|
TBB V.32 Tema : Abis Cuti Sekolah & Musim Naik Pelamin[Pemergian Raja Pop]
[Copy link]
|
|
Reply #756 chekshu's post
sedihkan bgm Rasulullah kasih dan sayangkan umatnya, sdgkan kita selalu melupakan baginda
[ Last edited by tikusmondok at 12-6-2009 11:46 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #763 tikusmondok's post
tu lah...
kita mudah lupa...
ingat time solat...
time dengar azan...
masa lain... kepala otak penuh ngan ntah hapa2 jer..
adehhhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
td npk ada tokitomo, skunk dah hilang pulak![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #762 chekshu's post
itulah realiti nya
teringat lagi
anak2 buah <yg kecik..bukan yg besar>
tetiba je tunjuk kat aku
sore derang yg derang rakam guna handphone aku
senyum ajelah
mak sedaranya tak reti pun ... masa tu ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #764 chekshu's post
solat pulak
belum tentu dpt gred A
![](static/image/smiley/default/shy.gif)
[ Last edited by niy at 12-6-2009 12:03 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #765 tikusmondok's post
dini ye ?? dia masih bizi
entah apalah kerja yg ahkak pink yg dini kena buat ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mengenali m subash .. jgn marah ek.. aku tepek sini
Jumaat Jun 12, 2009
Subash akui lebih tenang selepas memeluk Islam
Oleh AU YEONG HOW
M. Subash
SEBELUM bergelar saudara baru, pengarah M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah.
Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang dialaminya sejak tahun lalu.
Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu.
Akhirnya, tanggal 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu.
"Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di sini, semalam.
Filem ini mengisahkan usaha seorang ustaz buta untuk membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah.
Ustaz yang menghadapi masalah kewangan berasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (Mannaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolongnya untuk membina surau tersebut.
Menariknya, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya.
Ustaz Ibrahim Mat Isa
Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam.
Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.
"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya.
Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuuuuuuu
tak de orang eh????
<blog apdated!>
![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #769 niy's post
bagus lah
kalo dah memeluk agama Islam...
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #770 chekshu's post
ada nih..
sakit kepala pulak
inilah selalu jadi.. bila keluar tengahari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #771 chekshu's post
selalu kan
org yg dpt hidayat lambat mcm ni
atau mcm malik noor tu
akan lebih baik agamanya
dari yg kononnya baik dari awal..
[ Last edited by niy at 12-6-2009 14:41 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #772 niy's post
aku yg tak gi kuar pun
sakit kepala dah ni...
![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #773 niy's post
selalunya macam tu lah...
harap2 lah... kekal ke akhir hayat ngan sikap yg begitu kan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|