CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 30-5-2007 09:30 AM | Show all posts

Reply #760 rosputih_28's post

Itu la...harap2 nanti semuannya berjalan dgn lancar...
Susah hati jugak mengenangkan derang terpaksa melalui Hatyai dgn bas....
dgn kejadian huru hara di Hatyai...

Balik nanti pun dijadualkan pun melalui Hatyai jugak...minta2 derang terus ambil flight dari Bangkok terus ke Penang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2007 10:13 AM | Show all posts
dgr cerita kt mekah dan madinah panas....ader kwn cerita dia baru balik....org boleh tahan ramai gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:46 AM | Show all posts
Alhamdulilah...mak saya dah selamat kembali...sampai semlm...sihat ....tp nampak penat sket la...sebab dari Hatyai dgn bas....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 01:44 PM | Show all posts
sapa yg baru balik umrah tuh,,,story morry la kat sini....

nie kan baru abis cuti sekolah, mesti ramai yg pergi nie,,,

travel agent mana? ramai org tak? panas tak,,,?

best nyer dengar cerita umrah nie....
Reply

Use magic Report

jiwa_matahari This user has been deleted
Post time 11-6-2007 02:57 PM | Show all posts
I met a lot of Malaysians when I was there, and it was so easy to know that they are Malaysians. I could tell they were Malaysians from far-far away, and could even differentiate them from my fellow Indonesians. Insya Allah, there will always be someone that can help you.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 04:47 PM | Show all posts
tunggu citer dr nasihaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2007 10:31 PM | Show all posts
alhamdulillah..selamat sampai setelah menunaikan umrah..25mei-6jun lalu..Ikut Utas Travel...visa takde masalah..
3 hari di madinah...9 hari di mekah...suhu di sana agak panas...siang 43 darjah...malam 34 darjah..tapi panas di sana lain dgn di sini..insyaAllah kalau niat betul2 ikhlas nak beribadat....tawaf Kaabah tengah2 panas pun terasa nikmatnya....tak mungkin dapat dilupa pengalaman tersebut..

madinah..kota yang sungguh tenang..lebih tenang dan sayu hati dapat solat dan berdoa di raudah....makam Rasulullah..
kali pertama terpandang Kaabah...mengalir air mata kesyukuran...tambah2 lagi semasa tawaf..cukuplah dengan memandang Kaabah saja..hati kita terasa tenang...tak dapat nak digambarkan camne...

tapi ada gak peristiwa kelakar....hehhe...kat mekah...ramai peminta sedekah org negro...siap sediakan duit tukar kalau org yang nak beri sedekah takde duit kecik..hehhehe...lawak tul....

nanti i paste pic later...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by illa at 11-6-2007 10:31 PM
alhamdulillah..selamat sampai setelah menunaikan umrah..25mei-6jun lalu..Ikut Utas Travel...visa takde masalah..
3 hari di madinah...9 hari di mekah...suhu di sana agak panas...siang 43 darjah.. ...



ila, okay tak u pergi ngan utas travel?

i tengah plan nak pergi umrah,,,tuh tengah survey a few travel agency nie,,,


antara yg i tengah usha,,andalusia, utas travel, tm tours , lintas and rayhar travel,,,,

please , sapa yg ada feed back tuh, share la ngan i,,,

harga yg okay sikit ker,,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #766 Mas916's post

Sama seperti saya.  Menunggu dengan sabar cerita dari nasihaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 02:53 PM | Show all posts

Reply #768 sheebby's post

my late uncle pun dulu every year pi ngan utas travel....bagus rasanya service depa ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 03:17 PM | Show all posts
mama pegi umrah 22 mei - 2 jun itu hari dgn rayhar travel (service alhamdulillah mmg puas hati, mutawif lelaki dan mutawif pompuan di madinah dan di mekah) utk mama yg 1st time pegi ngan hubby takde masalah sbb mutawif sedia membantu.
Cuaca boleh tahan....fligt direct ke madinah.  Ade rezeki nak pegi lagi bawa anak anak pulak.


di masjid nabawi

nie pun kat masjid nabawi


nie pulak kat Hotel Anwar Madinah Movenpick, kat bawah hotel ade supermarket BinDawood

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 03:32 PM | Show all posts
Saat yg paling dinantikan mama masa jejak masjidilharam, sayu sgt hati nie bila nampak kaabah apalagi meleleh lah...entahlah perasaan tu lain sgt.  Masjidilharam tengah buat renovation so pintu babusalam tutup.  Masa buat tawaf, sembahyang di makam nabi ibrahim dan sembahyang di hijr ismail walaupun tgh panas terik tapi tak terasa pun....mama dapat cium hajaraswad 2 kali alhamdulillah.
renovation utk besarkan kawasan saei.


........sebelum masuk waktu magrib
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 04:51 PM | Show all posts
a'kum...sorry lambat respond....

Utas Travel okay....takde masalah..penginapan dekat sangat dengan Baitullah..depan hotel aje...
Visa pun takde masalah

ni pic yang sempat snap guna hp...nak bawa kamera mmg tak boleh..



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 06:46 PM | Show all posts
la..mana pic..tak kluar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 03:47 PM | Show all posts

Reply to Rosputih and Mas916`s message

Assalamu`alaikum muslimin dan muslimat,
Alhamdulillah saya telah pun selamat pulang pada 8.6.2007 yang lepas. Saya minta maaf banyak-banyak kepada semua terutama kepada Rosputih dan Mas916 kerana lambat beri respon. Sebenarnya selepas saya pulang kerja lain menunggu pula, iaitu saya masih lagi mencari tajuk untuk proposal PhD yang mana Universiti tempat saya bekerja mengarahkan saya menyambung pelajaran ke peringkat PhD pada tahun ini juga. Sehingga sekarang saya masih lagi mencari bahan, namun begitu kali ini saya meluangkan masa untuk menulis .

Kali ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang masalah abang Rosputeh dan Mas916. Insha` ALLAH lain kali saya akan menerangkan catatan umrah saya .

Kes abang Rosputih dan rombongannya sebenarnya berkait rapat dengan beberapa  masalah  1. Tiket tak confirm tetapi visa sudah diperolihi , 2. Tiket confirm tetapi visa tidak diperolihi. 3. Tiket tidak confirm dan visa juga tidak diperolihi.

Ketiga-tiga masalah ini  menyebabkan jemaah terkandas. Sebenarnya saya sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku kepada abang Rosputih tetapi saya tidak mahu beritahu kerana saya khuatir mungkin Rosputih akan mempersoalkannya lebih-lebih lagi abangnya telah pun bayar deposit kepada syarikat travel berkenaan. Saya jangkakan masalah ini akan berlaku memandangkan jumlah rombongan travel berkenaan sangat ramai dan tarikh berangkat pula pada waktu peak season-cuti sekolah. Sebagaimana yang telah saya terangkan sebelum ini di laman forum ini dan juga dalam blog saya bahawa kebanyakan travel agensi akan menerima pelanggan yang hendak pergi dengan syarikat mereka, manakala pelanggan pula tidak diberitahu bahawa seat belum tentu dapat atau tidak kerana kalau pihak travel kata belum tentu dapat seat mungkin pelanggan akan lari kepada travel lain pula . Selalunya pihak travel baru nak booking seat sedangkan banyak syarikat yang telah block seat dari awal lagi. Jadi travel yang tidak block seat dari awal hanya mengharapkan seat yang akan diserahkan oleh travel yang buat block booking di saat-saat akhir setelah pihak airlines memberikan tarikh akhir. Untuk lebih lanjut lagi sila lihat blog saya .

Pada waktu cuti sekolah baru-baru ini pihak konsul Visa di kedutaan Arab Saudi menghadkan hanya 200 paspot sahaja boleh dibawa masuk kedutaan dalam sehari untuk urusan visa. Bayangkan berapa ratus travel ejen yang ada di Malaysia ini yang mana semuanya ini menyerahkan paspot melalui 30 syarikat yang diluluskan oleh Kementerian haji Arab Saudi.

Mengenai Ibu Mas916 pula, rasanya ibu anda pergi dengan Haji MY ( nama samaran ) dari Sungai Petani. Saya rasa amat bersimpati dengan jemaah yang pergi dengan Hj MY yang mana jumlah jemaahnya lebih kurang 200 orang. Saya dapat tahu ini kerana jemaah ini tinggal di penginapan yang sama dengan saya sewaktu di Makkah. Saya rasa mungkin penginapan ini memang di ambil oleh HJ MY setiap kali datang ke Makkah kerana nampaknya HJ MY begitu mesra dengan pihak pengurusan dan pekerja hotel ini.

Sebenarnya penginapan saya yang sebenar ialah di Raid , berdekatan dengan Asia Palace tetapi last minute pihak pengurusan hotel beri kepada jemaah lain yang lebih ramai dan tinggal lebih lama lagi. Macam-macam boleh berlaku di Makkah ini, lain yang kita booking lain yang kita dapat. Jemaah saya hanya 24 orang . Sekiranya wakil saya di Makkah beritahu kepada saya hal ini sewaktu saya berada di Madinah sudah tentu saya akan ambil tindakan mengadu kepada kementerian Haji tetapi wakil saya ini memang sengaja tidak mahu beritahu saya kerana sebelum ini saya pernah nak bawa kes muassasah yang menipu saya berkaitan pengangkutan kepada kementerian Haji , apa lagi wakil muassasah itu merayu-rayu saya.

Saya hanya diberitahu oleh wakil saya sewaktu dalam bas dalam perjalanan ke Makkah. Oleh kerana tempat penginapan telah pun diperolihi saya terima sahaja itu sebagai ketentuan dari ALLAH. Tempatnya jauh sedikit dalam jarak 100meter, berdekatan dengan hotel As Safa di Syamiah. Setelah 3 jam kami sampai di Makkah , tiba pula jemaah HJ MY yang seramai 90 orang di ketuai oleh isteri HJ MY, manakala HJ MY masih lagi di Madinah.
Memang sesak ketika itu kerana lif hotel hanya satu dan kecil pula, lobinya juga kecil. Saya katakan kepada wakil saya , lain kali kita jangan ambil hotel seperti ini , biar cari di area lain. Memang susah nak cari last minute kerana banyak hotel yang telah dihuni.

Kalau lah HJ MY memang memilih hotel ini setiap kali datang kesini maka rasa saya tak patut dilakukan kepada jemaahnya sekiranya jumlah jemaah besar. Kalau jemaah sedikit tidak mengapa. Saya katakan begini kerana harga pakej yang di ambil mahal, 100RM sahaja kurang dari harga yang saya ambil dari jemaah saya yang berjumlah 24 orang ( 3 kanak-kanak). Manakala jemaahnya lebih kurang 200 orang.
Bagi saya tidak elok menjadikan ini sebagai komersial walau pun halal disisi syariat. Dengan jumlah jemaah yang ramai dan ditambah lagi dengan harga yang mahal sepatutnya HJ MY ambil hotel New Safa atau setaraf dan dia boleh lagi dapat untung banyak. Sungguh malang sekali hotel yang diambil tidak setimpal dengan harga .

Kasihan jemaah ! Mereka naik bas dari Kedah ( ada yang dari Penang ) ke Hadnyai , dari Hadnyai ke Bangkok dengan Air Asia dan dari Bangkok naik pesawat Ittihad ke Dubai dan ke Jedah. Menurut kata beberapa jemaah yang saya temui mereka amat letih kerana banyak transit, di Hadnyai tunggu lama, di Bangkok transit lama, begitu juga di Dubai. 2 hari dalam perjalanan. Sebenarnya harga tiket dari Bangkok ke Jedah dengan pesawat Ittihad  700RM lebih murah dari harga tiket pesawat yang saya naiki . iaitu Royal Jordanian. Kemudian tambah lagi dengan harga tikket bas dari Penang/Kedah ke Hadnyai dan tiket Air Asia dari Hadnayi ke Bangkok.Anda boleh agak sendiri berapa harganya.

Jemaah HJ MY ini sampai lagi pada hari yang kedua dan ketiga sewaktu saya berada di Makkah.

Seorang jemaah saya dari Pulau Pinang ( melalui internet ) bersungut dan kata kepada saya : " Mereka itu tak survey kah travel yang lain, kalau jemaah yang tua lainlah , yang muda juga sanggup naik bas ". Saya jawab : WALLAAHU `AA`LAM , mungkin mereka malas nak survey , ditambah lagi dengan masalah visa ". Dia tanya saya berapa HJ MY dapat. Saya kata " Dengan jumlah jemaahnya yang ramai mungkn dia dapat beli sebuah mercedes baharu yang paling murah harganya, lebih-lebih lagi HJ MY menguruskan makanan sendiri, iaitu dia hanya mengupah tukang masak dari Makkah untuk memasak dan semua bahan di beli sendiri secara borong. Yang sedih lagi HJ MY siap tampal iklan di pintu lif : " Jemmah hanya dibenarkan bawa barang 15 kilo sahaja. sekiranya melebihi had maka itu dibawah tanggungan jemaah ". Begitulah iklannya.
Bayangkanlah apa yang nak dibawa, lebih-lebih lagi jemaah yang bawa beg yang berat sejak dari Malaysia lagi. Naik air asia mana boleh bawa barang berat. Kasihan betul dengan jemaah.Olih itu saya nasihatkan kepada muslimin dan muslimat semua supaya bawa beg yang ringan kalau nak pergi ke tanah suci. Kalau tak cukup beg beli sahaja beg plastik yang berharga 3,4 atau 5SR . Begnya sangat kukuh. Setiap kali saya pergi mesti saya beli beg plastik ini tapi saya banyak isi kitab yang sukar didapati di Malaysia. Disamping itu jangan tenggelam dalam kota Makkah. Maksud saya ialah asyik shopping sahaja tetapi perbanyakkan ibadah.

Inilah sahaja yang dapat saya ulas berkenaan dengan rombongan abang Rosputih dan Mas916. Mungkin ibu Mas916 tinggal di penginapan yang sama dengan saya di Makkah.

Insha` ALLAH saya akan ceritakan pula perjalanan umrah saya dari KL - Jordan dan Makkah.

Sekian wassalaaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 21-6-2007 07:10 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #775 naasiha's post

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ustaz dah kembali ke tanah air.  Terima kasih berkongsi cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2007 11:17 AM | Show all posts

Reply #775 naasiha's post

betul la tuh..mak saya mmg p dgn MY tuh..dan lead by wife dia...
kami anak2 pun rasa mcm tertipu ja..rasa kos dia mmg ble dpt lg murah...
mmg penat la perjalanan tuh..sebab ramai yg dah tua2...

kata mak saya ni la fes taim MY p ikut Hatyai by bus ..tatau la btol ke dak...ni kes dh dpat visa..tiket plak tadak..tp dah janji nk p...terpaksa la p ikut mana pun..janji bawa p...
yg jadi mangsa...pelaggan laa....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2007 07:18 PM | Show all posts

Reply #755 rosputih_28's post

Terima kasih kak rosputih. Kalau saya dapat cuti nanti insha` ALLAH saya akan pergi bulan Ogos dan semimggu sebelum puasa. Mungkin kedua-dua trip sambil melawat Mesir kerana pesawat Egypt air sekarang sudah pun mendarat di KLIA sejak 3.6.2007 baru2 ini. Ini bermakna tak perlu lagi ke Bangkok.

Seminggu sebelum puasa sebenarnya idea Ustaz Zahazan, penceramah tafsir di radio IKIM 9 ( selepas subuh ). Minggu lepas dia minta saya handle jemaahnya seramai 25 orang yang nak pergi seminggu sebelum Ramadhan. Beliau juga akan ikut sama.

Berdoalah supaya saya dapat cuti nanti. Saya teramat sangat nak pergi bulan puasa kerana saya yakin doa saya dimaqbulkan ALLAH sewaktu saya pergi tahun 2003 dahulu,lebih-lebih lagi Berumrah dalam bulan Ramadhan menyamai pahalanya satu haji atau berhaji bersama Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam.

Sekian wassalaam

[ Last edited by  naasiha at 21-6-2007 07:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 09:43 AM | Show all posts

Reply #778 naasiha's post

Ustaz,

Seperti yang ustaz katakan, memang terasa amat nikmatnya beribadah di tanah suci semasa bulan Ramadhan.  Saya telah merasainya beberapa kali terutama di akhir Ramadan.   Saya memang sangat-sangat teringin menjadi jemaah ustaz, tambahan pula bersama ustaz Zahazan yang sangat saya minati mengikuti kuliah tafsirnya di ikim.  Tapi sayang sekalli, ustaz belum  dapat memberikan kepastian tarikh untuk berumrah di bulan Ramadan tahun ini terutama akhir Ramadhan kerana saya maklum ustaz terikat dengan tugas ustaz.  Begitu juga dengan saya dan suami yang masih lagi bekerja dan perlu mengambil cuti.  

Kerana bimbang terlepas peluang yang datang setahun sekali,, tambahan dengaan keadaan maslaah visa dll yang dihadapi pada ketika ini,  saya telah buat tempahan dengan sebuah agensi dan mengambil pakej  sebulan Ramadan kalau di izinkan Allah.  Doa-doakan lah kami  tidak menghadapi sebarang masalah.

Tapi, Insya Allah Ustaz, jika panjang umur dan di murahkan rezeki oleh Allah swt pada tahun-tahun yang akan datang saya ingin sangat mengikuti group ustaz terutama termasuki ziarah ke negara-negara islam lain, kerana pada akhir tahun depan saya akan bersara dari perkhidmatan dan tidak terikat lagi dengan tarikh dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

hanibany This user has been deleted
Post time 22-6-2007 02:12 PM | Show all posts
InsyaAllah bulan lapan ni saya nak ke umrah.......mungkin balik dari umrah nanti saya bole citerkan penagalaman kat sana.......yang penting sekali kite kena buat persiapan awal dari sini lagi untuk ke umrah........kena belajar...ada kursus yang dibuat oleh pihak agensi yang menguruskan kite.....doakan saya selamat pergi dan balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.180880 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list