Edited by OttoVonBismark at 1-6-2019 07:36 PM
This is Laika, First Dog In Space. Sejak beratus tahun, hewan telah digunakan oleh manusia untuk dijadikan bahan eksperiment dalam pelbagai bidang. Tak terkecuali dalam bidang aeroangkasa. Belah Amareka, diorang gunakan primate ( monyet ) untuk ujikaji keangkasa, manakala Soviet Union pulak gunakan anjing sebagai hidupan ujikaji mereka keangkasa.
Pada tahun 1957, Soviet Union menyambut ulangtahun ke 50 Revolusi Oktober, jadi bersempena dengan ulangtahun tersebut, pihak Soviet nak lancarkan satelit kedua mereka keangkasa - Sputnik 2. Bersama sama dengan satelit tu, diorang plan nak sumbat hidupan sekali untuk ke angkasa. Tujuan dia hanya satu. Boleh tak hidupan survive dekat angkasa untuk mengelilingi bumi beberapa kali. Jadi dipendekkan cerita sebab ini bukan thread khas pasal Laika, diorang pilih la si Laika ni yang mana diorang jumpa kat tepi jalan.
Pendekkan cerita lagi, Laika mati masa kat angkasa. Semasa Laika nak maik ke angkasa, diorang dah letak siap siap makanan dan minuman dekat Laika untuk dia makan dan minum semasa kat atas sana untuk tujuh hari. Tempat yang diberikan untuk Laika ni sempit sangat. Sepanjang ujian untuk bawak naik Laika ke angkasa, Laika mengalami stress yang teruk dan berat badan Laika menurun banyak. Laika mati masa mengorbit bumi. Dan semasa diorang nak hantar ni diorang memang dah jangka yang laika akan mati kat atas sana akibat kehabisan bekalan oksigen.
Pada 3 November 1957, Sputnik 2 dilancarkan bersama sama dengan Laika didalamnya. Masa nak naik ni, Laika jadi sangat takut, degupan jantung dia meningkat dan dia menjerit jerit ketakutan. Dia berjaya mengorbit bumi, tapi thermal kontrol rosak. Thermal kontrol ni yang kawal suhu dalam kokpit. macam ekon kereta laaa lebih kurang. Suhu dalam kabin tempat Laika ni duduk meningkat kepada 40 darjah selsius dan tak berapa lama kemudian Laika pun mati.....
Begitulah sikit sikit cerita pasal Laika ni, pakcik pernah nak buka pasal Laika ni haritu tapi tak berkesempatan. nanti pakcik bukak lah dan akan ceritakan dengan lebih detail lagi macam mana dia dipilih dan macam mana proses dia nak naik ke angkasa tu.
@noraidil_06
@winamp05
Bak sejuta kredit. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|