Idea penulis sebenarnya bagus, cerita tentang bapa yang mengorbankan segalanya demi keluarga. Berpotensi menjadi hit-drama jika tidak bersaing dengan drama lain yang lebih popular. Skrip - mengenai keluarga, pelakon kanak2 yg menyentuh hati, namun perkembangan plot agak lemah & jalan cerita banyak dragging. Juga tidak logik dalam masa 2 minggu lepas ditembak, ditikam, tergolek, pon boleh sembuh secara normal dalam masa yang sangat singkat. Perkembangan cerita sedikit mendatar, cuma kejar-mengejar, sorok-sorok & sedikit antiklimaks. Jalan cerita juga kurang diberi penekanan pada aspek 'trigger perasaan ingin tahu' pada penonton. Untuk cerita berunsurkan thriller selalunya fokus pada perasaan ingin tahu penonton untuk menjadikan cerita tak bosan.
Episod akhir terdapat moment yang menyentuh hati & boleh diberikan sedikit pujian. Apabila Jang Tae San sebelum tidur memeluk anaknya, sambil dia menangis berkata "There are people who are smiling while looking at me. They are smiling at me. I am also smiling. I am keeping it in my heart. The flower is blooming". Ini menunjukkan betapa watak utama ingin rasa disayangi & dipercayai.
2. Keberkesanan Lakonan (5/10) Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...
1. Lee Junki - Jang Tae San
Lakonan yang boleh diberikan pujian. Sangat banyak adegan menangis, namun dilakukan dengan baik. Walaupun mata tak merah namun berkoyan airmata keluar (mebi pakai eyemo) tapi dia berjaya cover dengan mimik muka / lakonan yang bagus.
2. Kim So Yun - Park Jae Kyung
Boleh dikatakan dia antara pelakon yang boleh membawa pelbagai jenis watak dengan baik.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (5/10)
Biasa sahaja seperti common k-drama yang lain. Tiada yang memorable secene kecuali pada episod terakhir.
4. Skor muzik (2/5)
Lebih kurang 8 OST termasuk acoustic ver. Secara keseluruhannya agak sesuai untuk drama.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
Jalan cerita yang kurang diminati untuk ditonton semula. Hanya agak menarik untuk ditonton buat pertama kali.
Diminta untuk sesiapa yang teringin mengulas keseluruhan drama "Two Weeks"
Ulasan anda akan dikira sebagai markah untuk pencalonan beberapa kategori penting dalam anugerah CARI K-drama 2013 nanti..
Lebih dari tiga ulasan akan mendapat lebih banyak peluang untuk kemasukan ... For more info untuk kriteria penilaian pencalonan boleh dirujuk disini: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=754530&extra=page%3D1
Gunakan cara berikut...
Kredit yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas dengan disertakan markah ....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...
Anda boleh tulis satu karangan review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...
Rating Keseluruhan Drama: (_/10)
1. Cerita (_/10)
Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?
2. Keberkesanan Lakonan (_/10) Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...
Cth: 1. Joo Won
Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (_/10)
Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )
4. Skor muzik (_/5)
Adakah muzik instrumental betul-betul kena dengan adegan yang dipaparkan dengan tidak terlalu berlebihan atau terlalu 'slow pace'?
Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)
Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?