Desas desus mengenai rumah tangga sultan Kelantan dan isterinya iaitu Rihana Oksana akhirnya tiba di penghujung setelah peguam Sultan Muhammad V sendiri mengesahkan mengenai berita penceraian tersebut.
Sebelum ini, kecoh apabila sijil penceraian yang lengkap dengan nombor siri serta nama bekas isteri telah tersebar di media sosial. Namun, tiada pula pengumuman rasmi mengenai kesahihan sijil penceraian tersebut.
Namun, kini terlerai sudah misteri sijil penceraian tersebut apabila peguam Sultan Muhammad V, Koh Tien Hua membuat pengesahan mengenai penceraian pasangan sensasi tersebut. Sultan Muhammad V kini sah menceraikan Rihana Oksana Gorbatenko dengan talak tiga.
Mengulas lanjut penyataan peguam Sultan Muhammad V, firma guamannya sudah menghantar surat penceraian talak tiga itu kepada peguam Rihana.
"Kami peguam kepada Sultan Muhammad memaklumkan bahawa baginda telah bercerai dengan talak tiga dengan Rihana Oksana Gorbatenko pada 22 Jun 2019 mengikut Undang-Undang Syariah dan Mahkamah Syariah Kelantan telah keluarkan sijil perakuan penceraian pada 1 Julai 2019 yang lalu dan mengikuti Enakmen Keluarga Islam tahun 2002"
Peguam Sultan Kelantan tersebut juga meminta semua pihak supaya menghormati privasi baginda. Namun, bagi pihak bekas isteri baginda, Oksana mengatakan tidak pernah berhadapan dengan talak cerai secara berhadapan oleh sultan Muhammad.
Di laman Instagram Rihana Oksana pula, post terbaru yang dimuat naik memaparkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan menghantar mesej-mesej sokongan kepada beliau.
Perkahwinan antara Sultan Muhammad V dan Rihana telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Leon. Apa-apapun doakan yang terbaik untuk kesejahteraan pasangan ini. - CARI
|