CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bawangkecik

"Kau Patut Repair Muka" Dikritik Netizen, Aina Abdul Takut Nak Baca Ko

[Copy link]
Post time 7-2-2020 06:25 PM | Show all posts
bila hijabsta mula nak berfashion ala ala international maka ini lah jadi nya.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 7-2-2020 12:26 PM
Nah sis, gambo.

Masa kuor tred yuna pakai beanie tu, i fikir dah esok2 melambak la bbnu pakai camtu..
Rupanya mak budak dulu tiru yuna..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 7-2-2020 12:26 PM
Nah sis, gambo.

Teruk sangat ni.. Lebar jgk repah ni pakai ketat hodoh giler


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik ni Manis je wajahnyam.cuma fesyen Tu kena upgrade lagi...fesyen cam najwa mukabuku pon dah okay..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali AJL kali ni sheols yg Juara maka berdoyon2la nnt claim nmg dh lama minat sheols kan. Macam xkenal perangai ummah Meleis ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 7-2-2020 10:50 AM
yang pakai baju kuning promo ajl tu SUMPAH tak cantik,,,dah macam gajah bertanduk...tak tahu tu mang ...

Kan...dah mcam lilit towel.mandi atas kepala ...rimas menengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-2-2020 11:28 AM
astagaaaaa.. pesen apa dia bawak tu..
dah macam orang digi dengan belon pedang clown hari jadi..

Kah kah kah..xbaik pulak aku gelak..tp komen win la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Silap2 dia ni menang Ajl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun x elok kutuk penampilan org tapi klau sengaja berpenampilan hauk smpai menimbulkan sakit dimata netizen...mcm mana tu..mcm jatuh fitnah plak tapi bukan fitnah kan klau kata2 itu ikhlas dr hati pasal komen yg kutuk2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik apa dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
krimkraker replied at 7-2-2020 02:23 PM
Sakit mata tengok fesyen die...tapi dekk, bile sebelah kaki da melangkah masuk ke dalam industri nie ...

Aku ingat ko nak tulis sebelah kaki da melangkah masuk ke dalam neraka. Rupanya dalam industri. Aku rasa dua2 kaki die dah melangkah dlm industri, cume die sendu lah. Mekap dam fesyen hodoh, personaliti x menarik menambahkan kesenduan nya. Muka hodoh mmg tohan dah bagi, tp yg lain tu bole je ubah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka suara dia. Voice control dia bagus
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau ape pesen bju dia utk promo AJL kt tv tu..rase semak gila dgn rambu ramba juntai kat depan.kang komen lebih2,dia ckp 'u know nothing about pesen'
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Biaqlah ko tak cantik pun dik, janji suara ko sedap. I mengimpikan netizen Malaysia berubah menjadi positif, sentiasa melihat kelebihan seseorang, bukan asik korek2 kais2 cari kelemahan orang.  Selamat berjaya dik, kalau boleh mendonia. Ko masih baru, tak apa dik.. banyak lagi yang ko belajar. Baru tapi berjaya mara ke final AJL tu dah kejayaan besar dik. Terus melangkah, stay humble.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tak perlu repair muka pon, fesyen ngan mekap je yg buruk nak mampos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy suka lagu sumpah dia ni
Rasanya lebih best dari sumpah satu lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 01:11 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 7-2-2020 01:48 PM
atiqah_bea replied at 7-2-2020 01:24 AM
Suara sheols sedap..tp mcm kurang soft skill. Hri tu ada interview dlm hot fm sheols x berckp mana p ...

Masa semi final aritu, i mmg tak kenal Aina, dan itulah pertama kali i dgr Sumpah.

So bila Sumpah terpilih ke AJL, radio Suria start putarkan lagu ni dlm setiap segmen. Bila dah kerap dgr, jadi mesra kat telinga. Then bila i bukak YouTube nak tgk versi akustik, huhu suara dia...meremang.

Baru ni Aina jadi artis jemputan Suria, dj-nya Ajak dgn Issey. Bila dj dan artis jemputan serasi, so semuanya baik, tenang dan aman2 je konsepnya. Biasa la underdog, rasa malu dan rendah diri tu masih tebal...tapi I suka attitude dia. Setiap kata2nya jujur. Sedih gak bila dia sebut Ernie Zakri artis pertama yg follow or acknowledge dia kat media sosial. So sehingga ke hari ni dia rasa terhutang budi kat Ernie.

Kata Aina, lagu Sumpah 80% terinspirasi dari kisah benar dia. Rasa kesal dan bodoh bila dia tinggalkan seseorang dulu.

I harap Aina akan jadi juara AJL. Dan bolot kategori Vokal, n Persembahan Terbaik jugak. Aamiin. Dah lama tak rasa teruja nak tgk AJL, namun tahun ni perasaan teruja tu datang sebab Aina.

Fesyen pelik ni masa dorang fotoshoot utk teaser AJL yg bertemakan Warna-warna Suara. So jgn la kutuk2 dia. Dia hanya mangsa keadaan. Nak kutuk, kutuk team produksi AJL yg sediakan prop ni semua.

Btw Aina kini dah sebaris dgn penyanyi bervokal hebat seperti Hafiz dan Ernie.

Saingan hebat 3 finalis
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]

ANUGERAH Juara Lagu (AJL) bukan saja penentu kepada lagu terbaik, tapi juga menjadi pentas pertarungan vokal daripada finalis yang bertanding.

Sejak kategori itu diperkenalkan pada AJL ke-17 pada 2002, nama seperti Liza Hanim, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor dan Hafiz Suip antara yang pernah memenangi kategori itu.

Jika AJL33 lalu bagi kategori itu menjadi milik Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila, siapa pula yang akan dinobatkan sebagai Vokal Terbaik pada AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini?

Daripada 12 finalis, tiga penyanyi disebut-sebut bakal memberikan saingan hebat berdasarkan pencapaian sebelum ini dan kehebatan vokal mereka.

Mereka ialah Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita yang juga pemenang tiga kali berturut-turut pada AJL25, AJL26 dan AJL27, Ernie Zakri (Ku Bersuara) pemenang Vokal Terbaik pada AJL32 dan pendatang baharu, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah.

Bagi Hafiz, kemenangan lalu bukan laluan mudah untuk dia merampas kembali kategori itu kerana setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing.


HAFIZ tidak ambil mudah.

“Saya pun sudah dua tahun tidak terbabit dalam AJL. Kali terakhir bersama Misha Omar pada AJL31. Itu pun memang tempat kedua. Jadi, apabila kembali semula dalam acara ini, ia sedikit sebanyak memberikan cabaran buat saya.

“Perasaan gemuruh tetap ada apatah lagi lagu yang dipertandingkan ini menjadi antara lagu kegemaran peminat. Jadi, saya perlu sampaikan dengan penuh penghayatan dan berhati-hati.

“Walaupun orang cakap saya boleh sampaikan dengan mudah, tapi tidak boleh ambil mudah. Vokal dan kualiti nyanyian tetap perlu dijaga. Lagipun, di pentas nanti apa-apa saja boleh berlaku,” katanya.

Selain itu, Hafiz juga pernah menjadi juara AJL25 dan AJL27.

Sementara itu, Ernie yang kali kedua beraksi di pentas akhir menyifatkan setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing.

Malah, Ernie tidak mahu terpengaruh dengan tekanan luar yang sengaja membanding-bandingkan vokal dimiliki dengan Aina Abdul.

“Tak salah jika masing-masing membuat ramalan sendiri, cuma saya kurang selesa apabila ada segelintir pihak seakan-akan cuba membandingkan saya dengan Aina.

ERNIE enggan dipengaruhi tekanan luar.

“Sejujurnya, kami mempunyai hubungan baik dan tidak ada masalah pun. Orang luar saja yang suka mereka cerita. Bagi saya, perbandingan itu kurang sihat terutama apabila ada antara peminat yang saling mengutuk antara satu sama lain. Kami yang nak bertanding okey saja, orang lain pula yang lebih-lebih,” katanya.

Disebabkan perbalahan yang timbul dalam kalangan peminat membuatkan Ernie menjadi kurang senang.

“Saya okey dan tidak tertekan pun dengan situasi itu, cuma berharap peminat dapat menerima perbezaan seseorang artis itu supaya industri kita berkembang maju,” katanya.

Bagi Aina pula, ramalan dan perbandingan yang timbul sedikit sebanyak memberi tekanan kepada dirinya.

“Sejak awal lagi sudah ada yang membuat ramalan mengenai kategori ini. Malah, tidak kurang juga yang membanding-bandingkan saya dan Ernie. Orang tidak tahu, perkara ini memberi tekanan untuk diri saya. Bagaimanapun saya hanya mahukan pertandingan yang sihat.

AINA nak berlawan dengan diri sendiri.

“Bagi saya, tiada istilah berjuang dengan sesiapa, tetapi nak berlawan dengan diri sendiri dengan memberikan persembahan terbaik.

“Setiap finalis mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri hingga mereka dipilih sebagai finalis. Terpilih sebagai seorang daripada dua finalis wanita di AJL kali ini pun saya rasa tak terjangkau. Ibarat masih bermimpi,” katanya.

Selain Hafiz, Ernie dan Aina, sembilan finalis lain ialah Drama Band (Drama), Bob Yusof (Anta Permana), Sumpah (Naim Daniel), Akim & The Majistret (Rampas), Haqiem Rusli (Lembah Kesepian), Aman Ra (Bangun), Fairuz Misran (Ragaman), Kugiran Masdo (Dinda) dan Hazama (Peneman).

AJL34 bakal dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq.

Pentas akhir AJL-34 bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Februari 2020 @ 7:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 01:13 AM | Show all posts

Gambar dia no 2 (first page) ada iras Siti Oren anak Tok Ti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiyokkk komenn semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.143204 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list