CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

FILEM GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - UPIN IPIN

[Copy link]
Post time 26-2-2009 11:47 AM | Show all posts

Reply #742 limau_nipis's post

kan haku dah betulkan tuh... yg bawah tuh yg UKM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 12:39 PM | Show all posts
road tour geng:

UTARA

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 1 T/hari - 2 Petang
Tempat : USM, Pulau Pinang

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : GSC, Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 2 Petang - 4 Petang
Tempat : UiTM, Perak

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : TGV, Jusco Kinta City, Perak

SELATAN

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 1 T/hari - 2 Petang
Tempat : UiTM, Melaka

Tarikh : 25 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : MBO, Melaka

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 2 Petang - 3 Petang
Tempat : UiTM Segamat, Johor

Tarikh : 26 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : GSC, Summit Batu Pahat, Johor

Tarikh : 27 Feb 2009
Masa : 8 malam - 10 malam
Tempat : TGV, Tebrau City, Johor Bahru

http://gengmovie.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 12:46 PM | Show all posts

Reply #748 rienn's post

awat x nak singah kat U aku kat Batu Pahat alang2 dah ada kat SUmmit tuh!! huhu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 01:31 PM | Show all posts

Reply #732 myralupilato's post

smlm???kt mana?
xtau pun..
smlm kuar pg tgk geng kt mid
blh thn lah org tgk wlpn weekdays
mmg best..tp byk sgt yg menakutkn..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:03 PM | Show all posts
lor.mlam n kat tmpat ak..kat kinta city...cam ne ek..nak pgei ke x n...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:04 PM | Show all posts
usah riso..ak check kat website tgv....movie n smpai 4 march pon still ditayangkan lg...mybe smpai cuti sekolah...doa-doakan r ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2009 03:06 PM | Show all posts

Reply #750 hidden_fear's post

kt ftsm....dala fak tu terperuk sana nk dkt ngn kolej za'ba tuh...:@

aku lak ada kls....

kejam la...dtg time aku ada kls...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 03:07 PM | Show all posts

Reply #741 sore_itam's post

xde...aku pun taw dr senior kolej aku...dia ym aku...dia tu dak ftsm dat's why dia promote road tour upin ipin nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 03:08 PM | Show all posts

Reply #734 JUSTcircle's post

oopet comel...

hebat la ko nk g lg...aku pun cm nk tgk g..tp xde masa la...huhuhu

psstt...off topic: ensemnye avatar mu itu..minho...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 04:04 PM | Show all posts

Reply #753 myralupilato's post

senget gler wat kt ftsm..
watlah kt pusanika ke
senang ckit semua nk pg
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 04:53 PM | Show all posts

Reply #756 hidden_fear's post

sbb ftsm tu fak yg blaja multimedia, animation sume tu kot..lbh dekat dgn visi n misi mereka...

kalau kt pusan mmg senang untuk sume pergi..kena serbu g aku rasa...tp apakan daya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 06:16 PM | Show all posts

Reply #755 myralupilato's post

sbb memula aku tengok ngan kawan2 aku.. siap suh dorg jgn kuar panggung sampai kredit abis..

pastu.. rasa camnak bawak anak buah plak.. mana x nya peluang canih bukan senang nak awak budak2 gi wayan..
slalu nak bawak filem animasi sumer bahasa inggeris.. sian anak buah aku nak pahamkan kang.
i dah alang2 ada animasi bahasa malaysia nih.. lagi plak bagus hasilnya. cam rugi x bawak budak2.. lagipun inilah masanya kita spend masa ngan budak2 kan? kalo x asyik ngan diri sendiri jerk..

psst.. psst... maklumler tgh deman BOF kan? hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 09:00 PM | Show all posts
congrat.....harap kutipan tiket bertambah lagi..amin..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 01:16 AM | Show all posts
mula2 starting macam rasa kecewa..tp part tengah2 tu ok..hebat..part sesat dlm hutan tu mmmg best.t..overall best...hebat...pelakon terbaik adalah adik ipin..yang banyak sebut betul3x....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 01:18 AM | Show all posts
Hari Rabu yang lalu genaplah 2 minggu filem Geng ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia. Kutipan seluruhnya untuk 2 minggu yang pertama in telah mencecah RM 4.09 juta, satu pencapaian yang memberansangkan. Kutipan minggu kedua ini menyaksikan penurunan sebanyak 18% dari kutipan minggu sebelumnya. Ini sesuatu yang jarang disaksikan oleh filem-filem tempatan yang biasanya mengalami penurunan kutipan yang mendadak disebabkan oleh khabar berita dari mereka yang telah menonton filem tersebut. Atok mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem cucu Atok ni, terutama mereka yang telah menonton berkali-kali tu. Pagi tadi ada kawan Atok yang beritahu, nenek dia yang berumur 82 tahun ingin menonton filem ini dan dia sudah pun membuat tempahan untuk menonton hujung minggu ini...peminat setia Upin dan Ipin nenek tu.

Setelah tamat sahaja sekim wajib tayang selama dua minggu, semua pengusaha panggung telah mengurangkan jadual tayangan filem ini dan mengalihkan nya dari panggung yang besar ke panggung yang lebih kecil. Alasan mereka, banyak filem baru dari luar negara masuk dan mereka tiada pilihan selain mengurangkan tayangan filem Geng. Setelah di congak, langkah ini sudah tentu akan menjejaskan kutipan kami dan sasaran yang kami tetapkan sudah tentu tidak akan tercapai. Ini belum mengambil kira bagaimana kecewanya peminat filem ini kerana tidak dapat tiket untuk tontonan hujung minggu ini. Atok mengadu kepada pengedar kami yang kebetulan menjadi Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia. Atok amat kecewa apabila diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tayangan filem adalah tergantung kepada budi bicara pengusaha panggung wayang. Atok hairan, apabila sesebuah karya yang indah, yang begitu menonjolkan ciri-ciri rakyat Malaysia, dan menjadi kebanggaan rakyat kita harus memberi laluan kepada karya dari luar negara yang tidak mendapat sambutan hangat jika di bandingkan dengan filem Geng. Atok telah mempersoalkan sekurang-kurang nya,dimana kah business sense pengusaha tersebut jika kita tidak mahu menyentuh semangat petrotisma mereka. Malang sekali bagi Mr. Presiden yang tidak berani berhujah dengan pengusaha panggung untuk memepertahankan karya anak bangsa mereka yang boleh mengaut keuntungan bagi pengusaha tersebut dikekalkan tayangannya. Perkara yang begini bukan selalu kita alami dan seharusnya menjadi kebanggaan kepada karyawan filem dan harus diperjuang dengan pengusaha panggung atau taukeh panggung itu.

Akhirnya Atok telah mengambil keputusan untuk menarik balik semua tayangan filem Geng dari semua panggung mulai semalam sekiranya mereka tidak mengubah jadual tayangan dan mengekalkan panggung yang besar untuk tayangan tersebut. Dengan ancaman tersebut, barulah semua taukeh panggung berkokok dan berjanji untuk menukar jadual tayangan dan pemilihan panggung untuk tayangan. Mereka juga berhasrat untuk bertemu Atok samaada hari Isnin atau selasa untuk membincangkan jadual tersebut dimana perkara ini tidak pernah terjadi. Biasanya, penerbit filem tidak berpeluang berjumpa dgn taukeh-taukeh ini dan terserah kepada mereka untuk menentukan apa yang mereka ingin tayangkan. Khabarnya salah seorang pengurus jadual tayangan telah jatuh sakit hari ini kerana pening untuk menjadualkan kembali filem Geng. Hari ini, Atuk telah memberi amaran sekali lagi kepada mereka , sekiranya tidak ada perubahan jadual dan mengecewakan peminat, Atuk akan menarik balik semua tayangan mulai minggu depan.

Inilah negara ku, kita kena meminta-minta seperti bangsat kepada mereka untuk menayangkan filem kita. Sedangkan filem Geng telah mengalahkan kutipan semua filem antarabangsa dan tidak ada sebab untuk mereka mengabaikan filem ini, kerana mereka mengaut keuntungan yang besar. Sebenarnya mereka mendapat 50% dari hasil kutipan filem ini. Bagi Atuk, kita mesti berani dan berkorban demi menjaga maruah kita.

Sama-sama kita tunggu apa langkah yang mereka akan ambil. Kepada peminat, silalah penuhkan panggung supaya Atuk dapat memperbetulkan keadaan dalam industri filem kita. Selama ini mereka asyik menyalahkan filem kita yang tidak dapat membawa pulangan kepada mereka dan boleh mengambil langkah sesuka hati mereka. Ini negara kita, sudah tentulah kita harus mempunyai suara apa yang patut kita pertonton kan kepada rakyat kita.

Atok...memang mengharapkan sokongan dari semua peminat.

http://gengmovie.blogspot.com/

whoa caya ler atok..

[ Last edited by  rienn at 27-2-2009 01:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 02:29 AM | Show all posts

Reply #758 JUSTcircle's post

selamat menonton...

minho...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 03:20 AM | Show all posts

Reply #761 rienn's post

Cayalah atok.. terkejut gak aku baca tadi. dia tarik balik tayangan semalam? sib baik ada balik.. baru plan nak tengok sabtu nih. huhuh!! hope x abis ler tiket..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:23 AM | Show all posts

Reply #762 myralupilato's post

sama2 tonton myra..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 09:10 AM | Show all posts
baru nak tgk mlm ni...

book kat gsc berjaya times mcm tak full house pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 09:21 AM | Show all posts
Kalau pengusaha cinema masih taknak jugak kompromi dan ignore cadangan Atuk, apa kata kita pakat boikot citer2 yang ditayangkan mereka sebulan :@ . Diorang tak support karya bagus tempatan, kita pun tak support cinema diorang juga. Cuma masalahnya, org2 kita ni nak ke boikot?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.717100 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list