CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Rakyat bantu cikgu beli scrambler

[Copy link]
Post time 22-5-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tabur batu kerikil atas jalan tu mcm dekat ladang2 sawit tak boleh ke? Boleh ke kurangkan selut2 tu? Buat jalan pakai duit bauksit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 11:06 AM | Show all posts
marumaru replied at 22-5-2017 12:28 AM
Berbaloi la kan dengan penghargaan yg korang dapat setiap 16 mei kan...semoga semangat ini berterusa ...

Cuma tak buleh ke org2 asli duk kawasan penempatan yg lebih sempurna sikit untuk kebaikan bersama?


kannn...dah makpak nak duduk hutan banat sangat takyah la skolah. home schooling jer la mcm sohaibewak..ala2 pembelajaran dari alam kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:09 AM | Show all posts
haritu i ada tengok royalties pahang up pasal cikgu ni
alang alang, bagi la datukship kat cikgu yang betul betul berkhidmat untuk anak pahang
nak majukan anak pahang
daripada bagi datuk kat artis yang tatau apa sumbangan pada rakyat
melalaikan rakyat ada la
heh~
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:16 PM | Show all posts
cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:22 PM | Show all posts
atau sekurangnya tukar tayar motor cub dia ke jenis dirt
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli kan jelah motor terus siap2...buat konvoi hantar pd die...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2017 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 21-5-2017 08:50 AM
elok la ko beli motor tersebut, kang nanti motor rosak, cikgu pulak tak datang kerja, dah elok orang ...

ada orang tua jenis macam ni jenis evergreen. guna nokia lama. motor lama. kereta lama. rumah old fashion. dia x nak pening kepala.

btw mesti cikgu tu guna honda.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan senang nak cari rezeki. Semoga dipermudahkan setiap urusan cikgu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2017 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 21-5-2017 09:09 AM
Tanya la cikgu2 semenanjung yg posting pedalaman Sabah dan Sarawak
Memang menangis

macam kakka aku la. 25tahun dok bandar. dah biasa gi mcd 20minit dari rumah.

sekali dpt tawaran kat sabah nun kawasan lahad datu sana. nak makan mcd 2jam perjalanan ke tawau.

tapi balik dari sabah elok sikit perangai dia. kalau tak aku gado ngan dia hari hari
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tossee replied at 22-5-2017 09:33 AM
Sbb tu dia tolak bantuan duit utk beli scrambler tu dan kasik kat anak murid dia, kalo dia tak mam ...

Merangkak lah iolss dipadang mahsyar nanti nak cari cikgu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah balas jasa dan pgorbanannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 09:40 AM | Show all posts
Jakoa hargai guru berkorban didik anak-anak Orang Asli


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pengorbanan seorang guru terpaksa berulang-alik setiap hari sejauh 135km menggunakan motosikal melalui jalan berbukit demi tugas mendidik anak-anak Orang Asli di SK Lenjang di Lipis, Pahang, mendapat penghargaan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Mohd Jamalludin Kasbi.

“Saya amat tersentuh dan bagi pihak Jakoa ingin merakamkan terima kasih bukan sahaja kepada guru, Ahmad Saidin Mohd Idris, tetapi juga kepada semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam mendidik pelajar Orang Asli,” katanya.

Kisah dedikasi Ahmad Saidin itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, menjadi tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi.

Mohd Jamalludin berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi membina jalan baharu sejauh 30 kilometer dari Pos Betau ke Pos Lenjang.

“Pembinaan jalan itu akan dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia di bawah program Jiwa Murni pada Julai ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Kami menghargai dan mengalu-alukan cadangan untuk menaik taraf jalan ini kerana ia bukan sahaja bakal memberi manfaat kepada guru-guru di SK Lenjang, tetapi juga kepada guru yang mengajar di SK Titom,” katanya.

Mohd Jamalludin berkata jalan sedia ada menghubungkan Pos Betau dan Pos Lenjang juga digunakan oleh kenderaan yang terlibat dalam aktiviti pembalakan.

Beliau berkata setiap tahun Jakoa memperuntukkan lebih RM30 juta bagi meningkatkan pendidikan anak-anak Orang Asli , namun pada masa yang sama pihaknya masih mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan untuk kesejahteraan masyarakat berkenaan. — Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.065420 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list