CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Finalist Area Finals Open Mic @ UK

 Close [Copy link]
Post time 5-7-2010 11:53 AM | Show all posts
salam semuaaaaaaaaaaaaaaaaa... Mila ada video untuk konsert conetto.. isz yang rakam... tapi youtube ni kenapa tak leh upload.. dari semalam asyik error... someone help me plssssssssssssssssssss.....
nak share video niiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 11:56 AM | Show all posts
Sumber;gua.com.my

Akim, Mila & Aizat Hangatkan Konsert Cornetto
by Ashraf Abd Manaf | 5 Jul 2010

Walaupun kini masyarakat dilanda 'demam' Piala Dunia, namun 'Konsert Cornetto - Take A Chance, Show Your Love' yang diadakan di Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur, Sabtu lepas berjaya menarik perhatian ribuan penonton.

Menurut Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan, pihaknya cuba untuk merapatkan hubungan sesama angggota masyarakat melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Tambahnya, pihaknya juga mahu menjadikan konsert tersebut sebagai satu acara yang menarik dan menyeronokkan dengan menggunakan daya tarikan muzik sejagat serta kelazatan aiskrim sebagai landasan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang mereka sukai.

Mengimbau kembali perjalanan konsert pada malam tersebut, Naz yang bertindak sebagai pengacara berjaya memainkan peranannya dengan baik. Akim yang menjadi penyanyi pertama muncul di pentas wajar dipuji kerana berjaya memberikan persembahan yang cukup berkesan.

Lagu "Inilah Cinta" serta "Bengang" yang dinyanyikannya secara bersahaja berjaya menarik perhatian penonton yang semakin jatuh cinta dengan karektor serta vokalnya yang mantap.

"Saya gembira kerana dapat berada di sini menghiburkan para peminat. Saya akui konsert ini berskala kecil dan apabila melihat ramai penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir, ianya memberikan kekuatan kepada saya untuk memberikan persembahan terbaik," katanya yang semakin yakin di pentas.

Mila yang mengambil alih pentas selepas itu tampil dengan gaya sederhana ketika menyanyikan lagu popularnya "Aku Lebih Tahu" dan "Jika Kau Ubah Fikiran". Walaupun sederhana, namun populariti lagu yang dinyanyikannya berjaya meninggalkan impak kepada penonton.
Usai Mila, penyanyi yang semakin mendapat tempat selepas menyertai program realiti 'One In A Million' (OIAM), Shila berjaya menggamatkan keadaan dengan vokal mantapnya ketika mengalunkan lagu "Ada Saja" dan "I'm Alive".

Tambah hangat apabila Dafi muncul di pentas dan berduet bersama Shila, menyanyikan lagu "Dua Hati Jadi Satu" dan "Tunjukkan Cinta". Kedua-dua lagu yang sememangnya sudah serasi dengan penonton membolehkan penonton menyanyi bersama-sama mereka.

Dafi yang tampil ranggi ketika menyanyikan lagu "Baby" berjaya memukau peminatnya dengan gaya tarian yang menyerlah hinggakan ada segelintir peminatnya yang menggelarkan Dafi sebagai Justin Timberlake Malaysia.

Aizat tidak menghampakan penonton apabila menyanyikan tiga buah lagu popularnya, "Hanya Kau Yang Mampu", "Teka Silang Kata" dan "Kau Aku". Aizat ternyata penyanyi yang cukup profesional apabila berjaya mengajak penonton menyanyi bersama-samanya. Lagu pilihannya yang sememangnya sudah sinonim dengan penonton berjaya memberikan impak kepada keseluruhan persembahan Aizat.

"Saya harap kita semua dapat bergembira beramai-ramai pada malam ini. Sesiapa yang tahu menyanyikan lagu ini, mari menyanyi beramai-ramai dengan saya," ujar Aizat yang sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular, Liyana Jasmay.

Sebagai penutup konsert, Akim dan Mila tampil sekali lagi berpadu suara menyanyikan lagu "Kau Dan Aku" sebelum kesemua artis yang terlibat tampil beramai-ramai di pentas menyanyikan lagu "Inilah Cinta".
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:01 PM | Show all posts
gua.com.my

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 12:09 PM | Show all posts
www.gua.com.my

Akim: Saya Bukan 'Songsang'


Mila & Stacy di mata Akim
Diusik dengan persoalan mengenai teman wanita, Akim yang sebelum ini pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Mila dan Stacy mengakui hatinya masih belum terisi dengan mana-mana wanita.

Apatah lagi usianya yang baru sahaja mencecah 19 tahun seakan tidak memungkinkannya untuk serius menjalinkan hubungan cinta. Namun dia tidak menafikan mempunyai hubungan yang rapat dengan Mila dan Stacy.

"Saya anggap Mila seperti seorang kakak yang sangat baik. Mungkin kami digosipkan bercinta kerana di dalam drama 'Kau Dan Aku' kami berpasangan sebagai kekasih. Disebabkan itu juga kami berdua banyak membuat latihan drama bersama untuk menghidupkan watak masing-masing.

"Bagi mereka yang melihat, mungkin diingat kami berdua betul-betul bercinta. Selain itu, Mila banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang ini," jelas Akim yang berterus terang memberitahu selesa bersahabat dengan anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:11 PM | Show all posts
salam semuaaaaaaaaaaaaaaaaa... Mila ada video untuk konsert conetto.. isz yang rakam... tapi youtube ...
mila_jirin Post at 5-7-2010 11:53



Salam Mila...hal ni kena tanya tira... tira yg pakar upload video ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:30 PM | Show all posts
Sumber; www.murai.com.my

Konsert Cornetto Berjaya Semarakkan Rasa Cinta

Teks oleh: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2010: Suasana di atas bumbung Bukit Bintang Plaza diselubungi rasa cinta dan keriangan apabila konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love disaksikan ramai penonton, malam kelmarin.

Duta Baru jenama Wall's Conetto, Akim membuka tirai persembahan pada malam itu dengan menampilkan lagu tema kempen Cornetto's Take a Chance, Show your Love, Inilah Cinta yang digubah sendiri olehnya sebagai ekspresi cinta dan persahabatannya kepada peminta-peminat yang hadir.

Selepas menyampaikan lagu 'Inilah Cinta' , Akim terus memukau penonton dengan satu lagi persembahan solo, iaitu lagu yang menjadi permintaan ramai penonton dkhususnya di kalangan ahli kelab Akim pada malam itu iaitu Bengang'.

Persembahan pada malam itu kemudian disusuli pula dengan persembahan dari Mila, penyanyi kecil molek yang mempersembahkan dua lagu hitnya seperti 'Aku Lebih Tahu' dan 'Jika Kau Ubah Fikiran', di mana ia telah membuatkan penonton yang hadir turut menyanyi bersama-samanya.

Kemudian kedua-dua bekas duta Wall's Conetto , Shila OIAM dan Dafi pula tampil dan menyamarakkan lagi rasa cinta malam itu dengan berduet lagu medley seperti 'Dua Hati Jadi Satu' dan 'Tunjukkan Cinta' kepada peminta-peminat dari fan club masing-masing.

Kehangatan malam itu semakin terasa apabila mereka sangat terhibur dengan persembahan Aizat. Aizat yang muncul dengan hanya berpakaian kasual pada malam itu ternyata membuatkan penonton menjerit kegilaan lebih-lebih lagi saat dia mempersembahkan lagu hitnya 'Hanya Kau Yang Mampu'.

Selanjutnya, penonton semakin teruja apabila pengacara Naz mengumumkan bahawa konsert malam itu akan diteruskan lagi dengan persembahan dari band popular Bunkface. Seperti hari-hari yang sebelumnya, persembahan Bunkface mmang tidak menghampakan penonton termasuklah pada malam itu.

Dengan membawakan 3 lagu hits yang dimuatkan di dalam album studio pertama mereka iaitu Prom Queen, Situasi dan Extravaganza. Bunkface diakui telah memberikan persembahan yang cukup hebat dan bertenaga pada malam itu.

Terharu dengan sambutan penonton yang bernyanyi bersama-sama mereka, vokalisnya iaitu Sam dengan tidak semena-mena telah turun ke bawah pentas untuk bertemu penonton dan penonton pula mengambil kesempatan untuk mengerumuninya. Sam kemudian berjaya diselamatkan oleh pengawal RELA untuk kembali semula ke atas pentas.

Pada akhir konsert, Akim dan Mila kembali ke pentas bersama penonton semula untuk berpadu suara menerusi lagu hits drama muzikal yang mereka jayakan bersama , 'Kau dan Aku'. Konsert malam itu kemudian berakhir apabila Akim bersama-sama dnegan penyanyi yang lain mempersembahkan lagu tema Wall's Conetto, 'Inilah Cinta' lagi sekal.

Dalam pada itu, Akim yang ditemui di akhir konsert itu memberitahu dia sangat terharu dengan pemilihanya sebagai duta kepada Wall's Conetto itu dan berpuas hati dengan perjalanan konsert pada malam itu.

"Saya percaya, dengan adanya konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love yang berlangsung pada malam ini, ia dapat membuka ruang untuk saya dan mereka yang lain untuk menjalinkan persahabatan di kalangan penonton baru atau yang telah sedia ada yang telah hadir pada malam ini. . Saya benar-benar teruja menajdi sebahagian daripada insiatif yang menggemparkan ini!", kata Akim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2010 05:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:06 PM | Show all posts
Helloooo semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 09:08 PM | Show all posts
Terima kacih pada semua yg rajin tepek pic & artikel tentang Mila kat sini
Thanx to tomtom & kak Tores, teruskan ye
Kita orang dah mula sibuk ni, maklumlah budak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:26 PM | Show all posts
FB MilaJirin

My question today..kenapa dng youtube?? Tak boleh upload videoooo arghhhhh..bila upload error upload error..bila nak dpt uploadddd.. some1 help me pls [via Celcom SMS]


He he..kecian dia, tolong please TT ke, tt ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:28 PM | Show all posts
FB MilaJirin

baru habis gym... petang ni relaxxxx saja.. mlm ni ada masuk studio recording....




Wah..bagus tu, tambah stamina
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:41 PM | Show all posts
FB MilaJirin

Mila reply:


lagu raya. sepatutnya masuk minggu lepas.. tp minggu lepas Mila masuk vokal untuk lagu La Ober.. mila feat ngn Dol (rapper).. lagu tu Mila rakam untuk special project under e-Rama..
so mlm ni baru masuk vocal untuk lagu raya.. Lagu raya kali ni berentak jogettttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:03 AM | Show all posts
Morningggg
Sorry smalam x singgah..internet wat hal lah..
Line hanya laju time2 org nak gi kelas jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:08 AM | Show all posts
Thanks sumer for all d pics n article
Gaun merah ni sama stail ngan gaun for keynote tu ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:11 AM | Show all posts
salam semuaaaaaaaaaaaaaaaaa... Mila ada video untuk konsert conetto.. isz yang rakam... tapi youtube ...
mila_jirin Post at 5-7-2010 11:53


Welcome to my lifeeee
Huhu..org pun susah nak aplod video kat youtube..
Sabarlah Mila..jgn putus asa..teruskan berusaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:12 AM | Show all posts
and video pun xde sbb tersalah bawak batteri.
terbawak bateri yang belum charge
tomatomam2222 Post at 4-7-2010 14:01


Alahhh..sayangnyer
Huhu..kena tunggu video yg Mila aplodlah camni..teringin nak tgk lagu remix yg tomtom suke sgt2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2010 08:15 AM | Show all posts
Dari FB Mila Jirin II

Mila baru sampai rumah..baru balik dari studio.. Rakam lagu raya.. Lagu berentak joget..tajuk Walhidayah Aidilfitri..Harap harap lagu ni mendapat tempat dihati peminat muzik tempatan.. Aminnnn. Hehhe..bulan Julai dan ogos adalah bulan recording untuk Cik Noorsyarmilla (bak kata manager ku Ailis) hahahaahha.. Selamat beradu


Tajuk lagu macam sama jer ngan lagu raya ramai2 Mila dgn Khai, Zahid, Mawi n Faizal
Is it the same song cuma dis time Mila rekod solo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by aFViRGo at 6-7-2010 08:22

Taken from gua.com.my


Mila Dah Penat Dengan Cinta



Sebelum ini penyanyi kecil molek, Nursyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila AF, pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Ebi, yang menjadi rakan seangkatannya di dalam program realiti, Akademi Fantasia (AF).

Namun perhubungan tersebut tidak kekal lama lantaran pelbagai masalah membelenggu hubungan mereka. Selepas Ebi, Mila dikaitkan pula dengan seorang lelaki berusia yang dikatakan juga seorang jutawan dan banyak membantu mengembangkan kerjaya seni Mila.

Mila menafikan gosip tersebut dan menyatakan lelaki yang dimaksudkan hanyalah rakan perniagaannya. Selepas itu tiba-tiba gosip cinta mengenai gadis yang cukup popular melalui lagu "ersis Mutiara" serta "Aku Lebih Tahu" ini senyap. Hanya terdengar khabar angin yang mengatakan dia dan Akim AF cukup mesra ketika di lokasi penggambaran drama bersiri 'Kau Dan Aku'.

Mila, ketika ditemui baru-baru ini, mengakui bersyukur kerana sudah tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana gosip cinta. Katanya dia sudah penat dengan gosip sebegitu namun pasrah jika selepas ini gosip cinta kembali menghampiri dirinya.

"Sekarang saya memang lepas daripada gosip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Tetapi selepas ini saya percaya gosip cinta mengenai saya akan muncul semula. Sebab itulah yang selalunya berlaku. Diam sekejap dan muncul lagi gosip baru.

"Kadang-kadang memang rasa macam malas nak layan. Tetapi saya sedar, sebagai selebriti inilah antara isu yang perlu saya lalui saban hari. Mujurlah setakat ini tiada lagi gosip-gosip keterlaluan yang dikaitkan dengan saya.

"Mengenai saya dan Akim pula, saya mengakui kami berdua memang rapat. Tetapi hanya terbatas sebagai rakan seperjuangan dan saya anggap Akim seperti adik saya sendiri," ujar Mila yang kini semakin matang berkata-kata.

"Kata Hati" single baru
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya seninya, anak kelahiran Pulau Pinang ini menjelaskan, dia bakal tampil dengan single terbaru, "Kata Hati" yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Ajai dan liriknya ditulis oleh Aidit Alfian. Katanya dia kini dalam proses menghasilkan klip videp lagu tersebut.

"Saya gembira kerana kerjaya nyanyian saya semakin berkembang. Selepas 'single' tersebut saya akan fokus dengan album solo saya di mana sehingga kini saya sudah mempunyai empat buah lagu baru.

"Selain Ajai dan Aidit Alfian, album tersebut juga bakal memuatkan karya komposer baru, Amer dan Audi Mok serta karya komposer Indonesia. Mengikut perancangan, saya akan masuk ke studio rakaman pada bulan Ramadhan kerana ketika itu saya tidak terlalu sibuk.

"Kalau ada pun hanya undangan majlis berbuka puasa. Sehingga kini lagu-lagu yang sudah pasti akan dimuatkan ialah "Bla Bla Bla", ciptaan kumpulan Matta dan "Siapa Tak Perlu cinta", ciptaan komposer Indonesia, Richard Kyoto," katanya yang mahu memuatkan hanya lima lagu terbaik di dalam album tersebut.

Semakin ligat berlakon
Dalam kesibukannya mengumpul 'material' baru untuk albumnya, Mila yang sebelum ini pernah membintangi filem 'Lu Fikirlah Sendiri' bergandingan dengan Nabil, masih sempat lagi berlakon di dalam beberapa telemovie yang bakal ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri kelak.

Menurut duta makanan ringan Coco Pie itu, dia menerima tawaran berlakon telemovie kerana masa yang diambil untuknya berada di lokasi penggambaran lebih singkat jika dibandingkan dengan berlakon di dalam drama bersiri.

"Antara drama saya yang bakal ditayangkan Aidilfitri nanti ialah 'Lemang Dan Raya' yang bakal disiarkan di RTM dan 'Aidilfitri Abang Kassim' yang akan bersiaran di Astro Prima. Saya juga terlibat dengan sketsa 'Sinar Hari Raya' yang akan disiarkan di Singapura.

"Selain telemovie tersebut, saya memang ada menerima beberapa tawaran berlakon drama termasuklah sebuah filem, namun watak yang diberikan agak berat dan saya merasakan saya belum cukup bersedia untuk melakonkan watak sebegitu. Apatah lagi saya kini sedang fokus dengan album baru saya," ujar pemilik syarikat LuvMILA Corporation itu.



Just wondering filem mana yg Mila dapat offer n watak aperlah yg berat sgt tu

Takper Mila concetrate buat album dulu yer..x sabar nak dgr lagu Bla Bla Bla tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 08:30 AM | Show all posts

From murai.com.my





Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:45 AM | Show all posts
Taken from gua.com.my
Mila Dah Penat Dengan Cinta

Sebelum ini penyanyi kecil molek, Nursyarmill ...
aFViRGo Post at 6-7-2010 08:21



;) ........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.118436 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list