|
Beregu utama hampiri gelaran
BEREGU lelaki dan wanita No. 1 negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Wong Pei Tty-Chin Eei Hui semakin menghampiri impian meraih kejuaraan kedua musim ini.
Semalam kedua-dua beregu negara itu mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis yang diadakan di Stadium Pierre de Coubertin.
Kien Keat-Boon Heong yang juga juara Terbuka Macau mudah menundukkan pasangan Poland, Michal Logosz-Robert Mateusiak 21-11, 21-17 pada pusingan kedua.
Selepas kedudukan terikat 7-7 di set pertama, Kien Keat-Boon Heong bagaikan menerima semangat baru apabila meraih 11 mata berturut-turut untuk mendahului 18-7.
Kien Keat-Boon Heong yang tewas pada pusingan suku akhir tahun lepas, bagaimanapun menerima tentangan sengit daripada Logosz-Mateusiak pada set kedua sehingga kedudukan terikat 16-16.
Begitupun, beregu pilihan ketiga kejohanan itu meraih empat mata berterusan sebelum menamatkan permainan dalam masa 27 minit.
Sementara itu, Pei Tty-Eei Hui yang meraih kejuaraan sulungnya dalam kejohanan terbuka di Denmark minggu lepas, hampir dikejutkan oleh beregu bukan pilihan dari Indonesia.
Pei Tty-Eei Hui dipaksa bekerja keras dan tewas di set kedua sebelum bangkit untuk menundukkan Rani Mundiasti-Jo Novita 21-16, 18-21, 21-14 dalam masa 44 minit.
Dalam pada itu, seperti diramal, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan halangan sukar untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir kejohanan Super Series kesepuluh dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu.
Chong Wei yang juga juara Terbuka Malaysia dan Singapura tahun ini, mudah mengenepikan pemain Hong Kong, Chan Yan Kit 21-10, 21-13.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing itu langsung tidak membenarkan lawannya untuk mendahului sepanjang perlawanan yang mengambil masa 33 minit itu.
*************************************************************************************
let's hope for the best.. pada double and lcw -
|
|
|
|
|
|
|
|
Results French Open 2008
as expected, hafiz lost to taufik (ina) 21-15 18-21 15-21
wch lost to kenneth jonassen (den) 13-21 14-21
kien keat/pei tty beat thomas/kamilla (den) 21-19 21-14
fz beat robert/robin (eng) 21-15 21-15 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azalea_girl at 31-10-2008 12:43 AM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu arr..terkejut jgk tgk result tu..dri scotland????
baik rehat je la mew choo...nnti makin teruk lak injured tu nnti,chong wei pun mesti susah hati tu..
ada upset berlaku...sony kalah lg ...
hai aza ...long time no see ...
yelah ...mew choo patut rehat je kan ...kalau perlu surgery, buat jelah ...
maybe kena rehat lama cam choong hann dulu ...
sony kalah ngan perrson ....hermmm maybe perrson main bagus skrg ni ...
kita tenogk camne di lawan taufik malam ni ....
choong hann kalah senang ngan KJ ... tak sangka betul ...
tapi berita baik ...mixed double kkk/pei tty berjaya kalahkan seeded 3rd ..yeaiii ...
hopefully malam ni menang lagi so that kita leh tengok dorang main esok n lusa ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #765 kayla's post
saya memang tak sabar nak tunggu china open -
mana tau this time... ada kejutan lagi..
*cuma tak harap sangat kejutan pemain
yoyo tu - |
|
|
|
|
|
|
|
BAM selamatkan Masters Dunia
Tapi pasangan Kien Keat-Boon Heong belum pasti dapat 'diselamatkan'
PUSINGAN akhir Masters Siri Super Dunia - saingan badminton penamat musim yang 'hilang' musim lalu - kini akan dilangsungkan dengan Malaysia diberi penghormatan selaku penganjur edisi sulungnya.
Namun bahaya menanti pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mungkin tercicir daripada medan aksi menawarkan wang hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM1.8 juta) itu angkara prestasi terumbang ambing pada awal tahun ini.
Kejohanan itu - menghimpunkan lapan pemain dan beregu dengan mata tertinggi daripada 12 Siri Super Dunia - tidak dapat dilangsungkan pada musim pertama ekoran kegagalan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memikat penaja.
Kali ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berwatak ‘penyelamat’ apabila bersetuju menganjurkannya - di Kota Kinabalu daripada 18 hingga 21 Disember ini - selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung BWF, Stuart Borrie, petang semalam.
“Lapan pemain teratas yang menyertai minimum lapan kejohanan Siri Super tahun ini akan dijemput untuk pusingan akhir itu. Setiap negara bagaimanapun dihadkan kepada hanya dua wakil dalam setiap acara,” kata Borrie.
Berdasarkan ranking Siri Super, Lee Chong Wei sudah layak dengan syarat perlu turut serta dalam satu lagi Siri Super selepas ini - di China ataupun Hong Kong, sama seperti Wong Mew Choo.
Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif dan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui sudah melepasi syarat minimum lapan kejohanan itu ketika Kien Keat-Boon Heong bukan sahaja perlu turut serta dalam dua lagi kejohanan, tetapi perlu menghasilkan keputusan baik jika tidak mahu tercicir.
Sementara itu, Rashid Sidek dan Rexy Mainaky masing-masing disahkan sebagai ketua jurulatih perseorangan dan beregu negara dalam penyusunan semula struktur kejurulatihan dengan matlamat mengejar gemilang pada Sukan Olimpik 2012 nanti.
“Kedua-duanya akan diberi kebebasan memilih barisan jurulatih untuk membantu melaksanakan program berkenaan.
“Pemain-pemain yang tersenarai dalam skuad negara pula akan dipantau prestasi mereka setiap empat bulan, dengan yang tidak mempamer persembahan baik akan digugurkan,” kata Timbalan Presiden BAM, Datuk Roland Wong.
Ketua jurulatih sebelumnya, Yap Kim Hock, pula ditawarkan tugas melatih pemain-pemain beregu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #767 amazed's post
yeahhh..finally ada jgk SS final hujung tahun ni..ingatkan tak jadi mcm tahun
lepas...![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azalea_girl at 1-11-2008 01:17 PM ![](http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
yeahhh..finally ada jgk SS final hujung tahun ni..ingatkan tak jadi mcm tahun
lepas...
jangan happy awal sgt aza ...macam2 boleh jadi ..macam2 alasan boleh diberikan ...macam tahun lepas ...
yg tak aku tak paham tu apasal tak buat kat KL? sebab dah dekat sgt ngan malaysian open ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #774 kayla's post
tu laaa,aza pun rasa mcm tu jgk psl prestasi taufik ni...da 2 kali tu...arrggggh!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #776 azalea_girl's post
taufik main rubber semua match dia kan .... even ngan hafiz ...
dia kalah 1st game then menang 2nd n rubber game ...
dehhh ...main rubber pulak dah gade vs KJ ni ... bila nak abis ni ...ngantuk dahhhh ni ...
dan utk 2 minggu berturut2 wakil malaysia utk final hanya 1 - WD ... sape sangka kan ... goodluck wong pei tty & chin eei hui :pompom:
anyway congrats gak kat kkk/pei tty yg berjaya sampai ke semi ...
pei tty mesti letih gile ... tuk WD dia main rubber semua matchs then main XD lagi ...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chong wei..... chong wei..... ape da. ngan taufik pn kalah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #778 micha's post
tu la.. sejak bleh titile datuk ni makin merosot prestasi die.. ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SOURCE : THE STAR ONLINE
Eei Hui-Pei Tty fail to make it a grand double
KUALA LUMPUR: Malaysia抯 Wong Pei Tty-Chin Eei Hui let slip a golden opportunity to win their second Open title after going down fighting in the women抯 doubles final in the French Open in Paris yesterday.
After a superb come-from-behind 22-20 opening match win, Pei Tty-Eei Hui were just two points away from beating the top seeds and reigning Olympic champions Du Jing-Yu Yang of China in the second game but they faltered at the crucial moments.
The Chinese players levelled the match 21-19 before going on to clinch the decider 21-11 against the jaded Malaysians in exactly one hour for their first Open title since their exploit in Beijing.
Still, the Malaysians can walk tall after an excellent two weeks of good workout.
Last week, they won the Danish Open title and yesterday, they made Du Jing-Yu Yang sweat with their good attacking and tactical game.
They were the only Malaysians to clear the semi-finals in Paris following the exits of the top men singles and doubles players |
|
|
|
|
|
|
| |
|