana'a ke hospital utk rawatan sementara (pak cik tu time ni tak leh nak kate ape dah, terlalu sakit) alhamdulillah, lepas bawa ke hospital, pakcik ni lega sket. Namun, ahli kumpulan lain seolah2 lepas tangan, takde yg amik tahu ape yg berlaku pada pakcik tu, cuma ada anak dan isteri dia yg dah panik tak tahu nak buat ape.. nak terangkan kat pramugari/pramugara mase kejadian, tak reti bahasa inggeris.. camne kan? hati2 lah, sbb kite kat msia sihat, nak jadi cite/ujiannye masa kat sane.. Moga pakcik tu dah sihat skrg

- Ni mungkin releven, mungkin tak.. kalu nak guna public transport (dari Jeddah ke Mekah-Madinah) gunelah bas SAPTCO, tunjuk passport korang, beli lah tiket utk pegi balik tiket valid untuk 3 bulan. Jangan main naik kete sapu atau bas murah yg mmg cepat, tapi kalu jadi ape2 kat korang diaorg tak tanggungjawab.. Kalu di Jeddah, best dok kat area BALAD, sbb situ sume ada (malls, MCD, Kedai Makan Asean) dan dekat ngan stesyen bas SAPTCO, sume within walking distance. Satu lagi bersepah hotel kat sekitar Balad tu.. budget hotel @ hotel mewah..

Tschuss!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

carrrosive This user has been deleted
Post time 26-5-2007 07:06 PM | Show all posts
Salam Semua!Carrosive just nak share pengalaman peribadi berkaitan ibadah umrah ni.

- Niat utk buat umrah adalah perkara yang baik, ikutlah prosedur yang ditetapkan. Sebaiknya dapatkanlah visa umrah@ziarah dari Kedutaan Arab Saudi di KL sebelum datang ke Saudi. Untuk kemudahan saudara-saudara juga sbb kalu nak buat visa umrah dari negara kita singgah biasanya susah, dan diaorg akan soh refer ke Embassy Saudi di KL. Jangan pula sbb nak jimat duit, tapi masalah lain yg timbul. Jangan dengar cakap2 org yg tak pasti benarnya. Sesetengah negara (Yemen contohnya) jika kita nak guna kuota diaorg (amik visa di negara berkenaan), rakyat diaorg bawah 40tahun tak dibenarkan buat umrah, jadi kalu kita ni umo bawah 40, amik visa umrah di Yemen kendian nak pegi, berkemungkinan tak leh masuk Saudi (melainkan kita ada visa menetap di Yemen).

- Pilih lah pakej/group/flight yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik. Pengalaman saya, sewaktu pulang dari tugas di Jeddah, Arab Saudi ke Sana'a, Yemen, ada lah satu group umrah dari Johor (kalu tak silap). Kumpulan ni takde yg tahu berbahasa Inggeris (mengikut kate salah seorang anggota kumpulan berkenaan) yg mana nak jadi cerita, sorang pakcik tua ni (umor dlm 60 lebih) tiba2 ada masalah kesihatan dlm flight tu. Pakcik ni sblm pegi bt umrah takde masalah, namun sampai kat Madinah dia tak leh kencing.. solution nye doktor arab letak tiub kat alat kelamin dia utk bantu kencing. On the way balik ke Malaysia, saya kebetulan duduk bersebelahan kerusi dia. Asik tengok dia dok berlutut kat lantai.. kita pun tanye lah anak dia sbb ape? anak dia kate bapak dia tak leh kencing.. tiub yg doktor arab letak masa di Madinah tak berfungsi.. satu hal lagi, semua pramugari/pramugara Yemen Airways tak tahu nak buat ape! saya terpaksa bawak pakcik tu dengan kenderaan sendiri dari airport Sana'a ke hospital utk rawatan sementara (pak cik tu time ni tak leh nak kate ape dah, terlalu sakit) alhamdulillah, lepas bawa ke hospital, pakcik ni lega sket. Namun, ahli kumpulan lain seolah2 lepas tangan, takde yg amik tahu ape yg berlaku pada pakcik tu, cuma ada anak dan isteri dia yg dah panik tak tahu nak buat ape.. nak terangkan kat pramugari/pramugara mase kejadian, tak reti bahasa inggeris.. camne kan? hati2 lah, sbb kite kat msia sihat, nak jadi cite/ujiannye masa kat sane.. Moga pakcik tu dah sihat skrg

- Ni mungkin releven, mungkin tak.. kalu nak guna public transport (dari Jeddah ke Mekah-Madinah) gunelah bas SAPTCO, tunjuk passport korang, beli lah tiket utk pegi balik tiket valid untuk 3 bulan. Jangan main naik kete sapu atau bas murah yg mmg cepat, tapi kalu jadi ape2 kat korang diaorg tak tanggungjawab.. Kalu di Jeddah, best dok kat area BALAD, sbb situ sume ada (malls, MCD, Kedai Makan Asean) dan dekat ngan stesyen bas SAPTCO, sume within walking distance. Satu lagi bersepah hotel kat sekitar Balad tu.. budget hotel @ hotel mewah.. Tschuss!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2007 07:34 PM | Show all posts
kambeng menyerang thread ni pulak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 09:19 AM | Show all posts
Tolong doakan mak saya selamat tiba di TanaH suci...

mak saya bersama group dia terpaksa bertolak dgn bas ke Hatyai dari Penang.. kemudian ambil fligh ke Bangkok-Dubai-eddah...hari sabtu bertolak....tak tahu la dah selamat tiba ke tidak...

memula plan transiit dr KLIA pada 23hb....tiba2 kensel sebab masalah visa.
Reply

Use magic Report

rosputih_28 This user has been deleted
Post time 28-5-2007 09:56 AM | Show all posts

Reply #750 naasiha's post

Alhamdullillah, selamat semuanya,  ustaz telah bertolak ke Mekah.  Seronoknya kalau dapat ikut pakej ustaz.   Abang saya bertolak pada 23 mei lalu setelah beberapa kali bertukar tarikh dan bertukar program ziarahnya dan  at last tak dapat pergi ziarah cairo. Tapi syukur alhamdullilah juga kerana niat sebenar nak ke Mekah.  Lega rasanya kerana saya yang introduce agentnya.  Manakan  tidak, visa hanya diperolehi sehari sebelum hari bertolak.  Pakejnya dicombine dan jemaahnya ramai hampir 300 orang.   Masa di airport ada jemaah yang mengamuk kerana lebih kurang 80 lagi tak dapat visa.  Memang simpati.   Kita merancang, Allah yang menentukan.  Saya menunggu pakej ramadahan ustaz.   Semoga ustaz mendoakan kita semua dan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt,
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 03:06 PM | Show all posts
masa tengok berita kat buletin utama...
kepada jemaah2 yg x dapat visa tu...mereka
buat laporan polis...
travel agent pulak amik sikap sambil lewa dalam menangani masalah
tersebut...takutlah kena kat diri sendiri...
harap & berdoa semoga umrah utk akhir ramadhan tahun ni..marisa
dapat ke sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2007 03:08 PM | Show all posts
............................

[ Last edited by  marisa_anuar at 28-5-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 03:09 PM | Show all posts
........................

[ Last edited by  marisa_anuar at 28-5-2007 03:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 08:07 AM | Show all posts
Alhamdullilah..mak saya dah selamat tiba kat sana, mlm td dia call ada kat Madinah....3 hari di Madinah....esok ke Mekah...
Reply

Use magic Report

rosputih_28 This user has been deleted
Post time 30-5-2007 08:23 AM | Show all posts

Reply #759 Mas916's post

Syukur Alhamdullillah... Abang saya puna da call semalam, semuanya.  Menurut ceritanya, ketika di sana semuanya bercerita mengenai perkara yang sama yang berlaku kepada semua travel agent.  Kita harap masalah seperti ini tidak berpanjangan bagi memudahkan kita mengerjakan ibadah terutama di bulan Ramadan nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54266 Replies : 17
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54365 Replies : 2
Notis muflis ke atas Che Ta, anak oleh MARA
maklukpenggodaNotis muflis ke atas Che Ta, anak oleh M
Views : 42819 Replies : 202
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 278974 Replies : 8143
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 31169 Replies : 32
'Tak takut ke esok Allah hisab?' kontraktor pula 'expose' perangai Che Ta selepas MARA
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 753 Replies : 1
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50117 Replies : 168
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 45196 Replies : 165
Biar papa asal bergaya - che ta tak bayar gaji driver
zurieyBiar papa asal bergaya - che ta tak baya
Views : 74022 Replies : 711
KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
maklukpenggodaKL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak
Views : 15459 Replies : 37

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.136086 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list