|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
ahaks, arif pi zoo tengahari2 buta.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jas berhutang nyawa dgn abang baik buat kali kedua |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe....sambung lg ehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm, lomantikkkkkkk
terus teringat telenovela filipina |
|
|
|
|
|
|
|
Arif telah meletakkan cop mohor pd Jasmin...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Arif meneguk jus oren ditangannya dengan rakus. Jasmin yang sedang berselimut dengan tuala dipandang geram. Arif mundar mandir di depan Jasmin. Langkahnya tak ubah bagai seorang pegawai polis yang hendak menyoal seorang pesalah.
“Nak bunuh diri eh?” soal Arif geram. Usahanya melakukan CPR tadi berhasil bila Jasmin dengan cantiknya memuntahkan semua air dari perut kemukanya. Jasmin terdiam, menarik wajah masam bercampur bersalah.
“Nasib baik abang balik cepat tadi. Kalau abang balik malam nanti, agaknya, sekarang ni, kita dah tak jumpa lagi,” marah Arif. Gelas yang telah kosong diletak kemeja. Arif memandang Jasmin lagi. Hampir2 saja nafasnya melayang kerana cemas tadi.
Jasmin diam, tidak berani mengangkat muka. Arif yang sedang marah dibiarkan saja. Memang salahnya sendiri pun.
“Kot ye pun teringin nak berenang sangat kat kolam ni, tunggulah waktu mama ada ke, papa ada ke, abang ada ke…bukannya waktu tak ada orang dalam rumah baru nak berenang. Kalau jadi apa2 macam ni, siapa yang susah…” membebel lagi si Arif.
Jasmin diam. Dia tunduk merenung air kolam yang hampir2 saja meragut nyawanya.
Melihat Jasmin yang berdiam diri, Arif mula kehabisan idea untuk marah. Dia duduk dikerusi panjang ditepi kolam. Jasmin didepannya dipandang. Jasmin memberanikan diri, mengangkat wajahnya memandang Arif.
Pandangan mereka bersatu. Arif terpana memandang mata coklat itu. Serta merta bibir Jasmin yang dikucupnya tadi melintas diruang minda. Kelam kabut fikirannya menidakkan apa yang berada dikotak ingatannya ketika itu.
Jasmin menarik nafas dalam2. Masuk kali ni, dah dua kali dia selamatkan aku dari mati…..Jasmin mengeluh kecil. Buat seketika, mereka terdiam.
“Kalau Jas teringin nak berenang sangat, nanti abang ajarkan,” kata Arif memecah kesunyian antara mereka. Jasmin mengangkat wajahnya, memandang Arif yang sedang merenung air kolam.
“Tak apalah. Jas bukan teringin sangat pun…saja je tadi cuba2…” cepat2 dia berdalih. Arif memandangnya.
“Cuba2 apa bendanya sampai lemas macam tu…” marah Arif kembali. Dia bangun sambil menatang gelas ditangan. Jasmin terdiam bila diperli sedemikian. Dia menggaru2 rambutnya yang masih basah.
“Jas dah masak? Abang laparlah…” soal Arif. Sejak pagi dia masih belum makan. Asyik keluar masuk meeting, tak sempat nak mengalas perut. Jasmine melopong mendengar soalan Arif. Dia juga turut bangun.
“Alamak. Jas belum sempat masak. Tadi Jas gunting pokok, lepas tu mop lantai. Tak sempat nak masak…,” kata Jasmin serba salah.
Arif memandang Jasmin. Dia meraup wajahnya. Jasmin…..jasmin…..siapa suruh kau jadi tukang kebun dan tukang cuci hari ni…….Hiiiiiiiii….Arif menggenggam tangannya kuat, geram. Manakala Jasmin, masih berwajah selamba. |
|
|
|
|
|
|
|
Arif dan Jasmin sama2 menyelongkar isi dapur. Arif membuka peti ais, memandang satu persatu barang2 makanan yang terdapat di dalam peti ais.
“Jumpa?” Jasmin datang menghampiri Arif lalu sama2 menghendap peti ais. Arif berpaling kearah Jasmin di tepinya. Kepala Jasmin ditolak menjauhinya.
“Jas tahu tak towel Jas tu basah? Baju Jas tu pun basah….menitik air merata2 kat dapur ni! Pergi tukar!” arah Arif. Jasmin memandang Arif sambil menggosok2 kepalanya. Bibirnya mendengus dengan perbuatan Arif.
“Yalah…tadi sibuk suruh tolong dia cari benda makan…kata lapar…orang dah nak tolong….bising pulak…” walau langkah Jasmin diatur meninggalkan Arif, dia masih membebel. Arif merenung tajam Jasmin yang sedang menonong ke tingkat atas.
“Membebel apa tu mak cik!!!!” laung Arif. Peti ais ditutup. Perutnya sudah tidak ada bateri untuk berbunyi. Mungkin lain kali perlu dipasang dengan bateri Energizer, barulah bunyi keroncong itu lama sikit.
Arif turut melangkah, naik ke tingkat atas. Jasmin dihadapannya dipandang dari belakang.
“Jas! Tukar bajulah! Kita keluar makan! ,” laung Arif sebaik sampai dipintu biliknya. Jasmin yang baru sampai di depan pintu biliknya terhenti, lalu memandang Arif.
“Kata nak suruh Jas masak…” soal Jasmin lalu memandang Arif. Arif memandang Jasmin di depan biliknya.
“Nak tunggu Jas masak…perut abang ni meletup dulu mak cik oi….” entah sejak bila pula Arif mula memanggilnya dengan panggilan ‘mak cik’. Jasmin mengherotkan bibirnya, tanda kurang senang dengan panggilan itu.
“Baiklah pak cik…..” laung Jasmin seraya membuka pintu. Pintu ditutup kasar. Arif yang mendengar terpana. Pintu bilik yang sudah ditutup dari dalam direnung. Melawann……. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin membuka almari pakaiannya. Dengan hanya bertuala, dia merenung deretan gaun dan dress yang dibeli oleh Datin Zaharah dahulu. Mata Jasmin memandang pula kearah lipatan jeans dan t-shirt yang tersusun kemas.
Sebenarnya, yang melipat semua baju2 itu adalah Mak Esah. Kalau nak harapkan dia melipat, dia tidaklah begitu pandai melipat sebegitu kemas. Mak Esahlah yang mengajarnya teknik lipatan dan beberapa hikmat lagi. Jasmin mengulum senyum, teringat pula pada Mak Esah. Bilalah Mak Esah nak balik ke sini…
Jasmin mencapai sehelai t-shirt. Kemudian pergerakannya terhenti sejenak. Jasmin merenung t-shirt ditangannya. Aku kan muda lagi, kenapa abang Arif panggil aku mak cik? Nafas marah dihembus kuat dari hidungnya. Tak ubah bak naga betina kemarahan. Cuma asapnya saja yang tak ada.
T-shirt dilipat semula baik2 lalu diletakkan kembali ketempat asal. Jasmin menggigit jarinya lalu merenung deretan dress. Hmm…Jasmin menggaru kepalanya.
Aku nak jadi perempuan sikitlah hari ni. Bukan banyak, sikit je….Jasmin tersenyum2 sendirian. Dress berwarna putih bersulam bunga2 ros merah kecil dari kain kapas diambil. Ditelitinya dress yang cuma separa lutut depan belakang. Perfect! Aku nak pakai yang ini! Gumam Jasmin sendirian.
Tuala ditanggalkan. Cepat2 dia menyarung baju itu ke tubuhnya. Selesai bersiap, Jasmin terus menyikat rambutnya yang panjang.
Tok! Tok! Pantas Jasmin memandang ke arah pintu bilik.
“Sekejap!!!” laungnya kuat. Tak sabar2!!! Marah Jasmin didalam hati. Rambut diikat tinggi, menyerlahkan rahang lehernya yang panjang. Lantas, bedak tabur disapu ke muka sepantas kilat.
Tok!Tok! Pintu diketuk sekali lagi. Hhmmhh…Jasmin terus menghampiri pintu bilik. Orang dah kata tunggu sekejap…tak faham2 ke…
Pintu bilik terus dibuka. Jasmin terus keluar lalu terus menutup pintu biliknya. Arif yang berdiri bak tunggul dihadapannya dipandang.
“Jomlah! Lapar sangat ya?” soal Jasmin sambil tersenyum sinis. Sebenarnya, dia hendak berkata begini,’ lapar sangat ke sampai pintu bilik pun nak roboh diketuk’. Tetapi memandang wajah Arif yang serius merenungnya, kata2 kesatnya tinggal di dalam tekak sahaja.
Arif mengangguk. Jasmin dipandang dari atas ke bawah dengan pandangan yang tajam. Dia menarik nafas. Serba salah pula Jasmin bila direnung begitu. Jasmin tunduk. Ada yang tak kena dengan muka aku ke? Jasmin menyeka anak rambut yang menyapa telinganya.
“Jom ,” perlahan suara Arif lalu terus melangkah turun. Jasmin memandang Arif. Hairan dengan sikap Arif yang sering berubah tak kena tempat. Jasmin menarik nafas payah, kemudian melangkah membuntuti Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
Wardah menyiapkan semua dokumen2 penting yang perlu dibawa ke Bangkok nanti. Datuk Muhaiyeen memandangnya yang sedang menyusun dokumen untuk dibinding nanti.
“Slide show you dah check dengan Arif?” soal Datuk Muhaiyeen. Persiapan yang rapid an teliti perlu dibuat bagi menghadapi Sales Conference yang bakal berlangsung di Bangkok nanti.
“Mm..belum lagi Datuk. Tapi saya dah siapkan the whole peresentation dengan Kak Biha,” kata Wardah. Datuk Muhaiyeen mengangguk.
“This time, I want you to go to Bangkok with Arif. Saya rasa, saya kurang sihat sikit sejak kebelakangan ni. So, nanti you book ticket and hotel.Okay,” kata Datuk Muhaiyeen.
Wardah terkedu mendengar kata2 Datuk Muhaiyeen. Dia dan Arif pergi ke Bangkok berdua? Oh my goodness!!
Pucuk dicita ulam mendatang. Wardah senyum lebar. Dia mengangguk lalu mengemaskan semua dokumen2 untuk dibawa keluar. Dia bangun hendak mengundur diri dari bilik pejabat Datuk Muhaiyeen.
“Arif ada berkasar dengan kamu Wardah?” soal Datuk Muhaiyeen tiba2. Langkah Wardah yang mahu menghampiri pintu terhenti. Datuk Muhaiyeen dipandang, lalu pantas dia menggeleng.
“He’s been so nice to me Datuk,” kata Wardah sambil tersenyum. Datuk Muhaiyeen angguk. Lega. Takut juga dia jika Arif melayan Wardah suam2 suku seperti dia melayan gadis2 lain. Padanya, Wardah agak berbeza dari gadis lain. Mungkin kerana Wardah adalah anak kenalan rapatnya.
“Good to hear that,” kata Datuk Muhaiyeen lagi. Wardah senyum lebar, lalu membuka tombol pintu. Dia berlalu dari bilik Datuk Muhaiyeen dengan senyum yang memanjang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pantri dihampiri bila tekaknya terasa begitu dahagakan air milo. Ya, dia perlukan air milo. Untuk menjadikan dia lebih sihat dan kuat untuk meneruskan kerja2 yang masih berbaki. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, namun Wardah masih belum mahu pulang.
Laila, salah seorang pekerja yang lama bekerja disitu kelihatan sedang membancuh kopi. Wardah senyum sebaik wajah mereka bertembung.
“Hai, tak balik lagi?” sapa Laila sambil tersenyum. Wardah mengambil mug lalu memasukkan milo ke dalam mug.
“Ada report tak siap lagi. Lusa nak ke Bangkok,” kata Wardah. Laila senyum sambil meneguk kopi yang dibuatnya. Dia bersandar di dinding pantry, memandang gerak geri Wardah.
“Biasalah…time2 nak conference macam ni. Busylah sikit…” sampuk Laila lagi. Wardah angguk, membenarkan kata2 Laila. Dia mengacau milonya sambil bersandar ke dinding cabinet. Wajah Laila dipandang.
“Laila dah berapa tahun kerja sini?” soal Wardah. Milo yang sudah siap dibancuh diteguk.
“Mmm..adalah dalam 7 tahun…” kata Laila. Wardah menjungkit keningnya. Kagum.
“7 tahun..lamanya..” kata Wardah sambil tersenyum. Laila turut tersenyum.
“Oh, nak tanya Laila sikit boleh?” soal Wardah. Laila didepannya dipandang serius.
“Tanyalah. Apa nya?” soal Laila dalam nada suaranya yang serak2 basah.
“Datuk ada anak angkat baru. Laila tahu tak?” soal Wardah. Laila terdiam, merenung Wardah dalam2, kemudian menggeleng.
“Tak pernah dengar pun! Bukan Encik Arif tu anak tunggal dia ke?” soal Laila. Wardah menarik nafas.
“Mana Wardah tahu?” soal Laila lagi. Ini berita panas!!!
“Well, Datuk kan ex-classmate ayah Wardah. Hari tu we all had family dinner. Datuk kenalkan seorang budak perempuan as his adopted daughter…” kata Wardah.
“Iyyeee???” soal Laila tidak percaya. Wardah mengangguk.
“Tapi, Datuk tak pernah cakap apa2 pun. Budak tu pun tak pernah datang sini…” kata Laila. Wardah jungkit bahu.
“Wardah ingatkan Laila tahu. Saja nak tanya, budak tu datang dari mana. Hari tu, masa family dinner, diorang tak cerita pun asal usul budak tu..” kata Wardah lagi.
“Alah..apa nak heran Wardah. Datuk dengan Datin tu, memang terkenal dengan sikap pemurah diorang. Kalau tak, takkan sampai rumah anak2 yatim kat Puchong tu diorang taja! Frankly speaking, Laila tak heran kalau Datuk ke, Datin ke, nak ambil anak angkat. Family tu memang family baik2…satu dalam sejuta. Susah nak jumpa family baik macam tu,” kata Laila panjang lebar.
Wardah terdiam, menghirup milo suamnya. Nafas dihembus resah.
“Besar mana budaknya?” soal Laila yang masih berminat. Wardah senyum.
“Dah besar panjang Laila…kalau tengok, sebijik macam model dia punya cutting. ..” kata Wardah dalam nafas berbaur cemburu. Wajah Jasmin yang mulus menjelma diruang fikiran.
Laila melopong. Ingatkan budak kecik…
“Iye? Kalau dah cantik macam tu, kenapa tak buat menantu aje terus? Encik Arif tu pun single and available gitu….” kata Laila rancak. Wardah merenung Laila tepat. Nafas payah ditarik. Dia terdiam. Milo dihirup lagi.
“Laila sambung kerja dulu. Nanti kita gossip2 lagi ye..” kata Laila seraya membasuh mugnya lalu meletakkan mug ke tepi sinki. Wardah terus ditinggalkan sendirian. Wardah diam, merenung dinding pantry yang kosong. |
|
|
|
|
|
|
|
“Awak dah tanya Jasmin pasal kahwin?” soal Datuk Muhaiyeen sambal melabuhkan punggungnya dikatil. Cermin matanya ditanggalkan lalu diletak ke meja sisi katil. Datin Zaharah yang sedang mengibas2kan selimut memandang Datuk Muhaiyeen.
“Belum,” balas Datin Zaharah pendek.
“Kenapa?” soal Datuk Muhaiyeen. Selesai mengemaskan katil serba sedikit, Datin Zaharah duduk di sebelah suaminya.
“Saya perhatikan, dia macam tak ada suka pada siapa2 pun. Nak kata dia duduk termenung teringat siapa pun, tak ada. Yang saya Nampak, cuma si Ali tu satu2nya lelaki yang rapat dengan dia,” kata Datin Zaharah.
Datuk Muhaiyeen membaringkan badannya. Datin Zaharah dipandang. Suasana bilik agak suram ditemani lampu jingga.
“Diorang tu bercinta atau sekadar berkawan?” soal Datuk Muhaiyeen lagi. Datin Zaharah menarik selimut, menyelimuti tubuh suaminya. Bimbang kesejukan dek penghawa dingin bilik.
“Ntahlah bang. Tapi, diorang tu memang nampak baik. Tapi, kalau betul pun nak kahwinkan Jasmin, tak bolehkah kita cari lelaki yang lebih baik sikit..” keluh Datin Zaharah. Datuk Muhaiyyen tersenyum simpul.
“Awak ni…kalau betul Jasmin sukakan budak Ali tu, kenapa kita nak halang pulak. Siapa2 saja pilihan dia, kita terima sajalah…” kata Datuk Muhaiyeen. Datin Zaharah mengerutkan dahinya.
“Tapi..” ada resah yang tak terungkap dihati Datin Zaharah. Jemarinya dielus satu persatu.
“Ali tu cuma posmen? Begitu?” soal Datuk Muhaiyeen menduga. Berkali2 pergi menunaikan haji ke Mekah, berpuluh kali tawaf di depan Kaabah, tidak sedarkah lagi kita sebagai manusia bahawa semua manusia itu tidak ada beza antara satu sama lain? Yang membezakan antara manusia hanya satu, iaitu iman yang dibawa ketika mati nanti. Datin Zaharah dipandang.
“Posmen ke, siapa ke, selagi dia boleh menjaga Jasmin, boleh membahagiakan Jasmin, terima sajalah. Soal rezeki, serah pada Tuhan . Dia yang Maha Memberi Rezeki,” kata Datuk Muhaiyeen lagi.
Datin Zaharah menarik nafas panjang. Wajah suaminya dipandang lalu dia menguntum senyum. Datin Zaharah baring di sebelah Datuk Muhaiyeen. Lampu dimalapkan.
“Zah minta maaf bang. Kadang2, Tuhan tu selalu menguji. Mungkin Zah terikut2 gaya kawan2. ..” tutur Datin Zaharah perlahan. Datuk Muhaiyeen membelai rambut Datin Zaharah penuh kasih.
Itulah isterinya yang sudah berkongsi suka duka, susah senang sepanjang hidupnya. Dalam hatinya tak putus2 berdoa agar, Arif juga akan mendapat seorang isteri yang baik. Usia malam kian tua. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...mood fizz betul2 bagus ni..harap2 selalu byk2 n3 mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tq fizz...
seronok pagi2 dah banyak n3 |
|
|
|
|
|
|
|
thanks tuan rumah...
byk tue n3...
kalu free letak n3 bebanyak lagi tau... |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih fizz, lama x msk sini sb tgh MC jatuh bilik air |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 779# zie_kelate78
dah ok ke |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|