CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
Post time 6-11-2014 03:59 PM | Show all posts
watercolour posted on 6-11-2014 03:51 PM
Eh ramai sunguh tanya napa anwar taknak bg DNA dia. Marilah kita kembali ke tahun 1998 di mana Anwar ...

kalau cenggitu..satu dunia punya penjahat boleh guna excuse mcmtu....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 04:00 PM | Show all posts
Di Malaysia, org yg berintegriti yang first to be kicked out. Soo not relevant. Good example, Tan Sri Khalid.

Kes Norita and Hanif Basree juga diungkitnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:01 PM | Show all posts
cenkudu posted on 6-11-2014 03:56 PM
saya rasa isu pokok dia kita tak de bank DNA dan tak wajibkan setiap rakyat dan sape ada visa masu ...

ini juga satu langkah baik

cuma integriti bank data DNA
juga perlu kukuh

akhir zaman, makin sukar nak
letakkan kepercayaan kepada sistem
ciptaan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:40 PM | Show all posts
d'zeck posted on 6-11-2014 04:01 PM
ini juga satu langkah baik

cuma integriti bank data DNA

bang ..
adik tertarik dengan komen @watercolour

Eh ramai sunguh tanya napa anwar taknak bg DNA dia. Marilah kita kembali ke tahun 1998 di mana Anwar ada bagitau taknak bagi DNA sb nanti di salah guna. Bayangkan kalau DNA Anwar di salah guna, di tabur pada semua mangkuk tandas...maka ramailah rakyat Malaysia tampil membuat laporan polis di liwat kerana ada kehadiran DNA Anwar pada dubur mereka.

tak leh nak google ..
tengok2 abang ader
so nak tanyer abang ..
adakah semudah tu nak membiak DNA dari sehelai rambut .. sehingga erm.. boleh main tabur2? / selit2 merataa tempat?
jangan gelak arr
adik tanyer ikhlas

Terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:48 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 04:40 PM
bang ..
adik tertarik dengan komen @watercolour

ko jgn tanye macai, sbb macai ni otak ade, tapi akal tak de mcm tenuk......otak ade akal tak de.....

macai beranggapan DNA tu air mani semata2......dan jumlahnyr byk, cukup tuk tabur dimana2 dan sesuka hati....

sbb tu dia digelar macai......
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:52 PM | Show all posts
akughi posted on 6-11-2014 04:48 PM
ko jgn tanye macai, sbb macai ni otak ade, tapi akal tak de mcm tenuk......otak ade akal tak de... ...

abang d'zeck macai ke?

sebenar nya sapa2 pun boleh kalo nak jawab soalan tu tadi

abang akughi tau dak? sebab nak tanyer pakcik google .. tenet selow

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 04:53 PM | Show all posts
bluemenx posted on 6-11-2014 03:10 PM
2.45pm: Sangget berkata, keterangan menyebut terdapat kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel tetapi  ...

Saya Mangsa, Bukan Saiful - Anwar   


PUTRAJAYA: "Saya adalah mangsa, bukan Saiful," demikian luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pasukan pendakwaan selesai menyampaikan hujah penggulungan terhadap rayuannya di Mahkamah persekutuan pada Selasa.

Tambah Anwar, beliau terus dibebankan dengan isu DNA yang dibangkitkan pihak pendakwaan untuk dipadankan dengan profil 'Lelaki Y' yang ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kenapa pula saya yang kena (beri DNA). Beban pembuktian adalah di pihak pendakwa. Saya adalah mangsa. Selama ini anda kata Saiful adalah mangsa, tapi tidak...sayalah mangsa," katanya kepada pemberita di Kompleks Istana Kehakiman di sini, Selasa.

Selain itu, Anwar turut mempersoalkan hujah pihak pendakwaan berhubung profil DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari yang dikatakan berkemungkinan milik bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

Menurut Anwar, pihak pendakwaan sepatutnya memanggil Dr Osman untuk dilakukan ujian DNA untuk dipadankan dengan profil asing tersebut.

"Saya nak tekankan pandangan saya, ini perbicaraan jenayah bukan pidato politik. Kalau betul dianggap begitu (DNA asing milik Dr Osman), mengapa pendakwa tak panggil beliau beri keterangan.

"Kenapa tak ambil dan siasat DNA beliau. Sekarang jadi fitnah pula terhadap Dr Osman," katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau yakin pasukan pembelaan mampu untuk mematahkan hujan pasukan pendakwaan pada prosiding yang akan disambung pada Khamis ini.






mesti ko rase simpati gile
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:56 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 04:52 PM
abang d'zeck macai ke?

sebenar nya sapa2 pun boleh kalo nak jawab soalan tu tadi

kalo aku punye pemahaman, nak amik sample dna ni tak payah byk2 pun, secebis pun dah cukup......

yg secebis tu tak cukup pun nak ditabur merata tempat.......

tapi pade pandangan macai.....dna ni air mani, kuantitinye byk dan boleh dipancut disana sini dan bila2 masa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 05:05 PM | Show all posts
akughi posted on 6-11-2014 04:56 PM
kalo aku punye pemahaman, nak amik sample dna ni tak payah byk2 pun, secebis pun dah cukup......
...

ha`ah ..
itu lah pemahaman kita tentang DNA ni
sehelai rambut ja pun cukup

kalau lah sesenang tu nk membiak DNA
huhuhu senang tol nak mengianaya orang lain

sebab tu sekadar nak pengesahan ja tadi

Terimakasih bang Ghi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:09 PM | Show all posts
Swab cheek (dalam mulut) dengan cotton bud pun boleh amik dna.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:14 PM | Show all posts
munchkin posted on 6-11-2014 05:09 PM
Swab cheek (dalam mulut) dengan cotton bud pun boleh amik dna.

ekekeke itak gik

yerp .. terpikir pasal swab cheek tu tadi
tapi..
yang tu cecair ..
ader la alasan untuk d sapu2 kat ehem tempat tu
sebab tu ketepi kan swab tu

hehe logik tak?



pssstt!~ actually tak ambik port sangat pun pasal anuar ni .. cumaa suka bacer2 soal jawab dan pintas memintas jawapan dan cmne nak matikan pihak lawan


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:41 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 05:14 PM
ekekeke itak gik

yerp .. terpikir pasal swab cheek tu tadi

cotton swab paling mudah. lepas tu simpan je dalam DNA database. musnahkan je swab tu balik kan bila dah record data dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 05:43 PM | Show all posts
Dubur Saiful Tak Ditembusi - Ramkarpal

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 4:50 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]


   
PUTRAJAYA: Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah ditembusi, demikian menurut peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.

"Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.

"Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat)," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

Menurut Ramkarpal, ketika prosiding pendengaran rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh pada Khamis, beliau memberitahu mahkamah bahawa isu sample DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari sebagai pengadu dalam kes berkenaan tidak timbul.

"Kenapa kita bercakap soal DNA sedangkan dia tidak ditembusi (diliwat).

"Saya fikir mahkamah sudah mengambil kira pelbagai hujah yang dibangkitkan pihak pembelaan. Justeru saya yakin perayu layak untuk dilepaskan," katanya.

Sementara itu, ketua pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan keterangan Mohd Saiful Bukhari bahawa anak guamnya itu diliwat.

"Oleh kerana ini kes seksual, selalunya mahkamah nak lihat apakah sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongannya ialah Mohd Saiful mengaku diliwat dan ada pancutan air mani dalam duburnya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 06:05 PM | Show all posts
cenkudu posted on 6-11-2014 05:41 PM
cotton swab paling mudah. lepas tu simpan je dalam DNA database. musnahkan je swab tu balik kan bi ...
musnahkan je swab tu balik kan bila dah record data dia.
yang tu la dier rang tak nak .. takut tak d musnahkan ..
alasan untuk mengatakan takut d salah guna ...kot
sebab tu takmo bagi DNA

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 06:22 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 04:40 PM
bang ..
adik tertarik dengan komen @watercolour

mungkin ummah ingat DNA macam tepung kot sis?
boleh tabur2 sebegitu jah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 06:25 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 06:05 PM
yang tu la dier rang tak nak .. takut tak d musnahkan ..
alasan untuk mengatakan takut d salah gu ...

betul tp boleh buat kat overseas dimana2 lab kroni

tapi kata beban pada pendakwaan bukan pembelaan

bila amik sampel DNA lokap dia kata tak sah

sebenarnya no way out dengan tertuduh mcm ni kecuali ada akta DNA



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 07:32 PM | Show all posts
Macai sepol kalu anwar nk bg dna pn watpe??mmg bontot yg korg puja x ditembusi??cer pkir cer pkirke anu nuwart kecik cm jarum masukkn dna ke bntot nuwart
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 08:19 PM | Show all posts
Anwar imamkan solat di depan mahkamah

FATHIN ATHIRAH HASLI
6 November 2014



- Foto Sinar Harian Online oleh FATHIN ATHIRA

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran  bangunan Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilapor mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yang setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yang ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-11-2014 08:20 PM | Show all posts
Rayuan kes liwat: Mahkamah harus lepas dan bebaskan Anwar - Ramkarpal




DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama Ramkarpal Singh ketika keluar dari Mahkamah Persekutuan selepas mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan harus melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan memandangkan kes pendakwaan itu penuh dengan keraguan dan kebetulan yang tidak terkira.

Peguam Ramkarpal Singh berkata, ia tidak boleh menjadi satu kebetulan apabila Mohd Saiful Bukhari bertemu dengan seorang pegawai kanan polis dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu.

Beliau berkata, semua bukti saintifik yang dikemukakan pihak pendakwaan dalam kes liwat itu tidak boleh dipercayai dan patut ditolak pada akhir kes pendakwaan di peringkat Mahkamah Tinggi itu sendiri.

"Kemungkinan yang nyata ialah sampel bahan itu telah tercemar dan hakikat bahawa pemberian mereka (pendakwaan) tidak sama dengan sejarah sampel yang diambil, jelas menimbulkan keraguan yang serius terhadap integriti sampel.


"Ia tidak boleh dikatakan tanpa ragu-ragu bahawa ia adalah sampel yang sama diambil daripada PW1 (Mohd Saiful Bukhari)," beliau berhujah di hadapan lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada hari ketujuh prosiding rayuan akhir penasihat PKR itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 08:22 PM | Show all posts
msia bole
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058963 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list