CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Budak Lelaki Hilang Sejak 31 Oktober, Ibunya Minta Bantuan Melalui WhatsApp

[Copy link]
Post time 6-11-2016 12:07 AM | Show all posts
so apa kata acik2 kepam whatsapp sekalian???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya ditemui dlm keadaan selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 12:42 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 5-11-2016 06:04 PM
Dgn ayah dia.....

Dah jumpa dah...

Betul ke dah jumpa? Bila jumpanya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 6-11-2016 12:42 AM
Betul ke dah jumpa? Bila jumpanya?

dh jumpa dh..br je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 6-11-2016 12:42 AM
Betul ke dah jumpa? Bila jumpanya?

Alhamdulillah sudah ketemu dlm keadaan selamat

ADIK NOOR AYRILL AQASHA SUDAH DIJUMPAI

Kuala Lumpur, 6 November 2016 - Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, yang dilaporkan hilang ditemui selamat oleh abang kepada rakannya di perhentian bas di Ampang, lewat petang ini.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata anaknya dijumpai Mohd Ismail Abdullah, 15, iaitu abang kepada rakan Noor Ayrill Aqasha, ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya di Bukit Ampang.

"Saya hanya tahu mengenai berita penemuan dia apabila dimaklumkan oleh bekas isteri kerana ketika itu saya tiada di rumah kerana sedang mencari anak saya di luar.

"Saya amat bersyukur dia ditemui dalam keadaan selamat. Itu yang paling penting," katanya ketika dihubungi.

Noor Ayrill Aqasha sebelum ini dilaporkan hilang pada 31 Oktober lalu selepas keluar dari bilik sewa bapanya di Jalan Jejaka 5, Taman Maluri, di sini.

Sementara itu, Mohd Ismail pula berkata, dia memang kenal kawan adiknya itu, terutama apabila kehilangannya menjadi viral di media sosial.

Sumber: Harian Metro via fb PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:21 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 6-11-2016 01:18 AM
Alhamdulillah sudah ketemu dlm keadaan selamat

ADIK NOOR AYRILL AQASHA SUDAH DIJUMPAI

Alhamdulillah dh jumpa. Tq updates
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2016 02:15 AM | Show all posts
Edited by honeylynn at 6-11-2016 02:22 AM

Alhamdulillah dah selamat jumpa..tp ntah nape aku cam bau ikan je?...huhu! selama ko hilang tu takkan tak minta tolong sesapa? umurpun 10 thn dah..boleh fikir je kalau ko sesat? makan tempat tido camne? isk! wait & see jela...
jangan ko merayap atau lari rumah ke pastu create citer macam2.. tak sanggup kena game lg dgn budak2 camni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 02:26 AM | Show all posts
MarryPottet replied at 6-11-2016 01:18 AM
Alhamdulillah sudah ketemu dlm keadaan selamat

ADIK NOOR AYRILL AQASHA SUDAH DIJUMPAI
Alhamdulillah dah d jumpai

Terimakasih untuk update
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2016 02:52 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-11-2016 02:52 AM

Tengok pic ni, looks like stay over kat rumah kawan je.. Hmmm
Apa2 pun salah Bapak x guna tu, anak dah hilang berapa hari baru buat report polis. Laki mmg ramai cuai cam tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 03:34 AM | Show all posts
esteryen replied at 6-11-2016 03:29 AM
Tengok pic ni, looks like stay over kat rumah kawan je.. Hmmm
Apa2 pun salah Bapak x guna tu, ana ...
ha`ah kan ..
kalau berdasarkan gambar tu la

setuju dengan Esteryen .. nasib baik budak tu tak apa-apa .. bapa yang sangat cuai ..tapi ..
masih ada juga komen yang menyalahkan bekas isteri merangkap emak budak tu.
Apa lah kaitan dengan emak tu .. sedangkan budak tu bawah jagaan si bapa.


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa budak ni jenis liar lah. apaknya pun x jaga sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 6-11-2016 01:18 AM
Alhamdulillah sudah ketemu dlm keadaan selamat

ADIK NOOR AYRILL AQASHA SUDAH DIJUMPAI

Alhamdulillah...bless him.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 06:40 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-11-2016 02:56 AM
kana halau dgn mak tiri ke...

**teringat citer amsyar....mak pak sedara semua(xcept sorg je) x na ...

cita bila ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Adek ni kaler rambut ke? Ke mata iolss yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 6-11-2016 06:40 AM
cita bila ni..

Ni drama ler cik fara
Tv9, cik fara kna tgj kt internet la ... Sedih citer ni, anak yatim yg di buat mcm bola...tgk ler citer ni cik fara, anak iolls mcm dh insaf sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2016 11:10 AM | Show all posts
KANAK-KANAK yang hilang sejak 31 Oktober lalu, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, memberitahu yang dia tidur di rumah satu keluarga di Taman Kosas, Ampang, pada malam pertama kehilangannya.

Bapanya, Noor Shahril Yusmarizal, 39, berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu kemudian memberitahu yang Aqasha tidur di perhentian bas dan restoran sekitar taman berkenaan pada malam seterusnya.

"Dia ada cakap selepas tidur di rumah kawannya itu, dia tidur pula di perhentian bas.

“Selepas itu ada tidur di restoran. Tidak pasti sama ada empat malam tu di situ sebab dia macam susah nak ingat semula. Tapi dia kata memang di kawasan itu saja.

"Itu memang pertama kali dia ke kawasan berkenaan dan dia tak balik sebab katanya tak ada duit," katanya ketika ditemui di IPD Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.

Selepas lima hari kehilangannya, Noor Ayrill Aqasha yang dipanggil Aqasha ditemui Muhammad Ismail Abdullah, 15, yang juga abang kepada rakannya, berseorangan di perhentian bas di Bukit Ampang, pada 7.30 malam.

Noor Shahril yang dimaklumkan mengenai penemuan Aqasha oleh bekas isterinya, berkata kejadian ini ternyata menjadi pengajaran berguna buat dirinya dan mungkin juga orang lain.

"Kebiasaannya Aqasha akan beritahu saya ke mana dia pergi dan hari pertama dia hilang tu dia sebenarnya ada datang ke tempat kerja saya tetapi sekuriti beritahu Aqasha yang saya sibuk.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya harap pihak luar tidak terus menuding jari kepada saya kerana saya sebagai bapa tidak mahu perkara ini berlaku.

"Ramai salahkan saya sebab anak saya tidak bersekolah tetapi mereka tidak berada di tempat saya dan tak tahu apa masalah yang saya hadapi di sini," katanya yang bekerja sebagai chef di sebuah hotel.

*** ntah apa ntah .. sampai anak tak d hantar ke sekolah .. apa sahaja alasan tak dapat d terima

Sementara itu, ibu Aqasha iaitu Siti Rohayu Yaacob, 37, berkata dia terima panggilan Muhammad Ismail, pada 10.30 malam, dan kemudiannya memaklumkan kepada bekas suaminya, Noor Shahril

... sambungan .. panjang sangat


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:24 AM | Show all posts
... sambungan ...

“Alhamdulillah, walaupun macam-macam cerita di media sosial, saya memang positif dia selamat. Kemudian saya minta Muhammad Ismail jaga Aqasha takut dia kemana-mana lagi.

"Seterusnya saya minta dia bawa Aqasha ke ke kediaman bapanya dan kemudian ke IPD Cheras, pada kira-kira 11 malam, kerana laporan polis di buat di situ," katanya yang bekerja sebagai kerani jualan.

Siti Rohayu berkata, Aqasha menetap bersama bekas suaminya sejak empat bulan lalu dan dalam proses untuk bersekolah semula selepas berhenti daripada Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran.

"Sebelum ini saya memang jaga ketiga-tiga anak tetapi disebabkan masalah kewangan, bekas suami menjaga Aqasha. Kami memang bebas untuk melihat dan menjaga anak-anak, tidak ada sebarang halangan.

"Tetapi bila jadi macam ini, iktibar untuk saya jadi mungkin lepas ini kami perlu berbincang mengenai penjagaan anak-anak pada masa akan datang.

“Ikutkan saya memang berhasrat untuk jaga dia, tapi masih perlu berbincang," katanya yang sudah berpisah dengan Noor Shahril sejak lebih setahun lalu.

Sementara itu, remaja yang menemui Aqasha berkata, dia dalam perjalanan ke Bukit Ampang ketika ternampak Aqasha di perhentian bas berkenaan dalam keadaan lemah.

"Saya takut juga masa bawa dia balik, sebab kisah dia hilang dah viral nanti orang ingat saya yang culik dia.

"Masa tu saya bermotosikal nak ke Bukit Ampang , kebetulan jalan sesak dan perlahan, saya ternampak dia di perhentian bas.

"Saya tanya dia pergi mana, tapi dia tak jawab dan terus menangis. Jadi saya bawa dia balik ke rumah, beri makan dan telefon ibunya," katanya yang ditemui di IPD Cheras.

Muhammad Ismail mengenali Aqasha yang berkawan dengan adiknya yang berusia 11 tahun dan tahu mengenai kehilangannya apabila kejadian itu viral di Facebook (FB).
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:27 AM | Show all posts
Dah dua-dua Wartawan Cari berebut tepek berita yang sama ..

FC tepek juga lah kat sini gambar pak mak budak yang hilang tu

@edee_91  







Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-11-2016 11:10 AM
KANAK-KANAK yang hilang sejak 31 Oktober lalu, Noor Ayrill Aqasha Noor Shahril, 10, memberitahu yang ...

Aiyoh dek, orang kampung tak kerja chef pun reti hantar anak oku prrgi sekolah, ni kau ada kerja tetap dan anak tak oku pun tak hantar anak ke sekolah.
Dah tu bini kau pun buat bodoh jah ke anak tak sekolah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058260 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list