CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lace

[BEST!!!]Dukun

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
retnoel replied at 21-11-2018 05:36 PM
Best la tt, cepat2 sambung, mongkut dh mula ketagih darah.. Eiii seramnya

Maaf kalau lambat sambungan nya. Kena reka ayat utk perjalan cerita supaya difahami. Tak reti nak pendek pendek kan, nanti tak sampai details penceritaan. Maklumlah, baru nak belajar bercerita dan menulis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2018 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AwanCikDania replied at 21-11-2018 05:13 PM
Tak sabar nak tggu sambungan.

Sabar ye. Ambil masa berjela cerita utk pasti kan yg membaca fahami apa, kenapa dan mengapa terjadinya sesuatu tu. Kena kasi detailing baru org baca dan faham..kan? He he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 21-11-2018 04:29 PM
baru habis baca cerita ni..best la tt, kusyuk sangat baca sampai kena tegur dengan pakcik office ni  ...

He he...yg menulis ni lagi lah naik rabun mengadap phone screen utk type. Tq ye sudi luang masa utk baca kisah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:10 PM | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 05:59 PM
Maaf kalau lambat sambungan nya. Kena reka ayat utk perjalan cerita supaya difahami. Tak reti nak  ...

Salam. Penceritaan terbaik. Saudari ada bakat untuk menjadi seorang penulis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tarabas1976 replied at 21-11-2018 06:10 PM
Salam. Penceritaan terbaik. Saudari ada bakat untuk menjadi seorang penulis.

Tq. Waaah tinggi nau nau pujian tu. Baru nak merangkak rangkak je ni dlm bercerita. Kebetulan dapat story yg menarik, terus timbul idea nak try menulis ni, forum ni lah jadi medan experiment nya. He he...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 06:38 PM | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 06:02 PM
He he...yg menulis ni lagi lah naik rabun mengadap phone screen utk type. Tq ye sudi luang masa ut ...

Terima kasih kerana gigih menaip citer panjang lebar  menggunakan phone
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 06:01 PM
Sabar ye. Ambil masa berjela cerita utk pasti kan yg membaca fahami apa, kenapa dan mengapa terjad ...

Takpe. Sabar menanti. Sebab berbaloi tggu baca penulisan tt.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 05:59 PM
Maaf kalau lambat sambungan nya. Kena reka ayat utk perjalan cerita supaya difahami. Tak reti nak  ...

Thnk you sistur memahami ketidaksabarn i..hehe..pls takes ur time, kipap gud work..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2018 08:11 PM | Show all posts
bookmark  di sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 08:46 PM | Show all posts
Best cerita TT ni ... menanti seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tula saya pon gigih menanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Sebenar nya aku bukan ke Singapura pun. Aku check in hotel utk beri "laluan" pada Sidek menjalankan tugasan yg ku berikan pada nya.
Mlm tu tidur aku diganggu agak teruk oleh Mongkut, dah kemaruk darah sgt rupanya. Makin banyak darah ku disedut nya. Tak cukup dgn itu, bila aku tidur, dia goncangkan katil hingga aku terjaga.
"Kau nak apa lagi Mongkut? Tak puas lagi minum darah ke? Kenapa nak ganggu mummy tidur pulak ni. Tunggu lah sampai waktu nya mummy akan beri nyawa tu pada Monglut. Sabar boleh tak?
Seolah memahami dgn janji ku, dia mula diam dan tak mengacau aku lagi utk sambung tidur.

Aku pulang kerumah setelah mendapat perkhabaran yg Sidek telah melaksana kan tugas nya dgn jaya. Bravo Sidek! Budah sementah Ayi bkn susah mana pun nak ditunduk kan. Ha ha...aku ketawa kepuasan.
Sejak aku "pulang" dari Singapura tu, si Ayi langsung tak tunjuk kan apa apa perubahan. Hidup juga lakonan budak ni ye. Seolah tak de apa2 yg berlaku lagaknya. Baik lah, kita tgk je sejauh mana tahap lakunan kau.
Aku pula harus pasang strategi utk keluar kan Sidek dari sandiwara ini. Ye lah kan, tak de mana aku perlukan dia dah utk berlagak jadi PA d's an driver aku. Semak lah.
Waktu Sidek makan tengahari dirumah ku, sengaja aku usulkan topik ni biar Ayi demgar. Terang dan jelas.
Konon nya Tan Sri perlukan khidmat Ayi utk tugasan diluar negara, memandangkan Tan Sri akan bermastautin disana demi menyiap kan project yg bakal mengambil paling kurang 4 tahun. Bila ku sebut 4 tahun tu riak airmuka Ayi agak terkejut.
"Ye lah Sidek, selama awak kerja dgn saya pun Tan Sri yg bayar semua gaji awak. Sebetul nya saya umpama meminjam awak dari Tan Sri. Sekarang sampai masa utk saya pulang kan awak semula pada Tan Sri. Mulai esok awak dah tak perlu bertugas dgn saya, petang ni juga awak harus report duty pada Tan Sri. Dia menanti tu"
Cukup lengkap dan padat rasanya info dalam kata kata ku itu utk Ayi digestkan.
"Oh ya Sidek, tentang isteri dan anak awak tu, pihak Tan Sri akan arrangekan perpindahan mereka ke sana lepas 3 bulan Tan Sri dan awak disana. Segala urusan permit dan sebagainya pihak Tan Sri akan bertanggung jawab" tambah ku lagi sambil lihat muka Ayi bagaikan dijirus air sejuk, terkejut dalat tau rupanya Ayi dah berkahwin dan ada anak. Haiii lah Ayi, mudah nya kau serah kan diri mu pada lelaki yg kau sangka kan bujang.
Oh well, sebenarnya mmg Sidek masih bujang. Saja aku tambahkan perasa dlm script tu biar Ayi rasa tertipu dan membenci Sidek. Kalau boleh aku tak nak lah dia patah hati putus cinta. Cinta ke? Kalau setakat baru kenal mcm tu, tak usul periksa betul2 dah mudah je serahkan tubuh. Hai lah nafsu, kuat sekali kau goda manusia ni hingga terkulai layu ditasik madu.

Sejak Sidek hilang dari sandiwara hidup ini, aku nampak sedikit peeubahan pada Ayi. Walaupun dia masih in character melakunkan watak yg konon tiada apa antara dia dan Sidek. Sudah lah, ini sandiwara aku yg cipta, setiap watak aku yg reka. Ha ha ha ha ha...Ayi oh Ayi.

Sampai satu hari tu bila aku keluar dari bilik ku, Ayi ku lihat sugul di sofa mengadap TV.
"Amboi emosi sungguh hayati drama kat TV tu ye" usik ku pada nya.
Tiba tiba dia pandang kearah ku sambil menangis. Setelah ku pujuk agar dia bercerita apa yg dah terjadi, dia mula bercerita kepada ku.
Perihal dia terlanjur dgn Sidek sewaktu aku berpergian ke Singapura. Dia tak sangka boleh terjebak sejauh itu dan tak sangka yg Sidek rupanya dah berkeluarga.
"Kak, aku takut kak. Kalau mak bapak tahu ni mesti aku dipukul. Tolong lah aku kak" rayu Ayi pada ku.

"Relax la Ayi. Benda dah jadi, tak guna nak disesalkan. Tak de siapa pun akan tau kejadian ni kalau kau tak beritahu sesiapa. Kau boleh percaya aku. Aku akan simpan rahsia ni" aku meyakin kan Ayi

"Tapi kak, aku masih tak dtg bulan. Patut nya dah waktu nya" terang Ayi.
Ohhhhh macam tu ke. Hmmm, bagus bagus. Dgn satu langkah saja dah melekat. Ini lah yg aku nanti nanti.
Aku ajar Ayi guna kan pregnancy test kit. Sah, dia mengandung. Satu senyuman lebar di dlm hati ku.

Aku beritahu Ayi yg aku akan bantu dia. Aku akan cari jalan utk elak kan dia dari pulang ke kampung utk elak kan famili dia tgk bila perut dia membesar.
Mula nya Ayi usulkan utk gugurkan kandungan. Setelah aku momok monok kan dgn kesan buruk dari tu semua, dia termakan dgn kata kata ku.
"Jgn risau Ayi, selagi perut kau tak nampak, kita buat mcm biasa. Balik lawat famili kau. Bila tiba waktu perut kau dah besar, tau lah aku buat alasan kat mak bapak kau nanti. Jgn risau ye. Aku sentiasa ada utk tolong kau" pujuk ku.

"janji ye kak, jgn sesekali bocorkan rahsia ni pada keluarga aku. Aku sanggup mati dari nak hadapi mereka kalau mereka tahu semua ni" Ayi merayu lagi.
Sabar lah Ayi, memang kau dan aku lebih kurang sama usia. Tapi pengalaman hidup lebih mendewasakan aku. Lakunan aku taraf award winning actress, sedangkan kau cuma taraf Drama Swasta saja. Sekarang kau sudah dalam penaklukan ku Ayi. Kau tak akan mampu lari dari aku.

Adoiiii si Mongkut ni makin menjadi jadi mengaruk aku setiap mlm. Sampaikan tubuh ku makin kurus, wajah ku pucat tak bermaya.
Sandra memberitahu ku yg client tak boleh tunggu terlalu lama utk aku recover, dia org ada byk project yg tergendala gara2 kesihatan ku terganggu. Aku terpaksa akur bila model lain dicadangkan utk mengganti kan aku sementara aku tak sihat.
Sesuungguh nya client sayang kan aku sampai sanggup ambil temporary replacement utk beri aku rehat. Kalau client lain dah mati aku kena sack dan bayar semula gantirugi pada dia org.
Stefan jug kuhubungi utk update dia tentang kesihatan aku, aku minta dia jangan dtg berjumpa ku kerana doktor perlukan aku berehat tanpa gangguan. Risaukan keadaan aku, dia berjanji akan deposit kan lebih duit kedalam akaun ku berbanding selalu. Dia risau kalau aku perlukan lebih duit utk perubatan. Thank you dear.
Apa aku nak kisah, aku tak buat job pun duit aku tetap maauk dari tiga penjuru: Stefan, Tan Sri dan Boy....alangkah indah nya alam.

Pabila perut Ayi mula menunjuk kan lerubahan aku cepat2 bawa dia balik bertemu dgn famili nya. Ku khabar kan yg aku mendapat arahan kerja utk berada di Singapura buat beberapa bulan. Ayi akan ku bawa bersama.
Setelah itu ku titipkan wang perbelanjaan utk 6 bulan pada mereka dan ration barang2 dapur yg cukup utk mereka jamu seluruh kampung urk 5-6 kali keramaian.
Mujur lah sistem keadaan kampung itu maha mundur, mmg tak berpeluang utk mereka cari atau hubungi kami. Mmg selalu nya setiap beberapa aku akan dtg bawa Ayi bertemu mereka dan setiap kali itu juga ku hulurkan bantuan duit dan bekalan dapur. Mereka nampak gembira sejak Ayi duduk dgn ku. Ayi ceritakan yg aku menjaga dia mcm keluarga sendiri.

Fokus ku sekarang utk tunggu waktu dan ketika nya roh Mongkut bersatu dalam janin kandungan Ayi. Menurut Tom Cha, dari masa ke semasa aku bakalan dapat petunjuk dlm tidur ku melalui mimpi.

- stop dulu ye. Nak send posting ni. Takut mcm mlm tadi, punya la panjang typed, tiba tiba hilang -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
retnoel replied at 21-11-2018 07:57 PM
Thnk you sistur memahami ketidaksabarn i..hehe..pls takes ur time, kipap gud work..

Baru posted satu sambungan. Takut nak panjang sgt, mcm semlm. Bila tekan nak send posting, tiba tiba hilang terus. Aduhhh, kena type semula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2018 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
tom2 replied at 21-11-2018 09:17 PM
tula saya pon gigih menanti.

Tq atas kesabaran tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lace replied at 21-11-2018 09:30 PM
Baru posted satu sambungan. Takut nak panjang sgt, mcm semlm. Bila tekan nak send posting, tiba ti ...

Yeahhh dah ada sambungan..best2..nnti cari story lain plk sis..u ada talent menulis..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin berdebar2 nak tahu seterusnya.. very excited
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2018 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
***sambungan***

Perut Ayi makin membesar, dia mcm sangat redha dgn situasi diri dia sekarang. Tidak lagi aku nampak dia menangis mcm sebelum ni. Kata nya waktu tu dia sering terkenang kenangkan Sidek. Aku sentiasa memberikan semangat pada nya yg dia boleh teruskan kehiidupan tanpa org seperti Sidek. Mungkin melihatkan aku yg sentiasa berikan semangat pada nya buat kan dia jadi kuat. Aku faham, dia rasa tertipu dgn Sidek dan juga rasa sedih kenangkan yg famili tidak mengetahui keadaan diri nya sebegini.

Aku upah makcik Bibah, bidan kampung yg aku kenali atas kenalan utk datang sesekali kerumah bagi tengok tengok kan kandungan dan keadaan Ayi. Rumah bidan Bibah tak lah jauh sangat dari rumah ku. Mudah aku utk menjemput dan menghantar nya.
Memang aku tak nak Ayi dirawat di hospital. Ayi yg sememangnya lebih terdedah dgn cara perubatan kampung pasti lah lebih selesa dgn bidan Bibah.

Seringkali aku ternampak Ayi bercakap cakap dgn anak dlm kandungan nya. Dia bagaikan sudah sgt bersedia menantikan saat kelahiran bayi tu. Asyik bertanya ku, apa nama yg sesuai utk bakal anak nya. Sabar lah Ayi.

Kebelakangan ni aku sering didatangi mimpi yg pelik pelik. Mimpi bayi menangis dipangkuan ku lah. Mimpi pokok besar dan aku tertanam separuh badan dibawah pokok tu lah. Yg palibg ngeri aku mimpi sedang pegang bayi, tiba tiba Mongkut datang melompat kearah ku bagaikan anjing garang dan makan kepala bayi tu. Seram nya bila di ingat ingat kan.
Sampai lah satu mlm tu aku bermimpi didatangi seorg wanita tua yg rambut berwarna putih. Dia tak bercakap sepatah pun pada ku, dia cuma memberikan tanda isyarat pada ku. Aku bagai dipukau, ikut saja kemana dia bawa aku. Mula mula dia masuk ke bilik Mongkut dan ambil patung Mongkut bawa ke bilik Ayi. Ayi yg tidur nyenyak tak hiraukan kedatangan kami. Wanita tua tadi mengusap usap perut Ayi dan meletak kan Mongkut diatas perut Ayi. Dari patung bertukar menjadi imej Mongkut bermata merah yg sering dtg didalam mimpi mimpi ku utk menghisap darah ku. Wanita tua tadi mcm menyeluk kedalam perut Ayi yg seolah olah terbelah dan terbuka. Dia keluarkan sesuatu dari dalam tu, kelihatan nya seperti anak kucing. Mongkut terlompat2 seolah gembira. Dia pun melompat keatas tangan wanita tua yg memegang objek yg diambil dari dalam Ayi. Ayi terus terusan lena seolah tak menyedari apa. Sekelip mata aku rasa mcm.dibawa ke pondok Tok Cha. Sejurus kemudian aku tersedar dari tidur ku. Hmmmm, ini kah waktu nya? Bisik hati ku.
Tiba tiba aku terdengar bunyi org melolong dari arah bilik Ayi. Aku bingkas bangun menuju ke sana. Bila aku sampai dipintu biliknya, aku lihat kak emi sedang memeluk Ayi yg beriya iya menangis bagaikan histeria.
Setelah beberapa ketika berjaya menenangkan Ayi, aku mula bertanya apa yg terjadi. Menurut Ayi dia mimpi ada wanita tua berambut putih mcm gaya seorg bidan datang pada nya utk urut perut nya. Masa diurut tu Ayi rasa teramat sakit. Tapi wanita tu tak hiraukan rayuan Ayi yg keaakitan tu, dia terus juga menekan perut Ayi. Lepas tu Ayi tak ingat apa apa, cuma terbangun sebentar tadi dan dia rasakan seolah kosong didalam kandungan dan perut nya tidak membukit lagi. Aku minta Ayi sabar sekejap hingga waktu Subuh. Aku nak pergi jemput bidan Bibah.

Sampai dibilik Ayi, bidan Bibah terus memegang perut Ayi beberapa ketika. Seolah tak puas hati, dia pegang dan menekan sekali lagi. Bidan Bibah memberikan isyarat mata pada ku untuk ikut dia keluar.
Diruang tamu bidan Bibah beritahu ku yg kandungan Ayi mcm dah hilang. Hilang mcm mana tu?
"Memamg ada kes mcm ni terjadi. Org sarat mengandung tiba tiba bayi hilang. Kata org bayi tu diambil bunian" jelas bidan Bibah dgn senget senget mulut nya nak convince kan aku. Dia mungkin fikir aku tak percaya benda benda tahyul ni semua.
Aku ceritakan pada bidan Bibah mengenai mimpi Ayi sepertimana yg diceritakan Ayi pada ku.
"Haaaaa mmg sah lah bunian ambil bayi tu. Mmg aku byk kali dah dgr kisah yg sama. Mimpi dibidankan, bila jaga dari tidur tgk kandungan dah kempis. Tak de tanda tanda darah atau sakit" senget senget mulut bidan Bibah mengiya kan cerita.

Setelah dipujuk dan diberi penerangan serba lengkap oleh bidan Bibah, Ayi mula reda dari tangisan. Bidan Bibah pun ingatkan Ayi agar jgn menangis sangat, risau kalau kalau kena angin meroyan.
"Habis tu mcm mana ni mak bidan, nak bawa Ayi pergi hospital ke?" Tanya ku
"Tak payah, dah selesai pun pemgkisahnya. Cuma aku kena jaga budak Ayi ni mcm org bersalin. Kena pantang segala" jelas bidan Bibah.

Aku tarik.kak emi ke luar utk berbincang. Aku beritahu dia tentang segala mimpi dan alamat yg ku terima mlm tadi sebelum insiden Ayi terpekik terlolong tu. Aku rasa aku perlu ke pondok Tok Cha dengan kadar segera. Sepertimana arahan Tok Cha dulu, dapat je petanda, mesti segera dtg kesana.
Masalahnya sekarang, Ayi tak boleh ditinggalkan sendirian, dan bidan Bibah pun harus dijemput dan dihantar pulang setiap masa.
"Tak kan kau nak drive sorang kesana. Kau tu bukan kuat sgt. Risau aku kalau apa apa jadi kat kau dlm perjalanan. Jauh tu" nada kebimbangan disuara kak emi.
"Dont worry kak, aku rasa aku kuat utk drive kesana. Before pergi nanti aku jumpa doktor minta ubat ke apa yg patut. Tak ada apa lah. Aku okay je" balas ku

Dengan alasan terpaks ke Singapura atas tugasan, aku tinggalkan Ayi dibawah jagaan kak emi.

Lepas jumpa dapat bekalan ubat ubatan dari doktor peribadi ku, aku mula kan perjalanan ke pondok Tok Cha.
Selamat tiba disana, Tok Cha dah sedia menanti ku bagaikan dia tahu aku akan datang.
Mlm tu ritual dimulakan. Selepas menyerahkan patung Mongkut yg siap dah kubawa dari rumah pada Tok Cha, dia memasukan patung itu dalam satu uncang kain berwarna kuning lusuh. Tok Cha mengarahkan aku ikut dia keluar. Berbekalkan pelita kami berjalan kearah belakang pondok. Tidak jauh dari pondok kelihatan satu pokok besar yg aku tak pasti pokok apa, nampak seakan pokok beringin. Tiba tiba terlintas difikiran ku...eh, ni lah pokok yg dlm mimpi aku tu.
Tiba dibawah pokok itu, Tok Cha keluarkan dua kantung uncang kain berwarna kuning. Aku pasti yg satu tu ada patung Mongkut. Tok Cha mula menyankul tanah dibawah pokok tu dgn cangkul yg sedia dibawa dari pondok tadi. Kemudian Tok Cha menyerahkan kedua dua uncang tadi ketangan ku. Dia memberi arahan apa yg perlu ku buat dan baca. Selesai baca mantera yg diajar, aku buka kedua dua uncang dan ambil isi dalam nya ketangan ku. Satu tu mmg patung Mongkut. Satu lagi sejuk separa berlendir melekit. Janin rupa nya. Tak lalu aku nak tgk dgn jelas. Mujur lah cuma cahaya bulan dan pelita saja yg menerangi kawasan. Tak lah aku nampak secara detail benda tu. Aku angkat kedua dua patung dan janing atas dari paras kepala ku sebaik Tok Cha melaungkan mantera. Guruh dan kilat berdentum sebaik mantera dilaungkan. Aku pejamkan mata dgn hati berdebar yg tak terhingga. Tanggan dan seluruh badan ku menggigil ketakutan tapi aku harus kuatkan tangan ku yg sedang menjunjung patung dan janin. Seperti yg diarahkan Tok Cha aku letakkan patung dan janin kedalam lubang yg dicangkul tadi sebaik selesai laungan mentera. Setelah itu lubang dikambus semula. Agak dalam lubang digali tadi, takut binatang buas korek nanti kata Tok Cha. Selesai lubang dikambus, turun hujan yg lebat dgn angin sgt kuat. Tok Cha menarik tangan ku ke pondok.
Hujan berterusan sepanjang mlm. Aku terlelap sebaik kepala disorongkan bantal. Bermimpi bayi kecil menangis nangis seolah minta tolong dari ku, muka bayi silih berganti tukar dgn muka Mongkut. Tersedar dari tidur dek mimpi ngeri tu. Ku lihat Tok Cha maaih belum tidur, duduk bertafakut membaca mantera seolah berbisik. Memberi isyarat tangan utk aku mendekati nya. Dia sapu kan mcm minyak bau bunga kedahi dan kedua kelopak mata ku.
Kemudian dia berkata yg muka ku nampak sgt pucat dan tak bermaya. Aku terangkan mmg begini diriku sejak Mongkut sering menghisap darah ku. Dia mencapai satu botol berukuran botol mineral kecil, diberikan pada ku untuk ku minum. Bau hanyir menyengat hidung ku sebaik ku dekat kan botol tu kemulut. Nak tak nak terpaksa juga minum sambil tutup hidung. Itu lah antara saat saat yg azab bagi ku utk menghabiskan cecair yg berbau dan rasa sungguh meloyakan. Tok Cha arahkan aku utk baring. Selepas dia merenjiskan air kebadan dan muka ku, aku terus tertidur.
Sedar kesokkan nya hari dah pun cerah. Setelah habis bersiap, aku minta diri utk pulang. Tok Cha memberikan aku satu tangkal berupa amulet utk kupakai. Aku dah tak ada Golden Boy, amulet ini lah akan menjaga ku dan menbawa tuah untuk ku. Sewaktu aku start engine kereta aku sempat melihat wajah ku di cermin. Wahhhhh aku dah tak pucat lesi lagi. Dah cantik seperti sediakala. Dan ajaib nya juga badan aku dah tak rasa lemah lesu. Aku rasa energetik.

Perjalanan pulang terasa lebih cepat dari masa aku drive nak ke pondok. Mungkin sebab aku dah pulih tenaga semula.
Setiba dirumah, kak emi pun tegur yg aku nampak fresh dan cantik. Ye kak, aku dah pulih. Happy nya aku.
Aku jegah Ayi dibilik nya, dia kelihatan murung dan kusut.
"Dah tu Ayi, jgn byk fikir. Nanti sakit" kata ku
"Kak, anak aku dah tak de kak. Hampa aku nak rasa peluk dia. Alu sedih, aku kecewa kak" jawab Ayi dalam tangisan.
"Ayi, mubgkin ini ada hikmah nya. Kau fikir ye kalau lah anak tu masih ada. Apa nasib dia dimasa depan? Sampai bila kau nak sorok kan dia? Dan apa kau nak jawab kalau dia tanya mana bapak dia? Semua yg berlaku ni ada kebaikan nya utk masa depan kau. Kau masih muda. Jauh lagi perjalanan hidup kau" pujuk ku.
Seakan termakan pujuk ku, Ayi mengangguk kan kepala nya perlahan.
"Sekarang, kau berpantang betul2, bila dah sihat, kita pergi buat passport, lepas tu aku bawak kau bercuti naik kapal terbang" kata ku lagi.
Riak kegembiraan terpancar diwajah Ayi. Mmg dari hari tu dia excited nak ikut aku ke Singapura. Tak pernah naik kapalterbang katanya.
Hati ku bahagia tengok kegembiraan diwajah Ayi. Maafkan aku Ayi kerana mempergunakan kau demi kepentingan peribadi ku. Jasa pengorbanan mu akan ku balas sebaik mungkin.

Hari hari terakhir berpantang utk Ayi dah pun hampir. Bidan Bibah benar benar menjaga nya dgn baik. Berbaloi rasanya aku bayar upah berkali ganda pada bidan Bibah (antara syarat awal kuberikan waktu dia nak mula kan tugas. Aku boleh bayar dgn jumlah yg tinggi dgn syarat dia jangan byk persoalkan apa mengapa atau siapa Ayi tu).
"Engkau ni yg ada aku tengok kat tv, iklan apa ke nama tah, tak ingat aku" terpacul soalan tu dari mulut bidan Bibah pada ku.
"Eh bukan lah. Mana ada saya pernah masuk tv. Pelanduk dua serupa kot" kata ku. Ehhhh dah mula nak menyibuk korek hal aku la tu mak bidan ni.
"Dah siap ke? Kalau selesai semua boleh saya hantar kan balik. Saya pun nak kena pergi kerja dah ni" cepat cepat aku cari helah nak keluar kan mak bidan ni dari rumah aku.

Selesai tempoh berpantang Ayi, aku bawa dia buat passport. Happy sungguh dia kali pertama dapat passport. Aku rasa sgt lega sebab dia dah tak murung dan dah tak meratap pasal anak dia.  Mujur lah boleh distract pemikiran dia. Mau aku sasau kalau nak hadap dia meroyan.

Di Singapura Ayi bagaikan berada di kayangan tersendiri. Dia sungguh kagum dgn apa yg dia nampak disana sini. Walhal nya tak jauh beza pun KL dgn Singapura. Tapi bagi 1st timer mcm dia mungkin lah ini satu yg sgt mengujakan.
Aku suruh dia pillihkan juga hadiah utk emak bapak dan adik beradik dia. Nanti balik dari Singapura boleh pergi ke kampung dia. Boleh kasi famili dia hadiah hadiah tu.
"Kak, pemurah sungguh akak ni. Kalau tak de akak, tak kan merasa alu semua ni. Keluarga aku pun tak kan dapat nak ada barang barang dari sini. Terima kasih kak" kata kata Ayi benar2 menyentuh hati ku. Apa lah sangat yg kau dapat dari aku ni kalau nak bandingkan apa yg alu dah rampas dari hidup kau. If only kau tau kisah sebenarnya pasti kau akan membenci aku seumut hidup Ayi. Sekali lagi maaf kan aku Ayi. Aku terdesak, aku terpaksa.

"Ayi, ingatkan aku utl beli perfume dgn lipstick utk kak emi ye" pesan ku pada Ayi.
"Aku teringin nak bermakeup cantik mcm kau dan kak emi. Tapi aku tak cantik, kulit pun gelap" kata Ayi dgn nada yg syahdu.
"Jom aku cantik kan kau nak?" Aku cuba nak happy kan dia.
Aku heret dia ke Elizabeth Arden beauty saloon utk makeover. Hasil nya cukup memuaskan. Mcm aku kata waktu pertama kali jumpa Ayi, dia umpama raw gemstone yg belum dipolish.

Sekembali dari seminggu berada di Kota Singa cukup memberikan aku dan Ayi energi kegembiraan baru, umpama bateri yg fully charged. Harapan aku kegembiraan ni akan berkekalan.

- iya ke kekal? Pernah dengar karma? Nak tau apa jadi seterusnya, nanti kita sambung ye. Masa utk tidur sekarang -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 07:04 AM | Show all posts
Rasanya tentu Ayi tu nanti tahu siapa 'Aku' tu
Mungkin Ayi tu jadi mcm watak 'Aku' tu jugak.
Sekian speku i

Oh my...ada a few scene yg tersama..


Anyway tt, boleh perkemaskan penulisan dan ada peluang, hantar ke publisher.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2018 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 22-11-2018 07:04 AM
Rasanya tentu Ayi tu nanti tahu siapa 'Aku' tu
Mungkin Ayi tu jadi mcm watak 'Aku' tu jugak.
Sekia ...

Belum berani utk jadi penulis komersil. Ini percubaan pertama menulis utk bacaan umum. Tak pernah belajar atau ikuti kelas penulisan. Tak pandai nak kemas kan penulisan tu.
Cuma gemar mencatit apa yg didengar, dilihat dan dicerita bila bertemu dgn org org (asalnya suka dengar perihal masalah org lain utk kesedaran diri, bak kata org tua tua: kalau kita rasa masalah kita besar, ada lagi org yg punya masalah berganda besar dari kita)
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2018 09:13 AM | Show all posts
terima kasih tt  sudi mengarang panjang lebar

sebelum ni saya pernah terndengar tentang golden boy cuma x taw apa fungsi dia .skang baru taw

tq tt satu ilmu baru bagi saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.224706 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list