mmg gimik pun uolsss...motif sampai berepisod2???
Video gaduh Ifa Raziah, Sheeda ada 3 siri! Betul-betul gaduh atau gimik ni?
Ifa akan mengeluarkan kenyataan sekiranya Sheeda memuat naik video sambungan pergaduhan mereka.
IFA Raziah mendakwa rakaman pertengkarannya dengan Sheeda yang dimuat naik penyanyi lagu Angkat Kaki itu mempunyai sambungannya dan dia tidak akan menceritakan kejadian secara menyeluruh.Ifa yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksinya mengenai insiden itu memberitahu dia hanya akan mengeluarkan kenyataan sekiranya Sheeda mendedahkan video sambungan kejadian itu.
"Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa. Tunggu langkah seterusnya daripada pihak Sheeda."Video itu ada tiga episod... Dia keluarkan video kedua, baru saya bagi kenyataan. Tunggulah video seterusnya," katanya Ifa kepada mStar Online.
Sheeda memuat naik video dia dan Ifa bergaduh di ruang parkin menerusi laman Instagramnya.
Pada Selasa, kecoh apabila video yang memperlihatkan pergaduhan antara dua penyanyi dangdut itu dikongsi di laman sosial selepas Sheeda memuat naik di Instagram miliknya dalam kejadian di ruang parking sebuah pusat beli-belah.Video tersebut telah dimuat naik Sheeda dengan kapsyennya turut melabel Ifa sebagai wanita 'plastik' selain suka mencari pasal dan penipu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa bahawa insiden yang berlaku hanyalah gimik atau lakonan kedua-dua penyanyi itu kerana Ifa juga mempunyai produk pelansingan badan.Malah ada juga segelintir beranggapan artis Malaysia gemar melakukan gimik seperti putus cinta, gaduh dan kemurungan untuk mempromosikan produk atau lagu terbaharu.
Antara komen netizen yang menganggap pergaduhan Ifa dan Sheeda hanya gimik.
"Trend terkini artis Malaysia, gimik putus cinta, menangis, romantik, stress dan gaduh. Semua benda dia nak gimik, jangan sampai satu waktu, yang betul terjadi, orang ingat gimik."Hmmm... Selepas ni akan keluar lagi single terbaharu Ifa Raziah. Marketing lagi. "Jangan kata gimik drama pula. Nak episod bagai semua ini," komen beberapa netizen.
Dalam pada itu menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Sheeda dan Ifa Raziah berkata, insiden berkenaan hanyalah lakonan mereka dan ia hanyalah 'prank' semata-mata."So you all semua terkena..." kata Sheeda.
Sebelum ini, penyanyi Nabila Razali juga pernah melakukan gimik kononnya putus cinta dengan Aedy Ashraf namun itu semua adalah rancangan bagi meraih populariti. Selain itu, kisah penyanyi Haqiem Rusli yang dilaporkan mengalami masalah kemurungan turut dikatakan gimik bagi mempromosikan lagu terbaharunya.
|