CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6572|Reply: 21

[Tempatan] Bekas suami Jahidah dibenar tangguh hukuman penjara 10 tahun

[Copy link]
Post time 25-2-2025 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan peniaga, Rosmaini Abdul Raof yang dihukum kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin@Sylvester untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadapnya sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya berkata mahkamah menggunakan budi bicara berdasarkan Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dan tidak dipengaruhi oleh pandangan umum yang tular di media sosial.

Abu Bakar ketika membacakan keputusannya berkata, mahkamah telah mengikuti panduan nas-nas duluan dan berpendapat pemohon mempunyai isu yang bermerit.

"Isu berbangkit sama ada keterangan SP1 semasa kes pendakwaan yang bercanggah dengan dokumen D45 dan D47, menjejaskan kewibawaan sebagai seorang saksi.

"Begitu juga, Hakim Bicara (Mahkamah Sesyen) tidak membenarkan SP1 dipanggil semula oleh pembelaan.

"Berdasarkan alasan-alasan berkenaan mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan syarat iaitu jaminan bercagar sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, pemohon melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan, sehingga rayuan selesai.

"Jika pemohon gagal mematuhi mana-mana terma di atas, perintah penggantungan hukuman terbatal dan Waran Mempenjara akan dikeluarkan dengan serta-merta," katanya.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said manakala peguam, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, mewakili Rosmaini sebagai pemohon.

Rosmaini sebelum ini sempat dipenjarakan selama kira-kira 79 hari selepas Mahkamah Sesyen menyabitkannya bersalah.

Pada 9 Disember lalu, Rosmaini dilaporkan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah, 47, sehingga koma, empat tahun lalu.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan di akhir pembelaan kes berkenaan terhadap Rosmaini, selepas perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.

Hakim dilaporkan berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas bekas isteri ketiga, Jahidah, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin kira-kira jam 6 pagi, 4 Mei 2021.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Kes Jahidah itu menggemparkan negara berikutan wanita berkenaan dilaporkan hamil ketika dipukul sehingga parah dan koma.

Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di Seremban, Negeri Sembilan, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban dilaporkan membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023.

Sebutan semula bagi prosiding rayuan induk kes berkenaan ditetapkan 7 April depan di Mahkamah Tinggi.

Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 03:20 PM | Show all posts
mintak ler :

tahanan penjara tukar kpd tahanan umah

diskaun 50% hukuman penjara

Bijan bole..

naper rekyat biasa x bole
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 03:22 PM | Show all posts
fmily jantan ni ada kena bayaq apa2 tak kt ex wife n fmily ex sbb jagakan anak?

lepasni bang jgn mbiak k.
abeskan kturunan bang k sni ja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 03:27 PM | Show all posts
semoga kat mahkamah tinggi nanti hukuman dia ditambah lebih berat..dah terlalu lama dia menganiaya isteri & anak dia..
xleh brain la kenapa hukuman dia mcm terlalu dimudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 04:10 PM | Show all posts
BOLEH PULAK TANGGUH HUKUMAN....
MAHKAMAH DUNIA...MAHKAMAH DUNIA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 04:15 PM | Show all posts
Boleh tak balas balik apa yang dia buat kat isteri dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2025 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 25-2-2025 06:08 PM

Wlaupun x suka dgn sikap mamat tuu. Lawyer dia dlu pnah jdi whistleblower kes rebut harta vs selatan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 04:23 PM | Show all posts
bpbbppbp replied at 25-2-2025 04:17 PM
Wlaupun x suka dgn sikap mamat tuu, tpi lawyer dia hebat jugaklah. Dlu pnah jdi whistleblower kes re ...

prima facie ke mcm ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 25-2-2025 04:17 PM
Wlaupun x suka dgn sikap mamat tuu, tpi lawyer dia hebat jugaklah. Dlu pnah jdi whistleblower kes re ...

Hari tu loyer ni tulis la kat fb. Dia yaqin mamat ni x bersalah. Lepas tu ada org komen, maksudnya ada org lain yg pukul ke? Loyer tu ckp bukan tertuduh ni yg pukul. Nak gak la tahu ada plot twist ke kan dlm kes ni. Ujung2 kene 10 tahun jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 05:03 PM | Show all posts
delsmomm replied at 25-2-2025 03:27 PM
semoga kat mahkamah tinggi nanti hukuman dia ditambah lebih berat..dah terlalu lama dia menganiaya i ...

moga2 ye
sbb ada kes yg lps rayuan sekali hakim kasi up lagi hukuman



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 05:43 PM | Show all posts
gitu je
sbb tk mati ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 06:00 PM | Show all posts
Eloknya dia ni dihukum penjara seumur hidup je..kecederaan jahidah tu seumur hidup jadi gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 25-2-2025 06:55 PM
toynme replied at 25-2-2025 04:23 PM
prima facie ke mcm ni?


Klau x salah blh jdi jugak utk kes rayuan, gna alasan x capai standard prima facie, tapi x bermakna sabitan batal. Utk rayuan, biasanya akan review legal errors. Maybe court tu dapati saksi tu suspicious dan x boleh diterima
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 25-2-2025 04:39 PM
Hari tu loyer ni tulis la kat fb. Dia yaqin mamat ni x bersalah. Lepas tu ada org komen, maksudnya ...

Iol baru loyer tu punya fb. Disebabkan loyer mamat tu, haruslah back up kan.
Tapi sangat ragu2 jugak dgn apa yg loyer tu bgitau dia kata saksi 1 dipaksa tukar statement, kne ugut dll. Pastu dia bagi akuan sumpah saksi 1 tu kne lokap sehari oleh polis bernama apa tahh. Pastu polis tu komen, tu fitnah, tak ada lokap pun saksi 1. Loyer kata bukan rosmaini yg pukul tapi org lain. Tapi dua hari lps jahidah kne pukul tu, rosmaini call family minta maaf dia kata dia pukul sikit je, kat kepala kne pintu. Loyer tu rajin reply komen, tpi bila org kata jadi saksi tu ubah kenyataan, dia x reply pun komen tu. Mmg xmustahil pun kan since saksi 1 tu kenalan rosmaini. Hmm apa pun moga keadilan utk jahidah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
toynme replied at 25-2-2025 04:23 PM
prima facie ke mcm ni?

Kalau dah sabit dan jatuh hukum, dah lebih dari prima facie, dah beyond reasonable doubt. Prima facie tu maksudnya pada penghujung kes yang dibentang oleh pendakwaraya, mahkamah melihat kepada semua hujah dan bukti dan menilai sama ada terdapat kes untuk dijawab. Jika hakim mendapati, on the face of it, hujah dan bukti nampak tak cukup untuk bina kes yang perlu dijawab, maka hakim akan membebaskan orang kena tuduh. Jika hakim lihat hujah dan bukti cukup kuat untuk teruskan kes, maka hakim akan kata ada kes prima facie dan perintahkan orang kena tuduh untuk mendirikan pembelaan. Lepas selesai hujahan tertuduh, maka hakim akan buat keputusan sama ada bersalah atau tidak berdasarkan tahap tiada keraguan yang munasabah dan bukan atas prima facie sahaja. Jika sabit kesalahan maka hukuman akan dijatuhkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bior betul. Ni kes dah sebabkan orang koma kot some more OKU, tak ada rasa sekelumit pun rasa jijik ke lepaskan orang keji @ kejam ni. Makin pelik pelik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekas isterinya tu dah sedar dari koma ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri ke 3 rupanya. Lelaki baran mcm ni kategori tak mampu berpoligami.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nak mampus setan ni

kesian acik Jahidah jd oku sbb setan sial ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cashewnut replied at 25-2-2025 06:48 PM
Bior betul. Ni kes dah sebabkan orang koma kot some more OKU, tak ada rasa sekelumit pun rasa jijik  ...

Lawyer die kamala hisham jaafar, siap letak ayat alquran ek kate die ni xbuat..habis apesal lari dan xjenguk langsung anak, nafkah anak pon xde..xgune punye jantan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049408 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list