CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 4-8-2008 02:22 PM | Show all posts

Reply #775 Siddiqin's post

ya,memang dengan bermujahadah, baru kita kenal Tuhan, tabligh bukan satu-satunya jalan bermujahadah je..ada banyak lagi jalan yang Tuhan telah tetapkan dalam hidup kita yang membuat kita secara automatik bermujahadah..kesusahan hidup...sakit..semua tu kan bermujahadah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #767 manakautau's post

meninggalkan anak bini...sebenarnya pengorbanan yang perlu yang dilalui oleh isteri tu..tapi macam mana kalau bini tu tak nak suami dia pergi lelama?.Maksudnya, 3 days...enough la..no need to go abroad...adakah isteri tidak mempunyai hak untuk memberikan pandangan kepada suami dan adakah ini berdosa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:17 PM | Show all posts

Reply #777 raducan's post

Puan Raducan

Sila dapatkan jawapan anda, dalam Kisah2 Para Sahabat muka surat 179 Fadhail Amal. Tentang Pertanyaan Asma' tentang Ganjaran2 bagi Wanita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #778 Siddiqin's post

Tuan,

I know ganjarannya besar, but what I questioned here is, tak boleh ke kalau suami pergi tiga hari, adakah isteri tidak ada hak untuk meminta suaminya pergi tiga hari sahaja..I ada anak ramai..ada enam orang..rapat2 lak tu...I bukan kata my suami ni lepas tangan, dia ok..tapi I tak setuju dia tinggalkan lama2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:51 PM | Show all posts
xyah laa nak nas2 sgt...elok la mereka buat dr xbuat lgsung..bg byk nak pun ko bukan nak ikut pun...org2 yg banyak mintak nas bukan nak amal..nak condem je...kalu bg nas quran dan hadis xbertepatan ngan nafsu die..die still akan tolak dan akan cari nas lainuntuk bantah org takwil nas tersebut ikut nafsu die...so kalu aku xlayan laa org2 yg dah diberi nas dan hujah still lagi xleh terima
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by raducan at 4-8-2008 15:33
Tuan,

I know ganjarannya besar, but what I questioned here is, tak boleh ke kalau suami pergi tiga hari, adakah isteri tidak ada hak untuk meminta suaminya pergi tiga hari sahaja..I ada anak r ...


Assalamualaikum raducan,

MIker pernah ikut Jemaah Masturat??

Wsalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #780 tore's post

Nak nas kat sepital! (nas- ikut cara sebutan my mom)   
ps: gurau jek manak. Jgn etek!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:07 PM | Show all posts

Reply #781 niceghost2005's post

pernah..that is why I know the ganjaran, but, for me, 3 days ok...Oklah, I try to be more flexible...but, please, takkan tak kena buat 40days gak?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2008 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by raducan at 4-8-2008 16:07
pernah..that is why I know the ganjaran, but, for me, 3 days ok...Oklah, I try to be more flexible...but, please, takkan tak kena buat 40days gak?.


SEkiranya asben miker balik dari 40H dan dier kelihatan lebey baik dari sebelum nya, adakah miker akan GUMBIRA??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:21 PM | Show all posts

Reply #784 niceghost2005's post

Gembira, but...I cannot handle the children alone...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 04:29 PM | Show all posts
Puan Raducan


1. Puan kena rasa syukur kehadrat Allah swt kerana suami puan ada keinginan untuk belajar agama. Apa akan jadi kalau suami puan ada hobi2 yang pelik..umpamanya menghabiskan wang ringgt & masa untuk perkara2 yag tak berfaedah? Orang laki ni kena ada hobi yg akan sibukkan dia. kalau tidak, dia akan buat perkara yang bukan2. Kalau dia kaki masjid, senang sikit hidup puan, puan tahu dia ada kat masjid. Kalau suami kaki perempuan? Kaki wayang? Puan akan risau & curiga ttg dia... tak balik2 rumah.

2. Asbab suami puan pergi belajar agama, inshaallah bila balik nanti dia akan ada kekuatan untuk membimbing puan dan anak2 tentang agama. Suami adalah umpama nakhoda. Kalau nakhoda baik, akan bawa seluruh keluarga ke matlamat yang betul. Tapi kalau nakhoda tak betul, daia tak peduli macam mana nak bawa anak isteri kepada agama.

3. Bagilah sedikit ruang pada suami utk berkhidmat untuk agama. Memang puan perlu buat sedikit pengorbanan. Umat Nabi ini mengikut millah Ibrahim as. Ingatlah Allah swt sukakan pengorbanan. Siti Hajar as  & Ismail as di tinggalkan Ibrahim as di Mekah. Allah swt maktubkan lari2 Siti Hajar as dari Safa ke Marwa. Sehinggakan tak sah haji, kalau tak saie. Walhal saie itu meniru2 larian Siti Hajar as ketika dia di tinggalkan suami..

4. Sedikit pengorbanan ini akan memberi kekuatan kepada puan untuk teruskan hidup supaya menyandarkan segala tawakal kepada Allah swt. Maaf kalau saya katakan, ramai isteri menjadikan suami sebagai sandaran untuk menyelesaikan masalah. Sebenarnya Allah swt yang selesaikan masaalah kita. Kita kena belajar untuk tukarkan yakin ini. Kadang2 kita kata kita yakin pada Allah swt, tapi  perbuatan kita sebaliknya. Tanpa suami di sisi akan menyebabkan puan lebih tawajuh kepada Allah swt. Solat puan akan lebih manis sebab puan & anak2 akan mendoakan suami dgn airmata. Dan nun di hujung dunia sana, suami puan sama2 mendoakan kejayaan puan sekeluarga dunia akhirat. Tapi kalau suami ada sebelah, kadang2 isteri lupa nak doakan suami. Kalau doa pun tak tawajuh.

5. Anggaplah suami puan seumpama pergi haji ke Mekah (bukanlah sama pergi dakwah dgn haji- jgn tafsir salah ni). Org gi haji amik masa lebih kurang 40 hari.

6. Minta suami puan bawa ke mesyuarat dengan rakan2 seusaha di marhala atau halkah puan. Inshaallah nanti rakan2 seusaha akan mesyuratkan untuk isteri2 mereka menjenguk dan membantu puan tentang urusan anak2.

Banyak lagi perkara nak cakap cukup dulu utk direnungkan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by raducan at 4-8-2008 04:21 PM
Gembira, but...I cannot handle the children alone...


Suruh suami sediakan seorang pembantu rumah selama 40 hari tersebut, kalau dia tak mampu suruh dia doa kepada Allah swt. Allah swt mesti akan bantu, bagaimana caranya ...dia maha bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by raducan at 4-8-2008 03:33 PM

I know ganjarannya besar, but what I questioned here is, tak boleh ke kalau suami pergi tiga hari, adakah isteri tidak ada hak untuk meminta suaminya pergi tiga hari sahaja..I ada anak ramai..ada enam orang..rapat2 lak tu...I bukan kata my suami ni lepas tangan, dia ok..tapi I tak setuju dia tinggalkan lama2...


Ini adalah naluri, fitrah dan perkara biasa. Ada kes lain pulak, isteri sedia dan minta orang tasykil suami, tapi suami2 pulak tak sanggup nak korban keluar.....

Isteri Nabi Ibrahim (Siti Hajar) pun pada mulanya keberatan apabila dia hendak ditinggalkan, namun bila Iman dan yakin terbentuk Insha Allah perkara ini dapat diatasi.

Jadi ada banyak lagi usaha kena buat, dan sebab itulah usaha Wanita (Masturah) juga penting. Mohon doa banyak2 kepada Allah supaya Allah beri kefahaman kepada kita. Umumnya sejauh mana kefahaman kita, sejauh itulah yang kita sanggup korban untuk agama Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 01:00 AM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 2-8-2008 09:02 AM
To all these my komen is..........dakwah dari sudut agama itu seharusnya dapat dilihat dari scope yang lebih luas dari sekadar melalui kaedah bertabilgh cara fixation of time frame yang telah dianjurkan oleh orang2 yang "berpengalaman"??...Agree or disagree ???????


Rasanya tuan masih belum dapat membezakan antara maksud Dakwah dan Tertib Dakwah. Maksud Dakwah tu telah termaktub dalam Al-Quran dan Hadith.

Tertib Dakwah dari segi time frame adalah kaedah untuk mencapai maksud Dakwah. Saidina Umar juga pernah tetapkan tempoh maksimum keluar di jalan Allah, dan itu tidak dibuat di zaman Nabi, tetapi tiada siapa pun sahabat2 besar seperti Ibn Abbas dan Saydinia Ali mempertikaikan.... sebab mereka pun faham itu ADALAH TERTIB


Soalan Manak belum terjawab lagi... iaitu sedangkan Nabi sendiri tidak memberi ketetapan serta saranan tentang tempoh2 yang so called dapat memberikan satu kesan yang terbaik didalam pendakwahan kita...mengapa mesti kita jadikan/letakkan tempoh2 ini sebagai garis panduan sehinggakan ada yang sampai sanggup mengatakan cubalah 3 hari kalau tak dapat 40 hari nescaya kamu akan dapat merasakan perbezaannya(nikmat).......

Mari kita renung sejenak dua perkara yang dilakukan oleh nabi besar kita satu tika dulu......

Nabi singkatkan solat terawihnya kalau tak silap Manak dimasjid dan terus pulang kerumah.....bila keesokan harinya ditanya...baginda menjawab...seandainya aku duduk solat yang lama serta zikir yang lama ...maka semua akan mengikut ku......(sifat kemaslahatan masyarakat)

Nabi mengimamkan solat....ada ibu2 yang membawa anak kecil bersama....dia singkatkan surahnya untuk tidak mengambil masa yang lama bagi ibu yang khuatirkan anak2 mereka akan menangis sedang ibu2 solat berjemaah......


Tuan Manak, saya sarankan diri saya dan tuan untuk merujuk Alim Ulama dalam menafsirkan hukum. Dan cuba fahamkan BEZA antara HUKUM dan TERTIB.

1. Hukum Tarawih. Cuba tuan semak balik hadith berkaitan tarawih, Nabi kita berhenti dari BERJEMAAH TARAWIH di MASJID kerana khuatir umatnya akan anggap WAJIB jika Nabi buat berterusan. Ini berkaitan HUKUM.

2. Nabi pendekkan SOLAT JEMAAH FARDHU bila terdengar tangisan kanak2. Ini juga berkaitan HUKUM supaya tidak membebankan. Apabila Nabi besolat Tahajjud (SUNAT), Nabi bersolat sehingga bengkak kakinya.

Kalau nak bandingkan pasal Tertib Dakwah dan Korban di Jalan Allah, perbandingan pengorbanan semasa Ekspidisi Tabuk adalah lebih sesuai:

Tertib pengorbanan sahabat:
1. Saydinia Abu Bakr korbankan seluruh harta, dan sediakan juga dirinya
2. Saydinia Umar korbankan separuh harta, dan sediakan juga dirinya (tertib 1/2)
3. Saydinia Uthman korbankan 1/3 dari seluruh pengorbanan umat Islam ketika itu

Sahabat2 lain juga berkorban melebihi keutamaan diri dan keluarga masing2.

Bila ada keperluan (demand, taqaza) agama, lihatlah pengorbana para sahabat. Sekarang bandingkan di mana tahap pengorbana kita?

Agama itu tidak membebankan.....dan janganlah kita ambil pendekatan yang sempit dalam melihat dakwah yang paling berkesan itu hanya apabila unsur pengorbanan itu wujud dari pihak kita dan ahli keluarga kita dalam kita menuju ke jalan ALLAH(dengan berjauhan dan penetatapan tempoh2 yang tertentu itu sebagai pra syarat utk mendapatkan quality dakwah yang terbaik)....sedangkan sepertimana yang telah Manak utarakan....dakwah itu konsepnya adalah lebih besar dari setakat kita melihat dari sudut ini saja....


Benar, agama tidak membebankan. Namun Sunnatullah mesti ada pengorbanan untuk hidayah tersebar. Nabi2 disusahkan kerana mengembangkan agama, para sahabat juga bersusah payah mengembangkan agama. Melalui pengorbanan, hidayah Allah tersebar, IMAN terbentuk.

Sekarang kalau tuan nakkan dakwah yang paling sempurna, maka tertib Dakwah yang patut tuan lakukan adalah macam Nabi iaitu SELURUH MASA, DIRI, HARTA diinfakkan di Jalan Allah. Sanggupkah? Ataupun tertib 1/10 untuk umat akhir zaman? Tertib 1/3 juga telah ada dari kalangan jemaah Dakwah dan Tabligh telah amalkan....

Perkataan siapa yang lebih baik dari orang yang menyeru kepada ALLAH? (Fussilat, 33)

Walapun ada banyak cara untuk mendapatkan keredhaan Allah, namun dah jelas dalam Al Quran bahawa perkataan2 orang yang menyeru kepada Allah itu adalah sebaik2 perkataan.

Tanpa niat untuk menambahkan kekusutan, saya ingin bertanyakan khusus kepada abang Manak, abang dah pernah keluar ikut jemaah Tabligh ke belum? Kalau pernah, berapa hari pernah luangkan?

[ Last edited by  mnm77 at 5-8-2008 05:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 10:37 AM | Show all posts
salam

Perkataan siapa yang lebih baik dari orang yang menyeru kepada ALLAH? (Fussilat, 33)

45:29. Inilah Kitab Kami, yang berkata-kata terhadap kamu yang benar; Kami mencatat segala apa yang kamu buat."

45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #790 orangbesi's post

Tiada perkataan yang lebih baik daripada ayat2 Allah, tetapi perkataan2 yang menyeru kepada Allah (perkataan2 yang menyeru kepada kebaikan) adalah lebih baik daripada perkataan2 yang membawa kemungkaran....tapi saya ini banyak perkataan2 yang membawa kemungkaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 12:35 PM | Show all posts

Reply #791 eastrun's post

Manusia x lepas dari membuat kesilapan east. Mana ada manusia sempurna kecuali Nabi2. Yg terbaik adalah kita sama2 muhasabah diri dan perbaiki serta sama2 berpesan2. JOM!!! Kita perbaharui iman, amal dan akhlak!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 10:58 AM | Show all posts
salam

alamak, saya terlanjur keeee
terbantut nanti....
hanya menyambung AYAT dan KATA
dr mnm77

penenang tika kegusaran
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 11:03 AM | Show all posts
apa sebenar matlamat tabligh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:15 PM | Show all posts
SAYA NAK BERTANYA SIKIT KPD YG MEMPERTIKAIKAN ISU TEMPOH JEMAAH TABLIGH KELUAR , NAFKAH HIDUP DLL .....
                                             
APAKAH NABI IBRAHIM X TAHU YG ALLAH SWT MEMERINTAHKAN SUAMI MEMBERI NAFKAH KPD ISTERI PDHAL DLM MASA YG SAMA BELIAU TINGGALKAN ANAK ISTERI BELIAU DI TANAH GERSANG TANPA MENINGGALKAN ASBAB2 KEDUNIAAN .... ?  
      
JIKA ANDA MENGKAJI SEJARAH KEHIDUPAN NABI SAW DAN PARA SAHABAT RA, MAKA ANDA AKAN MENEMUI " KISAH KELAPARAN MEREKA " SEOLAH2 BANDAR MADINAH AL MUNAWWARAH ITU ADALAH " KOTA ORG2 KELAPARAN " ....
      
DI BERITAKAN JUGA PERNAH RUMAH NABI SAW " X BERASAP " SELAMA BEBERAPA BULAN .....  
        
BUKANKAH NABI SAW DAN PARA SAHABAT RA LEBIH ARIF SOAL NAFKAH HIDUP DLL ?  
      
ATAU ADAKAH KITA RASA KITA LEBIH ARIF DARI MEREKA SEHINGGA KITA MEMBERI ALASAN YG BERBAGAI  ?   
      
BUKANKAH ALLAH SWT TAALA TELAH MEWAHYUKAN HAL2 NAFKAH KPD NABI SAW ?
      
TETAPI KENAPA MEREKA MASIH MEMILIH KELAPARAN, MUJAHADAH, BERJUANG DI JALAN ALLAH ?
      
KAN MEREKA LEBIH ARIF DARI KITA SOAL2 NAFKAH ?  
         
KENAPA KUBUR SAAD ABI WAQOS RA DI CHINA ?
      
TIDAKKAH BELIAU ADA ANAK ISTERI ?
         
BAGAIMANA KUBUR2 PARA2 SAHABAT YG LAIN SEPERTI DI CYPRUS, BARUS INDONESIA, INDIA DLL YG BERTEBARAN DI SELURUH ALAM ?  
      
APAKAH MEREKA INI JAHIL TENTANG NAFKAH ?  
         
ATAU KITA RASA KITA LEBIH PANDAI DARI DIORG ?  
            


FIRMAN ALLAH SWT :
      
" BERANGKAT LAH KAMU BAIK DLM KEADAAN MERASA RINGAN ATAUPUN MERASA BERAT, DAN BERJIHAD LAH DGN HARTA DAN DIRI MU DI JALAN ALLAH.  YG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGI MU JIKA KAMU MENGETAHUI. "  
              
SURAH AT TAUBAH AYAT 41 ..
      

FIRMAN ALLAH SWT LAGI :
      
" KATAKANLAH : " JIKA BAPA2 KAMU, ANAK2 KAMU, SAUDARA2 KAMU, KAUM KELUARGA KAMU, HARTA KEKAYAAN YG USAHAKAN, PERNIAGAAN YG KAMU KHUATIR KERUGIANNYA, DAN RUMAH2 TEMPAT TINGGAL YG KAMU SUKAI, ADALAH LEBIH KAMU CINTAI DRPD ALLAH DAN RASUL NYA DAN ( DARI ) BERJIHAD DI JALAN NYA, MAKA TUNGGULAH SAMPAI ALLAH MENDATANGKAN KEPUTUSAN NYA. " DAN ALLAH TIDAK MEMBERI PETUNJUK KPD ORG2 YG FASIQ. "  
      
SURAH AT TAUBAH AYAT 24 ....  
         
            

ALLAH SUDAH MEMBERI PERINGATAN, OLEH ITU BERHATI2 LAH WAHAI MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 6-8-2008 12:26 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.248021 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list