|
[Tempatan]
Mandikan Kereta Baru Dibeli Dengan Air Yasin Adalah Khurafat
[Copy link]
|
|
Hihi..aku pon pernah buat..siap siram air zam zam lagi pada tayar kereta aku lepas aku gelek mati kucing seekor. Trauma wey pastu aku cuba2 la buat kaedah ni..bodoh pulam igt blk |
|
|
|
|
|
|
|
I seek forgiveness to the god
nah
Kajian Saintifik Terhadap Molekul Air Dan Bacaan Al QuranFirman Allah Swt Dalam Surah Al Anbiya Ayat 30 Dan kami jadikan daripada air,tiap tiap yang hidup , mengapa mereka tidak mahu beriman ?
Maha suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja.
Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata? Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks.
Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen. Kajian saintifik di Jepun :
Penggunaan air sebagai bahan rawatan islam tidak boleh dipertikaikan lagi apabila terdapat suruhan dalam Al Quran dan As Sunnah . pada akhir zaman kini, kajian saintifik turut mengakui hujah daripada Al Quran dan As Sunnah melalui penemuan ajaib kajian Prof Dr Masaru Emoto dari Jepun terhadap molekul air . Beliau menerima gelaran Doctor Of Alternative Medicine Dari Open International University .
Hasil kajian Dr Masaru Emoto ini membawa manusia kepada akhlak islam yang sebenar walaupun beliau masih belum menerima hidayah islam tetapi mesej kajian yang ditemui oleh beliau mampu membuka minda manusia bahawa kebesaran keajaiban ciptaan ALLAH swt kepada air yang mempunyai hakikat nya dan kekuatan yang terdapat di dalam nya.
Kajian beliau menyatakan bahawa AIR ITU HIDUP !
Air mampu bertindak balas terhadap perilaku terhadapnya contohnya melalui kata kata , bacaan , tulisan , gambar , suara kuat , suara perlahan . akhirnya hasil daripada perilaku tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk heksagonal ( 6 segi ) sempurna kecantikannya atau sebaliknya . Bentuk molekul air seperti kecantikan kristal inilah yang mampu berperanan bagi merawat penyakit dalam tubuh badan seseorang .l
Maka jika sebaliknya, melalui kata kata kesat , bacaan , tulisan , gambar , ucapan yang teruk seperti “ Kamu Bodoh, Mati , Bunuh dan sebagainya diperdengarkan kepada air termasuk lagu lagu yang melalaikan seperti ROCK dan sebagainya akhirnya hasil daripada perilaku dan persekitaran tersebut akan membentuk Kristal molekul air berbentuk yang sangat buruk dan menjijikan .
Kajian Ini amat memeranjat dunia kini apabila ia mengingatkan kembali apa yang telah lama diajarkan oleh Rasulullah ﷺ selama ini melalui cara adab menjalani kehidupan seperti adab sebelum makan dan minum , cara ruqyah , membaca Ayat Al Quran kepada air dan kepada pesakit, cara percakapan yang baik dan larangan terhadap kata kata yang kotor dan sebagainya
Rujukan Buku Messages From Water Dan The True Power Of Water Oleh Masaru Emoto
Cuba teliti gambar ini,jelas menunjukkan molekul air zam-zam ini berkilau sperti Kristal dan sangat menarik. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada air zam-zam ini. Molekul ini sangat menarik dan bercahaya.
Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti ‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin. Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila terdedah kepada perkataan biadab.
Jadi inilah hikmah kita di tuntut membaca bismillah dan doa ketika hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari Allah. Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan.
Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah Sekaligus kajian ini dapat menunjukkan bahawa air yang telah dibacakan Al Quran ( Kalam Allah Swt Yang Maha Agung , Doa Doa Penyembuhan ( kata kata yang baik dalam permohonan kepada ALLAH SWT ) mampu memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan kita dan pesakit.
Masih belum ada komen,jadi lah orang yang pertama! KAJIAN SAINTIFIK TENTANG MOLEKUL TERHADAP AIR DAN BACAAN AL QURAN
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 msa kecik taun 90an parents aku pun buat bnda sama. Siap klo nak exam tu solat hajat pastu letak segala pencil pen yg nak guna time exam tu.amek berkat gitu. Mujorrr skrg dorg dh tersedarrr drp amalan2 nonsense gini |
|
|
|
|
|
|
|
Akak syak itu semua budaya hindu kan? Bomoh kereta dan rumah baharu beli bagai sebab kawan hindu akak selalu tanya bila naik rumah or beli kereta baharu ada buat upacara ke idok. Kakak bilang akak memang tak lah, some moslems sunni local mungkin buat upacara menurun bagai ini bila beli kereta or rumah baharu |
|
|
|
|
|
|
|
makna molekul pun tak tau tapi nak gak fefeeling sependapat dengan saintis.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya kebanyakkan dr mereka ni dok mandikan air yasin bagai, tp bawak keta mcm hanat. Nak minta doakan supaya jgn aksiden konon bila mandi air yasin keta tu, tp klu dah bawa mcm setan, apa kejadah. Mentality meleis ni sgt contradict.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh jd transformer gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
So yg byk eksiden tusenua x mandikan kereta dgn air yassin la? Agak2 MAS mandikan x kapal dorang? Jenuh tu... |
|
|
|
|
|
|
|
...masa mula2 beli kereta dulu .. iswara warna biru laut .... bangag sangat rasa ..... my MIL bawak ke orang alim .. orangalim tu curah air yakin kat tayar dan renjis2 kat kereta ..... saya dan suami ikut kan sahaja ....
until now, tiap kali belikeret abaru .. hubby akan baca yasin dan renjis2 .... ikut jerr ... janji tak syirik .... |
|
|
|
|
|
|
|
first time aku encounter masa belajar dulu... kawan aku dpt kereta baru. terus dimandikan dgn air surah yasin... dan dia kritik sapa kutuk amalan tu... katanya... 'sapa kritik. ni nanti dia beli keta dia buat hal sama jugak' seriously... aku takde idea sebelum ni yg melayu suka mansikan kenderaan baru dgn air yasin... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 20-11-2017 09:20 PM
makna molekul pun tak tau tapi nak gak fefeeling sependapat dengan saintis.....
Itu pun daripada kajian saintis kaper laknatullah |
|
|
|
|
|
|
|
Nape aku br tau amalan ni..ke ni cite troll je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Atifan replied at 20-11-2017 08:43 PM
Hihi..aku pon pernah buat..siap siram air zam zam lagi pada tayar kereta aku lepas aku gelek mati ku ...
Niat buang sial ke uols? :lol" |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 20-11-2017 09:38 PM
first time aku encounter masa belajar dulu... kawan aku dpt kereta baru. terus dimandikan dgn air s ...
Aiol baru tau bila baca thread ni. Muslims tempat ai tak buat benda khurafat nih. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 21-11-2017 03:24 AM
Aiol baru tau bila baca thread ni. Muslims tempat ai tak buat benda khurafat nih.
warisan hindu kot... sama dgn tahlil |
|
|
|
|
|
|
|
ade jer org yg amat rapat ngan aku buat cam nih...
teringat mase aku beli keta baru thn 2010 aritu... dia siap ckp... "mandikan dulu keta tuh baru bawak"
mandikan tu bermaksud siram ngan air yasin kot....
aku buat bodo jer... nak tegur dah level Hj.... kang pertikai ilmu aku tahap chunin lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kt sabah ada aja orang buat biasanya kaum bugis lah..kawan I sorang kawen dgn org bugis ni dia cerita masa beli kereta baru mertua dia buat "cherak" terkejut dia |
|
|
|
|
|
|
|
pergh....lain bunyi nya nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi banyak kebaikan kita modify sikit exhaust kereta ini. Teutamanya sekali dari aspect kebersihan......
Lepas itu kita tunggu lobainita berkongsi pengalaman dan membincangkan perbezaan bawak kereta yang potong exhaust dengan yang tak potong exhaust.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|