CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: teky

Retis2 korea yg korang nak bashing & nak puji sgt2...wat jer kat sini..

  [Copy link]
Post time 16-2-2012 01:34 PM | Show all posts
Reply 760# twinkystar


    ituhlah..kononnyer kata rating akan menurun..

tuh bia PD yg tentukan..apa next action die..kalu btol pasal jhyo..rating turun..n nak ttuka..

tuh terserah pada PD..sbb die pon carik makan kan??..so far sekarang takde apa2..so dok dediam enjoy jeh show tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2012 02:02 PM | Show all posts
eeiiiiiiiiiiii...tensen nya tak tgk epi 13 moon & sun lagik......errrr...salah umah ke nih?? ekekeke!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:07 PM | Show all posts
Reply  wordlife

weols dah meletop pon.. dr meluahkan rasa tak puas hati kat pesbuk..haaahh..bu ...
skymania Post at 16-2-2012 11:03


aku moyan kt sini dulu, baru korg sembur kat sana..
aku takut kalau sembur kat sana karang ada yg sentap..
biar otai2 yg buat
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:09 PM | Show all posts
aku moyan kt sini dulu, baru korg sembur kat sana..
aku takut kalau sembur kat sana karang a ...
wordlife Post at 16-2-2012 14:07



    ckp jerla ko x berani
x yah sembur2, cakap jer secara subjektif
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:15 PM | Show all posts
eeiiiiiiiiiiii...tensen nya tak tgk epi 13 moon & sun lagik......errrr...salah umah ke nih?? eke ...
Jelita Post at 16-2-2012 14:02



    saya pon..dr td refresh link..tak kuar2 lgk link donlod!! sress!!!:@

malam nih nak tgk online!:@
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 02:18 PM | Show all posts
saya pon..dr td refresh link..tak kuar2 lgk link donlod!! sress!!!

malam nih nak tgk  ...
skymania Post at 16-2-2012 14:15


saya satu episode pun x tgk lagi
tergolek jer lagi 11 episode yg dh download
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply 765# skymania

link torrent ada dah kat soompi.

tensen gak ngan dak2 soompi asik dok bash lee hwon dah jadik king yg useless/weak dlm epi 13
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:03 AM | Show all posts
Reply  wordlife

weols dah meletop pon.. dr meluahkan rasa tak puas hati kat pesbuk..haaahh..bu ...
skymania Post at 16-2-2012 11:03


aku ingat dh abis...sekali cek in..motipp la warning segala jgn kutuk jihyo...nnt kena setepek.. alahai~~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2012 09:08 AM | Show all posts
Reply  twinkystar


    ituhlah..kononnyer kata rating akan menurun..

tuh bia PD yg tentuka ...
skymania Post at 16-2-2012 13:34


rasenye tade ape la...seme yg dlm RM tue bukan budak pun..terikat dgn contract ape...as long kite enjoy the monday couple, dah la kan... kalo nk ikut bab meroyan....sejak zaman WGM lagik..yg awal2 dulu..sampai nanges2 segala...seme kapel kesayangan bercerai..tp idakla aku sampai boikot ke hape ke..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 09:10 AM | Show all posts
aku ingat dh abis...sekali cek in..motipp la warning segala jgn kutuk jihyo...nnt kena setepek.. ...
amyhisashi Post at 20-2-2012 09:03



    sentaplah tuh..mls nak layan.. kang dikatakan meroyan tak tentu hala..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2015 09:27 PM | Show all posts
Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

"What do you like about Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

"Oh, I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

"Really? I don't know that. I don't listen to the young people's music, because I cannot understand them." Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai 'bitter'.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga' di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat 'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."

"You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya)."

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

"You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don't go home early." --> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam. Wassalam.

Salam sayang,
Cikbeah @CBO Studio.

P/S: Gambar hiasan pembedahan plastik Korea diambil daripada Google. Bayangkan, agak-agak macam ni ke wajah sebenar artis K-pop yang dah cium dan peluk anak-anak dara kita tu sebelum bedah plastik ye? *krik krik* Okbai.


https://www.facebook.com/cikbeahosem



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:22 PM | Show all posts
testing testing sape plak up thread lama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena 2016 aku harap yoona snsd terutamanya x payah la blakon. Mual aku tengok. Cukop la dekk ko nyanyi gedik geduk ats pentas tu n buat aegyo bebanyak. Tp jgn la nko rosakkan mood pencinta kdrama. Mcm aku.

Kalo dak yuri tu blakon bleh aku hadam lg. Soo young aku xtau plak. Maybe dah nak hampir2 mcm yoona. Maleh nyaaa nak nengok. Tp tolong la yoona jgn. Lately dia blakon citer epik drama. Huiii seriauu acik. Jgn la tayang kt tibi. Banyak lg kdrama aku harap tayang kt tibi.

Hanya beberapa org aje kpop idol yg aku rasa berbakat dN bleh blakon. Suzy yg dulu sendu. Aku rasa sgt improve dah skang. Banding ngan yoona. SenNg cite snsd x payah la korang blakon. Publisiti je lebih. Ppuuiiiiiiiiiiit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 10:21 PM | Show all posts
Edited by masdiana-ana at 2-1-2016 11:06 PM
hyunniesSS501 replied at 1-1-2016 11:34 PM
Sempena 2016 aku harap yoona snsd terutamanya x payah la blakon. Mual aku tengok. Cukop la dekk ko n ...

marah nampak.... yonna ada drama baru ke thn nie.. mcm x ada jer..setahu aku suzy adalah drama baru dgn kim won bin..drama apa plk si yonna nie berlakon..tapi aku setuju yonna memang x reti berlakon elok nyanyi jer dik..same to suzy, tapi idol yg boleh berlakon antaranya hyeri dari girls day reply 1988.. best
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
@masdiana-ana Idok le marah bebenor hopefully mmg xdak la drama lakonan dak yoona tu lps2 ni.. sbnrnye dah lama dah nak luahkan tp mls nak gaduh ngan pemenat beliyau... rata2 bdk2 snsd mmg x seswai blakon. Flop habis. Dah bg hero best pon hampeh. Jln citer best pon masih x best.

Mcm miss a suzy, iu, t-ara eun jung, a pink eun ji, sistar bora, sume ni mmg dah tgk lakonan diorg mmg best. The rest nnt aku tengok. Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 11:15 AM | Show all posts
HangPC2 replied at 13-1-2015 09:27 PM
Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih l ...

masa i ols p holiday sana pun, weekend bergelimpangan org2 mabuk dekat train station dorg. masa tu kitorg penat, duduk la kejap kat tangga, dtg sorg mabuk pakcik ni maki kitorg siap nak pukul kitorg. train masa winter lagi la, busuk hanyir. tak semua indah. kitorg siap duduk kat kafe teka siapa yg buat plastik surgery. lol.. kalau nak pergi kali kedua, iols tak pergi dah kot. melain kan mengidam sotong pedas kat sincheon. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 12:51 PM | Show all posts
saya boring dengan Hiburan Korea...... beralih kembali kepada Jepun
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2016 11:49 AM | Show all posts
i'm happy for SS301 comeback. tapi.....
tapi
tapi..

pestaim rasa xnak dgr lagu Pain tu. koreo pun worst
nasib baik lagu ballad tu ok
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2017 08:34 PM | Show all posts
'HAN' DALAM SENI KOREA







Apa yang membuat drama Korea Selatan (K-Drama) begitu menagihkan bagi sesetengah orang ?

Ada drama tempatan yang cuba meniru unsur-unsur K-Drama seperti watak lelakinya kaya raya (ala-ala chaebol), watak perempuannya ala-ala Cinderella, dan ada watak ibu hero yang ala-ala mak tiri Snow White. Namun ia tidak memberi kesan seperti K-Drama.

Ini kerana K-Drama membawa jiwa atau etos orang Korea yang tiada di bangsa-bangsa lain.

Etos ini bernama 'Han' (Hangul: 한, Hanja: 恨).

Dalam kajian psikologi ada konsep 'racial memory' atau 'collective unconscious', maksudnya setiap bangsa mempunyai 'trait' psikologi yang diwariskan dari generasi ke generasi. Han adalah trait psikologi masyarakat Korea.

Perkataan Han ni sukar diterjemahkan. Ia melambangkan perasaan yang bercampur aduk antara rasa dendam atau 'won-han' (Hangul: 원한, Hanja: 寃恨), rasa duka atau 'jeong-han' (Hangul: 정한, Hanja: 情恨) dan rasa kesal atau 'hoe-han' (Hangul: 회한, Hanja: 悔恨).

Tiada perkataan Bahasa Inggeris yang dapat menggambarkan 'Han' secara tepat, tak kira 'regret', 'resentment', 'grief', 'sorrow', 'woundedness' atau 'unavenged injustice'.

'Han' merupakan perasaan kesal atas hakikat hidup yang penuh dengan ketidakadilan dan tragedi. Perasaan Han ini lahir daripada pengalaman sejarah bangsa Korea.

Sebagai sebuah negara kecil yang tersepit antara China dan Jepun, orang Korea (dari zaman Gojoseon hingga Tiga Kerajaan hingga Goryeo hingga Joseon) pernah diserang sebanyak 400 kali, sedangkan mereka tak pernah jadi 'aggressor'.

Dan takdir masih tidak menyebelahi bangsa Korea dalam sejarah moden. Bila sudah moden, dijajah Jepun (1910). Bila sudah merdeka, dipisahkan pula melalui Perang Korea (1950-1953). Bila sudah maju, dihancur pula oleh krisis kewangan (1997).

Pengalaman sejarah menyebabkan orang Korea menaruh dendam terhadap takdir. Namun, mereka sedar mereka tidak mampu melawan takdir, maka mereka pun pendam saja perasaan dendam dan layan perasaan kesal.

Seni menjadi jalan keluar bagi bangsa Korea. Mereka mengguna muzik dan lakonan untuk meluahkan perasaan Han. Proses ini dinamakan sebagai 'hae-han' (Hangul: 해한, Hanja: 解恨) atau 'Han-puri' (한풀이) yang membawa maksud meleraikan Han.

Ada persamaan dengan katarsis (catharsis) dalam budaya Yunani purba di mana teater tragedi menjadi ejen penyucian hati dari perasaan tragis.

Disebabkan Han, orang Korea tersangat sensitif dan sentimental. Mereka boleh mengaitkan segala kesialan dalam hidup sebagai permainan takdir.

Maka tidak hairan, seni moden seperti K-Drama turut diwarnai oleh Han.

Dalam K-Drama, kehidupan manusia digambarkan sebagai tragedi. Hero dan heroine yang saling bercinta tak dapat bersama kerana takdir: mereka ditakdirkan rupa-rupanya mereka adik-beradik, mereka ditakdirkan menghadapi kanser, mereka ditakdirkan mengalami kemalangan, mereka ditakdirkan kehilangan memori.

Ini semua unsur-unsur yang terdapat dalam drama dan filem Korea yang tersohor dari Endless Love (2000), Winter Sonata (2002), Stairway to Heaven (2003), I’m Sorry, I Love You (2004), Tree of Heaven (2006), Secret Garden (2010), Heartstrings (2011), The Moon Embracing the Sun (2012) hingga ke Kill Me Heal Me (2015).

Cerita yang sentimental dan tragis jadi 'trademark' K-Drama. Dan hanya lakonan orang Korea yang nampak 'natural'.

Kita boleh kata orang Korea ini 'fake', tapi air mata mereka adalah paling 'authentic'. Kesedihan itu datang dari hati dan perasaan Han. Para penonton turut terkesan dan menangis sama-sama. Sama-sama menyelami katarsis.

Tapi Han tidak menjadikan orang Korea pesimis. Sebaliknya Han membakar semangat mereka untuk terus 'fighting' dalam hidup. Ye lah, kalau hidup ni akan berakhir dengan tragis, kenapa tidak berusaha untuk mengecapi kebahagiaan? Maka orang Korea pun berusaha bersungguh-sungguh dalam semua bidang, melakukan yang terbaik untuk melawan takdir, walaupun mereka tahu ia hanyalah sia-sia.

Itu sebabnya dalam K-Drama, walaupun pasangan hero dan heroine tahu cinta mereka tak akan ada kesudahan, mereka tetap cuba untuk melawan sehingga mereka dikalahkan oleh takdir.

Perasaan Han juga membawa kepada perasaan 'Jeong' (Hangul: 정, Hanja: 情) atau 'bonding' sesama orang Korea. Jeong wujud di kalangan orang yang berkongsi Han yang sama. Semakin diuji oleh takdir, semakin kukuh hubungan pasangan.

Di waktu-waktu genting seperti Krisis Kewangan 1997, perasaan Han dan Jeong ini menyatupadukan orang Korea untuk sama-sama menyelamatkan negara mereka.

Kita tak akan mampu memahami orang Korea sehingga memahami Han. Itu sebabnya pembuat dasar luar di US hairan kenapa sebahagian besar orang Korea Selatan masih berbaik sangka dengan Korea Utara sedangkan mereka pernah bunuh-membunuh dalam Perang Korea?

Kerana orang Korea sama-sama melihat diri mereka sebagai mangsa takdir. Mereka berkongsi Han. Han memupuk Jeong antara mereka.

Kalau nak tahu, evangelis Kristian mengkaji konsep Han secara mendalam dan mereka 'tackle' psikologi orang Korea dalam dakwah mereka. Mereka menonjolkan ajaran Kristian sebagai penawar kepada Han. Itu menyebabkan Kristian berkembang dengan pesat di Korea Selatan.

Sedangkan agama kita adalah penawar terbaik bagi Han. Tapi itu lah, siapa nak ambil tahu pasal benda-benda macam ni kan ?



Bacaan lanjut :


# Euny Hong, The Birth of Korean Cool (2014)

# Keumsil Kim Yoon and Burce Williams, Two Lenses of the Korean Ethos: Key Cultural Concepts and Their Appearances in Cinema (2015)

# Choi Sang-jin, The Psychology of the Korean People (2000)


- Ayman Rashdan Wong -


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2017 06:16 PM | Show all posts
list2 aku muak

- SNSD hampir sume aku kureng
- JYP..blerghhh
- shin se kyung (minah ni awkward smacam)
- lee jong suk (mamat blakon W! mcm kayu kt RM)

nnt aku tmbah lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068723 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list