CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tomatomam2222

♥ KAWAN : Kelab Peminat Shah Indrawan ♥

[Copy link]
Post time 1-5-2009 02:53 PM | Show all posts
GOOD LUCK for tomok...dah lama die simpan hasrat nak jadi ape yg die impikan...it's almots there.....

To tan su lok org kuat SRC....gigit jari tak sudah lah lu tokei...dulu buat mcm band sampah je bebudak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 02:55 PM | Show all posts
go tomok...go tomok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 03:20 PM | Show all posts
Aku pasti vote tomok...sbb first aku dah jimat undi x ngundi kakak die ..plus die nye effort...nampak betul2 and bersungguh nak berjaya dlm career...die dah buktikan...."jgn ingat aku budak leleh..satu ari ko akan tau aku siapa" and he did it...hidden talent always have the hard way to succeed...you go boy...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 03:30 PM | Show all posts
KAWAN KAWAN dh pasang khemah kt stadium ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2009 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by batunilam4a at 1-5-2009 15:20
Aku pasti vote tomok...sbb first aku dah jimat undi x ngundi kakak die ..plus die nye effort...nampak betul2 and bersungguh nak berjaya dlm career...die dah buktikan...."jgn ingat aku bud ...




TQ abe batu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2009 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 1-5-2009 15:30
KAWAN KAWAN dh pasang khemah kt stadium ke??


pi laa jalan2 area situ mane tau terserempak ngan ain
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2009 03:31 PM | Show all posts
Originally posted by jingga007 at 1-5-2009 14:55
go tomok...go tomok!!!


go toms go toms jugak.. go n get 1 juta tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by tomatomam2222 at 1-5-2009 15:30


pi laa jalan2 area situ mane tau terserempak ngan ain



ada lg ke khemah ain kt situ???

sekali dh kna angkat dgn MBSA ke blkg giant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 03:41 PM | Show all posts
RM1 juta milik siapa?Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]

DARI (kiri); Esther, Tomok dan Aweera.


Debaran finalis One In A Million musim ketiga - Esther, Aweera dan Tomok bakal berakhir malam ini.

PELBAGAI telahan dan ramalan mula bermain di benak fikiran serta diperkatakan berkenaan siapa yang bakal menyandang gelaran juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) dalam misi merebut ganjaran wang RM1 juta malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Berdasarkan trek pencapaian dua musim terdahulu, juara yang berjaya memikat hati pengundi program yang bersiaran di 8TV bermula jam 8.30 malam ini didominasi peserta wanita. Suki dan Ayu masing-masing terus menerjah persada seni selepas ditabalkan sebagai juara OIAM 1 dan 2. Malah berkat kejayaan itu, mereka turut dijanji merakamkan album mengikut kontrak yang ditetapkan. Tidak seperti Suki yang sudah muncul dengan album pertama, Ayu kini sedang menghitung detik untuk melancarkan buah tangan sulungnya.

Siapa yang bakal mengikuti jejak mereka pada tahun ini masih belum dapat dirungkaikan. Malahan, hingga kini keputusan sama ada tiga atau dua peserta saja yang bakal berentap di pentas akhir juga hanya bakal terjawab pada peringkat akhir nanti dan semuanya berdasarkan undian SMS yang masih dibuka hingga sekarang.

Lalu, siapa yang mampu mencipta kejutan musim ini di antara Tomok, Aweera dan Esther? Apakah Esther gadis biasa dari Kota Kinabalu, Sabah yang dipuji melangit kerana kehebatan vokalnya mampu meneruskan legasi golongan yang diwakilinya. Tak dinafikan kelibat gadis montok ini mendapat perhatian kerana mendapat sokongan padu pengundi yang meminatinya.

Atau mungkin tuah bakal menyebelahi jejaka Perlis bernama Aweera yang tegar memperjuangkan muzik rock. Namun, jangan sesekali dilupakan vokalis Newboyz, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang memberikan persembahan bertenaga dan memberangsangkan secara 'mengejut'.
Tomok mahu tebus maruah lelaki, Aweera bercadang bantu keluarga dan Esther pula mahu kembali sambung belajar.


Tiada lagi imej 'tangkap leleh'

MENURUT Tomok, dia menanam impian dan bertekad untuk menjadi artis dan lelaki sulung pertama mengecap kemasyhuran sebagai penyandang juara OIAM3. Melihat Tomok kini jelas tiada lagi gaya nyanyian 'tangkap leleh', bahkan dia semakin selesa menampakkan sisi barunya yang baru diterokainya.

"Dalam kegembiraan berada di tahap ini, saya juga tidak boleh menyembunyikan debaran pada peringkat akhir nanti. Sepanjang minggu bersaing, saya tidak pernah rasa selesa dengan kedudukan dan pujian yang diperoleh. Malah, perasaan mungkin tersingkir itu sering menerjah. Harapnya transformasi saya keluar daripada kepompong lama akan memberi hikmah dan memohon supaya rezeki menyebelahi saya kelak.

"Apa yang saya perlu tumpukan kini ialah kepada muzik yang bakal dipersembahkan malam itu nanti termasuk keserasian dengan komposer Aubrey Suwito dan band pengiring. Sasaran saya hanya mahu menebus kembali maruah lelaki dan memecah tradisi sebelum ini untuk menjadi juara," kata Tomok yang bekerja keras membuktikan kewujudannya dan kini sudah mula selesa memilih pop rock sebagai pilihan muziknya.
Andai ganjaran RM1 juta itu menjadi miliknya, Tomok yang melihat Esther dan Aweera sebagai saingan sengitnya memberitahu, dia bercadang untuk membuka sebuah studio rakaman yang lengkap di samping menghasilkan sebuah album solo yang berkualiti.

"Selepas 10 tahun bersama Newboyz, saya ingin tampil dengan sebuah album solo namun itu tidak bermaksud saya akan lupakan terus kumpulan kesayangan saya. Siapa tahu saya boleh muncul bersama mereka untuk projek khas seperti mana yang dilakukan sesetengah kumpulan muzik tanah air kita.

"Mungkin selama ini, saya terikat dengan kehendak syarikat rakaman dalam menghasilkan sesebuah album tapi tidak lagi sekarang kerana saya sudah mula nampak hala tuju saya yang sebenarnya dan semuanya bermula bagai sebuah magis selepas saya menyertai OIAM3," katanya yang sudah tidak lagi mengikat kontrak bersama Suria Records.

Tak mungkin korban rambut

BAGI Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, dia sendiri tidak menjangka akan berada di kelompok tiga terakhir. Namun katanya, rezeki yang datang ini tidak harus dipersiakan dan dia kini positif serta bersedia melangkah ke pentas akhir dengan penuh bergaya.

Seperti yang lain, yang begitu mengidamkan wang yang ditawarkan itu, Aweera juga berhasrat untuk membantu mengurangkan bebanan keluarganya termasuk membuka studio dan tampil dengan album memperjuang muzik rock moden.

"Insya-Allah, kalau menang saya juga bernazar nak adakan kenduri kesyukuran. Tapi kalau nak korbankan rambut saya ini memang saya kena fikir banyak kali. Saya juga bercadang untuk membuat rawatan mencantikkan kulit muka saya juga," kata Aweera yang sudah mula nampak realiti sebenar dunia hiburan yang bakal diterjahnya beberapa hari lagi.

Sementara itu, Elizabeth Applunius Chin atau Esther yang sebelum ini pernah bekerja sebagai penyanyi lounge di Nexus, Karambunai, Kota Kinabalu, dia bercadang untuk memanfaatkan ganjaran yang mungkin diperoleh nanti jika diumumkan sebagai juara OIAM3 untuk menyambung pengajiannya yang terbengkalai.

"Sepatutnya saya sudah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang muzik, tetapi sebab ditawarkan menyertai OIAM3, saya harus lupakan buat seketika. Harapan saya kalau menang RM1 juta, mungkin saya dapat meneruskan hasrat itu.

"Malah, saya juga mahu menimba ilmu dalam meneroka suara saya termasuk menghadiri kelas vokal dan kelas bahasa Inggeris demi memantapkan kelemahan yang saya ada. Saya juga kena terus mengurangkan berat badan yang semakin mengembang ini," katanya yang pernah mencuba nasib menerusi pertandingan Akademi Fantasia selama empat kali.

Ditanya mengenai saingannya yang paling terdekat, Esther tidak berselindung memberitahu Tomok antara pencabar terkuatnya. Usik gadis kelakar ini, jika dia bergelar penonton OIAM 3 sekalipun, nescaya dia juga akan terpaut hati untuk mengundi jejaka comel itu.

"Sejak minggu pertama lagi, saya lihat perjalanan Tomok di dalam OIAM 3 bermula daripada undian yang kurang sehinggalah usahanya untuk terus menonjol. Dia setia disokong peminat fanatiknya. Kalau saya jadi pengundi pun, pasti saya akan undinya kerana terpikat pada wajah comelnya.

"Sepanjang mengenalinya, saya melihat dia seorang lelaki yang budiman dan tak sombong. Begitu juga dengan Aweera yang selalu berkongsi masalah keluarganya dan sebagai kawan saya ada menasihatinya apa yang patut. Pengalaman Tomok bergelar artis juga saya titip sebagai ruang terbaik untuk mempelajari dunia sebenar yang bakal saya lalui nanti," kata Esther yang bersyukur ada pihak yang mempercayai bakat nyanyiannya dan cenderung memilih lagu berentak R&B.

INFO: OIAM 3
  • Seperti kebiasaan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, juara OIAM3 akan menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan diuruskan di bawah 8Unit.
  • Bagi yang tidak menang, finalis yang lain turut akan dibantu 8TV selama tiga bulan bermula selepas selesai pertandingan kemuncak nanti sebagai bantuan sementara buat mereka sebelum dilepaskan untuk berdikari.
  • Kata Izham, tidak mustahil bagi finalis yang tidak bergelar juara tetapi mempunyai potensi luar biasa untuk terikat sebagai artis rakaman Monkey Bone dan diuruskan 8Unit. Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada perubahan dan perbincangan.
  • Izham melihat finalis top 3 sebagai sangat bagus dan terbaik. Katanya, Esther mampu memberi lenggok nyanyiannya dengan baik menerusi susunan muzik. Manakala, Aweera dilihat kepada keberaniannya memperjuangkan muzik rock dan Tomok merujuk kepada transformasi dan kejutannya kebelakangan ini.
  • Penghasilan album yang dijanjikan kepada juara OIAM tertakluk kepada artis itu sendiri dalam tempoh setahun. Kata Izham, sebolehnya pihak terbabit ingin mempercepatkan proses pembikinan album itu.
  • Ada beberapa negara seperti Filipina dan Vietnam yang berminat untuk menyadur program OIAM ini kerana melihat konsep yang dipersembahkan amat menarik.
  • Aweera, Tomok dan Esther juga akan muncul memeriahkan Anugerah Industri Muzik ke-16. Malah juara turut diundang sebagai penyampai anugerah pada malam itu nanti.


Lagu finalis:
  • Esther akan menyanyikan lagu baru berjudul Mimpiku nukilan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia bakal mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don't Stop The Music
  • Tomok pula mendapat kepercayaan Aubrey Suwito menyanyikan lagu Rindu Terhenti yang mana liriknya tulisan Tinta S. Lagu seterusnya, lagu popular nyanyian asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu.
  • Aweera menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha O berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, Aweera mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2009 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by britney_sapiah at 1-5-2009 15:38



ada lg ke khemah ain kt situ???

sekali dh kna angkat dgn MBSA ke blkg giant


  takkan dengan ain2 skali die angkut
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 07:36 PM | Show all posts

Reply #767 tomatomam2222's post

yeahhh..go tom.go tom...
oppss silap...go tomok..go tomok...

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:33 PM | Show all posts
CONGRATULATIONS TOMOK N KAWAN!! TERCAPAI JUGAK IMPIAN KORANG
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:39 PM | Show all posts
GUYS! TAHNIAH!

Usaha gigih memang membawa kejayaan! :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:44 PM | Show all posts
TAHNIAH TOMOK...................
ANDA SEMEMANGNYA YANG SELAYAKNYA JUARA OIAM 3.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 10:50 PM | Show all posts
congratz tomok!

wlopun vote bape ketul jer,   tp rs hepi gler dia dh mng
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:04 PM | Show all posts
alhamdulillah....
berbaloi dgn jari jemari aku sakit....
menang gak si tomok!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 11:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:10 PM | Show all posts
congrats tomok! tak sia2 i vote secara menggile td..rekrut 1 family vote sama tao!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:13 PM | Show all posts
buat semua kawan.. wpun biasa je aii mnt dia VC-Rindu Terhenti by tomok -New Single OIAM3

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 11:14 PM | Show all posts
judges oiam pn mmg nak tomok menang..shafinaz dok remind lg psl season 1 dlu tu huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.617892 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list